Wednesday 15 May 2013

Persatuan Pengguna Islam Pun Dah Jadi Macam Perkasa!!


Agak memeranjatkan tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mengajak orang Melayu memboikot barangan keluaran lima syarikat milik orang Cina yang didakwa mereka mendanai perjuangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu. Menurut persatuan itu, tindakan syarikat Cina itu telah menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Tidak diragui lagi bahawa tindakan persatuan ini menunjukkan mereka separuh matang dan kebudak-budakkan dalam tindakannya. Soal sokongan mana-mana pihak kepada sesiapa dalam pilihanraya bukanlah hal yang salah di sisi undang-undang dan bukan juga suatu jenayah, jadi tidak perlu mereka bertindak sehingga ke tahap itu.

Lagi pula soal siapa menyokong siapa dan siapa tidak menyokong siapa, adalah urusan politik dan biarlah orang politik atau parti politik menyelesaikannya. Kalau suadah berdaftar atas nama persatuan pengguna, bergeraklah mengenai hal-hal kepenggunaan sahaja.

Sebelum ini diketahui bahawa Persatuan Pengguna Islam ini agak aktif dalam hal-hal kepenggunaan yang melibatkan halal haram atau sihat tidak sihat sesuatu barangan itu kepada pengguna. Tetapi dengan tindakan terbaru meminta orang Melayu memboikot barangan keluaran syarikat Cina atas faktor politik menunjukkan mereka sudah terkeluar daripada landasan perjuangan yang sebenarnya.

Mereka ini menjadi tidak ubah seperti Perkasa yang memperjuangkan hak istimewa dan kepentingan Melayu. Tetapi Perkasa memang jelas asas penubuhannya sejak awal lagi, manakala Persatuan Pengguna Islam ini pula hanya berbuat demikian selepas berakhirnya pilihanraya ini saja.

Apakah disebabkan dua calon Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin kalah dalam pilihanraya dan merasakan Perkasa tidak relevan lagi, maka Persatuan Pengguna Islam merasakan kini sudah tiba masanya mereka mengambil alih tempat Perkasa pula?

Atau mungkinkah orang kuat Persatuan Pengguna Islam, Nadzim Johan mempunyai hasrat terpendam ingin menjadi calon BN dalam piliharaya akan datang dengan memulakan langkah menyerang Anwar dan menjadi hero baru kepada orang Melayu mulai sekarang sebagaimana yang dilakukan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin sebelum ini?

Isu halal haram dan barangan pengguna yang diragui pun masih banyak yang boleh diperjuangkan oleh persatuan ini daripada turut sibuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik. Selesaikanlah itu dahulu.

Kenapa dikatakan tindakan boikot ini tidak matang dan tidak mungkin berjaya ialah kerana produk Islam tidak cukup untuk menampung keperluan orang Islam sendiri. Malah dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana orang Cina lebih menguasai perniagaan dan pengeluaran produk pengguna, setiap langkah kita tidak mungkin dapat dielakkan daripada mengguna barangan keluaran bukan Islam.

Perstuan Pengguna Islam dan beberapa NGO yang bersamanya juga tentunya sedar hakikat itu?

Boikot ini tidak lebih langkah populis untuk menonjolkan diri tetapi hasilnya tidak akan ke mana. Lihatlah dulu bagaimana dengan kempen boikot barangan Amerika, Israel, Britain dan sebagainya. Apa jadi dengan semua kempen itu sekarang? Bukan saja kita masih mengguna dan mengagungkan barangan keluaran Amerika dan Britain, mungkin termasuk Nadzim dan pemimpin NGO terbabit juga barangkali turut mengguna produk Amerika dan Britain, malah beberapa syarikat kita didapti terus menjalinkan perdagangan dengan Israel.

Sebabnya tidak lain ialah kerana produk kita tidak cukup dari segi jenis, jumlah dan kualiti untuk kita hidup dalam dunia yang serba terbuka ini tanpa mengguna barangan dari negara-negara terbabit.

Begitu juga dengan boikot barangan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam ini, ia juga akan menemui kegagalan dan tidak akan mendapat sambutan kerana sebab yang sama - produk keluaran Islam tidak cukup jenis, jumlah dan kualiti untuk kita meneruskan hidup tanpa bergantung kepada keluaran syarikat-syarikat Cina.

