Friday 7 November 2014

Anwar Tetap Ke Penjara?


Sesiapa pun yang mengikuti dengan teliti kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan dari awal hingga detik-detik akhir ini, pastinya tidak dapat mengelak daripada mengakui bahawa semakin banyak keraguan telah berjaya diserlahkan.

Para peguambela Anwar yang diketuai oleh Gopal Sri Ram berjaya menimbulkan banyak persoalan serta keraguan dan para hakim pula memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka menimbulkan persoalan itu demi menegakkan keadilan.

Pada peringkat awal, isu seluar dalam Saiful yang berbeza yang ditemui kesan air mani serta wajahnya yang selamba menghidangkan teh kepada tetamu Anwar walaupun mendakwa diliwat sehari sebelum itu, telah pun ditimbulkan.

Ia kemudian disusuli dengan kaitan konspirasi politik kerana Saiful juga didapati bertemu dengan pegawai tinggi polis dan Najib sebelum kejadian liwat didakwa berlaku serta turut menghubungi Musa Hassan yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara melalui telefon.

Isu DNA lelaki ketiga yang ditemui pada seluar dalam dan dubur Saiful juga turut dibangkitkan oleh peguam, selain penemuan empat doktor tiada penembusan pada duburnya, tiada kecederaan walaupun mendakwa diliwat secara kasar dan tanpa rela oleh Anwar.

Dengan baki pembelaan hanya tinggal sedikit waktu sahaja lagi pada petang esok iaitu selepas sembahyang Jumaat sebelum pendakwa pula berhujah dan kemudian hakim dijangka membuat keputusan, peguambela Anwar terus menimbulkan banyak keraguan lagi untuk perhatian mahkamah.

Antara yang disentuh pada Khamis ialah mengenai permaidani yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat itu tetapi ditemui di unit kondominium yang berbeza daripada dakwaan di mana kejadian itu berlaku.

Gopal juga membangkitkan mengenai tiada penemuan forensik kejadian liwat telah berlaku di atas permaidani itu serta tidak dibuktikan juga ianya telah dipindahkan. 

Secara bergurau, Gopal berkata, beliau tidak percaya adanya "karpet terbang".

Isu DNA lelaki ketiga yang dipertahankan oleh Shafee sebelum ini kemungkinan ianya datangnya daripada tempat duduk tandas yang digunakan Saiful serta kemungkinan juga kepunyaan Dr. Osman yang merawat Saiful, turut disanggah oleh Gobind Deo dengan mengaitkannya dengan kes Hanif Basri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh Norita Shamsudin hanya kerana penemuan air mani lelaki lain yang tidak dikenali dalam tubuhnya.

Beliau juga mengulangi mengenai penemuan awal empat orang doktor yang mendapati tiada penembusan zakar pada dubur Saiful untuk dipertimbangkan sebagai tiada bukti kejadian liwat itu telah berlaku.

Keraguan mengenai sut jenama Brioni yang tidak dibuktikan serta seluar Saiful yang ketika diperiksa tidak disahkan mempunyai jenama itu, kamera CCTV dalam lokap yang tidak berfungsi untuk mengesahkan penggunaan berus gigi, tuala dan botol air minuman serta beberapa isu yang lain oleh Anwar, turut juga dibangkitkan oleh peguam untuk mengukuhkan lagi keraguan bagi melayakkan Anwar dibebaskan.

Dengan keraguan yang semakin terserlah, secara logik dan harapan umumnya ialah peluang Anwar untuk dibebaskan cukup cerah walaupun kenderaan FRU dan bas penjara sudah pun diletakkan di sekitar Istana Kehakiman sejak awal pagi seolah-olah sudah siap untuk menghumban Ketua Pembangkang itu ke penjara.

Tetapi sama ada Anwar bebas atau tidak, tiada siapa yang tahu dan macam-macam perkara boleh berlaku pada petang esok. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Namun, sementara ramai merasakan Anwar semakin mempunyai hujah dan fakta kukuh untuk dibebaskan, Shafee yang dilantik sebagai pendakwaraya juga memaklumkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Peguam Negara untuk memohon memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas keputusan kes rayuan ini nanti.

Tindakan itu ialah berhubung kenyataan Anwar yang disiarkan dalam dua portal berita yang meminta Shafee kembali ke sekolah undang-undang yang dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dengan ini, bermakna kiranya Anwar dibebaskan dalam rayuan kes liwat, satu  lagi kes iaitu menghina mahkamah pula sedang menunggunya. Jika rayuan ini gagal dan Anwar menghuni penjara sekali, pastinya prosiding menghina mahkamah itu tidak akan akan diteruskan kerana tidak mempunyai makna lagi jika diteruskan pun.

