Wednesday, 5 November 2014

Hujah Penutup Shafee Penuh Lawak Jenaka


Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik khusus oleh Jabatan Peguam Negara bagi menjalankan tugas pendakwaan bagi rayuan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan telah pun menamatkan pusingan pertama pembentangan hujah-hujahnya petang semalam.

Sebelum itu, pihak pembela sudah pun mengemukakan hujah pembelaannya dalam usaha memastikan sabitan lima tahun penjara keatas Ketua Pembangkang, digugurkan.

Berikutan kedua-duanya sudah menamatkan pusingan pertama masing-masing, pihak pembela yang diketuai oleh Gopal Sri Ram akan membalas dan cuba mematahkan hujah-hujah pendakwa itu di pusingan akhir pada hari Khamis nanti.  Memandangkan seramai empat peguam Anwar dijangka tampil berhujah mengikut skop masing-masing, adalah dirasakan ia akan mengambil masa sehari suntuk pada Khamis itu.

Selepas itu, dijangka pada Jumaat pagi, barulah pihak pendakwa sekali lagi tampil mempertahankan hujah pendakwaan untuk kekal mensabitkan Anwar atas dakwaan liwat sebelum lima hakim membuat keputusannya.

Sama ada keputusan akan dibuat sebaik saja pihak pendakwa dan pembela menamatkan tugas masing-masing, ia bergantung kepada lima hakim berkenaan menentukannya. Andainya fakta-fakta kes sudah diteliti sepenuhnya, tidak mustahil keputusan akan diketahui menjelang petang Jumaat nanti.

Tetapi sekiranya selepas tamat hujah kedua-duanya dan hakim memerlukan lebih masa untuk menelitinya, keputusan kes rayuan ini dijangka hanya akan diketahui dua atau tiga minggu selepas itu.

Dalam tempoh menunggu keputusan itu, pihak yang mengharap dan berdoa agar Anwar dibebaskan dan dapat meneruskan perjuangan politiknya, dapatlah terus beristiqamah dan begitu juga pihak yang suka Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan, teruslah dengan keinginan itu.

Tiada sesiapa yang mampu mengubah pendirian dan keyakinan seseorang kerana masing-masing ada matlamat dan tujuan yang berbeza.

Di hari penutup hujah pusingan pertama Shafee ini, walaupun banyak hujah, keterangan dan fakta yang cuba disampaikannya, bukan saja untuk mengekalkan sabitan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini tetapi juga dipercayai untuk menambah lagi tempoh penjara kepada Anwar, dua isu yang dihujahkan oleh pihak pendakwa lebih menarik perhatian serta menjadi perbualan ramai.

Pertamanya, menyenai DNA pihak ketiga yang turut ditemui dalam rektum Saiful. Jika semalam, Shafee berkata, DNA ketiga pada seluar dalam Saiful boleh jadi datangnya daripada tempat duduk tandas yang yang digunakannya sebelum itu, hari ini pula beliau berkata, DNA ketiga itu mungkin kepunyaan doktor daripada Pusrawi yang mula-mula merawat Saiful iaitu Dr Osman Abdul Hamid.

Beliau mengandaikan, DNA daripada Dr. Osman mungkin melekat secara tidak sengaja kerana ketika melakukan rawatan, tiada sarung tangan dan protoskop  yang tidak diseterilkan pula telah digunakannya.

Sesiapa pun yang mendengar hujah ini  pastinya tidak dapat mengelakkan daripada mengatakannya seperti lawak jenaka semata-mata. Ia seperti hujah tangkap muat dan ingin menunjukkan kebenciannya kepada Dr. Osman yang sebelum ini menyatakan tiada penembusan pada dubur Saiful ketika mula-mula memeriksanya.

Sebab itu, sementara pihak pembela dijangka akan mematahkan hujah tersebut dengan fakta yang kebih kukuh pada Isnin nanti, Anwar ketika selesai mahkamah bersidang hanya mengulasnya dengan berkata, "jika DNA ketiga itu dipercayai daripada Dr. Osman, kenapa tidak diambil ujian DNA daripadanya."

Menutup hujahnya mengenai kelewatan Saiful membuat laporan polis iaitu dua hari selepas mendakwa diliwat pula, Shafee berkata,  ia adalah disebabkan tiada sesiapa yang mengambil serius terhadap aduan yang dibuatnya sebelum itu.

