Thursday 18 August 2016

NAJIB TETAP YANG TERHEBAT, TAK PERLU BANDINGKAN DIRINYA DENGAN TUN M


Sudah beberapa kali Najib Razak mengkritik dasar atau pendekatan kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sambil membandingkan dengan apa yang dilakukannya sekarang. Tujuannya tidak lain ialah untuk menonjolkan dirinya lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

Ketika melancarkan sebuah model baru Proton tidak lama selepas Tun Mahathir berundur dari syarikat kereta nasional itu, Najib mengambil kesempatan menempelak kononnya sering berlaku campurtangan politik dalam syarikat tersebut, tetapi ia kini telah berakhir di era kepimpinannya.

Walaupun diketahui umum Tun Mahathir memandang jauh ke hadapan berkenaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan LRT, ERL, komuter, memperkenalkan sistem bas dan lain-lain, manakala Najib hanya melakukan sambungan saja, beliau tetap menyalahkan bekas Perdana Menteri itu atas dakwaan tidak menyediakan pengangkutan awam yang mapan walaupun berkuasa selama 22 tahun.
Najib seolah-olah, dengan hanya pengenalan MRT yang dibawanya, mahu seluruh kebaikan dan pujian berkaitan pengangkutan awam sertus-peratus ditumpukan kepadanya seorang diri saja.

Apabila tambang ERL dari pusat bandar ke KLIA dinaikkan dari RM35 kepada RM55, Najib tidak melihat ia sebagai kegagalan pentadbirannya melakukan rundingan, tetapi lebih menyalahkan era kepimpinan Tun Mahathir yang memetrai perjanjian pada 1997 dahulu.

Najib juga  "masuk bakul angkat sendiri"  kepada masyarakat India dengan mengatakan sumbangan yang dilakukannya kepada komuniti itu lebih banyak berbanding Tun Mahathir.

Hari ini, sekali lagi Najib membandingkan kebaikan dirinya berbanding Tun Mahathir berhubung dasar luar.

Kata Najib, dasar luar Tun Mahathir sengaja berbentuk konfrontasi bertujuan untuk meraih populariti peribadi, pendek akal dan merugikan diri sendiri berbanding pendekatannya yang mementingkan kerjasama dan bukan persengketaan serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Dalam beberapa ucapan lain, Najib juga kerap meletakkan dirinya lebih baik berbanding Tun Mahathir seperti berkaitan sistem pemilihan UMNO yang kononnya lebih terbuka, menghapuskan beberapa akta dan sebagainya.

Apa sebenarnya masalah Najib sehingga beliau begitu kerap cuba membandingkan dirinya dengan Tun Mahathir?

Kenapa beliau tidak pernah membandingkan dirinya lebih baik berbanding pendahulunya yang sebenar iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau bapanya sendiri, Tun Razak?

Mengapa Tun Mahathir saja yang kerap dijadikan perbandingan?

Kenapa nama dan kelibat Tun Mahathir begitu alergik dan seolah-olah melekat dalam pemikirannya?

Apakah Najib secara diam-diam sedang memasang impian mahu menjadi Perdana Menteri lebih daripada 22 tahun?

Sebenarnya adalah perbuatan sia-sia bagi Najib membandingkan dirinya dengan Tun Mahathir. Tidak perlu pergi terlalu jauh, jika dibandingkan dalam tempoh tujuh pertama menjadi Perdana Menteri saja, Najib sudah terbukti "lebih hebat"  dan meninggalkan Tun Mahathir ketinggalan di belakangnya.

Apa pencapaian Tun Mahathir ketika tujuh tahun pertama menjadi Perdana Menteri?
Sudah tentu ramai yang lupa dengan pencapaiannya.

Tetapi, seawal tujuh tahun menjadi Perdana Menteri, bermacam-macam "rekod" dan "pencapaian gemilang" telah berjaya digapai oleh Najib.

