Friday, 3 May 2013

Penerbangan Khas Bawa Pengundi: Pejabat PM, MAS Nafi Tapi Ku Nan Kata Betul...


Keraguan mengenai kebanjiran pengundi hantu daripada Sabah dan Sarawak dalam pilihanraya ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ia telah dibangkitkan sejak dua tiga tahun lalu lagi. Ketika itu dipercayai ada usaha mendaftarkan warga asing dari Sabah dan Sarawak sebagai pengundi berdaftar di Semenanjang, terutama di negeri Selangor yang menjadi impian BN untuk menawannya semula.

Di Sabah memang diketahui ramai warga asing Filipina telah diberikan kad pengenalan biru  dan didaftarkan sebagai pengundi yang sah. Perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama dan Mahathir melalui dua orang kanannya iaitu Aziz Shamsuddin dan arwah Megat Junid Megat Ayob telah didakwa memainkan peranan utama dalam perkara itu di awal tahun 90an dulu dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan PBS ketika itu.

Pemberian kad pengenalan biru ini diakui oleh kerajaan sendiri sehingga Najib bersetuju menubuhkkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI mengenainya. RCI ini masih meneruskan siasatannya dan beberapa fakta mengenainya sudah pun didedahkan sebelum ini. Hakikatnya perkara ini benar-benar berlaku dan Mahathir sendiri mengakuinya.

Kebanjiran pendatang asing di Sabah  yang dianggarkan berjumlah 800 ribu ini bukan saja menyebabkan pelbagai masalah sosial, malah turut menyebabkan kepentingan Bumiputera dan Kadazan diabaikan. Lebih dari itu, insiden Lahad Datu baru-baru ini turut dipercayai mempunyai kaitan dengan limpahan pendatang Sulu yang tidak terkawal itu.

Semalam Anwar mendedahkan pelbagai bukti mengenai usaha membawa masuk pengundi hantu daripada Sabah dan Sarawak melalui penerbangan khas selama beberapa hari yang dianggarkan berjumlah 40,500 orang semuanya. Sebahagiannya dipercayai sebagai pengundi di Selangor, sesuai dengan impian dan cita-cita besar Najib untuk menawan semula negeri paling kaya itu.

Ketika Anwar mendedahkan perkara itu, beliau mengaitkannya dengan Pejabat PM dan MAS yang didakwa terlibat berkomplot mengenainya. Tetapi tidak lama kemudian, Pejabat PM dan MAS segera menafikan perkara itu.

Tanpa sebarang hujah, Pejabat PM selain menafikan penglibatannya turut menyatakan bahawa SPR telah bertungkus-lumus untuk memastikan pilihanraya negara ini berjalan dengan bebas dan adil.

Namun agak memeranjatkan apabila malam tadi Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor  mengesahkan pula adanya penerbangan khas untuk membawa pengundi  sebagaimana yang didakwa Anwar itu. Katanya, penerbangan khas yang dibiayai oleh rakan-rakan BN itu sebenarnya adalah untuk membawa pengundi-pengundi yang sah berdaftar dengan SPR yang tinggal di kedua-dua negeri tersebut.

Ini memberi makna bahawa penerbangan khas yang dibangkitkan Anwar itu benar-benar wujud dan kebimbangan mengenai pengundi hantu daripada Sabah dan Sarawak yang didaftarkan di Semenanjung juga memang ada asasnya.

Dengan pengakuan Ku Nan sebagai orang yang mengetuai operasi UMNO dan BN itu, walaupun dikatakan mereka itu pengundi berdaftar tetapi persoalannya adakah mereka itu rakyat asal Sabah dan Sarawak atau warga Semenanjung yang bekerja di kedua negeri itu? Jika ia, kenapa jumlahnya begitu ramai sehingga 40,500 orang?

Jika mereka itu rakyat Semenanjung yang bekerja di Sabah dan Sarawak,  mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana orang  daripada kedua negeri ini boleh didaftarkan untuk mengundi di Semenanjung pula? Ini tentunya menjadi teka-teki yang besar.