Penjara nampaknya tetap dijadikan sasaran untuk memendekkan hayat perjuangan Anwar.mJika kes liwat memperuntukkan hukuman penjara dan sebat, kes menghina mahkamah pula melibatkan penjara dan denda.

Terdapat beberapa kes menghina mahkamah yang berlaku sebelum ini. Jika kita masih ingat, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah didapati bersalah pada 2013 kerana menghina mahkamah dan dipenjara sehari serta denda RM20 ribu. Seorang blogger, Amizuddin Ahmat pula dipenjara tiga bulan kerana kesalahan yang sama setelah dilarang menerbitkan artikel yang memburuk-burukkan Dr Rais Yatim.

Dalam kes menghina mahkamah melibatkan Anwar, hukuman yang bakal menantinya mungkin penjara atau denda atau kedua-duanya sekali yang boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Jika itu berlaku, bukan saja peluangnya untuk terus berjuang dalam PRU 14 nanti jadi terhalang, tetapi penjara tetap merupakan destinasi yang disasarkan kepadanya. (SH 07/11/2014)

16 comments:

  1. Ini lah namanya Najib, PM yang menjadi kebangaan Melayu. Hanya berani merompak dan melanun harta negara dan menindas rakyat serta menghapuskan musuh politik beliau dengan cara menggunakan semua pihak berkuasa yang seperti kerbau dicucuk hidung bagi menjatuhkan mereka (pembangkang). Beliau akan dikenang sehingga akhir dunia sebagai PM paling dayus, bukan sahaja di dalam keluarga malah di hadapan rakyat. Shafee lah yang wajib dikatakan menghina mahkamah kerana kredibiliti dan kebodohan yang melampau beliau amat memalukan profesion peguam dan mahkamah. Patutkah dalam suatu perbicaraan maka pihak defenden yang perlu mengemukaan bukti tanpa berkaitan dengan fakta kes? Ini basic kepada perundangan pun Shafee dah terlupa kerana taksub sangat mahu menjadi "Peguam Negara UMNO"? Sekiranya keling ini dilantik menjadi Peguam Negara oleh Najib, maka nantikanlah kemusnahan negara ini seperti sejarah kemusnahan pemerintahan Kerajaan Melaka di kurun ke-15 (Melayu mengiktiraf keling bagi memusnahkan bangsa mereka sendiri).

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAT ATAS NI SALAH SATU TEORI SYOK SENDIRI...keling pun ada..hehe

      Delete
    2. Anon 12:48

      Shafee kata dia liwat jubur mak kamu?

      Delete
  2. Pendakwa yang mewakili Saiful Al Juburi aka UMNO BN defender kian desperate. Peguam Negara yang sudah sedia dimaklumi pendirian beliau disebelah mana kini bersama Shafee Abdullah mula merencana tuduhan baru terhadap Anwar sebagai "back up" kerana kian merasa Anwar bakal dibebaskan dalam kes liwat II ini (jika kehakiman dilakukan secara 100% adil berasaskan hujah2 kedua belah pihak).

    Peguam Negara nampaknya bingkas mengarahkan Shafee membuka dakwaan baru keatas Anwar dengan alasan menghina mahkamah.Namun kalau kita mengikuti secara terus hujah hujah perguam UMNO BN ini beberapa hari lepas di mahkamah, kita dapat mendengar dengan jelas bagaimana Shafee ini begitu keterlaluan dalam mereka fakta seolah olah beliau ini seorang novelis porno yang sedang menyampaikan cerpen erotis. Sikap Shafee sepanjang mengendali kes di mahkamah menmapakkan betapa manusia ini bertindak bagaikan mendendami Anwar secara peribadi. Anwar tidak dilayani sebagaimana tertuduh dalam kes kes lain. Mahkjamah dipergunakan oleh Shafee untuk meranapkan moral dan wibawa Anwar melalui fantasi seks yang dihujahkan peguam kesayangan UMNO ini.

    Rakyat sudah dapat membaca kenapa sehingga Sirul dan Hazilah sehingga hari ini masih bebas walau pun telah mengakui mereka terlibat membunuh Altantuya. Kebebasan 2 pembunuh ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari peranan peguam negara sendiri yang kelihatan memihak. Kita yakin jika Anwar yang berada dalam kandang tertuduh kes pembunuhan Altantuya, barangkali ketika ini, Anwar sekadar tinggal nama saja kerana jasadnya sudah dikandung tanah angkara tali gantung.

    Membandingkan kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan kematian dengan kes liwat II ini, tidak dapat tidak kita boleh menilai betapa dua kes berbeza ini dibicarakan secara double standard. Benarlah tuduhan orang ramai bahawa mahkamah Malaysia mengamalkan undang undang double standard. Banyak kes kes lain yang melibatkan kematian, tertuduh dibebaskan atas alasan keraguan menasabah tetapi ini amat jarang berlaku jika Anwar yang dibicarakan.

