Friday 21 November 2014

Khalid Dan Faekah Paling Bertanggungjawab Dalam Pemberian Ganjaran RM2.6 Juta


Isu pampasan bernilai RM2.6 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI kepada lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim terus menjadi perbualan hangat setelah Azmin Ali mengakui wujud salah laku dalam pemberian itu.

Menurut Azmin, salah laku itu bukan saja wujud dari segi jumlah pampasan yang diberi tetapi juga kerana prosesnya yang dilakukan secara serta-merta turut menimbulkan keraguan.

Kita tidak akan sembunyikan fakta, malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa, tegas Menteri Besar itu lagi.

Sementara Azmin menyerahkan kepada pengurusan baru MBI yang dijangka memulakan tugas pada 1 Disember ini untuk mengambil tindakan sewajarnya, di media-media sosial pula telah bertebaran maklumat mengenai nama penerima dan jumlah ganjaran yang masing-masing terima.

Jumlah yang terpapar itu jelas sangat tinggi, tidak berpatutan dan tidak pernah berlaku dalam sebelum ini di mana-mana kerajaan negeri. Kakitangan menteri di peringkat pusat juga tidak pernah diberikan ganjaran atau pampasan apabila menamatkan perkhidmatan.

Jika sebelum ini Khalid Ibrahim ada mempertahankan pemberian ganjaran itu sebagai mengikut prosedur dan mirip skim VSS, hakikat yang menjadi bualan pula ialah lapan kakitangan itu bukannya diberhentikan tetapi mereka sendiri meletakkan jawatan sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Tarikh keputusan pampasan itu dibuat juga ialah pada 22 September, iaitu sehari sebelum Azmin menerima watikah perlantikannya daripada Sultan Selangor pada 23 September.

Dengan ini, jelas membuktilan bahawa pemberian ganjaran itu dilakukan secara tergesa-gesa sebelum Khalid Ibrahim meninggalkan pejabatnya serta tidak ubah seperti "rompakan wang rakyat di siang hari".

Seperti pendedahan Khalid Samad dua hari lalu, empat Exco Pas yang bersama Khalid sebenarnya tidak pernah diminta menyetujui pemberian ganjaran itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saja mengenainya.

Dalam hal ini, Khalid bukan saja mahukan isu pemberian ganjaran itu dibawa ke pendengaran Selcat, malah juga kepada SPRM untuk tindakan sewajarnya.

Berdasarkan rentetan ini, pemberian ganjaran itu adalah idea, kehendak serta kelulusan MBI sepenuhnya yang pengerusinya ialah Khalid Ibrahim serta CEOnya ialah Faekah Husin yang juga merupakan penerima ganjaran paling besar daripada jumlah RM2.6 juta itu. Dua lagi Ahli Lembaga Pengarah MBI ialah Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.

Selain berusaha mendapatkan kembali wang tersebut, Khalid dan Faekah, dua individu paling berkuasa dan berpengaruh dalam MBI, haruslah juga disiasat atas salah laku ini dan seterusnya jika terdapat bukti yang mencukupi, hendaklah dibawa ke muka pengadilan bagi tindakan dan hukuman yang sewajarnya.

Kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah lain yang merupakan pegawai tinggi dalam kerajaan negeri juga seharusnya turut disiasat tentang bagaimana mereka menyetujui pemberian yang tidak wajar itu.

Ketegasan Azmin dalam menyelesaikan dan mengambil tindakan dalam isu ganjaran ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu, bukan saja oleh pengundi Selangor, malahan rakyat seluruh negara. 

Kenyataan dan pendirian Azmin dalam isu ini amat dialu-alukan oleh semua pihak dan ramai yang tidak sabar menunggu keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Inilah peluang Azmin dan kerajaan PR Selangor mengangkat lagi imejnya di mata rakyat dengan ketegasan dan ketelusan serta sekurang-kurangnya membuktikan Khalid dan konco-konconya tidaklah sebersih yang cuba digambarkan oleh mereka yang taksub dengannya selama ini. (21/11/2014)

10 comments:

  1. Setiusaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri perlu disiasat! Mereka ini yang bertanggungjawab dalam hal ketirisan wang negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana nk siasat. Mereka pun tak tahu. Khalid tembak peluru kapur dngan mengatakan pampasan tu dilulus olih Lembaga MB!.

      Pada hal..ini kerja Fekah dan Khalid shj. Mana SPRm? Tak masuk lagi ke? Selalunya SPrm tak tunggu report, Mereka bertindak atas maklumat samada diberi atau diperolehi sendiri atau diketahui melalui media massa atau media social.