Antaranya, hutang tertinggi negara, pembaziran dan kemewahan di mana-mana, kenduri kahwin anak perempuannya yang gilang-gemilang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, isterinya yang didedahkan dengan pelbagai barang mewah, perhiasan mahal, percutian, penggunaan jet yang tiada tolok bandingnya serta bermacam-macam gegak gempita lainnya.

Tidak sekadar itu, Najib juga mencipta "rekod" sebagai penerima derma terbesar dunia - dulu, kini dan selamanya dan melalui 1MDB serta persahabatannya dengan Jho Low, nama Malaysia terus melonjak, tidak saja di dalam negara dengan hutang besar dalam tempoh yang singkat dan perbualan rakyat mengenainya, malah di persada antarabangsa turut berlaku liputan media berterusan sepanjang masa serta lapan negara terpaksa membuka kertas siasatan mereka.

Di Amerika, melalui tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS dengan bantuan FBI, nama Malaysia terus menjadi bualan dan beralih dari sebuah negara demokrasi kepada ungkapan baru iaitu kleptokrasi.

"Kehebatan" dan "kegemilangan" ini pasti akan berterusan, dikenang dan menjadi sebutan lebih lama berbanding orangramai mengingati jasa-jasa Tun Mahathir selama 22 tahun. Tiada mana-mana pemimpin lain yang mampu menandinginya, baik Tun Mahathir atau sesiapa jua. Itu baru tujuh tahun pertama saja, bayangkan betapa gemilangnya Malaysia jika Najib berpeluang berkuasa lebih 22 tahun lamanya.

Lalu, tidak perlu sama sekali Najib membuang masa membanding-bandingkan dirinya dengan Tun Mahathir. Beliau tetap yang "terhebat" dan "tiada duanya" dalam sejarah Malaysia. (SH 18/08/2016).

52 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA yang kau merepek lari tajuk.

      Delete
    2. APA yang kau merepek lari tajuk.

      Delete
    3. Satu lagi kehebatan bijaN ialah beliau berjaya memecahbelahkan pakatan parti2 pembangkang dan berjaya mendedakkan lebai lebai musang berjanggut utk menjadi balaci/barua parti umno/bn.

      Delete
    4. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap negara ketika ini, katanya di Kuala Lumpur, hari ini.. Pelik juga kenapa dulu marah Presiden PAS tak nak jatuhkan Najib, tapi nak jatuhkan BN.

      Delete
    5. Bila aku naik kan isu ni… aku tak tuduh sapa2… Biar lah mahkamah menentukannya…

      Yang pelik tu... Rafizi cepat2 melantunkan penafian yang bukan dari dia telah memulakan 'hearsay' atau 'widespread' mengenai FITNAH RM90 juta tuuu...
      Rupa2nya ada yang lain pun tapat sama...

      Aku rasa kalau Najib tau ni... TMK dah tentu kena belasah kan kan kan....

      Tak kan lah Rafizi nak tepuk tangan jer kot...

      Aku teringin juga nak tanya ni... saja2 la... mana la tau kot2 ada...

      "Ada tak pimpinan PAS yang mesra alam dengan wartawan Sarawak Report ni????

      Agak korang la... apanama... apa kata DAP, TMK & Khairuddin yer???

      Delete
  2. Saya setuju kalau diadakan debat TDM dan DSN

    ReplyDelete
  3. Jenis bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

    ReplyDelete
  4. pemimpin amno semuanya hebat hebat
    bermula dari pm4 sampai lani bnayak isu
    yang disorok melalui bermacam akta
    memang hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau tahu pasal PM ke 4 kalau banyak sangat curang dan skandal yang terbukti dan ada bukti sah aku ingat dah lama Najib lanun dah heret Tun M kemakamah itu logik..memangdangkan cerita rekaan puak reformasi tahun 1999 sering diulang ulang maka kau pun sekali kena tipu...dulu puak reformasi ini kata ada rahsia penyelewengan Tun M berkotak kotak ....hujung hujung samapai sekarang jangan kata kotak bayang pun tarak... yang ada anuar aysik keluar masuk....dan yang ada skandal najib satu dunia tahu .....hujung hujung kau kena sodom...ha ha ha