Adalah menjadi fakta dalam mahkamah sebelum ini bahawa sebelum membuat laporan polis, Saiful didapati telah menemui Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan seorang pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Mohd Rodwan Mohd Yusof. Saiful juga didapati menghubungi Ketua Polis Negara, Musa Hassan melalui panggilan telefon.

Shafee berhujah bahawa pegawai polis dan pegawai kerajaan peringkat atasan yang ditemui Saiful telah tidak bertindak terhadap aduan yang dibuatnya dan itu mungkin punca mengapa Saiful menunggu sehingga dua hari sebelum membuat laporan polis.

Sekali lagi, hujah ini benar-benar lawak jenaka. Apakah perlunya seseorang meminta sokongan daripada segala macam jenis orang sebelum mahu membuat laporan polis?

Daripada manakah pula aksesnya diperolehi untuk bertemu Najib dan Mohd Rodwan serta menghubungi Musa Hasan itu?

Bukankah sesiapa saja bebas boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan? 

Berbanding banyak keraguan dan kekeliruan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembela pada pusingan pertama dan kemudian sudah dibalas oleh Shafee tetapi bukan saja dengan hujah mirip kuliah politik dan kadangkala membuatkan sesiapa turut ketawa, keyakinan untuk melihat Anwar diberi keadilan yang sewajarnya dan dibebaskan, tetap tidak berubah dan cerah.

Yakin dan percayalah, jika rakyat biasa pun ramai yang sekadar ketawa dengan hujah pendakwa, tentulah tidak mungkin hakim yang arif lagi bijaksana mahu mengambil kiranya sebagai fakta. (SH 05/11/2014).

Sebaik selesai mahkamah bersidang, Anwar menemui ribuan penyokongnya di perkarangan Istana Kehakiman dengan memberikan ucapan dan menyampaikan penghargaan kerana terus memberi sokongan kepadanya.



Sementera mahkamah bersidang, para penyokong Anwar juga berdoa dan bermunajat memohon pembebasannya.

32 comments:

  1. I shared your views but I worry that there are hidden hands who will make the judges decide that what Shafee says are all believable and the truth ...

    ReplyDelete
  2. apa perlunya anwar mempertikai dan memperlekeh kredibeliti pendakwa? sekiranya pendakwa adalah peguam yang tidak bagus dan tiada kredibeliti, ia adalah BERITA BAIK untuk anwar. seorang peguam pendakwa yang lemah sepatutnya dipuji oleh anwar, bukan memperlecehkannya. bukankah peluangnya UNTUK BEBAS lebih cerah jika pendakwa lemah, lembab dan tiada kredibeliti? apa maksud anwar sebenarnya. sebelum ini anwar bersungguh2 untuk menolak perlantikan shafiee abdullah sebagai pendakwa sebab dia lemah? kah!kah!kah! orang gila sahaja yang suka didakwa oleh pendakwa yang hebat..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah dia pertikai sebab dia yg jadi bahan fitnah Shafee. Dlm hujah balas, Shafee banyak berdrama dari mematahkan hujahan pembela berdasarkan prinsip undang2 . Shafee hanya mengikut script Umno dn sperti macai Umno memfitnah Anwar cukup2 berdasarkan jangkaan dan pendapat peribadi dia.

      Itulah sebabnya Shafee dibantah jadi pendakwa. Sebagai lawyer Umno dan terbabit dlm konspirasi liwat ni, amat jelas dia berhujah mengikut emosi seorang macai Umno dan tidak seperti peguam undang2.

      Semalam dia cuba merujuk dan memasukkan artikel dari negeri Siam berkenaan kes seksual. Hakim Suriayadi cakap tak payah kalau cerita bab ayam. Bila Shafee cakap bukan cerita bab ayam, Suriady cakap munkin cerita KFC.

      Bagitulah Hakim tu memperlekehkan Shafee. Dlm bahasa undang2, Hakim tu cuba bagitu Shafee, jangan bawa cerita karut marut. Dia tak mahu dengar.

      Doktor2 cakap tiada penetrasi. shafee bolih cakap, terdapatnya DNA Anwar dlm jubor Saiful menunjukkan penetrasi. Munkin ada penetrasi yang dibuat olih Saiful dng bantuan Rodwan dengan menggunakan jarum menginject rambut atau bahan2 kepunyaan Anwar.

