Monday 19 October 2015

BUKAN HANYA GST, NAIK TOL PUN UNTUK TAMBAH BR1M RUPANYA....

Apakah yang dapat kita rasakan dengan Najib Razak sejak kebelakangan ini?

Makin bagus kepimpinannya?  Kian lemah berfikir, hilang daya usaha  dan semakin lupa dengan janji-janjinya? Sudah hilang tumpuan dan cakap apa saja sesuka hatinya?

Atau apa sebenarnya sudah jadi dengan satu-satunya Perdana Menteri yang ada wang derma RM2,600 juta ini?

Sebagai usaha mempertahankan kenaikan kadar tol dalam bandar yang bermula Khamis lalu, Najib berkata, kerajaan terpaksa membenarkan peningkatan itu kerana jika tidak berbuat demikian, bantuan BR1M terpaksa dikurangkan.

Katanya, ini kerana kerajaan mempunyai kewangan terhad yang terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

Anda tak naikkan tol, kena bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M, tambah Najib lagi.

Sungguh aneh sebenarnya kenyataan Najib ini. 

Pertama, beliau nyata sudah lupa atau buat-buat lupa dengan janjinya sendiri untuk mengurangkan kadar tol dalam bandar sepertimana dilafazkannya sebelum PRU 13 lalu.

Kalau sudah tahu kenaikan tol diperlukan untuk menampung BR1M, kenapa suka sangat "berjanji  bulan madu"  dengan rakyat?

Oleh kerana Najib selalu mengunjungi Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din, pantang saja terdengar pemimpin pembangkang itu tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, maka ada baiknya beliau mengambil kesempatan bertanya sendiri dengannya apakah hukumnya orang yang mengingkari janji yang dibuatnya.

Kalau orang biasa yang menjatuhkan hukum, lebih-lebih lagi di media sosial, tentu saja ia tidak diyakini. Jadi, ada baiknya pemimpin Pas yang sedang dipuji dan dipuja itu mengajar hukum agama kepada Najib.

Yang kedua, apa kaitannya tol dalam bandar dengan penerima BR1M? Apakah semua pengguna tol dalam bandar merupakan penerima BR1M dan adakah juga semua penerima BR1M adalah pengguna tol dalam bandar?

Jika jawapannya ya, kenaikan kadar tol itu mungkin boleh diterima logiknya, tetapi jika sebaliknya atau kaitannya hanya sipi-sipi saja, terbukti Najib kian lemah daya fikir serta usahanya untuk mendatangkan kemakmuran dan semakin menunjukkan beliau tidak layak lagi memimpin rakyat negara ini.

Untuk memberikan kemakmuran kepada rakyat, kita tentu saja memerlukan pemimpin yang boleh berfikir dengan lebih baik dan seterusnya berusaha juga dengan lebih gigih untuk masa depan negara, bukannya  watak yang hanya mampu "main bedal" saja dalam menangani sesuatu isu.
Yang ketiga, apakah Najib lupa beliau pernah mengatakan sebelum ini bahawa cukai GST diperkenalkan adalah antaranya untuk menambah jumlah wang BR1M yang diterima oleh rakyat berpendapatan rendah.

Berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan pada 19 Mei 2015, Najib ada menyebut, "kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat banyak yang senyap."

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan antara satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya."

Apa ni Ah Jib Gor? Kenakan GST untuk BR1M, naikkan kadar tol pun untuk BR1M juga!!

Apalagi agaknya selepas ini kenaikan yang akan dibebankan kepada rakyat untuk menampung pemberian BR1M itu?

Tidak cukupkah cukai GST yang menurut Kastam bagi tahun 2015 saja kutipannya dijangka berjumlah RM7 bilion untuk menampung pemberian BR1M tersebut, sehingga kenaikan tol dalam bandar juga dibenarkan untuk tujuan yang sama?

Sengsara sangatkah kedudukan kewangan negara sekarang ini? Tidak adakah cara lain seperti meningkatkan penjimatan dan mengurangkan "horey horey" dalam menguruskan negara?

Berbalik kepada soalan awal tadi - adakah semua ini menunjukkan kepimpinan Najib makin bagus, kian lemah, hilang daya usaha, lupa pada janji, hilang tumpuan atau apa sebenarnya?