      Delete
  5. Makin mencarut dah tv 3
    JMM cabul mulut

    ReplyDelete
  6. Tun telah meletakkan tanda aras yang tinggi....sepatutnya Najib ni bandingkan pencapaian dia dgn Pak Lah,sepatutnya lebih baik dan memperbaiki banyak sektor yang bergerak pelahan semasa Pak Lah,ini tidak lebih buruk ,...jauh bumi dengan langitlah Najib jika nak dibandingkan dengan Tun.Letak jawatanlah Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20.50,
      Najib sebenarnya seorang PM yang tak layak nak dibandingkan dengan mana mana PM malaysia yang telah lalu kerana bukan setakat lemah dalam pentadbiran malah telah terkeluar dari syariat kepimpinan islam itu sendiri kerana ;

      1. Seorang PENDUSTA(dalam hal penyelewengan 1MDB) dan penipu..Nabi saw sangat pengambil berat dalam hal bersabit kepimpinan dan sekiranya seseorang pemimpin itu pendusta seharusnya rakyat menjauhi pemimpin sebegini ada hadis riwayat abu hurairah , rasulullah saw bersabda ,"di akhir zaman kelak akan datang jenis pemimpin yang pendusta dan zalim ..sesunggguhnya sekiranaya diantara kamu membenarkannya(pemimpin dusta) maka kamu bukan umat ku aku berlepas daripada nya .Sesungguhnya mereka tidak akan sampai pada telaga jannah kelak.

      2. ZALIM kepada rakyat dengan masalah yang najib hadapai terutama dengan kekurangan dana kerajaan ekoran kelemahan dan keborosan beliau rakyat dipaksa tanggung beban dengan segala cukai tambahan , tapi kehidupan isteri den keluarga masih dalam mungkar keborosan seperti mengunakan jet pribadi dan anak tiri beli harta secara haram diluar negara dan berpoya poya. Sesiapa yang mempersoalakan skandal beliau dipecat siasatan diganggu ..orang awam ditahan kerana buat aduan keatas beliau sehingga rakyat menjadi kaku.

      3.Tindakkan beliau banyak merugikan negara dan rakyat tapi menguntungkan negara luar dan jiran contoh projek keretapi laju kesingapura menelan belanja RM 40 Billion sekarang tapi akan meningkat kepada RM 80 billion dalam tempoh pembembinaan tersebut hendak disiapkan..lebih menguntungkan singapura kerana orang luar akan lebih guna airport Changi singapura kerana hendak ke KL guna keretapi saja masa pendek kerana rail sehingga diairport changi,tak banyak menguntungkan negara ini cuma satu contoh belum nak bincang pasal TPPA dan lain lain lagi.

      Jadi Najib sebenarnya seorang PM yang sepatutnya rakyat tolak termasuk regim beliau.

      Delete
  7. Tuan budin, kalau ada komen yg mengarut boleh jgn buang tak. Nak gak tahu level pemikiran Dia org Sampai tahap mane. Ni masuk je tgk dah takde. Lantak la Dia nak cakap ape pun. Dah tu je termampu Dia Fikirkan. Ape pun jgn salahkan ibu mengandung. Harap diberi perhatian Tuan budin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya padam bukan komen sebenarnya, tapi copy paste berita lama yang sama sekali tidak berkaitan dengan tajuk tulisan.

      Delete
    2. kami mahu berita baru saja. Berita lama dah basi

      Delete
  8. Dan pandangan Tuan budin menarik Kali ini.

    ReplyDelete
  9. Kalau bijan hebat sangat biarlah dia umumkan siapa sebenarnya MO1.Sangat tidak beretika/bertanggungjawap bila gagal menjawap/menyelesaikan tuduhan-tuduhan dari negara asing.

