Sunday 21 August 2016

TIADA SIDANG MEDIA KHAS TUN M DIJADUAL DI JAKARTA SEPERTI DIDAKWA


Seorang sahabat dari Jakarta, Indonesia yang terlibat dalam menguruskan kehadiran Tun Mahathir Mohamad untuk menyampaikan kuliah umum di Balai Kartini, Jakarta baru-baru ini, menolak dakwaan ada sidang akhbar besar-besaran dirancang ketika kunjungan bekas Perdana Menteri itu.

Kata sahabat yang enggan disebut namanya itu, kehadiran Tun Mahathir sebenarnya sudah dirancang sejak 11 bulan yang lalu ketika beliau menerima anugerah "Star of Soekarno" pada September 2015.

Tambahnya lagi, kehadiran Tun Mahathir menyampailan kuliah umum tersebut adalah atas undangan Yayasan Pendidikan Soekarno, Universiti Bung Karno serta Ibu Rahmawati Seokarno sendiri.
Sehubungan itu, jelasnya, semua undangan media adalah diuruskan oleh Yayasan Seokarno dan pihak Tun Mahathir tidak terlibat sama sekali dalam menguruskan perkara tersebut.

Dalam dakwaan susulan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap "Tiga Tan Sri" , Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakannya itu telah berjaya menggagalkan suatu rancangan untuk menggulingkan Najib Razak.

Kata Azwan, apabila beliau membuat laporan polis pada 26 Julai lalu, Tun Mahathir merancang mengumpul sekumpulan media antarabangsa di Jakarka dengan niat untuk menyerang Najib.

"Pada hari yang sama, saya terdengar Gani Patail, Dr Zeti dan Abu Kassim akan hadir dalam satu sidang akhbar khas dengan mereka dijangka bercakap mengenai saman yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS. 

"Sidang media itu akan direkodkan dan klipnya akan dibawa terus kepada Tun Mahathir di Jakarta. Beliau bercadang untuk berkongsi dengan seluruh media antarabangsa yang hadir dalam dalam sesi temubual itu," kata Azwan sebagaimana dipetik daripada sebuah portal atas talian.

Oleh itu, kata Azwan, laporan polis yang dibuatnya telah menggagalkan rancangan untuk menjatuhkan Najib itu.
Dalam hubungan ini, kata sahabat dari Jakarta itu lagi, program Tun Mahathir menyampaikan kuliah umumnya ialah pada 25 Julai dan beliau tidak bermalam pun di Jakarta, sebaliknya terus pulang ke Malaysia sebaik programnya berakhir.

(Nota - Khairul Azwan mengatakan laporan polisnya pada 26 Julai telah menggagalkan rancangan Tun Mahathir untuk mengadakan sidang media di Jakarta, tetapi makluman sahabat dari Jakarta menjelaskan kehadiran bekas Perdana Menteri di Jakarta untuk menyampaikan kuliahnya ialah pada 25 Julai, sehari lebih awal daripada tarikh laporan polis yang dibuatnya.)

Sahabat dari Jakarta juga turut menitipkan sekeping gambar ketika Tun Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar selepas menyampaikan kuliah umumnya itu. (SH 21/08/2016).

30 comments:

  1. dengar citer riza aziz rupenya dah ade tibe di malaysia ni bersembunyi di kediaman najib razak dan isteri lari daripade buruan doj usa.jadi bermakna die memang tidak akan hadir di mahkamah usa isnin ni. http://suarakami4.blogspot.my/2016/08/riza-aziz-kini-di-malaysia-pulang-guna.html #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  2. Saya rasa orang seperti siKhairul Azwan ni tak perlu dilayan sangatlah.... membazir masa je!!....bukannya cerdek sangat mamat nih......tapi lagak tu lebih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa kata x cerdik. Ini cerdik cara UMNO la. Fulus masyukkk.. x bodek, fulus mana nak datang bergolek2 masuk akaun atau dpt beg itam.

      Cerdik UMNO ialah merosak dan membodohkan bangsa sendiri. Org melayu miskin dan sederhana, biasalah, semuanya bacul. Hidup susah cari rezeki nak makan. Melayu kaya, kerjanya bodek pemimpin. Tok2 lebai dan aji, sumer cam hampeh. Lagi berlebai, lagi kuat menipu. Asal taruk lebai ketayap serban atas kepala, sumer kerja nak golek ja.

      Dont trust anyone bro. Lanjiow la.