Berapa lama lagikah kita sanggup berperdana-menterikan pemimpin "tak semenggah" dan hilang daya berfikir seperti ini? (SH 19/10/2015).

34 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

  2. Najib guna kan BR1M untuk Pecah dan Perintah.

    Bagi yang tak dapat BR1M tetapi kena bayar Tol tentu benci pada Najib tetapi sebaliknya yang dapat BR1M dan tak kena bayar Tol tentu mengharapkan belas kasihan dari Najib.

    Lagi ramai rakyat yang bergantung pada BR1M dan mereka ini lah harapan Najib untuk menang pru. Dalam bandar pun ramai yang dapat BR1M. Mereka jadi penambah pada jumlah undi untuk UMNO dan BN.

    Bukan kenaikan tol dan GST punca kenaikan barang rupanya tetapi kerana pemberian BR1M lah harga barang semakin mahal.

    ReplyDelete
  3. Ini barua bangsat namanya.Senang sungguh dia buat duit dengan menindas orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bangsat dia ni..Manusia yang mengharam-jadahkan orang lain untuk kepentingan diri-sendiri..Setiap perkataan yang keluar dari mulut manusia ni penuh dengan pembohongan, penipuan dan penidasan !!

      Delete
  4. pak budin, dah meluat daa nak komen.......pusing pusing pun benda tu juga......cari cerita lain plak,...jkan belaga ke, kumbang terbang ke.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah satu mangsa yang telah di tepukan otak dan fikiran nya.
      Kerana kena 'pusing-puisng' dah nampak ikan belaga dan kumbang taik berterbangan.

      Ikan belaga tu pun akan dijual dengan harga yang mahal
      Kumbang taik tu pun bukan nya tiba-tiba terpacul kalau tidak ada taik yang datang nya dari sumber makanan.

      Orang macam ini lah yang menjadikan Najib PM yang paling teruk !

      Delete
  5. joker try to be a hero.....robbing the middle class giving it to the poor.. leaving the cronies in wealth........the making of new Malaysian capitalism....BUSHSHIT

    ReplyDelete
  6. Bala,bala,bala!.Inilah yang dikatakan tiada bala mencari bala.Mungkin telah tersirat dalam sejarah Malaysia bila munafik telah bermaharajalela maka kemusanahan mulai ternayata.Terlalu ego dan bongkak engan mendengar nasihat orang yang lebeh berpengalaman inilah jadinya.

    ReplyDelete
  7. Pernah AnjungRakyat tulis:

    nih sebenarnya cerita manusia yg cuba berlagak tuhan... & cerita si bodoh yg nak jadi si cerdik.... cerita manusia2 yg percaya mereka berkuasa utk mencipta takdir mereka sendiri.... terbukti Tuhan(swt) yg sebenar lebih berkuasa memegang takdir... what u give, u get back.... buat baik balasannya baik, buat jahat balasannya jahat.... hendak terlalu tinggi jatuh, hendak terlalu harum hangit....

    akhirnya perancangan mereka itu selama 7-8 tahun kebelakangan..... hancur berkecai baru2 nih & aku sendiri menjadi saksi di hari tersebut....

    setelah berkecai apakah mereka berputus asa? tidak..... org bodoh mana sedar dirinya bodoh... jadi mereka teruskan jugak kerja2 mereka dlm keadaan hampa... alang2 hancur biar hancur semua musuh2 mereka..... mungkin mereka berharap dari kehancuran musuh mereka... mereka akan dpt menjadi ketua dlm puak2 org2 yg lemah... kahkahkah... satu lagi kerja bangang & kerja gagalis sedang mereka usahakan...

    yg menang?.... umno...
    yg kalah pulak?... "striker", "playmaker", "defense", "bola", "mereka", "tuan", "majoriti" & rakyat yg tak memasal terkena badi kejahatan, pengkhianatan & kebangangan mereka semua.....