    ReplyDelete
  10. Kerana merasa terlalu hebat Mohd Najib Abd Razak mengelak berdebat dengan Anwar Ibrahim pra PRU12-13. Kerana merasa terlalu hebat Najib menyorok di Program Nothing To Hide. Kerana merasa terlalu hebat Najib lokapkan wartawan antarabangsa.

    Kerana merasa terlalu hebat Najib 'bersarakan' Peguam Negara, Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor BNM. Kerana merasa terlalu hebat Najib pecat TPM dan MB. Kerana merasa terlalu hebat Najib saman pengkritiknya Rafizi Ramli, Khairuddin Hassan dan Matthias Chang.

    Kerana merasa terlalu hebat Najib OSAkan Laporan Audit yang tak pernah dibuat PM terdahulu. Kerana merasa terlalu hebat Najib nyahkan soalan-soalan berkait pelaburan dan urustadbir negara di Parlimen.

    Kerana merasa terlalu hebat Najib bayar faedah bon dan komisyen urusniaga lebih tinggi dari kadar pasaran. Kerana merasa terlalu hebat Najib jual aset-aset negara kepada kuasa komunis terbesar dunia. Kerana merasa terlalu hebat Najib tunduk kepada desakan Yahudi yang menguasai TPPA. Kerana merasa terlalu hebat Najib mohon perkenan Singapura untuk membina keretapi laju dalam negara sendiri. Kerana merasa terlalu hebat Najib heret UAE dan Arab Saudi ke dalam skandal kewangan terbesar di dunia. Kerana merasa terlalu hebat Najib buatkan 7 negara menyiasat jenayah pengubahan wang haram melibatkan syarikat diasas dan dipengerusikannya.

    Kerana merasa terlalu hebat Najib wujudkan akta-akta zolim menyekat hak rakyat bersuara dan membantah. Kerana merasa terlalu hebat Najib 'ambil alih' kuasa YDA melalui AKN. Kerana merasa terlalu hebat Najib tukar semua hasil usaha kuat PM terdahulu ke lencana 1Malaysia.

    Hebatkan Najib?

    ReplyDelete
  11. Biar dia kata dia hebat nanti hawablah diakhirat nanti dan yg paling penting padtikan bn umno hancur dlm pru14 nanti itulah doa rakyat yg teraniaya

    ReplyDelete
  12. Biar dia kata dia hebat nanti hawablah diakhirat nanti dan yg paling penting padtikan bn umno hancur dlm pru14 nanti itulah doa rakyat yg teraniaya

    ReplyDelete
  13. Jgn terperanjat kalau di suatu HARI nanti Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Dunia kerana kehebatannya.

    ReplyDelete
  14. Saya akui kehabatan dia. Mana ada orang pinjam duit orang lain yg kena bayar. Dia dok toreh kita sampai meleleh darah tapi ada yang masih tak terasa. Hebat. Tapi harus ingat orang macam ni tak lama dapat menipu orang. Tak dak lagi dalam sejarah yg terlepas dari hukuman.

    ReplyDelete
  15. Kerana ko nak jadi hebat ler,rakyat sengsara menanggung akibatnya, kalo hebat sangat berenti le jadi pm mcm tun buat dulu...Kalo tak nak berenti pasal x demokrasi, apa kata adakan pilihanraya tergempar...kita tengok parti pimpinan sapa paling hebat...

    ReplyDelete
  16. It only shows how desperate he is . Tanda tanda orang yg dah tak tau apa nak buat. Nak harap geng tolong puji, bertambah masalah adalah. Boh muka celah kankang, puji lah diri sendiri. Just stay cool friends, banyak lagi yg nak mai. Lets enjoy the show. Yg tak syok tu kita dah tahu ending dia. Cukup kah tanah nak lari esok?

    ReplyDelete
  17. Najib dah mwngelabah...dia cuba membodek negara luar...nama dah busok satu dunia...jgn sampai negara tergadai kerana menjaga hati negara lain...cara najib adalah cara pemimpin penakut...idris tak takut ke nanti negara luar berlumba lumba nak membunoh org melayu

    ReplyDelete
  18. Cuba najib atau macai najib listkan negara2 yg tdm bermusoh? Dan apa yg tun dpt untuk kepentingan diri tun...