      Siapa tahu munkin DNA pihak ketiga tu kepunyaan Shafee sendiri,,atau I.O Jude Peirera atau Anas atau Rodwan atau Najib . Sbb apa DNA orang2 ni tak diambil.

      Delete
    2. Sudah terang lagi bersuluh la bongok.
      ko jalan malam gelap bawak lampur suloh 2k watt. Ko kata gelap x npk apa pn.
      Kebongokan tahap gaban.

      Delete
    3. bukan sebab faktor apa kekuatan hujah shafiee. tapi sebab siapa shafiee dalam badan kehakiman. itu yang ditolak. kalau itu hujahnya, memang jadi bahan jenaka. anwar perlekehkan sebab, "itu je ke yg mampu?" macam tu... expectation dia lebih hebat. harap faham. ditolak bukan kehebatan hujahnya. tapi siapa orangnya. gopal bekas. shafiee masih berjawatan. in case nak cakap pasal gopal. ^__^

      Delete
  3. Kenapa Saiful bertemu Najib?.. Kerana kes liwat 2 ini adalah suatu kes yang melibatkan seorang ketua pembangkang, dan ia sudah tentu adalah suatu kes yang sangat serius, maka Najib sudah tentu mahu mengentahui bahawa apa yang didakwa oleh Saiful Ini adalah suatu yang benar dan betul berlaku pada diri Saiful dan bukanlah suatu fitnah.

    Sudah tentu tentu Najib tidak mahu kejadian ini menjadi suatu perangkap yang tentu tidak akan menguntungkan kerajaan. Kerajaan dan UMNO sebenarnya tidak memerlukan kes begini untuk mencari keuntungan politik.

    Memang kita rakyat Malaysia yakin bahawa kes liwat 2 ini sememangnya tidak ada kena mengena dengan kerajaan, ia adalah suatu kes yang berkaitan antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bhukari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mengapa pula Najib pada mulanya tidak mengaku ada berjumpa Siful? Apa salah bila ditanya dia jawab, Siful ada berjumpa utk mengadu dia diliwat. Sebab apa pi tipu satu dunia. Lepas itu bila terdesak mengaku pula jumpa tapi atas alas an Siful nk biasiswa. Aiikkk ....Shafee pun ada sama tau. Konspirasi sedang diatur.

      2. Mengapa pula Saiful bertemu pegawai Polis Rodwan dlm satu bilik Hotel secara sulit? Rodwan adalah pakar konspirasi Liwat 1. Konspirasi peringkat ke2 berjalan lancar.

      3. Mengapa lepas kena 'rogol' Siful tak jumpa balik Najib atau Rodwan? Atau paling bangsat sms bagitahu, 'saya baru kena rogol olih Anwar'. Sebabnya...tiada 'rogol'.

      Delete
    2. dan pertemuan tu dua hari sebelum kejadian.. itu bagaimana?

      Delete
  4. hanya mampu tersenyum kambing.....
    tersengih bagai kerang busuk......terdesak sungguhkah pendakwa
    inilah akibatnya perkara yang takde diada2kan.....
    Allah maha mengetahui segala2nya
    hasil fitnah yang mengharubirukan ........

    ReplyDelete
  5. yang nak komen pastikan ikuti perkembangan secara live@twiter. bukan hanya melalui media masa aka tv3 utusan bharian sahaja. rajin2 baca dari semua sudut. usah tambah jenaka.

    ReplyDelete
  6. Shafee sejak dari awal perbicaraan sudah goyang dan kecut perut apabila dikejutkan dengan kehadiran Tan Sri Gopal Sri Ram bekas Hakim Persekutuan mengetuai pasukan pembelaan Anwar Ibrahim. Sesuatu yang tidak dijangkakan oleh sesiapa termasuk Peguam Negara dan Perdana Menteri sendiri. Kali ini mereka betul2 bertemu buku dengan ruas! Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku dengan ruas?

      Klau baca hujah2 Shafee, penuh dgn kelakar dan lawak. Habis duit rakyat utk bayar bil guaman dia.

      Kalau kau cakap berok(Shafee) bertemu harimau...aku leh percaya jugak.

      Delete
  7. ape yg nk digelakkan, pening2 buat ape, yg meliwt si nuar...lawak ke, suke sama suke ke, ini court of law, fakta2 belaka...teman nmpk sah masuk penjara....abih citer...xyah nk buang masa...pikirkn anak bangsa kita...