      Delete
    2. apa nak d herankan...ahli2 umno akan terima bulat2 apa yang azwan cakap...hehehehe...
      BODOH punya ahli UMNO

      Delete
    3. Budak gila tu amat mengharapkan dapat anugerah dedak drp najib

      Delete
  3. Wawasan 2020 sebenarnya telah dibatalkan oleh Bugisman a.k.a Najiblis.Ia digantikan dengan dasar MBB 2030=Melayu Bangang & Bangsat 2030.Pemangkin kepada dasar ini adalah 1MDB.Dasar ini akan menjadikan Malaysia bangang dan bangsat sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia ni dah hilang haluan. Bila sayap dikembangkan sauh pula dilabuh itu pertandanya kapal nak hancur binasa

      Delete
  4. Rpk hanya tahu buat cerita kosong dan si bangang Ass'wan in berlagak pandai pulak.. cerita nie satu sen tak boleh pakai...

    ReplyDelete
  5. Tak habis-habis si khairul azwan ni memfitnah 3T.
    Harapan 3T ambil tindak pd budak azwan dari terus membuat fitnah.

    ReplyDelete
  6. Azwan kata, tindakannya itu telah berjaya menggagalkan suatu rancangan untuk menggulingkan Najib?

    Bunyi tak bijak lah, Azwan. Rancangan untuk menggulingkan Najib tu berterusan hingga ke PRU14.

    Tapi Pemuda UMNO, mana ada yang bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azwan nak 3 tan sri didakwa dimahkamah..supaya 3 tansri akan ceritakan hasil siasatan kejahatan najib dalam mahkamah..bijak jugak azwan nak kenakan najib..

      Delete
    2. Anon 10:29,
      Rupanya Khairul Azwan itu udang di sebalik batu? Kalau bukan begitu, maka baik dia balik kampung piara ayam itek dengan dedak kelas atasan.

      Delete


  7. Jadi, kalau mengikut lojik cerita si Azwan ni, Bijan dan Kak Semah sekarang terhutang budi la kepada dia.

    Dia telah berjaya atas usaha dia seorang diri menyelamatkan kedudukan PM Bijan.

    Hebat sungguh dia.

    Agaknya sekarang ni dia sedang menunggu Bijan kata "You're my hero".

    Macam cerita orang kena sawan jer.

    Yalah, kalau terlebih makan dedak, kemungkinan terkena sawan tu memang ada.

    ReplyDelete
  8. Sume org bodoh la,, yg cerdik pkrpandap je. Blog korang ni saya lihat la,,antara yg terbaik dari blog2 yg ada dan budin korang antara yg terendak lah. TAPI,,Prn serawak, Prk sg besar dan kkangsar,, apa yg korang dapat? Kah kah. Pan memang tere syok sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti PIGS jugak yg hebat...kan bang.

      PIGS menang dgn bergaya di PRN Swak..K.Kangsar dan SBesor. Maklum le dah bergabung dengan parti hebat IKATAN...

      Asal Bukan Umno Pigs ( ABUP)..

      kih kih kih

      Delete
    2. Jangan bangga dengan prk dan prn..tak lama lagi akan jadi kenangan ko macai2 umno..cina2 dah mca dan gerakan dah lari. semula kpd DAP kerana kes LGE..umno di sabah dah berantakan..diKedah dan johor dah retak..umnopun tak boleh harap pas lagi kerana derma haram 90 juta ..Tuan RAGU hadi tak berani nafi dan saman SR..ha3

      Delete
  9. MEGAH-MEGAH dengan PRN SARAWAK & PRK KK & Sg.Besar.
    Ini bukan gambaran tanda-tanda BN akan sapu bersih PRU14. Saja nak bagi BN keyakinan kosong. Testing time untuk berusaha lebih keras for pembangkang Kalau awal-awal dah menang, jadi terlalu yakin. Terus jadi bodoh sombong. Jadi lebbih baik kalah, ada masa untuk muhasabah diri dan perbetulkan mana-mana yang lemah.
    Bila sampai masa PRU14 - ALLAH akan tentukan kebenarannya. Tunggulah ye tak payah mendabik dada sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menunjukkan pan bnyk pemimpin daripada ahli sekarang ni pun Allah juga,,yg mentaqdirkan pan kalah Prk baru2 ni pun Allah juga. Ya menonjolkan sikap pan adalah walataik lge tokong penang pun Allah jugak

      Delete
  10. Betui,,lebih baik kalah DULU,,kini dan selamanya. Terimakasih kpd pas, keranaMU PANkhianat berputih mata....

