Monday 29 August 2016

BUKU APA KOSNYA SAMPAI RM15 JUTA?

Sehingga ini enam orang sedang ditahan reman untuk disoal siasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dana sebanyak RM15 juta melibatkan sebuah bank berkaitan kerajaan untuk menerbitkan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Selain pengarah urusan bank berkenaan bersama lima yang lain daripada syarikat penerbitan dan syarikat proksi sudah ditahan reman sejak minggu lalu, pengerusi bank yang merupakan bekas jenderal juga turut disoal siasat.
Seiring dengan soal siasat itu, SPRM juga merampas sebuah rumah teres, sebuah Rolls Royce, Ferrari, Toyota dan dua buah motorsikal. Sebelum itu, wang tunai berjumlah RM30 ribu dan enam utas jam tangan berharga RM20 ribu setiap satu juga  dirampas serta beberapa akaun bank bernilai hampir RM10 juta telah dibekukan.

Selain disiasat berhubung penerbitan buku, pengarah urusan dan pengerusi bank berkaitan kerajaan itu juga dipercayai disoal siasat berhubung projek naik taraf sistem perbankan yang bernilai ratusan juta ringgit.

Jika kita mengecilkan skop pencarian, sebenarnya tidaklah sukar mengenalpasti bank, pengarah urusan dan pengerusi yang sedang disoal siasat itu kerana hanya ada beberapa buah bank berkaitan kerajaan saja yang ada di negara ini.
Bank terbabit juga sebelum ini pernah menjadi isu nasional sehingga kepada perdebatan di Parlimen berikutan pemberian keistimewaan pinjaman kepada seorang  ahli perniagaan kontroversi.

Disoal siasat berkaitan projek menaik taraf sistem bank mungkin tidak berapa mengejutkan kita, tetapi yang paling menghairankan ialah mengenai penerbitan sebuah buku melibatkan tokoh pemimpin negara yang menelan kos RM15 juta.

Bekas pemimpin negara yang mahu dibukukan kisahnya itu dipercayai pernah memerintah negara suatu ketika dahulu, tetapi anaknya kini masih berada dalam pentadbiran kerajaan.

Buku bagaimana dan seperti apa sehingga menelan kos sampai RM15 juta?

Apakah buku tersebut ditulis dengan tulisan bersalut emas sehingga kosnya begitu mahal?
Apakah wang RM15 juta itu benar-benar untuk menerbitkan buku atau ia tidak lebih merupakan suatu komplot terancang untuk menggelapkan wang bank yang kemudian diagih-agihkan sesama sendiri ibarat penyamun membahagi-bahagikan hasil samunan mereka?

Seorang penulis dan penerbit buku yang pro UMNO dan kerajaan secara bergurau memberitahu, jika beliau diberikan RM15 juta, beliau bahkan mampu menulis dan menerbitkan buku mengenai setiap menteri-menteri dalam kabinet yang ada sekarang. 

Harga sebuah buku nampaknya lebih mahal daripada kos buat bangunan lima enam tingkat. (SH 29/08/2016).

61 comments:

  1. Sememangnya ada buku tu. "Pandan Untuk Menjadi Kaya". Buku belum ditulis, penulis,penerbit dah jadi kaya....

    ReplyDelete
  2. Dah byk dah buku tentang bapa dia. Nak tulis buku apa lagi????
    Alasan saja tu
    Yg penting selagi boleh songlap dia akan songlap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam umno tu ada hantu jembalang yg buat duit demi kepentingan diri..jembalang jadi pelesit ..berupa manusia yg menyeleweng

      Delete
    2. mohon pencerahan siapa bekas pemimpin tersebut

      Delete
    3. Tangkap sekali lah org yg meluluskan duit tu...akauntan auditor..takkan mereka sebodoh itu ditipu org tua tu.mereka kan bijak pandai dan golongan elit.tp spt biasa kes spt ini..dilepas dan dibebaskan tak cukup bukti atau hukuman ringan serta denda.penjenayah spt ini masih boleh tersenyum tanpa rasa bersalah.mereka spt ini lah pengkhianat negara..betapa tinggi darjat golongan nelayan dan petani dibandingkan dgn puaka ini.