    .ape nk pening2 lg ni..yg meliwak.eh meliwat si nuar...lawak ke fitnah ke..ni court of law...fakta2 belaka....sah masuk

    ReplyDelete
  8. Kalau kes liwat II ini tetap mensabitkan Anwar bersalah walau pun jelas ada keraguan menasabah untuk membebaskan Anwar, maka kes yang songsang ini bakal menjadi rujukan kepada kes kes selanjutnya terutamanya kes kes melibatkan pihak yang berseteru dengan penguasa atau kerajaan UMNO BN yang berkuasa. Ini bakal menjadi satu tragedi yang amat malang lagi sial buat rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan mengutamakan kebenaran.

    Kalah majoriti hakim kekal menyalahkan Anwar Ibrahim, cukup jelas untuk kita mengatakan bahawa kerajaan UMNO BN yang mentadbir Malaysia ini adalah kerajaan barua dan syaitan yang membenarkan institusi perundangan dan kehakiman negara disongsangkan sesuka hati., Maka kerajaan ini halal untuk kita jatuhkan walau dengan apa cara sekali pun setelah suara rakyat yang disalurkan melalui saluran sedia ada tidak dipedulikan.

    Tidak mustahil di masa depan mahkamah akan membicarakan kes kes Guan Eng, Haji Hadi, Ustaz Azhar Idrus atau tokoh tokoh lain yang berbau pembangkang bila disabitkan ada penemuan DNA mereka dalam bontol manusia manusia keturunan aka spesis Saiful & Azizan walau pun bukti menyatakan tiada penetrasi atau tembusan yang berlaku.

    Dalam liwat I Azizan mempunyai akses yang cukup mudah kepada penguasa ketika itu,Mahathir Mohamad serta para menteri juak beliau walhal Azizan hanya seorang pemandu kpd Wan Azizah. Lebih hebat lagi si Saiful yang "no body" kepada UMNO BN dan rakyat Malaysia ikut diberi laluan mudah bertemu PM serta juak2nya menjelang 2 hari tuduhan liwat II dilapor kepada polis. Plotnya hampir sama cuma watak yang berbeza. Guru (Mahathir) kencing berdiri, murid (Najib) kencing berlari. Hanya PM Abdullah Badawi yang kita kenal latar belakang keluarga beliau mengamalkan kencing cara beradap. Ini bezanya seorang pemimpin yang berlatar belakang agama berbanding pemimpin yang meletakkan fahaman kapitalis mengatasi kedudukan agama Islam itu sendiri. Janganlah kesal nanti jika pimpinan keturunan Mahathir dan Najib ini tidak sekadar kencing berlari malah sanggup kencing di atas kepala dan periuk nasi rakyat marhaen Malaysia sambil senyum tersengih kerana spesis pimpinan seperti ini tahu, rakyat Malaysia mudah diperbodohkan hanya dengan sedikit habuan menjelang pilihanraya.

    Kalau situasi dan cara pemerintah melayani pembangkang di mahkamah ini berlaku di luar negara, barangkali Mahathir Mohamad atau Najib Razak sudah lama maut dijamah peluru. Kesabaran rakyat masih bersisa dan jangan paksa kesabaran ini meledak lalu Malaysuia mengulangi sejarah yang banyak berlaku di Amerika, India dan negara2 lain dimana pemimpin bermasalah ditumbangkan dihujung senjata. KIsah derhaka Jebat dan Sultan Mahmud Mangkat di Julang patut dijadikan teladan para pimpinan kalau tidak mahu ianya berulang lagi.

    ReplyDelete
  9. pelakon porno pon lari terjun bangunan kerana orang nak merogol dia,saiful di liwat dengan org tua umur60 tahun.fikir-fikir lh.ini lh akibat terdesak dalam hidup dan mau habuan yg lumayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siful mesti jadi ikutan gadis2. Takut kena rogol bawa 'K-Jelly'.

      Ini hujahan peguam, Maharaja lawak Shafee cakap dlm Mahkamah Persekutuan.