    ReplyDelete
  19. 1mdb membuatkan rakyat marah Dan ramai yg terlalu marah gagal mengawal emosi. INI kerana isu ini mendapat liputan meluas baik di Malaysia mahupun di peringkat dunia. Namun Najib tetap kuat, gagah dan perkasa. Tiada siapa yg dpt menewaskannya termasuk mentornya sendiri. Najib berjaya membuktikan beliau adalah seorang Pahlawan Bugis yg sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak bro...dedak....

      Delete
    2. kah kah kah pahlawan bugis... g tanya org bugis malaysia .. siapa nak ngaku dia sedara... si penyamun munafik ni bernasib baik sebab pandai memanipulasikan kuasa PM je...

      Delete
    3. Apa?? Pahlawan bugis sebenar..?blom tentu kami bugis nak terima si haprak ni..aku rasa kalau gaya dan perangai si jibby ni dibawak ke zaman raja haji fisabilillah dulu,mesti kena pancung dia dulu dari orang Belanda..haram jadah punya najib,memalukan nama je..pahlawan telor ke dalam..pemakan dedak bodoh nak mamp*s je yg percaya dia ni pahlawan..yg heran pemakan dedak ni boleh pandai2 sendiri mengiktiraf si kepit ni 'khalifah Agung'?YA RABBI!! Layak ke dia memegang title tu..? Ade ke dia mencontohi akhlak sebenar Amirul mukminin..?? Dgn TDM pon tak boleh nak celen..rakyat bkn bodoh..generasi muda zaman sekarang ni dgn bdk2 hingus meleleh ni boleh lah dikelentongkan..itupun ntah jalan atau tak..
      Sesiapa yg terlampau obses dgn najib ni ataupun kesurupan dgn semangat najib dgn kak semah baik pegi berubat,basoh kepala dgn air longkang..tak pon berubat dgn aku..cara berubat pon sng,xpyh keluar duit..cara dia bio ku tunjal2 kepala tu sampai lebam..

      Delete
  20. Lebih banyak semakin diketahui, pasti banyak juga yg tersembunyi di belakang tabir. Kadang2 ianya bagaikan permainan angka2. RM50 billion skrg mungkin bersamaan RM15 billion 20 tahun yg lalu. Ianya bagaikan sebuah drama bersiri di mana panel penulis skrip masih sedang bermesyurat menentukan kesudahan cerita. Panel kemudian akan hantar rumusan dan producer filem akan buat keputusan muktamad. Satu ending do luar dugaan mungkin berlaku... Najib akan muncul sebagai wira! Penyelamat negara! Pahlawan Bugis penuh keluarbiasaan.

    ReplyDelete
  21. Najib memang TERHEBAT ! Hebat apa ??
    Najib memang TERHEBAT dalam MENIPU , TEMBERANG , PUTAR BELIT , PENERIMA DERMA TERBESAR ( termasuk anak tiri dia ) , BERHUTANG , JUAL HARTA AWAM .

    Ini tidak termasuk harga barang keperluan yang naik mengejut .... kalau tak percaya pergilah kepasar . Ikan kembong zaman TDM hanya RM8 sekilo , sekarang RM18 sekilo , kepala ikan tenggiri dulu RM10 tak payah timbang , sekarang RM25 - RM35 . Bolih dikata zaman Mahathir belanja RM80 ,balik dengan 2 bag plastic barang2 , sekarang perlu keluarkan RM200 .

    Itu tak bandingkan keadaan ekonomi Malaysia lagi ....haru biru !!

    Janganlah kita andaikan kehidupan rakyat sejahtera hanya dengan melihat rumah tersergam , kereta mahal tapi semuanya HUTANG ! Jika tidak , ceti haram serta "along" tidak tumboh macam cendawan .