    ReplyDelete
  11. Pan adalah serpihan daripada pas. Maka sikap angan-angan pas nak perintah malaysia tu masih menebal didalam diri org pan. Pas sebaliknya nampak ada kesedaran sikit, tak berhasrat tawan Putrajaya lagi,,Pan nak buktikan kehebatan pada PRU 14 nanti ke? Lambat lagi tu,,buktikan la sekarang, jangan jadi gendang raya, bunyi je kuat,,gum,gum,gum...tapi kosong je kat dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PIS jugak dh jadi mcm ahli & pemimpin Umno makan dedak taburan Najib.

      Tak seorang pun pemimpin PIS menafikan diberi dedak RM90juta olih Najib. Bodohnya pengikut PIS yg dirujuk sbgai walaun. Pemimpin2 dpt dedak, walaun terpekik terlolong.

      Jgn lupa saman SR yaaa...bulan depan.

      Delete
  12. Khairul ni satu lagi melayu bodoh...apa Najib bagi dia makan taik Rosmah ke????? Bodoh tahap piang..

    apa jenis melayu yg mengaku islam masih meyokong pencuri dan penyamun wang rakyat????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak siapalah budak gila babi ni

      Delete
  13. dlm wawancara najib dgn metro tv d Indonesia baru2 ni, beliau tlh melemparkan komen2 negative serta membuat pertuduhan terhadap tun m.

    metro yv adalah kepunyaan surai paloh ketum partai nasdem yg juga merupakan penyokong kuat pres jokowi. jokowi n ibu mega pula amat menyanjungi kepimpinan tun m.

    utk berlaku adil saya sarankan agar station tv tersebut memberi ruang kpd tun m menjawab serta memberi komen balas terhadap apa yg d utarakan olih najib dlm temu ramah tersebut.

    rakyat Indonesia harus d beri peluang utk menilai setlh mendengar hujah2 kedua belah pihak.

    kegagalan berbuat demikian mencerminkan pendirian yg berpihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Rahman:Merdeka TV yang di punyai oleh Ibu Rahmawati Soekarno Putri ada siarkan.Metro TV yang siar itu di aturkan wakil TV3 Jakarta

      Delete
    2. tk atas maklumat d atas. apa pun tun m perlu d beri peluang utk memberi respon.

      saya perhatikan station2 tv d indon amat berkecuali n memberi peluang seluas nya utk semua membela diri.

      Delete
  14. Jika ini lah generasi yg bakal mengambil alih umno maka apa yang dapat saya rumuskan disini "sayonara Umno".

    Jika kamu sentiasa berkata tampa umno orang melayu tiada tempat lagi di M'sia, maka kamu semua lah pengkhianat bangsa, Agama dan negara. Umno daripada menjadi pembebas negara daripada penjajah dan pembela bangsa kini telah menjadi pengkhianat bangsa, pemusnah penjuangan bangsa dan penderhaka kepada generasi akan datang. Generasi kepimpinan umno sekarang adalah adalah KAMJAT (makna dari blog A Kadir Jasin) Sememangnya kita semua sepatutnya menutup terus buku berhubung dengan umno.

    Ingat lah najib dengan macai dan balachi2nya, sudah tiada esok bagi kamu "22hb Ogos 2016", segala2nya akan bermula dari tarikh ini. You got a date with your fate. You dug a hole in your ship, so sink with it.Tiada tanggisan mengiringi kamu kerana dosa dosa kamu. Hanya kesyukuran terhadap Ilahi

    Usah bermain dengan perkataan persaraan kerana sudah terlambat hendak menambat hati hati kami kepada kamu. Don't play a joke on us for the joke will be on you.

    BERSATUKAN LAH diri2 kita semua, hanya dengan bersatu saja kita dapat mencapai masa depan yg pernah kita kecapi sebelum ini. Dengan hanya bersatu akan kita kembali menjadi bangsa yg dihormati dan disegani.

    ReplyDelete
  15. Sokonglah umno....paling kuat pon kena cucuk hidung, ikat dengan tali, ditarik ke hulu ke hilir jerrr...tapi rumput percuma....nak apa lagi?

    ReplyDelete
  16. Pemimpin UMNO BN ni mana ada yang pandai lagi. masing2 semua nya dah jadi orang BODOH sekarang ni. Walaupun pandai tapi tetap MEMBODOHKAN diri demi NAJIB. Mereka semua tahu cerita yang sebenar, tapi tetap jadi BANGANG.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...