      Sprm tak masuk lagi sebab Khalid kini BN friendly.

      Aku Nampak, kes rasuah salah guna kuasa ada; kes curi pun ada; dan kes pecah amanah pun ada. Pilih lah mana satu, mesti sangkut punya. Audit dah ckp bayaran tak ikut prosediur.

      Delete
  2. Dalam hal ini, kesilapan paling besar Khalid Brahim lakukan kerana tidak memasukkan nama Din Ayam (menantu Tuang U-Turn) sebagai senarai penerima VSS sekali. Sekiranya dimasukkan nama Din Ayam sebagai penerima VSS, pastinya "wang rompakan rakyat" tersebut akan menjadi sah dan halal lagi suci murni oleh Mufti Besar PAS (Adi Awe U-Teng). Pastinya Adi Awe akan mengerahkan seluruh jentera PAS termasuk tukang karut pertama Nik Amar dan Tukang Karut kedua Puan Brahim Puan Man untuk memulas dan memerah semua fakta yang wujud atas dunia ini bagi mempertahankan kekayaan Din Ayam dari dirampas semula oleh rakyat marhaen. Tak cukup dengan itu, 1.3 juta ahli PAS akan dikerah untuk membuat doa laknat kepada MB baru Selangor dan pihak yang membongkar kebejatan Khalid Brahim di bumi Selangor. Rakyat perlu pencerahan bahawa sifir sekarang adalah > Lebai kampong + Golongan penjual agama (UG) = Parti Lembu Kenyang (PAS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini MB baru hasil langkah Kajang, lebih kurang dapat anak hasil luar nikah.

      Delete
    2. Aiseh Anon 18.07, takkan dpt komen gini jer..elaborate la skit cemaner MB -anak luar nikah ni. So low la lu bro..

      Delete
  3. And Khalid Ibrahim was the one who Hadi Awang supported through and through? Just like before in regard to Azizan the then MB of Kedah?

    Hadi Awang and those who support him (and they would include the ones staying put in PAS even when there is betrayal of Allah swt and the rakyat by its so called alamak leaders!) are not relevant any more. I repeat: Not Relevant. Today, Khalid and Co. are slowly getting their come-uppance. The time will arrive for Hadi and Co.? May Allah swt help us all...

    ReplyDelete
  4. Siasat faekah tu....muka berlagak tu...la ni senyap dah....cpt faekah....simpan duit tu di pulau cayman....kikikiki...percayalah...tiada tindakan akan diambil nnt...smuanya jd senyap nnt...ini malaysia....harap2 ini smua bukan fatnah...

    ReplyDelete
  5. Ntah la apa nk jd kt Selangor ni pemimpin tersohor yang paling berjasa kononnya ...rupa penyamun besar...tuan yab azmin sila siasat,kalau boleh siasat jugak glc glc kdeb,pkns,pkps dan mana mana glc yg ada fishy transactions,projek yang dorang luluskan,jangan pulak setakat kuar press statements jer lepas tu semua ni propa saje,yg buat benda yang sama,jangan pulak hot hot chicken shits jer

    ReplyDelete
  6. Kalau PR nak dpt sokongan padu dari rakyat Selangor n seluruh rakyat Malaysia, MB Azmin should do something psl kes Khalid n Faekah. Byk impact dr kes ini. Good impact, kewajaran langkah Kajang n keputusan Anwar adalah tepat! Bad impact merely to PAS! Sbb presiden yg beriya2 pertahankan Khalid sbb kononnya berintegriti tinggi. Now? What happend? Aku tak mau babitkan BN dlm isu ni sbb BN di Selangor dah gone case. Sorrylah..Walaubagaimanapun, Pas tetap kena bertanggungjawab sbg ahli PR. Tertegaknya Khalid samad mempertahan 4 exco pas, ttp tidak mampu mengubah persepsi org ramai kepada Pas. Dlm hal ini, imej pas tetap tercalar ditambahi kerenah presiden yg semakin karut setakat ini. Tindakan Azmin akan mampu menaikkan imej PKR yg koyak disbbkan krisis MB ini. Aku nmpk PKR slowly regain kepercayaan rakyat. DAP? Percaya atau tidak, imej mereka kekal baik sbg ahli PR yg berprinsip. Tetap akan dpt sokongan org bukan melayu. Label lah mereka macamanapun! Org cina especially suka kpd parti yg berprinsip! So. MB Azmin, bola di kaki anda..shoot the ball.. Tapi jgn smpi terkena telur noh omar. Kesian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar dah bau yang TS Khalid yang gagap tu adalah saki baki penyamun tarbus umnongok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...