Tuesday 3 May 2016

SELASA YANG BERANI BAGI MUKHRIZ BERBANDING NAJIB


Mukhriz Tun Mahathir akhirnya memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad atas dakwaan memfitnahnya berhubung empat kenyataan media yang dikeluarkannya antara 15 hingga 26 April lalu.

Ia antaranya berkaitan dakwaan beliau berkomplot bersama Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah pimpinan Najib Razak serta menuduhnya semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Secara kebetulan, saman Mukhriz ini dikemukakan pada hari Selasa iaitu hari yang sepatutnya Najib mengemukakan saman kepada akhbar The Wall Street Journal berhubung dakwaan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, tetapi masih tidak menjadi kenyataan sehingga hari ini.

Dengan ini, hari Selasa akan dikenang oleh rakyat Malaysia di mana seorang telah "berani"  tampil untuk menangkis fitnah terhadapnya, manakala seorang lagi mungkin kekal "pengecut"  sampai bila-bila.

Walau apa pun tafsiran mengenai saman Mukhriz itu dengan ada yang mengatakan "ia pertama kali orang politik menyaman setiausaha akhbar" serta "pertama kali juga orang menyaman kerana dituduh mahu menjadi Perdana Menteri", hakikatnya bekas Menteri Besar itu Kedah ada keberanian untuk mempertahankan apa yang diyakininya fitnah terhadap dirinya.

Soal saman ialah mempertahankan kebenaran. Hanya orang yang benar-benar yakin dengan kebenaran saja mampu berbuat demikian. Orang yang tidak yakin dengan kebenaran, sebaliknya hanya akan bercakap saja mahu mengambil tindakan undang-undang, tetapi tidak melaksanakannya.

Sebab itu, macam-macam saman kita pernah dengar, termasuk yang terbaru berkenaan pelanggan Starbuck yang mengemukakan saman kerana merasakan minuman yang dibelinya lebih banyak ais berbanding kopi.

Walaupun ada sesetengah saman kelihatan remeh, tetapi jika tuduhan berupa fitnah yang kecil dibiarkan begitu saja, ia akan berkembang menjadi besar dan mungkin tidak terkawal akhirnya.

Dituduh dengan dakwaan apa sekali pun kiranya tidak benar, pasti seseorang itu akan melawan mengikut kemampuannya. 

Dalam hal saman fitnah Mukhriz itu, adalah penting yang menuduh mengemukakan bukti-bukti bahawa anak Tun Mahathir itu benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar berani menulis dan mengulang-ulang dalam kenyataan media saja.

Selebihnya, biarlah mahkamah menentukan keadilan tetapi sekurang-kurangnya dengan tidak gentar mengemukakan saman, persepsi kebenaran itu sudah pun memihak kepada Mukhriz berbanding Najib yang hanyangah bercakap mahu menyaman WSJ, tapi tidak juga menjadi kenyataan walau Selasa demi Selasa telah berlalu. (SH 03/05/2016).

25 comments:

  1. Seorang setiausaha akhbar yang tugasnya hanya menulis dan menyiarkan kenyataan akhbar bagi seseorang menteri suddenly being unusually vocal politically and has a mind of his own. Fiercely attacking someone larger than him, punching above his weight.
    There's no doubt that he was just taking orders from above.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal winnable candidate tu

      Delete
    2. Maybe something to do with the recent deal going on ...

      Delete
    3. Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atau mana2 menteri adalah seorang penjawat awam. Dia di lantik oleh JPA dan gaji dibayar oleh JPA.

      Di bawah Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang daripada mengambil bahagian
      dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

      Tapi ntahlah dalam kes SUA Najib ni. Mungkin lebih kepada tuduhan peribadi ke atas seorang ahli politik.

      Dalam Senarai Tugas SUA tak ada sebut pun hal2 berkaitan politik atau membuat tuduhan ke atas ahli politik, tapi mungkin fasal 13 ni boleh digunapakai: Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Menteri/ Timbalan Menteri dari semasa ke semasa.