Lagi pula sesuai sebagai namanya Persatuan Pengguna Islam, eloklah mereka menumpukan kepada hal-hal kepenggunaan saja. Urusan politik dan selain daripada itu biarlah orang lain yang melakukannya. Banyak lagi urusan berkaitan kepentingan pengguna yang boleh mereka perjuangkan.

Tambahan pula terlanjur Persatuan Pengguna Islam itu menyatakan tindakan syarikat Cina terbabit mendanai perjuangan Anwar dan PR sebagai memecah-belahkan perpaduan, tindakan boikot yang yang mereka lakukan lebih memberi kesan kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ia akan menyebabkan jurang yang dalam antara Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan bukan Melayu.

Nama saja Persatuan Pengguna Islam, selain sumbangan dalam hal ehwal kepenggunaan Islam tidak dilakukan sepenuhnya, malah seperti mereka juga ghairah mahu menjaja nama Islam untuk kepentingan peribadi dan terlebih duaniwi. (SH 15/05/2013)

8 comments:

  1. salam saudara ,

    saya rasa tindakan 'kebudakan-budakan' PPI ini akan membuatkan bangsa lain memandang sinis terhadap melayu@islam di malaysia ini.ini negara demokrasi & setiap rakyat mempunyai hak siapa yg perlu diundi & disokong.hanya kerana kejatuhan teruk mca & gerakan momokan2 & gertakan2 terhadap bangsa lain ditingkatkan.jika boikot ini berlaku bangsa melayu juga rugi kerana kebanyakan bangsa melayu berkerja dgn syarikat2 cina tersebut.nah! sekarang kite tau siapa sebenarnya mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dari mengangkat kemuliaan agama islam ke tempat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Shahbuddin,

    Org Melayu yg sokong PPI ni takkan kemana.Org Melayu terkenal dgn ungkapan Hangat hangat tahi ayam.Beberapa tahun yg lalu pernah KFC,MCDONALD kena boikot skrg apa kesannya.Boikot bkn penyelesaian utk memuaskan hati.Org2 politik jgn bawa rakyat Malaysia pelbagai kaum hidup berpecah belah.Kami dah muak hidup bermusuhan dan jgn bawa isu perkauman ini menjadi semakin berleluasa.Ingat pesan org tua2 Marahkan nyamuk,habis kelambu terbakar.Melayu bengang Cina,Cina bengang Melayu akhirnya tak kemana,last2 siapa yg rugi org mcm kitalah yg rugi berbaloi baloi.

    ReplyDelete
  3. alahai ni lah dia..melayu yg x sedar2..pe salah nya persatuan islam buat mcm tu..abeh cina tu duk boikot buruk2 kan produk org islam xpe plak..dok buat risalah pasal gardenia tu burukkan macam2..bangsa cina tu cina juga...dorg tu bijak pandai bkn mcm kita..ingt ada org cina nak sound kata jgn la nak boycot2 produk islam..dorg bersatu sama2..suma pakay boykot,bangsa dia sndri ckp cina nak beli gula-gula kat kedai org melayu pun x mau..so apa slh nya kita tlg bangsa kita, mmg dalam islam kata kita kna utamakan org islam..tolong org islam selagi boleh, last option is pergi to chinese punya kedai..jgn la nk bajet bagus sngt..x sedar2..penat aku dgn bangsa melayu mcm ni ..nasib jati diri aku as org melayu kuat lagi..x kesah la nak ckp aku apa.. aku syg islam, aku syg bangsa aku, aku akan cuba beli kat kedai saudara islam ku selagi aku terdaya..x nak boycot sudah, sekurang2 nya PPIM adalah usaha mencuba tlg bangsa sndri, ni kecah nak jatuhkan smngat org melayu, kalo x berkesan mc donald tu, x kan tiba2 dia kluar iklan keislaman tb2 xdak kena mngena pun..nmpk sngt ada juga kesan..yg hangat tahi ayam tu hang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..Melayu bila dah berjaya mulalah kata dia dah tak perlu bantuan dari persatuan melayu/islam. Dia lupa siapa yang memberikan peluang dan bantuan semasa dia bertatih dulu. Tapi ingatlah masih ramai lagi orang melayu yang memerlukan bantuan. Orang Melayu tidak rasis tetapi apabila diserang, kita terpaksa mempertahankan hak kita. Saya sebagai pendidik, meskipun majoriti anak-anak didik adalah non bumi..tapi tidak pernah sekelumitpun membeza-bezakan.