      Delete
  10. anawar msuk penjara melaysia aman macm taun 99-2004 anawar msok penjara ,,badwi bebaskn anwar last2 badwi kena gigit kaki tangan kepala hahah,, slmat msok knadang balik anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANOYMOUSE,,,20:57,, TAPI KO KENA BACA HUJAH SHAFIEE..CAMNE DNA BOLEH DPT KAT MANGKOK TANDAS,,, PASTU DR. OSMAN PULAK.. NAK DAKWA BIARLAH DNG FAKTA DAN BUKTI YG BETUL.. JGN JADI LEMBU.. DNA KO MUNGKIN MCM TU.. WALAUPUN KO KAT UMAH TP BOLEH JUMPA KAT LUBANG KUBUR.. KALAU KO KENA, NAK KO PERCAYA YG DAN KO BOLEH KELUAR SNDIRI DAN LEKAT KAT MANGKOK TANDAS.. APALAH BANGANGN SANGAT KO NI... KALAU MAK, MAKCIK, KAKAK, ADIK PMPUAN KO KENA.. NAK KO TERIMA HUJAH MACAM TU....KO NI PALING BANGANGN DALAM DUNIA

      Delete
  11. kena lewat repot pun lewat
    lepas kena lewat patut terus repot baru betoi bukti pun segar bugar lagi
    apa punya bodo cerita mamat ni

    ReplyDelete
  12. Anyomouse...21:33 klau dia kpnjara,,mlaysia aman kpala bapak ko...laporan juruaudit ko x baca?,, ko pun bapok,,, placur snggup trjun,, ko snggup mnonggeng,,, sblum kjadian knapa ko x mlawan? x tel sesape? x mnjrit? Knapa ko bwk krim jelly? Dna ke 3 dari mangkuk tandas? Dari doktor yg mmriksa jubur ko? Apa ke bodohnya ko ni? X blajo sn?

    ReplyDelete
  13. Heboh dan Viral, Rakyat Hakim Negara meghukum Bogel ke atas pesalah mencuri.

    Apa Pendapat Semua Rakyat sebagai HAKIM, sekiranya ANWAR IBRAHIM didapati Bersalah meliwat Saiful..

    KITA BOGELKAN ANWAR IBRAHIM selepas keluar Mahkamah dan sebelum di hantar ke dalam Black Maria untuk menjadi perdana Menteri Sg Buloh???

    ada sokongan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala pundek lu la sokong!

      Delete
    2. ANOYMOUSE 00:24.. AKU RSA KO NI KAFIR JAHANAM.. X FHM HUKUM ISLAM...APA KATA KALAU SATU ARI NNTI KO ATAU PUN KELUARGA KO YG KENA,,RAKYAT BOGELKAN KO DAN ARAK SATU NEGARA.. APA MACAM? KO BUAT DULU.. BOLEH?

      Delete
    3. Hukum islam ajar bogelkn orang ke,,? ambil gambar anu, lepas tu nak buat apa gambar anu tu,,?

      Delete
    4. Sokong 1000%

      Delete
  14. Lepas atau tidak, tak ada beza pada org biasa mcm kita. Dia masih tinggal dirumah tersergam besar. Tak sama mcm TGNA dan TGHH, Rumah biasa saja dan tidak menolak2 isteri dan anak perempuan mereka ke mana2..... Biar lah mahkamah yang putuskan. Kita bekerja seperti biasa.... Dah ramai org bertekak pasal ni dari dulu.....

    ReplyDelete
  15. Meneliti hujah2 peguambela hari ini 6/11/2014 membawa kepada semakin terselaknya cerita sebenar siapa si Saiful ini dan siapa di belakang tabir fitnah liwat II ini. Tidak syak lagi elit UMNO BN adalah pak dalang opera liwat II ini. Kisah permaidani tempat kononnya Saiful di liwat oleh Anwar tak ubah macam kisah tilam yang di usung dalam opera liwat I. Tompokan mani yang didakwa milik Anwar pada tilam dalam liwat I tidak banyak beza dengan auta DNA mani Anwar pada seluar dalam Saiful.

    Kenaoa Saiful begitu berani berbohong dan auta?. Kenapa Azizan juga berani mereka cerita dalam liwat I dulu. Azizan hanyalah driver peribadi Wan Azizah. Tetapi selepas siri liwat I selesai dan Anwar dihumban ke penjara, Azizan tiba tiba berkemampuan menjadi board director beberapa buah syarikat. Beberapa personaliti yang terdiri dari polis dan pendakwa dalam liwat I mendaki tangga pangkat yang lebih baik selepas Anwar terhumban ke penjara. Apakah jika Anwar terhumban ke penjara angkara opera liwat II ini, Saiful juga akan menerima habuan selain Shafdie Abdullah?. Kita saksikan.