Rakyat sebenarnya berhak mengetahui status kerakyatan mereka itu kerana penglibatan mereka dalam pilihanraya dan menjadi pengundi bermakna ia berkait rapat dengan soal masa depan negara. Jika mereka itu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan didaftarkan dengan SPR sebagai pengundi semata-mata-mata untuk memberi kelebihan kepada BN mencetak kemenangan,  jelas ia merupakan perbuatan khianat kepada negara.

Sesiapa yang bertanggungjawab wajib diadili dan dihukum sebagai pengkhianat kepada negara.

Setelah pengakuan Ku Nan ini, kita tentunya menanti penjelasan lanjut daripada Najib mengenai perkara ini, Beliau seharusnya bersikap telus dan memberitahu siapa mereka itu, apa identiti mereka dan di mana mereka mengundi.

Tidak guna Najib dan BN bercakap soal ketelusan, keadilan dan mengutamakan rakyat sendiri jika dalam hal sebegini tidak dapat dijelaskan kepada umum dan seolah-olah warga asing dijadikan penentu untuk mencapai kemenangan.

Seandainya tiada sebarang penjelasan yang meyakinkan daripada Najib dan BN mengenai perkara ini menjelang hari pengundian nanti, bermakna terdapat usaha yang tersusun untuk memenangi pilihanraya kali ini dengan cara yang mencurigakan dan mengenepikan hak rakyat Malaysia sendiri.

Hanya terdapat satu cara untuk mengatasi perkara ini iaitu rakyat mesti bangkit dengan lebih kuat lagi menolak BN dan memberi majoriti kemenangan yang lebih selesa kepada PR agar kewujudan pengundi hantu dan diragui ini tidak lagi dapat memainkan peranannya di masa-masa akan datang. (SH 03/05/2013)

7 comments:

  1. Ada kaum rohingya Akan undi ramai ramai di kedah

    ReplyDelete
  2. pemimipin umno melabelkan anwar pengkhianat tapi mereka sendir yang mengkhianati. semoga Allah akan membalas perbuatan mereka.

    ReplyDelete
  3. UMNO perlu ditumbangkan sebelum masalah pendatang menjadi serius seperti di Sabah dan Mahathir perlu dihukum selepas PRU ini!

    ReplyDelete
  4. lps ni ramai rakyat israel akan d bawa mai mengundi d sini..fakta bukan auta...kekekekekek

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    baru sekejap tadi MI melaporkan jawapan bangang dari pengerusi SPR dalam isu ini. Beliau kata, tak salah taja tiket, beri wang saku kepada pengundi dari Sabah untuk mengundi di semenanjung DENGAN SYARAT TAK BOLEH MINTA PENGUNDI TERSEBUT MENGUNDI PARTI TERTENTU!

    Tidakkah bangang kenyataan ini? pertama, penaja-penaja itu terdiri dari manusia-manusia gila yang perlu dirawat di hospital tanjung rambutan kerana saja-saja membazirkan wang termasuk charter jet 747 untuk angkut pengundi dari sabah ini.

    Kedua, tidakkah bodoh jika tiada niat untuk memenangkan BN, maka sipenaja-penaja ini menaja pengundi-pengundi yang menetap di sabah meninggalkan kawasan mereka sepatut menggundi di sana bagi memilih wakil mereka untuk datang mengundi di kawasan-kawasan di semenanjung yang asing dan dimana mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Dalam hal ini, kedua-duanya, sipenaja dan pengundi dari sabah ini sama-sama bodoh - jika kita terima logik pengerusi SPR ini.

    Mengikut laporan-laporan yang tersebar, pengundi-pengundi yang diangkut dari Sabah dan sarawak ini sSEBAHAGIAN BESARNYA PATI BANGLADESH, MYAMMAR, FILIPINA, INDONESIA YANG TELAH DIBERI KERAKYATAN OLEH BN UNTUK MENGUNDI DI DALAM PRU 13. Ini agak logik kerana MUSTAHIL BN sanggup memindahkan pengundi-pengundi dari rakyat Sabah sebenar ke semenanjung untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi di semenanjung dan membiarkan BN tewas di sana.

    Persoalan yang perlu kita tanya diri sendiri, sebagai rakyat asli negara ini, SAMADA PENYOKONG BN ATAU PAKATAN ialah ADAKAH KITA SANGGUP MEMBIARKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DITENTUKAN OLEH ORANG ASING?

