Saturday 8 November 2014

Keputusan Rayuan Anwar Hanya Akan Diketahui Selepas Perhimpunan Agung UMNO


Apabila Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sebelum ini disabitkan dengan hukuman lima tahun penjara ke suatu tarikh lain, persoalan yang menjadi teka-teki ramai ialah bilakah ia akan diumumkan dan apakah pula keputusannya.

Sementara pihak pembela dan pendakwa melahirkan keyakinan keputusan nanti akan memihak kepada mereka, orangramai juga mulai membuat telahan dan andaian masing-masing. Ada yang yakin Anwar akan didapati bebas dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Ariffin yang mengetuai panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan membuat penangguhan itu selepas tidak sampai sejam mendengar hujah penutup oleh pihak pembela dan pendakwa pada petang Jumaat selepas bersidang sejak tujuh hari lalu.

Beliau berkata, memandangkan banyak fakta dikemukakan, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat di tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Berbanding kes rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mana keputusan diumumkan pada hari yang sama pendengaran hujah kedua-dua pihak pendakwa dan pembela berakhir, penangguhan keputusan ini mengulangi seperti apa berlaku dalam Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Tidak dipastikan berapa lamakah panel lima hakim ini memerlukan masa untuk menilai fakta-fakta yang dikemukakan sebelum membuat keputusan muktamad. Ia mungkin seminggu, dua minggu, tiga minggu atau lebih lama daripada itu.

Tetapi memandangkan pada 25 hingga 29 November ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO, adalah dijangkakan keputusan kes rayuan Anwar ini hanya akan diumumkan selepas  tarikh tersebut.

Ini tidak bermakna kes rayuan ini berkait secara langsung dengan UMNO, namun apa pun keputusannya nanti tidak dinafikan akan mempengaruhi mood perwakilan dan pemerhati pada perhimpunan itu. Adalah dipercayai Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak bersedia untuk berdepan dengan keadaan yang sukar dijangka itu.

Pada tarikh keputusan diumumkan nanti juga, Anwar dijangka akan menggerakkan kekuatan penyokongnya dalam PKR dan PR untuk berhimpun serta bersolidariti sebagaimana yang dilakukannya ketika menunggu keputusan di Mahkamah Tinggi pada 2012 dulu.

Jika Anwar didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara sekali lagi misalnya, risiko yang mungkin berlaku ialah adanya beberapa siri perhimpunan lagi di ibu negara bagi membantah keputusan itu. Walaupun polis dan pasukan keselamatan dipercayai boleh mengawalnya, tetapi bagaimana ia berakhir sukar sekali dijangka.

Dalam masa yang sama, berikutan siri perhimpunan itu, kesannya kepada simpati rakyat mungkin bercambah dalam diam umpama "api dalam sekam".

Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri sebelum ini memberitahu sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan, pihaknya akan mengadakan himpunan rakyat secara besar-besaran di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan itu.

Dalam situasi yang sama, di kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang berkampung di PWTC sendiri, mungkin ada yang turut simpati dan meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya walaupun tidak dinafikan ramai juga yang gembira bila Ketua Pembangkang itu berehat di penjara.

Gangguan seperti ini pastinya akan membuatkan Najib merasa tidak selesa dan terganggu jiwanya.

Kiranya Anwar didapati tidak bersalah dan bebas pula, mood perwakilan dan pemerhati dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak mustahil bertukar menjadi kecaman dan serangan terhadap Najib dan kerajaan kerana gagal menguruskannya dengan baik.

Kumpulan konservatif dalam UMNO yang suka melihat Anwar dipenjarakan, hanya semata-mata bersandarkan emosi, mungkin sekali menuding jari terus kepada kepada Najib atas pembebasan itu.

Malah, tindakan kerajaan melantik peguam terkenal, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan akan turut menjadi kecaman serta dianggap pembaziran wang kerajaan berbanding jika menggunakan pasukan biasa daripada Jabatan Peguam Negara.

Sama ada Anwar bebas dan bersalah, membiarkan keputusan Mahkamah Persekutuan diumumkan sebelum Perhimpunan Agung UMNO, tetap mengundang kesan negatifnya kepada Najib dan kerajaan.