      Delete
  3. Baik 15juta tu ko bagi pinjaman tanpa faedah kat rakyat. Lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya org2 yg ahli atau betul2 pakar patut buat sesuatu ..jgn jd penakut.org melayu sebenarnya bertamadun tinggi tp dilemahkan oleh dengki khianat malas dan hiburan

      Delete
  4. Duit 15 juta tu EPU boleh bagi kat KPM bina sebiji sekolah baru. Sekolah-sekolah kat Selangor ni khususnya kat area kawasan-kawasan perumahan banyak yang dah bukak dua sesi persekolahan. Pagi dan petang. Maklumlah penduduknya terlampau ramai, banyak sekolah yang terpaksa bukak dua sesi untuk menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai.
    Tapi nak buat macam mana, bila mintak kat kerajaan buat sekolah baru, memanjang jer cakap tak ada peruntukan. Kutip cukai GST berbakul-bakul, tapi duit tak pernah cukup. Dari rakyat duit tu datang maka kepada rakyatlah duit tu patut dibelanjakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ni patut ikut langkah kjn filipina..tembak mati semua pengedar dadah yg merosakkan belia melayu..daripada kamu semua bertengkar perkara yg tak tau benar atau fitnah..sedangkan kes jenayah dan dadah berleluasa dianggap perkara harian.itulah permainan ahli politik jembalang..buat apa nak peduli pasal rakyat.heboh dgn fitnah tanpa henti..akhirnya satu masa negara runtuhhh

      Delete
    2. Patut malaysia ni ada skuad penembak.mcm china..orang2 politik dan berpengaruh yg menyeleweng ditembak mati.lg senang ikut arab saudi pancung

      Delete
  5. Umno ni dah rosak mungkin tahap bangkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosak tu baiki..ada yg pandai sgt buat parti sendiri dari mencela membabiii butaa

      Delete
  6. wayang lapuk.menteri berbilion bilon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan2 buku tajuk apa yang maha mahaaal ini?

      "Gaya & Raya Para Pemacai Seri Mappadulung Taigor Jib"

      Delete
    2. Tajuk buku tu "Anak Bapak"

      Delete
    3. Dulu ramai pegawai dan menteri bongok2 dlm malaysia ni..sekarang pun ada lg???

      Delete
  7. RM15juta shj?????? Najib ada RM2,600,000juta, Sprm tak berani rampas atau sita baik diMsia atau diluar negara.

    Muhyideen ckp sebelum tu, Najib ada RM1,000,000juta, Sprm tak bernai rampas jugak.

    ReplyDelete
  8. saya cadangkan semua ahli kembaga pengarah bank juga d siasat. perkara ini sudah tentu d bincang n d luluskan olih mereka.

    semua ahli lembaga d wajib utk melaksanakan tanggung jawab fidusiari. tugas utama bagi memastikan urusan kewangan selalu nya d pikul olih wakil2 kem kewangan atau BNM.

    perkara saperti ini tidak mungkin bolih berlaku jika mereka2 ini lebih berwaspada (vigilant).

    ini lah akibat nya jika rasuah n penyalahan guna kuasa sudah menjadi kelaziman d semua peringkat penjawat awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kaya dan ahli politik malaysia kena tangkap rasuah masih boleh senyum lagi..boleh tawar menawar tempoh hukuman..kes juta2 penjara tempoh singkat..demokrasi syaitan

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Jadlah seorang yang bermaruah & beramanah.