      Delete
  4. depa ni bukannya x dak semangat melayu tp dek kerna ketaksuban politik tahap gaban nk wat cmna...kekekek klau org melayu kaya depa hasad dengki busuk hati tidoq pon x lena.....klau cina kaya x pa...adoiiilaaa

    ReplyDelete
  5. Sokong usahawan melayu

    ReplyDelete
  6. Bila ada menteri yang tidak dapat menerima kekalahan menyalahkan satu kaum, semua yang berotak sempit ikut serta. orang putih kata 'herd mentality', ikut sahaja. menyokong usahawan Melayu tak salah, memang patut setiap usahawan disokong. Tetapi dalam kehidupan bermasyarakat majmuk seperti negara kita, boikot cuma merugikan diri. Tiap isu mesti diteliti dari sudut yang berlainan supaya seimbang. Tanya penjual nasilemak waktu pagi, siapa pelanggan utamanya? bukan Melayu tapi bangsa lain, adakah orang Melayu sanggup melihat perniagaannya merosot sebab boikot? Ini adalah mangkuk nasinya. Tidak sepatutnya pendirian politik dibawa-bawa ke kehidupan bermasyarakat ini. Jika ada kilang yang mempunyai beratus orang Melayu ditutup adakah orang yang boikot itu nak ambil mereka semua jadi pekerja? Adakah teman sekerja dalam sesebuah syarikat yang selama ini kawan baik tiba-tiba menjadi musuh? Berbaloi perbuatan sebegini? Takkan tak ada syarikat Melayu yang menjana dana kepada UMNO?? Mungkin mereka adalah kroni Cina juga, kita tahu ke? Kita bukan di sebalik tabir parti politik, buat apa terbawa-bawa ikut jeritan jika jeritan itu tidak munasabah? kenapa Najib tak kata boikot bisnes Melayu yang tidak mengundinya? Sebab dia tak berani. Sebab di cuma berani mengherdik kaum minoriti sahaja. Saya yang datang dari kampung kecil yang cuma ada satu kedai runcit Cina di sini mesti bawa kereta keluar kampung mencari beras dan menghabiskan petrol untuk menyokong boikot ini walaupun kami sudah lama hidup bersama dengan aman. Waras ke?

    ReplyDelete
  7. berfikirla secara rasional.memang mengutamakan produk orang islam adalah satu kewajipan kita sebenarnya.tidak dinafikan bukan semua prduk melayu ada kecukupan kepada pengguna, tapi sekurang2nya semangat melayu islam sejati yang ada jiwa perjuangan,kita jangan lagi masuk kedai2 cina yang jual barang yang sama macam kedai melayu sperti kk mart,speed99,spa2,perabut,makanan sejukbeku dll.kalau kedai yang takde orang melayu buat biarlah yang terakhir cina yang TERPAKSA kita beli.boikot tetap boikot sebab cina pon beli nasi lemak melayu sebab nasi lemak cina xsedap n x sama macam melayu.kilang pon mereka trpaksa kulikan melayu sebab anak2 cina xnak jadi kuli.kalau semeua nak2 melayu xnak keje kilang mereka, meranalah cina kena pakai seme pekerja asing,banyak kosnya.xpayah bahaskan isu nak boikot n,apasal kita nak risau soal perpaduan sedangkan cina dah lama kutuk dan hina2 melayu disana sini,cuma sebab kita tak tau bahasa mereka, depan kita mereka baik jer,belakang lagi jahat hati dan mulut mereka.tolong bersatu melayu,jgn lena diulit mimpi.tgk bangsa mereka yang dah kayaraya hasil mengkulikan ramai melayu dan mengekploitasi ekonomi negara.sedangkan melayu sibuk nak sokong mereka dan menghentam sesama sendiri.mana yang bole boikot kita boikot dengan niat untuk kembalikan ekonomi islam ditempatnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...