      Pautan ni ada surat mengenai LARANGAN PENGLIBATAN DALAM POLITIK KE ATAS PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTlNGGl DAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ..
      docs.jpa.gov.my/docs/se/2009/se06042009.pdf

      Delete
    4. Yg lain mcm Tajuddin semua dah senyap jadi SUA terpaksa bersuara. Skrg tinggal Azalina pisang mentimun. Selepas ni fikiran budak pejabat atau driver Najibongok pula bersuara.

      Delete
  2. ini mcm la kita mau. saman klu kita d landasan benar

    ReplyDelete
  3. Dinturtle ada interbiew Mukhriz mengenai 'Saman Hari Selasa' ni di: http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/05/interview-khas-mukhriz-kenapa-saya_3.html

    ReplyDelete
  4. Tindakan setiausaha akhbar najib mengia kata2 orang ramai bahawa beliau pembekal dedak berkualiti tinggi...kualiti yang jauh meninggalkan makanan kucing berjenama powercat!!

    ReplyDelete
  5. Saman jangan tak saman,,nanti pihak sebelah sana besar kepala,,sikat sama dia Dato Seri jangan kasi muka sama pemakan dedak.....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kalau dah sikat, bedak kan sekali.

      Delete
  6. Rizal Mansor dah senyap. Now tengku punya turn la pulak. Nak justify gaji yg berpuloh ribu tu. Muka AO, SSK, NA, RD, PZ org dah muak... diorg ckp x de sapa dengar... kih kih kih... buang air liur jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengku palsu tu pun dah tak dengar cerita lagi
      Skrng Tengku Sherrif pula tiba tiba muncul

      Delete
  7. Budin,
    Blog blog ampu najib dan kaki lapaq dedak memandang sinis akan kes saman Mukhriz ini, ya ini hak masing masing la dah undang undang ada guna saja la ,kalau dah difitnah kena la bertindak untuk membalas fitnah tersebut ,kalau duduk diam dan asyik menipu untuk perbodoh orang ini kerja manusia bangsat dan sah bersalah kerana fitnah tidak langsung dijawab tapi dibalas dengan menipu maka sah apa yang dikata adalah fakta belaka,maka selasa yang dinanti hanya tinggal tarikh tapi kaki mencuri dan menipu masih sama muka tak tahu malu dan tiada maruah.

    ReplyDelete
  8. Najib no ball. Rosmah keep his ball some where. He just a puppet to Rosmah. Loss ball loss brave. Now he is a coward PM. The whole world knew him as a Father of Corruptors On The Planet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Obviously must be in the handbag.

      Delete
  9. Rakyat sepatutnya boleh saman najib sebab kutip gst
    Hapus gst atau rakyat bangkit saman najib

    ReplyDelete
  10. Tahniah Mukhriz diatas kejantanan Dato mengambil tindakan tersebut keatas org yg membuat finah berani kerana benar alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan insyaallah mungkin satu hari nanti dengan izin allah dato akan menjadi pm malaysia itulah doa kami aaammmiiinnnn

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada DS Mukhriz.

    ReplyDelete
  12. Syabas kpd DS Mukhriz dan terima kasih sudi bersama rakyat MEMBENTERAS KORUPSI.

    ReplyDelete
  13. Datu mukhriz ada class ckp serupa bikin bkn mcm barisan skrg semua tara guna semua low class mcm ketum pinyamun.belajar tinggi2 tpi merompak harta negara dan membiarkan rakyat merana.

    ReplyDelete
  14. Saman. Kasi dia terkencing dlm seluar di mahkamah nanti. Syabas DS Mukhriz

    ReplyDelete
  15. Tg Sheriff SUA PM..kategori penjawat awam..patut saman skali dengan Jabatan PM dan Kerajaan Malaysia..tuntut 2.6 bilion..sbb 1 Malaysia percaya dgn criter Tg Sheriff. Habih rosak reputasi dan imej Mukhriz..kalo saman sorang jer..tak larat dia nak bayor..jadi cam papagomo lak.

    ReplyDelete
  16. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...