    ReplyDelete
  11. Ni mesti kes Bank Rakyat...google je la tengok sapa ahli lembaga pengarah dia...dapat la jawapan tu...jeneral tan sri dato' sri ....hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh maruah angkatan tentera diraja malaysia.panglima jeneral ruoanya pencuri...tak cukup lg pencen dan elaun utk berjoli.harga brg dah naik kot.di korea utara..pegawai mcm ni ditembak dgn roket sampai berkecai.tp kat malaysia yg ''berdaulat'' tak dibenarkan tan sri dan datuk2 dihukum berat..berdosa besar!!!mereka tu maksum.bks menteri besar yg menyeleweng kuasa sampai kerajaan negeri jatuh baru dibebas dari penjara dlm tempoh singkat masih mampu senyum riang siap kawen baru..di jepun manusia sebegini amat terasa aib dan bersalah hingga sanggup harakiri..mati bunuh diri.di malaysia..tak apalaaa...ada duit peduli apa.pemimpin2 malaysia tak ada jiwa sebenar..mereka spt pelakon yg mempergunakan dan dipergunakan.mereka bkn lah lelaki sejati...mereka adalah'hanya'.tak pasti dato najib bersalah atau tidak..tp tak ramai pemimpin melayu yg bijak spt beliau..tak ramai yg berani dan bijak.berani nemfitnah tu ramai.kesiannn

      Delete
  12. ..csr dpd GLC semakin merapu dan mengampu.kalo mohon glc menaja program program OKU atau kanak kanak istimewa budget yg keluar ciput sgt dan respond pulak lambat mcm siput babi.tapi majlis pelancaran glamour abis.rm15juta bole dimanafaatkan dgn memberi terapi pemulihan percuma kepada 30000 kanak kanak istimewa di luar bandar melalui PDK atau pusat pemulihan dlm komuniti.sayang seribu sayang CSR skrg bermaksud..Cuma Sekadar Rekod.

    ReplyDelete
  13. Budin,,,mane cerite pak sedare korang doj tu? Haritu riuh rendah satu dunia saman sana saman sini!! Ke,,doj pun anjing kurap juga ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar bro.....https://m.malaysiakini.com/news/353388

      Delete
    2. Tarikh akhir jho low dan riza fail untuk cabar saman doj awal september....https://m.malaysiakini.com/news/353388

      Delete
    3. Bersabarlah anon 15:56 dah tak berapa hari saja lagi
      Tak lari gunong dikejar. Sabar...Pergilah minum2 dulu kat mana2

      Delete
    4. Ramai kawan2 dan saudara mara pemimpin yg mengambil kesempatan sampai kesalahan terpalit sama .tp buat apa melabor buat filem wall street tu berjuta juta.setakAt nak tunjuk nama pengarah from malaysia?itupun sekadar pengarah tempelan..org putih nak pau duit jer ..org malaysia cpt kene ampu sampai ditipu.baik bagi duit tu kat kru atau yusuf haslam.mcm poyo je anak tiri najib tu..org nak bertaraf dunia la konon..

      Delete
  14. aku marah betul tahun ni aku dapat dividen bank rakyat terkurang dari tahun2 dulu, bahana campurtangan politik yg songlap duit bank untuk kepentingan merapu...kamu orang politik jalankan kewajipan demi rakyat, jangan gangu professionals untuk mengurus bank dengan baik. macam mana bengali tu bolih dapat juta2 dari bank rakyat untuk business atas angin. apa nak jadi ,apa dah jadi mesti negara rugi.ini lah akibatnya bila ahli politik terlalu mengikut bini, berbelanja besar tak berhenti2,negara dan rakyat menanggung rugi.

    ReplyDelete
  15. Skandal tahap global berbilion-bilion dan yang ditangkap cuma juta-juta.Berita ini kalau setiap malam siang diulang-ulang selama 15 minit , makcik pakcik kat kampung selamanya tidak akan mengetahui skandal 1mdb.Ingatkan kerja berpandukan agama tapi takut buat tindakkan kepada MO1, ikan bilis dibuat sambal setiap hari.

    ReplyDelete
  16. Dok tangkap ikan2 bilis saja.....bapa ikan[Najib] tu bila nak tangkap??....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bukan bapa ikan. - cuba tanya Ahmad Maslan

      Delete
    2. Tangkap juta-juta tertutup isu bilion-bilion...lojikkah? Lu pikiaq sndri la.

      Delete
    3. Ahmad maslan anak ikan

      Delete
    4. Najib agaknya tak terlibat mungkin org kiri kanan dia..pegawai2 dia..saudara2 dia pergunakan nama dia.sekiranya betul dia seleweng berbilionbilion dia nak buat pe dgn duit tu..umur pun dah tua..mesti keje org kiri kanan dia

      Delete
  17. Ohhh jeneral tan sri itu,..rasuah oh rasuah menjadi darah daging kerajaan umno keparat..pengundi lak orang kampung bodo tongong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang celik wajib sedarkan sedara di kampong. Buat demi masa depan anak2.