    Sudah terang lagi bersuluh, Saiful yang mendakwa kononnya Anwar Ibrahim adalah idolanya hanyalah satu pembohongan. Inilah satu satunya manusia paling munafik dan hipokrit di Malaysia ketika ini selain elit atasan parti barua UMNO BN yang mengizinkan cerita bangang lagi sampah dimainkan di pawagam mahkamah.

    Shafie dan tali barut dalang liwat II ini kelihatan kian terdesak dengan hujah dan fakta yang dikemukan oleh barisan peguan pembela yang diketuai Ram. Pihak pendakwa semakin sedar dan nampak Anwar bakal dibebaskan sekiranya hakim gagal mengemukakan keputusan songsang seperti yang diharapkan oleh dalan fitnah. Rakyat Malaysia dan wakil pihak luar sedang memerhati dengan penuh teliti. Keputusan hakim yang tidak bersandarkan hujah dan fakta yang dibentangkan kedua pihak hampir seminggu yang lalu kelak pastinya akan menjadi pertikaian tidak saja di Malaysia malah diperingkat dunia. Kewibawaan hakim dan mahkamah di Malaysia selamanya akan diperlekeh dan jadi bahan sejarah ketawa dunia moden hari ini betapa Malaysia mengamalkan mahkamah sarkas dengan watak2 rimba.

    Menyedari peluang Saiful untuk memenangi kes ini amat tipis kecuali "keputusan anih dibuat pihak hakim", mendorong keresahan dikalangan juak juak dalang ini. Lalu Peguam Negara serta Shafie Abdullah sudah mula merencana tuduhan baru untuk mengheret Anwar dalam satu kes baru...menghina mahkamah hanya kerana memperlekehkan Shafie Abdullah.

    Kalaulah Shafie Abdullah benar benar mengamalkan undang2 mengikut profesi sebenar, sudah tentu beliau tidak berhujah di mahkamah bagaikan seorang tokoh politik atau umpama seorang penglipurlara lucah yang berfantasi cerita cerita porno dalam mahkamah yang mulia.. Dalam kes liwat II ini terbukti sudah Shafie Abdullah hanyalah bertaraf penglipurlara porno. Maka bukan Anwar sahaja melihat aksi luar biasa pendakwaraya ini malah rakyat dan pemerhati luar negara turut mengakui hakikat ini.

    Siapakah yang mencemar dan menghina mahkamah?. Anwar atau Shafie?. Elok saja Shafie hasilkan karya novel porno dan pasarkan kerana bakat beliau tiba tiba terserlah dalam kes liwat II yang hangat dibicarakan ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah Benar: Tajuk Novel: Porno kondo
      Watak 1: Anwar
      Watak 2: Nuar
      Watak 3: abgnon
      Watak 4: Ketum
      Watak 5: Kunyit

      Delete
    2. Kisah Benar: Tajuk Novel: Tempat Akhir
      Lokasi Akhir : Penjara Sungai Buluh

      Delete
    3. Kah kah kah ! Itulah yang mampu dihujah oleh peminat bontot Sepol dan macai Najib UMNO BN. Betullah kata Mahathir..yang tinggal dalam UMNO BN hanyalah yang bodoh bodoh dan cuma pandai membodek saja. Blog Mahathir sendiri pun dah menempelak perangai sebenar pemimpin UMNO spt Noh Omar kat Selangor tu. Testimonial terbaik dari Mahathir Mohamad utk karat biru, parti yg diasasnya sendiri. Kah kah kah.

      Tak ada point bernas nak berhujah...kah kah kah

      Delete
  16. Samada Jib Gor nafi atau tidak, memang Jib Gor ada saham dalam fitnah dalam liwat II ini. Pegamawi Najib, Anas serta Najib sendiri wajib hadir ke mahkamah untuk bersihkan nama mereka. Pendedahan dan fakta dari peguambela menelanjangkan lagi siapa dalang dan direktor siri liwat II ini.

    Jahanam dan hancur sistem mahkamah Malaysia dikerjakan oleh puaka puaka haram jadah bertaraf elit ini. Macama mana rakyat boleh diperbodohkan sampai tahap ini dan masih sanggup mengekalkan manusia manusia celaka begini menjadi pemimpin negara?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...