Tuesday, 4 November 2014

Ada Dua YB Di Setiawangsa, Apakah Najib Tak Mahu BN Menang Di Kawasan Lain?


Perlantikan tiga orang Senator semalam ternyata menimbulkan keributan yang bukan sedikit di kalangan ahli-ahli UMNO yang merasakan ianya tidak menggambarkan hasrat parti untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Nallakaruppan, 68 tahun, yang disambung untuk penggal kedua dilihat tidak mempunyai keistimewaan atau kelebihan kepada BN, selain hanya kekerapannya muncul di beberapa media arus perdana menceritakan keburukan Anwar Ibrahim sehingga akhir-akhir ini mula menimbulkan rasa meluat kepada ahli UMNO sendiri seolah-olah kemenangan dalam pilihanraya hanya ingin dicapai melalui cara itu saja.

Perlantikan dua yang lain iaitu Abdul Halim Samad, 74 tahun dan Ibrahim Abu Shah, 66 tahun turut mengecewakan ramai ahli UMNO kerana perlantikan keduanya yang dikategorikan "warga emas"  itu untuk mengisi kerusi Dewan Negara tidak menggambarkan hasrat UMNO untuk menggamit sokongan generasi muda mendekati parti.

Sementera Najib Razak dan UMNO selalu melaungkan pentingnya sokongan anak muda, temasuk kira-kira 5 juta pengundi baru dalam PRU 14 nanti yang dikatakan bakal menentukan hidup matinya dalam pilihanraya nanti, perlantikan golongan tua yang secara umumnya sudah mendapat diskaun tambang daripada MAS dan KTM itu, pastinya akan menyebabkan majoriti golongan muda terus menjauhkan diri daripada UMNO dan BN.

Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor UiTM yang mungkin perlantikannya atas kapasiti sebagai Ahli MT UMNO yang dilantik, Abdul Halim pula dipercayai tidak lain kerana hubungannya yang lama sebagai pekerja yang pernah berkhidmat dengan Najib sebelum ini. Dalam UMNO Setiawangsa, beliau tidak lagi memegang jawatan penting sejak 2013 yang lalu dan sudah dikategorikan sebagai veteran parti.

Terutama di peringkat UMNO Wilayah Persekutuan, perlantikan Abdul Halim lebih mengecewakan banyak pihak kerana selain tidak memperlihatkan usaha mendekati pengundi muda, ia juga seperti bertentangan dengan hasrat untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang.

Jika Najib mempunyai hasrat untuk melihat BN menang lebih banyak kerusi di WP ini, terutama di kawasan berpotensi seperti Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang hanya jatuh ke tangan pembangkang sejak 2008, beliau seharusnya melantik pimpinan UMNO daripada kedua-dua bahagian tersebut sebagai Senator.

Dengan melantik Ketua UMNO daripada bahagian berkenaan, ia secara langsung memperlihatkan kesungguhan parti dan kerajaan untuk lebih mendekati dan berkhidmat secara lebih dinamik dan agresif kepada rakyat.

Apatah lagi, Ketua UMNO Wangsa Maju, Shafei Abdullah dan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar masih dikategori pemimpin muda, berpotensi serta belum pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Mengabaikan kedua-dua pemimpin tersebut bukan saja tidak menunjukkan keinginan Najib dan BN merampas semula dua kawasan Parlimen berkenaan, malah akan terus menjadikan pembangkang mempunyai kelebihan mengekalkannya lagi.

Sebaliknya, ramai yang melihat dengan perlantikan Abdul Halim bukan saja tidak menyumbang kepada kekukuhan penerimaan terhadap UMNO dan BN secara keseluruhannya di WP,  jauh sekali untuk memantapkan lagi penerimaan rakyat terhadap UMNO di Setiawangsa.

Malah mungkin timbul persoalan apakah Najib sebenarnya tidak mempercayai Ahli Parlimen kawasan itu, Ahmad Fauzi Zahari sehingga perlu mewujudkan seorang lagi Senator di kawasan itu?