    Sampai bila rakyat Malaysia sanggup diperbodohkan oleh kumpulan elit samseng yang bermaharaja lela sekian lama tanpa segan silu?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI PUN TEORI SYOK SENDIRI NO 2...antu ya pun ada...hehe

      Delete
    2. Anon 12:51

      Shafee kata dia liwat jubur adik perempuan kamu?

      Delete
  3. Peguam Negara mengarahkan Shafee???? Ahaaaaaaa....

    Shafee sebenarnya adalah ' Peguam negara'. Dia yg merancang sodomy 2..dan memberi arahan2 kpd Polis. Gani Patail adalah baruah yg ikut perintah dan arahan Shafee shj.

    Siapa yg lantik Shafee sebagai Pendakwa? Jawapannya adalah Umno. Baruah Gani Patail ikut arahan Umno shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI PULAK TEORI SYOK SENDIRI NO 3... macam2 lah boleh masuk maharaja lawak ni... hehe

      Delete
    2. Anon 12:55

      Shafee kata dia liwat jubur kamu pula?

      Delete
  4. Merujuk kpd fakta dan hujah..Anwar WAJIB dibebaskan. Rakyat Malaysia yang berprinsip mempertahankan yang haq dan membenci kebatilan perlu berganding bahu dalam memerangi fitnah terbesar di Malaysia di alaf ini tanpa mengira ideologi dan fahaman politik. Sayuh kita sama sama doakan muga muga sipemfitnah yang bebal dan kulit tebal ini diadili oleh Allah setimpal dengan perbuatannya.

    Nampaknya sistem kehakiman di Malaysia begitu mudah diperkosa dan dirogol sesuka hati hanya ubntuk memenuhi nafsu serakah dan melindungi sekelompok penguasa elit yang langsung tidak memperdulikan hukum hakam dan tuntutan agama walhal mereka inilah kononnya memperjuangkan melayu dan kesucian agama Islam. Sebaliknya apa yang dapat kita saksikan ialah mereka ini sebenar2nya adalah perosak negara, penindas rakyat jelata, tamak haloba, rakus merebut tanpa memperdulikan nasib, hak dan kebajikan orang lain khususnya rakyat yang perlukan pembelaan. Apa yang diperlakukan ke atas Anwar Ibrahim adalah satu sign bahawa demi kepentingan diri, agama tidak lagi dipeduli. Sumber haram sudah sebati dalam tubuh mereka. Jika Anwar Ibrahim yang pernah berjasa kepada negara dan konsisten memperjuangkan hak rakyat marhaen semudahnya dipijak dihina, apa tah lagi diri kita yang nobody ini, lagi mudah dinjak diperlakukan semahu mereka.

    Ingatlah hari ini ini giliran Anwar. Nasib dan masa depan kita tidak mungkin akan terjamin kalau kelompok penguasa "celaka" sekarang ini dibiar terus berkuasa. Sesuatu perlu kita lakukan segera untuk memastikan pentadbiran negara kembali ke jalan sewajarnya. Tidak ada apa yang boleh kita harapkan lagi kepada kerajaan UMNO BN hari ini yang terbukti merelakan cerita karut marut dan keterlaluan dipermainkan sesuka hati di mahkamah yang mulia. Jika sistem perundangan dan tunggak keadilan ini pun boleh dipermainkan sesuka hati....tunggulah kecelakaan dan kebinasaan yang lebih besar kemudian hari. Ketika itu barangkali...sudah terlambat untuk diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOORY YEE SALAH MASUK PULAK... anon 13:04 tu akulah tu...hehe

      Delete
  5. INI TEORI SYOK SENDIRI YANG TERAKHIR.. tak tau lah yang terakhir kot.. hehe

    ReplyDelete
  6. Yang sebut teori syok sendiri.... pun syok sendiri juga ...kah .kah kah....mari syok syok ...duit masyokkkk....

    ReplyDelete
  7. Nak betul betul syok? Jom tengok sini!

    ReplyDelete
  8. Camne dna airmani nuar lehh ada dlm lobang jubo sepul...????....

    8 hari gobal fenin mau cari jawapan....melalut2 ceta karpet... ceta spender....

    Mungkin admin yg tolong masukkan kutt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa admin kot yg tolong koqek lubang juboq epol dan masukan mani anuar tu...kah.kah.kah.
      Nak jadi hakim ka loyar buqok ka, pi la belajaq dulu..tok sah dok pandai-pandai la dok jatuh hukum sendiri.. Wartawan pun buat ulasan juga tapi tak la sampai jatuh hukum sendiri...menulis apa pun kena la ada etika sikit walaupun menulis dlm blog...lain la kalau kita tulis utk diri sendiri..lain kali nk tulis apa pikiaq dulu cek na...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...