Monday, 6 May 2013
Najib Gagal Perbaiki Prestasi 2008, Semua Setiausaha Politiknya Kecuncang
Keputusan pilihanraya 2013 yang diumumkan keputusannya lewat malam tadi menyaksikan BN sekali lagi diberi mandat mentadbir negara ini dengan memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding PR cuma menang 89 kerusi Parlimen saja. Berbanding keputusan 2008 yang menyaksikan BN menang 140 kerusi ketika itu, kali ini memperlihatkan BN kekurangan 7 kerusi berbanding pilihanraya lalu.
Hakikat ini secara langsung memperlihatkan Najib telah gagal memperbaiki prestasi buruk 2008 itu. Jika dengan keputusan menang 140 kerusi, Pak Lah telah dipaksa melakukan peralihan kuasa, kedudukan Najib selepas pilihanraya ini masih belum cukup selamat lagi sebenarnya.
Macam-macam perkara boleh berlaku dalam minggu-minggu yang seterusnya ini, tambahan pula UMNO bakal mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya hujung tahun ini.
Walaupun berjaya memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa, beban berat Najib ialah kegagalannya memikat hati pengundi Cina. Tsunami pengundi Cina telah berlaku dengan menyaksikan di semua kawasan pengundi Cina, mereka menolak BN.
Najib sendiri dalam ucapannya selepas BN berjaya memperolehi kemenangan mudah malam tadi, menyedari hakikat itu dengan menganggapnya sebagai polarisasi kaum yang serius. BN bukan saja banyak kalah di kerusi yang ramai pengundi Cina, malah MCA yang dulunya menang 15 kerusi tetapi kali ini cuma tinggal 4 sahaja lagi.
Dengan keputusan pilihanraya ini juga terbukti bahawa Najib lebih lemah daripada Pak Lah. Beliau telah gagal mempamerkan dirinya lebih hebat berbanding bekas Perdana Menteri itu. Sekurang-kurangnya kata seorang bekas Ahli Parlimen, Pak Lah boleh tidur lebih lena sekarang ini.
Pilihanraya kali ini juga menyaksikan semua 4 orang Setiausaha Politik Najib yang bertanding telah tewas di kawasan masing-masing iaitu Fatmi Che Salleh di Kota Bharu, Sahlan Ismail di Pokok Sena, Shafie Abdullah di Wangsa Maju dan Sufian di Kuantan.
Berakhirnya pilihanraya ini, tumpuan kini beralih pula kepada pembentukan kabinet yang dijangka akan dilakukan pada minggu depan, Siapa bakal masuk dan siapa terkeluar akan terus menjadi perhatian umum.
Selepas itu pula, tumpuan juga pastinya akan beralih kepada pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini. Dengan keputusan yang tidak bertambah baik yang dicapai oleh Najib, barangkali akan wujud tuntutan agar UMNO melakukan perubahan atau transformasi kepimpinan di peringkat tertingginya bagi menghadapi PRU 14 yang dijangka terus sengit.
Walaupun BN menang 133 kerusi tetapi undi popular lebih memihak kepada PR dengan angka 5.5 juta berbanding BN 5.2 juta.
Ini menjadikan pemilihan UMNO merupakan sesuatu yang tidak kurang menariknya untuk ditunggu. (SH 06/05/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tabik lah bro. jelas dan konkrit. kesian kat najib jika prestasi pru13 dibandingkan dengan prestasi pru12. suka statement Pak Lah boleh tidur lena lepas ni.
ReplyDeletekita tunggu perhimpunan umno hujung tahu ni. apakah kelangsungan melayu dapat diteruskan.
Shah,Najib adalah PM dia juga pengerusi BN Selangor kekuatan jentera dan kekuatan harta tidak terbatas kuasanya hebat, apakah dengan kegagalan menewaskan Khalid yg dilebel lemah dan gagap itu pun tidak boleh ditewaskan, siapakah yg lebih lemah? Soalan ini ditanya oleh seorang anak muda dulunya ketua pemuda umno
ReplyDeleteKemenangan kecil UMNO BN ( diyakini sudah kalah jika tanpa bantuan SPR ) tidak membawa apa apa erti selagi Dato Sri Najib dan Tun Mahathir mengepalai parti melayu tertua di Malaysia ini. Ahli ahli UMNO serta pimpinan tertinggi lain khususnya Tan Sri Mahyuddin perlu mendesak Dato Sri Najib selesaikan isu Altantuya dengan cara telus dan adil. Semua warga di Malaysia akan terus mencurigai Dato Sri Najib selagi pembunuh dan orang yang terlibat mengupah Sirul dan Hazilah membunuh tidak dibawa kemuka pengadilan. Rakyat Malaysia tidak mahu seorang PM yang terlibat dalam pembunuhan dan menjadi tanggungjawab Dato Sri Najib selesaikan isu ini seberap segera atau beliau wajib berundur supaya keyakinan ramai terhadap parti UMNO BN kembali pulih kalau pun tudak sepenuhnya.
ReplyDeleteBegitu juga Tun Mahathir Mohamad. Beliau wajib berundur dari UMNO BN kerana sebahagian besar ahli UMNO sendiri tidak lagi dapat menerima beliau yang dilihat sering menghuruharakan pentadbiran parti atas kepentingan peribadi dan famili sendiri. Jika ini tidak berlaku, selamanya sokongan rakyat terhadap UMNO BN akan terus menjunam dan menjadi kian kronik. Kemenangan kecil UMNO BN dalam GE13 ini tidak akan membawa apa apa perubahan kepada parti ini jika dua pimpinan utama ini terus dikekalkan sebagai teraju utama atau main player. Selaku ahli UMNO BN saya sangat berharap rombakan dan perubahan dalam parti ini dapat direalisasikan secepatnya oleh semua ahli dan perwakilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti nanti harus berani suarakan perkara ini. Parti memerlukan pimpinan baru yang lebih dipercayai tidak hanya oleh ahli parti serta komponen lain malah oleh semua warga Malaysia amnya.