Untuk menjadikan keadaan lebih selesa dan Najib tidak perlu terlalu serabut dengan dibebani isu Anwar, membiarkan keputusan itu dibuat selepas Perhimpunan Agung UMNO adalah situasi yang dianggap selamat dan wajar.

Sehubungan itu, adalah dijangkakan tarikh untuk membuat keputusan kes rayuan Anwar ini akan diumumkan sama ada pada bulan Disember atau awal tahun 2015 nanti. (SH 08/11/2014)

35 comments:

  1. Tuan

    Sebenarnya Anwar lebih merbahaya jika di penjarakan.Ini memberi masa terluang yang banyak untuk Anwar berfikir dan berstrategi tanpa gangguan. Kita kena faham walaupun Anwar dipenjarakan, beliau akan ditempatkan ditempat khas, tidak bersama2 penjenayah tegar. Kerajaan perlu memastikan Anwar selesa kerana jika apa-apa yang buruk berlaku kepada Anwar di dalam penjara pasti akan menyusahkan Najib. Kita masih ingat cerita kecederaan tulang belakang dan cubaan membunuh mennggunakan arsenik semasa Anwar di penjarakan dulu cukup berkesan untuk menimbulkan masaalah kepada Mahathir dan Paklah.

    Sebenarnya Anwar telah lama membuat persedian jika dia ditakdirkan dipenjarakan atau sesuatu yang terjadi kepadanya. Beliau sudah menyediakan barisan pelapis dari golongan muda untuk meneruskan perjuangan. Anwar merancang strategi dari penjara, manakala barisan pelapis melaksanakan. Apatah lagi dalam PRU 14 nanti, 60% pengundi adalah golongan muda.

    Percayalah Anwar berada 2 langkah di hadapan. Malah perbicaraan di mahkamah federal pun sudah rancang oleh Anwat untuk memberi kelebihan dari segi persepsi rakyat, tak kira samada beliau dipenjarakan atau di bebaskan.

    ReplyDelete
  2. Anwar nampak pintar, nampak hebat, nampak gagah sekadar disebabkan kelemahan dan kelembekan serta tadbir urus yang tidak cekap di satu pihak lagi.

    Jika negara memiliki Pengurus yang cekap, bijak dan berwibawa - Anwar is small and nothing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nobody is small and nothing.

      Delete
    2. Baru pertama kali kau cakap ada betulnya.

      Najib and all those stupid Umno ministers are small and nothing.

      itu fasal Anwar Nampak brilliant, intelligent and grand in the eyes of the world.

      Nasib melayu lahhh. Pi pilih pemimpin Umno yg bodoh..yang 'small and nothing' jadi pemimpin Negara.

      Delete
    3. Anwar tu brilliant meliwat aje.

      Delete
  3. Sangat berbeza layanan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan terhadap kes ini..jika tiada campur tangan politik rasanya kes ini boleh survive ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tentang bab Hakim2 melayu ni...tak berapa confident sangat...melainkan mereka warak dan takut akan Allah SWT dlm mengadili manusia.

      Tetapi memang sah n jelas, Hakim2 melayu mahkamah rayuan yg mendengar kes Anwar...niat mereka adalah bukan utk menghakimi tetapi untuk menjatuhkan hukoman salah keatas Anwar semata2 nak mengagalkan rancangan bertanding PRK Kajang.

      Kes yg ditetapkan April dibawa kehadapan bulan Mach. Lepas tu tergojoh2 jatuhkan hukuman salah.

      Buntut Saiful disahkan olih 4 org Dr, tidak ada penetrasi, org yg dituduh didapati bersalah. Memang bengong punya Hakim.

      Delete
    2. anon 11.24
      Terlalu banyak persepsi dan emosi.
      Dulu org tua hg suqoh belajaq pandai-pandai sampai jadi hakim hg tak mau. La ni dah besaq hg pandai pulak nak jadi hakim cap ayam. Sudah la, biaq la hakim-hakim tu buat keja depa..kita yg bukan ahli ni tggu keputusan sudah la.. Yg dok emosi sngt ni pasai apa... hg pun lapaq juboq sama ka...kah3

      Delete
  4. mengikut ajaran pkr..anwar ialah manusia pertama di malaysia yg akan masuk syurga..beliau adalah maksum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..hang pi masuk hospital n buat pemeriksaan Doktor macam si Siful. Ada baiknya. Mana lah tahu kan..kan...kan!!!!