    Janganlah terpesona dengan laungan jumlah pelaburan yang masuk .... Najib memang hebat menggembar gemburkan nilainya . Sedikit masa dahulu , saya terbaca tentang pelaburan RM20 billion di Iskandar yg diuar uarkan olih Najib didalam surat khabar milik UMNO . Terperanjat berok seketika kerana Bandar Iskandar masih luas yg kosong . Rupa rupanya RM20 billion hanya "commitment to invest in the next 10 yrs ". Baral punya PM !

    ReplyDelete
  22. Barua pya mo1 nak tanding dgn tun .m konon angkat kaki jalan da phuiiii.penipu dan pengkhianat adalah tpi skit pun takda level tun.m.tgk muka kawan adi adawang makan diri tu lama2 mampos dlm tidor.

    ReplyDelete
  23. Parti Pribumi Bersatu Malaysia lebih dari mampu untuk menang 30-35 kerusi parlimen yg menjadi milik bn umno sejak dulu lagi hingga pru13 lalu.kerusi2 di kawasan luar bandar yg masih jadi kubu dan talian hayat mereka untuk memerintah negare.insya allah dengan izin tuhan,pru14 bersatu akan rampas 35 kerusi parlimen,dap 30,pkr 30.jike parti shafie afdal boleh menang 10-15 kerusi parlimen di sabah make bn umno pasti tumbang jgk bersame najib razak dan kroni2.dalam manifesto bersatu-pakatan letak hapuskan gst,kembalikan subsidi,bersihkan rasuah disemua peringkat dan agih semua billion2 yg diletak najib kroni2 di luar negara pade semua 31 juta rakyat pasti ramai pengundi2 akan menyokong ramai2 nanti. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  24. He he,,,seronok juga tengok korang syok sesama sendiri dan berangan2. Dulu berangan2 bersama pas, sekarang berangan2 dgn kapir Dap dan dgn musuh ketat korang juga sblm ini...ha ha..pandai tun, melayu mudah lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dapat dedak untuk bela pemimpin2 ko? Berapa? Rm50? Rm100? Untuk makluman ko, pemimpin ko ada billion billion. Kalu ko tak dapat sejuta dua, tak payah lerrrr

      Delete
  25. Jika tun hebat sepertimana yg pan puja ni, dah tentu Prk sg besar dan kkangsar dulu pan menang atau sekurang-kurangnya majoriti bn kurang banyak. Tapi hakikatnya, undi pan tak sampai 500 jika di tolak undi cina kapir Dap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kima ko la 0731.bapak,tok nenek hang mungkin serah bontot kat bijan phuii

      Delete
  26. Memang Najib hebat... mengaku pahlawan Bugis utk kebas duit rakyat. Peliknya orang Bugis yang terkenal tu pon tak marah dan tak rasa malu sikit pon. Sbb setakat ni tak ada pulak wakil orang bugis membantah gelaran yang diberi.

    Bapa kleptokrasi...

    ReplyDelete
  27. Era dsn n losemah adalah era gelap... era yg beri rakyat seposen, gov hantan rm billions..

    INi betul2 tipu rakyat majority.. yg minority sokong diberinya berbagai DEDAK....ingat semua rakyat bodooo..

    Beri BRIM, hantam gst, rega barang2 naik , keadaan tak terkawal, twmbak, Bunoh, rompak sana sini... dadah n rasuah berleluasa...
    Htg negaro meNimbun, rakyat nak hidup di belenggu pelbagai htg... masa belajar htg ptptn puluhan ribu, malahan ratusan ribu rm, keje lom tentu yg tentu htg..

    Kat kg rakyat di galakkan berhutang scheme AMANAH IKHTIAR, TEKUN DLL...

    MASSCOM, TV3 , UTUSEC DLLL TUKANG COVER....

    SAMPAI BILE....? KAT US n Oversea KITE FAMOus dengan KLEPTOKRASI.. HANTAM DUIT RAKYAT UNTUK PEMIMPIN@DSN, LOSEMAH N KRONIES..