      Delete
    2. Dia je yang jahat..bkn org lain.ikut logik patut tembak mati jer.yg bersubahat pun tgh cari jln nak lps diri skrg.tamak halobaaa..dah kaya nak kaya lg..

      Delete
    3. Jgn kata org kampung bodo..betapa hancur hati mereka mengharapkan org yg mereka undi membela nasib mereka dan benar berkhidmat bkn sekadar tunjuk lagak pandai spt kebanyakan pondan pondan umno.kecewa mereka apabila pemimpin yg mereka pilih rupanya iblis yg berupa manusia yg tanpa rasa bersalah bila terang2 disabitkan kesalahan.penguatkuasaan undang2 versi ciptaan penjajah.amat sekular dan lemah.butakah mata mereka yg bijak pandai..jenayah berleluasa hukuman ringan.lupakah mereka apabila org kaya buat jenayah org miskin lebih dasyat lg .mcm dayus jerr malaysia ni..jgn pula diumpamakan negara pemelihara org kaya kaya.org miskin diperbodohkan..org kafir tak tau apa..org islam yg berjawatan...ingatlah!!suatu hari nikmat kehidupan anda akan ditarik balik..segala kesusahan dan penderitaan negara lain yg porak peranda yg biasa anda tonton akan menjadi realiti kehidupan anda dan keluarga anda.

      Delete
  18. dah lama dah orang amno ni memang kuat rasuah
    selagi amno rasuah memanjang

    tahan tahan jugak bila disiasat ada kaitan ngan orang amno terus sengap bengap

    ReplyDelete
  19. bank rakyat khidmatnya pada pelanggan macam puki@mak. baru-baru ni gua mau bayar bil air dan eletrik, tunggu sampai satu jam walhal ada seorang dua pelanggan. kalau tak mampu nak buat kerja tu, biarkan saja pos malaysia buat kerja tu. Kalau bumiputra nak pinjam duit buat bisnis bukanlah main seksa, tapi si depak bengali karpet tu senang-senang saja dapat juta-juta. bank syariah konon. padan muka... tak habis-habis ada saja penyelewengan. aku doakan supaya bank rakyat melingkup. puki@mak bank rakyat, pergi mampus bank rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu hampir bankrupt dah sebab taja perlawanan tinju Mohammed Ali vs Joe Bugner.
      Kali ni taja buku 555 pula

      Delete
    2. Mcm mana mereka luluskan pinjaman Rm15JUTA...untuk buat buku???samaada bodoh atau gila pegawai bank rakyat tu.itulah namanya taksub membbabii butaa kpd ketua hingga diarahkan buat penyelewengan.bkn apa,pegawai2 tu tumpang sekaki duit tu..yg kene ,org tua panglima jeneral yg memalukan angkatan tentera.patutlah angkatan tentera malaysia dulu serba kekurangan dan sempadan amat senang dibolosi..rupanya panglima macam ini jd ketua.Hebat lg hang tuah hang jebat walau tak berpendidikan tinggi.

      Delete
    3. Mereka ini tak ada sifat profesional sebenarnya..jauh lg bab agama.rakyat yg bawahan ni mcm tonton wayang byr cukai gst bayar gaji mereka yg pegang jawatan pakai uniform lepastu berlagak tp kerja ...mana ada buat kerjaa?

      Delete
  20. Tahniah rasuah itu satu industri dimalaysia bahkan kita telah mendapat jolokkan juara rasuah jadi apa nak hsiran bahkan duit rakyat pun habis disapu penyangak tanpa segan silu lagi pulak tu mendapat dokongan pulak semua mata dan hati mereka buta jadi tahniah malaydia juara rasuah itulah hafiah kemerdekaan tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kata tahniah..kata lah nauzubillah mintak dijauhkan.agaknya jika anda berada di syria waktu ni tentu anda melolong meraung melihat kehancuran negara.lihat lah syria..lihat dari sudut pentadbirannya..ekonominya..agaknya kebanyakkan rakyatnya berdoa dlm sanubari masing2 semoga cepat lah hari kiamat.itu realiti..