      Delete
    2. Aku rasa otak hang dah masuk dna babi....!!!

      Delete
  5. Saat Anwar diketahui akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang lalu, entah kebetulan kali keberapa pihak pendakwa dan mahkamah dengan cepatnya memulakan kes liwatII di mahkamah rayuan. Kesannya Anwar gagal untuk bertanding DUN Kajang. Anwar pernah sebelumnya ikut "dihalang" secara halus untuk bertanding kerusi Permatang Pauh kerana "tangan tangan ajaib" di belakang tabir mahkamah. Akhirnya Wan Azizah mengganti tempat tersebut.

    Hal serupa ikut berlaku di Kajang, juga kerana "tangan tangan ajaib" dibelakang tabir mahkamah. Dalam hal berkaitan Anwar..banyak benar kebetulannya yer?.

    Kes liwat II di mahkamah persekutuan baru saja selesai. Kedua belah pihak, pendakwa dan peguambela selesai berhujah. Melihat kepada fakta yang dihujahkan, akal yang rasional pasti mengakui dan akur bahawa kes liwat II ini tak lebih hanya bagaikan pementasan wayang kulit yang dimainkan tok dalang. Alasannya ialah kerana terlalu banyak keraguan menasabah yang dikesan sepanjang sesi perbicaraan ini. Logik akal waras dan dengan merujuk kepada banyak kes kes lain yang didengari di mahkamah, Anwar wajib dibebaskan.

    Tapi dalam hal ini hakim mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan dengan alasan terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat kerana sesi perbicaraan yang panjang. Peliknya sewaktu kes ini didengari di mahkamah rayuan, hakim mengambil masa yang cukup singkat saja untuk menjatuhkan hukuman Anwar bersalah. Adakah ini juga kebetulan ???.

    Dalam fikiran aku...mahkamah persekutuan ini besar kemungkinan menunggu keputusan "hakim" yang lebih besar di belakang tabir. Penghujung wayang kulit Etong dan Ekeng dalam screen mahkamah ini hakikatnya bergantung kepada Tok Dalang yang menentukan arah tuju seni penglipur lara rakyat yang luar biasa berbaur jijik lagi kotor ini. Tok Dalang lah penentu sebenar samada Etong atau Ekeng yang akan tumpas. Tukang lampu, pemuzik dan juak juak lain hanya sekadar pembantu penyumbang seri wayang kulit tersebut.

    ReplyDelete
  6. Pihak pendakwa yang dikepalai Shafee Abdullah jelas sudah desperate dan terdesak. Kekuatan hujah yang menjadi sandaran utama Shafee satu satunya hanyalah DNA yang didakwa milik Anwar. Apakah Anwar harus dijatuhkan hukum bersalah hanya kerana DNA Y itu terbukti milik Anwar?. Nampaknya inilah saja harapan Shafee kerana kebanyakan bukti dan tuduhan lain dapat dipatahkan pihak pembela yang menimbulkan keraguan menasabah.

    Shafee mati matian mahukan hakim terpengaruh dengan DNA Y yang beliau yakin milik Anwar Ibrahim. Namun bagaimana DND Y yang dijadikan bahan kes itu boleh berada dalam rektum Saiful bersama DNA orang ketiga lain sedangkan fakta dan bukti pihak doktor yang memeriksa menyatakan tidak ada penembusan dan penetrasi berlaku malah tidak ada langsung kesan luka luka atau kecederaan pada dubur Saiful?. Shafee tidak dapat menjelaskan perkara ini malah hanya mengulangi liwat berlaku hanya berdasarkan keterangan Saiful semata mata tanpa disokong sebarang fakta yang kukuh.

    Jika penembusan tidak berlaku, bagaimana DNA Y dan DNA orang ketiga boleh berada dalam rektum Saiful?. Cuma pegawai pegawai polis yang terlibat dalam pengambilan dan penyediaan bukti ini yang tahu cerita sebenar termasuk Saiful sendiri. Bila sains telah membuktikan tidak berlaku penembusan dan koyakan atau kecederaan pada dubur Saiful, apakah kita perlu korbankan Anwar sebagai pesalah sedangkan tidak ada keterangan dan bukti boleh menyatakan DNA Y dan DNA orang ketiga yang tidak dikenali itu benar benar diambil dari rektum Saiful?.