    ReplyDelete
  8. Najib kau ni patutnya mask bettanding program daie tv3 lebih baik dari cakap merapu2 aku bosan dengan kaulah

    ReplyDelete
  9. Najib kau ni patutnya mask bettanding program daie tv3 lebih baik dari cakap merapu2 aku bosan dengan kaulah

    ReplyDelete
  10. Kalau betul kita kata kita jadi pemimpin untuk menjaga kepentingan rakyat,cubalah letakkan diri kita sebagai rakyat..selamilah penderitaan hidup mereka & dengarilah rintihan hati mereka..bukankah baik pemimpin & rakyat,masing-masing mempunyai hati yang sama..Adakah kita,sebagai pemimpin mahu menzalimi rakyat sendiri yang mana kezaliman ini adalah kezaliman ke atas diri kita sendiri?

    ReplyDelete
  11. Adakah negara kaya lebih mrmbebsni rakyat.negara kaya air free.letrik free.cuksi tak ada.bahan makan murah.camna nak jadi nrgara berpendapatan tinggi tapi pungutuan kat rakyat semakin tinggi.rakyat banyak dibenani bsnyak pungutan eh kerajaan.sementara utang luar negara beryambah terus.pemimpin tak da rasa malu bercskap nrgara prndapatan tinggi tapi rakyatnya miskin.dikampong yang kaya ketua cawangan umno.yang kaya hanya orang umno.kenpa pemimoin jadi buta dan masih menipu rkyat.

    ReplyDelete
  12. Adakah negara kaya lebih mrmbebsni rakyat.negara kaya air free.letrik free.cuksi tak ada.bahan makan murah.camna nak jadi nrgara berpendapatan tinggi tapi pungutuan kat rakyat semakin tinggi.rakyat banyak dibenani bsnyak pungutan eh kerajaan.sementara utang luar negara beryambah terus.pemimpin tak da rasa malu bercskap nrgara prndapatan tinggi tapi rakyatnya miskin.dikampong yang kaya ketua cawangan umno.yang kaya hanya orang umno.kenpa pemimoin jadi buta dan masih menipu rkyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni najib dah mula nak majukan kampong baru di Kuala lumpur. Dia dah tubuhkan Kampong baru Development Corporation.

      Tak lama lagi kena juallah kampong baru.

      TREX tak selesai, !MDB tak selesai sekarang dah mula terjah kampong baru pula

      Haprak punya manusia.!!!

      Delete
  13. Dlm kepala dia hanya ada #cash is king. Benda len xleh pikiq dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tak berapa betul...selain cash dlm kepala dia juga ada Rosmah..apa2 dia buat mesti ingat Rosmah dulu..samada Rosmah approve atau tidak...Najib tak bleh hidup tanpa cash & Rosmah..

      Delete
  14. Kepada ahli parlimen pembangkang, tarik balik usul tak caya pm. Dia tu liabiliti pada BN, biarkan dia jadi pm sampai tamat tempoh. Masa PRU nanti, rakyat yang akan undi tak percaya kat ke semua calon bn. Kalau pembangkang ada wawasan, inilah masa terbaik untuk bertemu pengundi kawasan2 bn, terutamanya kawasan2 lemah majoriti seperti Cameron Highlands, Bentong. Kat melaka , Ketua Menteri dah panik dah rasanya, sampai jemput cina peranakan masok umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul nya tapi tak boleh tunggu lagi lama sebab kerosakan yang di lakukan oleh Najib semakin teruk dari hari ke hari, dah nak jadi jahanam negara di buat nya.

      Najib bernyawa sebab kita tidak ada jalan penyelesaian yang terbaik antara UMNO BN dengan Pakatan Harapan.

      UMNO mahu Najib berundur tapi tidak mahu membawa perubahan.

      Delete
  15. BR1M = Utk rakyat 4 / 5 ratus cukuplah.
    BR1M = Utk my queen intan payung Birkin Rossy 1 Million punya.. hahaha

    ReplyDelete
  16. Bro DT ada upload video Najib nih....paling sesuai kekata Shabuddin nih yang daya fikir Najib memang dah terlalu lemah lagi bebal lagi baghal lagi sengal! Sila tonton video itu dan anda dapat rasakan betapa negara Malaysia nih sedang kearah kehancuran....26 - 9 = 15 Billion???