    OOOOOOOOOO TERLOPONG RAKYAT..OOO

    ReplyDelete
  28. En budin, mmg tdk dinafikan 'sumbangan' tidak ada had dari najib pd kaum india. Contoh yg paling 'visible'- kuil2 tumbuh bagaikan cendawan busut di kawasan parlimen kj. Ada yang dh besarrrr, ada yg baru tumbuh tanpa pengawasan undang2.
    Datanglah tengok sendiri.....

    ReplyDelete
  29. En budin, mmg tdk dinafikan 'sumbangan' tidak ada had dari najib pd kaum india. Contoh yg paling 'visible'- kuil2 tumbuh bagaikan cendawan busut di kawasan parlimen kj. Ada yang dh besarrrr, ada yg baru tumbuh tanpa pengawasan undang2.
    Datanglah tengok sendiri.....

    ReplyDelete
  30. Sudah2 la tu najib..syok sendiri..pegi telanjang bulat dpn cermin semak balik setiap inci tubuh badan tu betol2..dpn penyembah dedak boleh la cerita bab jasa mu itu dan ini..dgn org lain xjalan..
    Apa jasa mu dgn org Melayu pun xtau la..mu nak bandingkan dirimu dgn Tun..???hahahahahahahahahahahahahahahaha
    Sudahla najib..letak jawatan!!!!!

    ReplyDelete
  31. Salam tuan.... saya tgk sendiri kepala surat rasmi rosmah mansor dengan jata malaysia dalam surat penghargaan kpd pandalela yg menang pingat olimpik.... adakah menteri pm layak ada kepala surat nama sendiri dgn jata malaysia??? Mohon tuan buat kupasan atas perkara ini dan dedahkan jika ianya salah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. * isteri pm

      Delete
    2. Kalau ada surat tersebut, cantik tu...

      Delete
    3. Saya tgk surat tu dr kwn yg kerja di msn tp dia tak berani foward sebab nak jaga periuk nasi

      Delete
  32. Kejayann najib yang teragong...
    CASH IS KING..... no more.
    yang lain dia hanya tolong sambung kejayaan PM terdahullu.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. PM yg pandai bermuka2, masa perlu tunjuk alim siap bjubah n berkopiah dll. Slogan rakyat didahulukan janji ditetapi (hancus), Segala pembangunan dia yg buat.. Tlg senaraikan pe yg dibuat....Sepatutnya banding pencapaian dgn PM ke 5 bkn PM ke 4. Makin hari makin merapu ucapannya x kena dengan majlis...

    ReplyDelete
  35. Dua kenyataan dari Anifah dan Rahman Dahlan baru-baru ni yang ada kaitan dengan 1MDB yang "sebijik lain daripada lain".

    Said Keruak tu pun dah luar biasa senyapnya sebab kesunyian beliau boleh dirasai bak "kebisingan panah halilintar yang membelah bumi".

    Ada kah ini petanda orang Sabah sekarang fikir/sikit-sikit diresapi dengan fikiran Malaysia adalah sis-sia, atau dlm bahasa omputih a lost cause atau pun mereka dah naik meluat dan bosan/fed up. (Maka apakah MO1 kalau Msia sia-sia?). Kalau nak bela MO1 dari Langkawi pun elok lah buat kenyataan sebelum minum dua kole air ketum. Itu DE fakto loyar kerajaan mana sudah pigi?

    Ada baca Bloomberg baru-baru ini yang menceritakan berbilion wang keluar (bahasa omputih bleeding/hemorrhague) dari BSI Swiss oleh pencarum? Dan semua dah maklum ANZ dah jual semua kepetingannya dalam amBank, kan? Mmm....bukan sikit punya kecut apabila DOJ bersin. Ada yang senyap, ada yang cabut. (Sssh..1Malaysia ni jua adalah sebuah bank sebenarnya sebab begitu banyak wang dah keluar! Kalau tak percaya tanya BNM).

    Yang pasti kat Malaysia bukan main sikit yang berkata, "X kena-mengena dengan aku pun!".

    Nampaknya bukan Langkawi saja yang minum air ketum.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...