    Kalau dulu KPN Rahim Noor sendiri boleh mendiamkan kesalahan beliau akibat perangai dajlanya melebamkan mata Anwar sehingga Mahathir menuduh Anwar menumbuk matanya sendiri sehingga memaksa Susuhanjaya Siasatan dibentuk, bukan lagi suatu yang mustahil bahawa pegawai pegawai polis lain yang berpangkat lebih rendah mengulangi perkara yang sama untuk menganiayai tertuduh iaitu Anwar Ibrahim. Kalaulah guru kencing berdiri, apa nak peliknya bila murid kencing berlari apa tah lagi orang yang dikencingkan itu orang yang sama, Anwar Ibrahim.

    Plot cerita tidak banyak beza. Hanya watak yang bertukar untuk mematikan hero, watak yang sama. Percayalah..selagi Mahathir Mohamad dan juak juak yang setia dengannya masih bernyawa, cerita karut marut lagi jijik ini akan terus dimainkan di mahkamah selagi manusia bernama Anwar Ibrahim terus kekal memegang prinsipnya menentang kerakusan dan haloba dalam pimpinan negara bernama Malaysia ini. Kita sebagai rakyat jangan berterusan biar diri diperbodohkan kalau mahu Malaysia lebih sentosa dan makmur dikemudian hari dan ini hanya boleh dicapai dengan memastikan pimpinan yang bersih dan jujur saja ditempatkan dipuncak kekuasaan. 50 tahun lebih UMNO BN berkuasa tetapi negara kian ke ambang caca marba, haru biru dan makin terpinggir berbanding jiran2 terdekat walau pun Malaysia kaya dengan khazanah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi satu hakim cap ayam...hg tggu sudah la hakim-hakim tu buat keputusan...tah pa-pa la hg ni...

      Delete
  7. Testimonial durjana bekas KPN Rahim Noor adalah bukti kuat bahawa anggota anggota polis boleh terbabit untuk menganiayai pihak tertuduh. Kemungkinan DNA Y tersebut yang kononnya diambil dari rektum Saiful itu hanya satu rekayarsa dan penciptaan bukti tidak dapat ditolak sama sekali melainkan pihak pendakwa dapat menyatakan bukti lebih konkrit bagaimana DNA Y dan DNA orang ketiga yang tidak dikenali boleh berada dalam rektum Saiful walau pun tanpa penembusan dan penetrasi. Kegagalan pendakwa membuktikan hal ini tanpa sebarang keraguan, melayakkan tertuduh dibebaskan dari kes mengarut lagi sampah ini. Tak usahlah mengotorkan mahkamah yang mulia dengan hal hal jijik seperti liwat II ini.

    ReplyDelete
  8. mukjizat anwar ialah dapat memesongkan pemikiran pengikutnya walaupun melakukan dosa..jika anwar meludah anjing pengikutnya akan menyalahkan anjing kerana tidak memberi ruang kepada anwar untuk meludah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini punya komen betul2 macam anjing....belaan Umno. Langsung tiada fakta dan tak tahu nak berhujah langsung.

      Scrip ciptaan Umno utk liwat 2 ada scene Siful makan karipap dan minum teh selepas dikatakan diliwat olih Anwar.

      Selepas tu, ada pula scene dirumah Anwar. Saiful dengan tersenyum menghidang kan karipap dan teh kepada tetamu Anwar.

      Jadi kesimpulan thema drama script liwat 2 mengambarkan heronya iaitu Siful yg suka makan karipap dan minum teh dan juga suka melayan orang dng jamuan karipaf dan minum teh.

      Bab liwat aku tak Nampak pun...sebab ada scene pemereksaaan bukan 1 tetapi 4 Doktor yg mengesahkan tiada penetrasi dijubor Siful.

      Orang bodoh shj tak bolih buat kesimpulan dari script drama ciptaan Umno dimana protaganistnya adalah si Siful yg suka makan karipap.