Untuk mengukuhkan kedudukan Ahmad Fauzi di Setiawangsa yang hanya menang dengan majoriti 1,390 undi, beliau sepatutnya diiktiraf dengan diberikan jawatan dalam kerajaan atau pengerusi mana-mana GLC, bukannya dengan meletakkan seorang lagi bergelar YB yang bertindan dengannya.

Berbanding seorang lagi calon UMNO  WP yang menang di  Titiwangsa iaitu Johari Abdul Ghani yang diberikan jawatan Pengerusi UDA, Ahmad Fauzi sehingga ini tidak diberikan apa-apa jawatan yang membolehkannya mempunyai kelebihan mempertahankan kawasan itu.

Pendeknya, perlantikan tiga Senator ini menimbulkan banyak kecacatan dari segi penerimaan UMNO di pelbagai peringkat dan tidak diraikan langsung dari segi kemampuan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti.

Ia lebih merupakan keraian peribadi Najib kepada mereka yang disukai dan digemarinya secara peribadi saja. (SH 04/11/2014)

Perlantikan tiga Senator yang dikategori warga emas ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada banyak pihak...

9 comments:

  1. Umno ni parti tua dah nak mampos.biarlah mereka melantik orang-orang tua.Mereka ni pun tunggu masa nak masuk kubor, macam juga parti umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata umno parti orang tua.........kita ada mat maslan yang berkali blurr

      Delete
    2. UMNO yang ada hari ini adalah UMNO BARU yang ditubuhkan oleh Mahathir tahun 1988. UMNO BARU muda lagi.....baru 26 tahun. Jangan terkeliru dengan UMNO LAMA.

      Sebab ramai yang dikelirukanlah orang melayu makin terhimpit hari ini sedangkan UMNO BARU adalah tunggak kerajaan sejak 26 tahun lalu.

      Delete
  2. ".......Umno perlu berubah dan menjuarai isu-isu rakyat untuk kekal relevan dalam arena politik tanah air berbanding terus bernostalgia dengan cerita-cerita kejayaan parti......"

    Berdiri tegak bulu roma kita bila dengar kenyataan seperti itu. Cuba kita selami apa yang dimaksudkan "...menjuarai isu-isu rakyat...."

    Apakah kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata putus bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan tetap diteruskan walaupun dikritik dan dikatakan bakal membebankan rakyat Malaysia dianggap sebagai menjuarai isu-isu rakyat ?

    "....Umno perlu berterusan menyentuh kepentingan rakyat jika mahu mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu..... ???"

    Inilah kata-kata yang sering kita dengar dari pembodek, pengampu, dan penjilat sedangkan mereka sendiri bersubahat dengan pemimpin tertinggi melakukan pengkhianatan pada ahli parti mereka sendiri.

    Macam mana rakyat boleh terpikat dan menyokong parti UMNO Baru sedangkan dengan ahli parti sendiri mereka jadikan batu untuk meloncat ?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tengok ahli UMNO Baru.... kerana rasuah mereka tak sedar diri mereka dijadikan barua dan pencacai.

      Delete
  3. Yang paling malang adalah mereka yg gemar tunjuk kebodohan ...

    Apabila mulut lagi laju dari akal maka terserlah sebutan-sebutan yg daif.

    Bila sifat marah dan dendam itu bersarang dalam jiwa
    Maka hambarlah sumbangan

    AG

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila dizalimi menjadi teman,akal akan menguasaii kedaifan,
      maka mulut akan menyerlah kepedihan jiwa...doa......adakah itu satu kebodohan

      Delete
  4. Orang muda tidak yang pandai membodek PM, itulah sebabnya tiada yang dilantik. Sebenarnya PM Najib menganggap dirinya masih muda bergaya, maka itulah agaknya dia akan anggap orang yang sama usia dengannya juga masih muda dan bergaya....

    ReplyDelete
  5. Pemimpim UMNO masih lena lagi ...sudah banyak kali peringatan dibagitau tetapi masih leka...tunggu dan lihat saja kejatuhan UMNO...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...