Sunday, 16 November 2014

Kalau Khalid Ibrahim Terkejut Dengan Pampasan RM2.5 Juta, Rakyat Selangor Lagilah Terkejut!!


Cabaran baru kini menanti Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Setelah berjaya dengan beberapa program terjah untuk menjadikan kepimpinannya lebih dekat dengan rakyat dan penyelesaian secara harmoni isu kitab Bible yang dirampas Jais, rakyat Selangor kini menanti ketegasan serta kebijaksanaannya menyelesaikan isu pampasan RM2.5 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor atau MBI.

Mengikut laporan pampasan itu dibayar kepada lapan kakitangan kerajaan negeri yang berhenti secara sukarela berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Terdapat laporan yang mengatakan ada di antaranya menerima sehingga RM700 ribu dan ada pula laporan lain mengatakan antara penerima pampasan itu termasuk bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri, bekas CEO MBI yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin serta bekas Setiausaha Akhbarnya, Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Azmin dalam reaksi awalnya menyatakan, siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan dalam pemberian pampasan sejumlah RM2.5 juta itu kerana beberapa perkara telah tidak dipatuhi.

Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentu jumlah ganjaran begitu besar jumlahnya perlu disemak semula, demikian kata Azmin lagi.

Walaupun beliau belum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambilnya selaku ketua kerajaan negeri, rakyat Selangor amat mengharap tindakan paling tegas, termasuk pemulangan wang tersebut ke dalam akuan MBI serta membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat jika benar terdapat unsur salah guna dalam proses meluluskannya.

Jika benar, terutamanya Khalid dan Faekah tidak wajar sama-sekali menerima pampasan itu kerana mereka adalah kakitangan kerajaan negeri yang layak menerima pencen berikutan telah berkhidmat melebihi 36 bulan perkhidmatan.

Dengan adanya pencen bulanan yang bakal diterima, apakah wajarnya lagi diberi pampasan dengan jumlah yang besar itu?

Tidak pernah bagi pemimpin atau kakitangan kerajaan mana-mana negeri atau pusat sebelum ini yang diberikan ganjaran wang tunai sebaik bersara atau menamatkan perkhidmatan mereka dan apa yang dilakukan oleh MBI ini memang pelik lagi mengejutkan.

Bagi kakitangan yang lain yang tidak layak menerima pencen pula, penghargaan atas jasa berkhidmat dengan kerajaan negeri, mungkin masih boleh diberikan tetapi tentulah bukan dalam bentuk wang tunai yang begitu besar jumlahnya.

Penghargaan yang sesuai kepada mereka yang bersara mungkin seperti tajaan menunaikan haji atau umrah untuk sekeluarga, percutian ke luar negara atau dalam bentuk barangan yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Dalam hal ini, kalau Khalid Ibrahim sebelum ini menunjukkan beliau seorang yang pandai menyimpan duit untuk kerajaan negeri, Azmin pula haruslah membuktikan dirinya pemimpin yang berhemah dalam menjaga setiap sen wang negeri itu dengan sebaik-baiknya.

Jika benar ada salah guna peruntukan dan beberapa perkara pula tidak dipatuhi, wang itu harus didapatkan kembali dengan apa cara sekali pun. Azmin tidak harus berlengah menyelesaikan isu ini dan ia harus menjadi keutamaannya kini.

Jika isu Bible yang lebih rumit dan melibatkan banyak pihak boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 100 hari menjadi Menteri Besar Selangor, harapan rakyat Selangor tentulah mengharapkan hal wang ganjaran ini mampu diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat lagi.

Bagaimanapun, apa yang menarik ialah apabila Khalid Ibrahim yang ditanya mengenai perkara ini, dilaporkan terkejut dengan pemberian wang ganjaran itu.

Beliau bukan saja tidak mengetahui jumlah wang yang dibayar kepada lapan kakitangan yang berhenti itu, bahkan juga tidak pasti sama ada bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin turut menerimanya.

Tetapi, sebagaimana yang dilaporkan oleh Mstar, Khalid turut memberitahui bahawa Ahli Lembaga Pengarah MBI hanya terdiri daripada tiga individu iaitu menteri besar sendiri, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan negeri.

Jadi, bagaimana Khalid boleh terkejut dan tidak mengetahui siapa penerimanya dan berapa jumlah setiap orang menerima pampasan itu?

Apa yang dibuatnya dalam mesyuarat dan ketika keputusan itu dipersetujui sedangkan beliau merupakan Menteri Besar waktu itu? Kalau Khalid boleh terkejut, rakyat Selangor tentulah berkali-kali lebih terkejut lagi, bahkan kera dan beruk di hutan juga mungkin terkejut sama!!  (SH 16/11/2014)

15 comments:

  1. Ini semua kerja bewak bewak PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini gerombolan penyamun yang dah berjangkit akibat bersahabat dengan Najib Tuya.

      Delete
  2. Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

    Makna nya 4 Exco PAS, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz adalah orang yang perlu disiasat untuk mengetahui punca peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar diberi nama pampasan pemberhentian secara sukarela atas alasan pertukaran kepimpinan menteri besar.

    Persoalannya, jika Azmin Ali selaku MB Selangor ditukarkan oleh parti PKR dengan orang lain.... maka MBI akan memberi pampasan kepada beberapa pekerja nya yang bertindak berhenti kerja secara sukarela sama seperti yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim ?

    Jika Khalid Ibrahim benar-benar melakukan penyelewengan dan salah gunakuasa dalam kes RM2.5juta itu, maka orang yang paling malang adalah Hadi Awang..... hidup segan mati tak mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malang apa nya , menantu dah kaya raya , mission accomplish la

      Delete
  3. Khalid dan faekah you are accountable....stop pretending you terkejut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan khalid n faekah shj. 4 exco pas dan presiden pas also accountable. They should act to be shocked!

      Delete
    2. 4 Exco PAS sama ngan Hadi; bengong. Hadi cerdik sikit, sebab menantunya untung.

      Exco Pas yg luluskan pampasan tu patut di 'sacked for their stupidity'.

      Delete
  4. aku pun nak tahu brapa anwar kebas jd penasihat ekonomi selangor? takkan seringgit ja sebulan..org bodoh ja percaya dia amik banyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yg bodoh entahlah...orang cakap poasal bekas MB songlap duit, dia cakap pasal gaji RM1 sebulan penasihat ekonomi negeri.
      dia ni yang bangang kot.

      Delete
    2. kan betul ada org bodoh

      Delete
    3. Mamakmia ke yang bodoh tu?

      Delete
    4. sapa lagi kalau bukan mamakimak la , tunjuk bodoh dalm ni , stupid ass hole

      Delete
    5. Apa punya bodoh soalan...apasal tak tanya kat Khalid atau Faekah semasa mereka berkuasa? Kan mereka yg tutup Pejabat Penasihat Ekonomi tu?

      Tanya Khalid atau Faelkah, brapa Anwar kebas. Baru nampak cerdik sikit.

      Delete
    6. haha..anwar lu nak kebas brapa byk mana pun tak pa..pengikut lu byk bodoh2..lu kongkek pun depa kata lu bertahjud

      Delete
    7. Macai anon 12.31, itu jer yg mampu lu ckp..kongkek? So low bro..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...