      Delete
    2. kan aku dah kata betul mukjizat anwar tu..haha

      Delete
    3. Ano.10:17...mukjizat kpala bapak ko...knpe ko xjdi anjing je...komen xde fakta lngsung...ape ko igt liwat nie boleh lakukan smbil brselisih bahu sje krr..nk memsukkn kpala butuh dlm lubng burit pn ssah ni kan plk nk jolok dlm jubur taik...

      Delete
    4. betul la anon..mukjizat anwar..pengikut dia mesti bela dia..nmpak keadilan hanya utk anwar...di mana keadilan utk saiful?

      Delete
    5. Anon 16:42

      Yg kau risau fasal Siful, apasal? 4 Dr telah sah kan juburnya elok molek, tiada kesan tembusan...kau pulak risau, kenapa?

      Kalau lepas kena liwat, pi pereksa hospital yg sah kan, ada kesan tembusan dan keganasan keatas jubornya, baru lah bolih percaya ckp Siful. Org bengong shj yg caya ckp Siful tu..

      Apa? Kau kena liwat ngan Anwar ke? Pi lah jumpa Najib. Sekarang PM dan periksan Dr. Klau betul dan benar anwar liwat kau, dia mesti dihukom..

      Orang2 pandai berjujah... kau ckp pengikut Anwar. Orang bodoh macm kau... fakta kes pum tak bolih nak analisa, kau komen merapu.

      Delete
    6. jika anwar didapati bersalah pengikut anwar merancang himpunan besar besaran..selepas langkah kajang adakah mukjizat anwar masih lg mampu menarik ahli pas yg menjadi tulang belakang setiap kali himpunan anjuran pr? Adakah mukjizat tersebut masih berkesan sama- sama kita tunggu..

      Delete
  9. I agree with your analysis. The timing of the decision on the Anwar trial will also be an indicator of which faction in UMNO has the upper hand. If the decision is announced before the UMNO assembly, we can be rest assured that some people inside UMNO has the strength to kick out Najib soon. I hope this will not happen and Najib continues to be in-charge until the next GE. He is doing a marvellous job ruining the country. In 3 years time, at least every 3 out of 4 voters would be looking forward to trample on his poster and UMNO as well.

    ReplyDelete
  10. Anon 14:29,

    Trm kasih kepada kamu kerana berjaya menyekolahkan kembali anon 10:17 yang mempunyai baka spesis "anjing congo Africa" (otak kecil dan badan serta mulut penuh kurap)

    ReplyDelete
  11. Jelas sekali kes liwat dalam mahkamah itu hanyalah kes rekayasa semata-mata. Pasti ramai rakyat tidak akan terpedaya pada auta Saiful yang memanipulasikan fakta kes.

    Pencetus kes liwat telah gagal dalam perang saraf untuk menyingkirkan Anwar dari dunia politik biarpun Anwar mudah dikalahkan dalam mahkamah kerana tidak diberi keadilan untuk menegakkan keadilan.

    Penjarakan Anwar atau membebaskan Anwar tidak akan memberi apa-apa kelebihan pada kepimpinan UMNO Baru kerana Anwar bukan ahli UMNO Baru untuk menakutkan ahli parti yang berani menentang ketua yang curang. Anwar juga bukan peneraju kerajaan Barisan Nasional yang perlu disingkirkan seperti yang dialami oleh Najib sekarang.

    Masaalah ekonomi rakyat yang sering dibangkit hari ini sehingga mendatangkan kebencian datangnya dari kepimpinan UMNO Baru dan juga pentadbir kerajaan Barisan Nasional.

    Anwar Ibrahim hanya mengambil kesempatan untuk menyedarkan rakyat.

    Beliau hanyalah diantara orang yang ada idea dalam memberi cadangan dan pandangan demi menjaga kepentingan rakyat semua kaum.

    Kepercayaan rakyat terhadap Anwar Ibrahim bukan kerena beliau berpura-pura bijak, atau menipu tapi beliau berkata benar berasaskan pengalaman, pengetahuan, fakta dan bukti. Berbeza dengan kualiti pemimpin UMNO Baru yang berasaskan pada pembodek, penjilat. Berlagak bijak tapi ciplak kertas kerja orang lain.

    Kualiti kepimpinan yang ada pada Anwar tidak ada dalam parti UMMO Baru. Sememangnya pemimpin itu patut merasa takut dan marah pada beliau kerana dalam parti UMNO Baru tidak ada yang benar melainkan tipu, bohong dan bersubahat.