      Delete
  21. Tahniah rasuah itu satu industri dimalaysia bahkan kita telah mendapat jolokkan juara rasuah jadi apa nak hsiran bahkan duit rakyat pun habis disapu penyangak tanpa segan silu lagi pulak tu mendapat dokongan pulak semua mata dan hati mereka buta jadi tahniah malaydia juara rasuah itulah hafiah kemerdekaan tahun ini

    ReplyDelete
  22. Depa dapat inspirasi daripada model bisnes 1MDB lah tu. Maklum lah 1MDB dah terbukti paling berjaya seantero dunia yang tiada tolok bandingannya.

    Ptui, memang sah jenis Melayu/UMNO yang x tahu makna malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang politik khasnya menteri2 ni hanya pandai buat bisnes jolok pi jolok mai saja.

      Itu yg boleh jadi kaya raya

      Mati esok dalam kubur pun pasang aircon

      Delete
    2. Bkn senang jd menteri..kesian jgk kat diaorg..mana yg bersih amanah buat kerja terpalit sama..

      Delete
    3. Bersikap adillah sewaktu kuat..malaysia ade waktu melampau sgt kemegahannya seolah olah terbuai buai..akhirnya tak sedar jatuh tersungkurr

      Delete
  23. bagus juga sprm buat operasi jerung2 ni.

    dulu ikan bilis saja, sekarang naik taraf tangkap jerung.

    lepas jerung2 semua masuk kandang, baru sprm boleh rehat sikit, kuatkan muscle, berlatih silat cekak, makan madu lebah, siapkan perisai...... focus... utk menghadapi seekor lagi binatang rasuah terbesar dlm Negara...

    iaitu Raksaksa 1mdb.

    biar itu saja focus semua rakyat lepas ni. settlekan dulu yg kecik2 supaya senang nk kepung yg besar.

    ingat tu, mengkhianat amanah rakyat adalah derhaka kepada YDP Agung kerana masa angkat sumpah jadi mo1.. sumpahnya Wallahi Wabillahi Watallahi utk menjaga kepentingan Negara dan rakyat dan tidak khianat.

    kerana itu setiap menteri dan org berkuasa yg rasuah, pecah amanah dan menyeleweng, sebenarnya adalah derhaka kepada YDP Agung dan Raja-raja Melayu.

    mereka itu tidak ada beza dengan geng kiram. dan amat wajar dihukum mati atau buang negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat lg era 80an-90an..jrg benar org yg berpengaruh kena hukuman berat..yg kena tangkap ni upah peguam mesti dpt hukuman ringan..mmg berpuaka mereka tu.rakyat dihanyakan..mereka sesuka hati hidup senang lenang

      Delete
  24. KITA MAHU NAJIB DITANGKAP DAN DIHERET KE MAHKAMAH ! BUKTIKAN KETEGASAN SPRM. HERET SEKALI AG, KPN DAN KSN KE MAHKAMAH UNTUK DIADILI SEJAUH MANA MEREKA JUJUR DENGAN AMANAH TUGASNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang2 malaysia ni mcm semacam ..pengaruh penjajah .mungkin seruoa india..byk putar belit

      Delete
    2. India pun dah semakin tegas undang2 nya..undang2 malaysia seolah memelihara org kaya

      Delete
  25. Buku tu buku pasal Hasan Malek sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg susah sgt malaysia ni nak tukar menteri tak mcm jepun..dah rasa tak boleh berfungsi sbg pemimpin letak jwtn .nak tukar najib dgn siapa lg?biarlah dia dgn tugasnya..yg patut dibuang pegawai dan org berkenaan

      Delete
    2. Tak boleh tuduh org sesuka hati..mana awak tau najib tu salah.mungkin dia bersalah..tp jika betul dia bersalah berat yg akan dihadapinya..jika tak bersalah,lg berat apa yg akan dihadapi oleh pemfitnah ini sebelum dia mati atau apatahlagi slps matii..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...