    Kepada penyokong dan ahli-ahli UMNO, saya ajukan satu soalan tambahan - apakah ini makna pejuang UMNO: alif, ba, ta, demi memartabatkan bangsa, ugama dan tanah air? Perjuangan memartabatkan bangsa, ugama dan negara yang bergantung dan ditentulan oleh rakyat asing?...sudah, sudah la...dimanakah titik dimana anda semua kena memberontak terhadap pucuk pimpinan parti sdra-sdra bahawa perjuangan alif, ba, ta kini dah menjadi penjualan lelong prinsip alif, ba, ta itu sendiri...... kepada orang asing?

    Akhir sekali, disebalik kenyataan bangang pengerusi SPR itu, terselit satu kenyataan yang tersirat yang tidak berani dikatakan dengan tegas oleh seorang yang penakut, seorang yang bacul dan seorang yang mengkhianati sumpah jawatannya dan paling besar, satu penderhakaan kepada DYMM Agong, iaitu - TINDAKAN BN MEMBAWA PENGUNDI-PENGUNDI DARI SABAH DAN SARAWAK BERAMAI-RAMAI UNTUK TUJUAN MEMENANGKAN BN DI SEMENANJUNG ADALAH SALAH...ITU MAKSUD TERSIRAT DARI KENYATAAN BANGANG INI.

    bat8

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    DSAI telah memberi amaran kepada penjawat-penjawat awam agar tidak bermain kotor untuk membantu BN melakukan penipuan secara besar-besaran bagi memenangi PRU 13 ini. DSAI menyatakan, jika Pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan, tindakan tegas menggunakan undang-undang keatas penjawat awam yang terlibat akan diambil.

    Penjawat-penjawat awam perlu memikirkan sedalam-dalamnya amaran ini kerana survey terbaru Merdeka center telah menunjukkan bahawa kedudukan mutakhir sehingga 9.30 malam 2hb mei, BN dan pakatan berada dalam keadaan sama kuat. Survey menunjukkan Pakatan mendapat 42% sokongan atau 89 kerusi pasti, manakala BN mendapat 41% sokongan atau 86 kerusi pasti. Manakala 46 kerusi lagi masih boleh berubah dengan 2 kerusi akan dimiliki oleh calon bebas di Sabah/Sarawak.

    Sebenarnya, tindakan penjawat-penjawat awam bersokongkol dengan BN untuk melakukan penipuan di dalam PRU 13 ADALAH BERISIKO AMAT TINGGI DALAM KEADAAN SEKARANG!Sebenarnya, kerja bersongkol dengan BN ini tidak menjadi tugas rasmi mereka yang digariskan oleh GO.

    Apatah lagi, bila sahaja parlimen dibubarkan, Kerajaan BN yang memerintah sudah tiada lagi. Kerajaan yang ada adalah kerajaan sementara yang tidak mempunyai mandat rakyat dan hanya berfungsi secara administrative sahaja. KERAJAAN SEMENTARA TIDAK MEMPUNYAI KUASA EKSEKUTIF sebagaimana kerajaan yang dibentuk oleh mana-mana parti politik yang memenangi sesuatu pilihanraya umum. Hakikat ini kena difahami oleh penjawat-penjawat awam.

    Berpandukan senario yang ada sekarang, sukacita diperingatkan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan kakitangan SPR, PDRM dll bahawa mereka sedang bermain dengan api sekarang. Tindakan mereka bersongkol dengan BN, salah sebuah parti yang bertanding adalah amat berisiko dan boleh membawa padah yang buruk keatas diri mereka!

    Tuan,

    saya berpendapat amatlah wajar tuan menulis sebuah artikel khusus kepada penkawat-penjawat awam dalam perkara ini. Tuan lebih mampu dari saya dalam mengulas isu ini.

    bat8

    ReplyDelete
  7. Sudah la jangan jadi mangkuk DSAi tu... nak percaya betul atau tidak ada bukti ka.. dr MAS .... mai tunjuk orang2 tu... dgn rakaman sekali baru betui... ni taip cakap kat sini boleh la... saye pun boleh buat.. sudah LA PENDEKAR SIBER TAK HABIS2 DGN RACUN perosak korang tu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...