    Mana-mana ahli yang berkata benar dalam parti UMNO Baru akan didakwa melakukan berdosa besar dan mesti dihukum liwat sampai mati......ada kemungkinan sebahagian pemimpin UMNO Baru sudah bercawat besi.

    Tak guna tunggu sehingga selesai perhimpunan agong UMNO Baru untuk menentukan sama ada Anwar patut dipenjarakan atau dibebaskan.

    Jika Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat, parti UMNO Baru tetap dikritik dan disanggah selagi kesusahan rakyat berbudaya melayu tidak diubah menjadi selesa.

    Jika Anwar dipenjarakan,rakyat berbangsa melayu pula akan memberi lebih tumpuan pada pemimpin UMNO Baru yang disifatkan sebagai bernasib malang kerana segala penipuan, kebodohan dan kelemahan mereka tidak boleh disembunyikan atas nama Anwar Ibrahim. Mereka tiada berita yang sensasi lagi.

    Lebih malang lagi.... Tanpa Anwar dalam politik tanah air, pilihanraya ke 14 pengundi yang makan rasuah dari BR1M akan menjadi kan UMNO Baru sebagai parti “LUBANG TAIK”.

    Selamat bersidang.....

    ReplyDelete
  12. Ahli2 UMNO ni drp bawah hingga lah ke atas semuanya BODOH bin BANGANG . Najib yg belajar tak habis pun dpilih sebagai presiden, habis macamana negara nak maju.BODOH nak Mampus,, kelabu asap

    ReplyDelete
    Replies
    1. org pkr seperti saudara amat bijak kerana tidak memilih seorang yang diragui status moralnya sebagai presiden..tahniah

      Delete
  13. setiap kali terperangkap anwar akan cari hujah qardawi..buat apa tanya qardawi..dia bukan tahu budaya di malaysia? rujuk sahaja al quran dan sunnah..untuk tafsiran byk lagi ulama tempatan yg non partisan boleh bg huraian..saiful dah bersumpah..org kalo x bersalah dia tak akan cari alasan untuk mengelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:56

      Maafkan aku, kerana aku terpaksa mengata dan menghina kau sebagai pencacai bangang kerana kau tidak faham apa yang sedang berlaku dalam mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim.

      Dalam mahkamah itu tidak bercerita tentang budaya, atau sumpah laknat. Dalam perbicaraan itu juga tidak menceritakan tentang alquran dan hadis kerana itu mahkamah sivil bercakap tentang auta dan fakta yang didebatkan antara peguambela dengan pendakwaraya.

      Kamu faham ke apa yang dihujahkan oleh Qardawi mengenai kes Anwar Ibrahim. ?

      Kamu tidak mahu bertanya pada Najib, ada banyak kes liwat yang berlaku dalam Malaysia kenapa kerajaan BN sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar dalam menguruskan hanya kes liwat Saiful vs Anwar ?

      Apa istimewa nya jubur Saiful dimata kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin UMNO Baru ?

      Delete
    2. Pada aku mudah saja nak kaitkan anwar dengan kes liwat saiful.Dia meliwat saiful 100% kerana 1.Dia tak berani buat sumpah laknat.2 Dia tak berani beri DNA dia secara sukarela.3 Dia memilih untuk berdiam diri semasa perbicaraan.4.Tiada seorang pun saksi alabai dikemukakan.

      Delete
    3. senang je tak nak belanja besar..jgn tangguh kes..siapa yang mintak tangguh?
      ingat org pr ja ka beriman..pemimpin bn jahat sgt ka? ingat senang ka nk buat komplot..ingat saiful tak ada kawan keluarga nak jatuhkan maruah diri ssaja- saja berkomplot mengaku diliwat..

      Delete
    4. Anon 22:44 anon 22:47 adalah komen dari dua wajah satu jiwa berjuang untuk parti lubang taik.... he..he..he..

      Delete
  14. Di mahmah putrajaya ramai lawyer dari hakim..
    Di blog ini ramai hakim dari lawyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini kau pun dah jadi hakim dalam blog ini.

      Delete
    2. 23:41 kau jadi pecacai tepi jalan angkat spanduk...kesian lah lagi...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...