    Macai Najib masih lagi tak sedar tak apa, yang bengap UMNO hierarchy....masih tunggu dan lihat???

    ReplyDelete
    Replies

    1. Betul lah tu ... 26 - 9 = 15 billion.

      Tak caya kau bagi soalan 24 - 2, dia akan jawab 20.


      Delete
  17. Dalam bahasa omputih, Najibur ni PEA BRAIN yakni otak beliau hanyalah sebesar kacang! Kacang kuda lah dalam kes ni. Majoriti pemimpin kerajaan UMNO pun PEA BRAIN juga.

    ReplyDelete
  18. you'll be curse until end of days......rascle moron you pea brain.

    ReplyDelete
  19. Ni bukan orang daa..ni la yg org tua-tua kate jenih BIAWAK.. lidah bercabang cam ular gak..sekarang meh kite dokong..tatang..BIAWAK nih idop-idop..nasib la kalo tak bercalor-balor..kruuuh..kruuuh..ayam nak kene semelih lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  20. Ada yang berstrategi (khususnya sebahagian pemimpin parti dan ahli politik) Najib harus diberi peluang menghabiskan penggalnya. Mereka (Haji Hadi Awang, Haji Haron Din serta sebahagian MPP PKR dan CEC DAP) beranggapan lagi lama Najib di kerusi kuasa lebih tinggi peluang parti mereka menumpaskan UMNO-BN. Hujah mereka Najib bijak melakukan lebih banyak kerosakkan dan kerosakkan itu akan meningkatkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada Regim lantas menggunakan kuasa mengundi menjatuhkan BN pada PRU14.

    Tidak dinafikan ia suatu strategi yang berkesan. Namun apakah peratusan ia akan berjalan lancar seperti perancangan? Dua faktor yang barangkali pemimpin pembangkang terkhilaf ketika menganalisa dan memilih strategi tersebut.

    1. Belum tentu rakyat yang marahkan Najib akan mengundi pembangkang pada PRU14.

    Rakyat yang marahkan Najib tergolong dari anak muda pertama kali mengundi, pengundi atas pagar tidak berparti dan ahli parti yang kecewa. Ahli parti adalah dari kedua-dua pihak penguasa dan pembangkang.

    Pengundi BN khususnya di bandar mulai sedar kesilapan memilih Regim sebagai kerajaan. Mereka terkesan dengan tekanan kos sara hidup makin meninggi, ketegangan antara kaum makin meningkat, serta gejala rasuah dan salahguna kuasa makin tidak terbendung. Malah antara mereka berasa malu untuk mengaku apalagi mempertahankan parti yang mereka undi selepas dari satu ke satu pendedahan salahlaku pemimpin mereka menjadi pengetahuan dan topik hangat perbualan umum.

    Manakala di pihak pembangkang masalah makin ketara kelihatan di dalam Pakatan Harapan baik sesama pemimpin separtisan mahupon antara rakan komponen. Ketidak-bersatuan dan perbedaan ketara budaya politik menyebabkan rumahtangga mereka kerap berantakan telah mengundang kecewa rakyat khususnya yang mengharapkan PR/PH alternatif terbaik kepada BN.

    Datang PRU14 ketiga-tiga golongan besar ini mampu dan besar kemungkinan memilih memulaukan proses undi melainkan mereka diberi alternatif lebih baik selain BN dan PH.

    2. Kerosakkan yang dilakukan Najib boleh jadi kerosakkan kekal yang mudarat.

    TPPA adalah contoh terbaik. Semenjak 5 tahun lalu penguasa amat berahsia memgenai kandungan TPPA. Tidak banyak maklumat yang didedahkan kepada Ahli Parlimen kedua-dua pihak. Rakyat lagilah dibiarkan dalam kegelapan.

    Menteri-Menteri serta Timbalannya pula kerap mengeluarkan kenyataan bercanggah, sepertimana bercanggahnya Najib tentang GST seawal pengenalannya hinggalah sekarang. Begitu juga bercanggahnya Najib tentang 1MDB.

    Kononnnya, walaupon Malaysia telah menandatangani TPPA tetapi ia bukanlah muktamad. Kita masih boleh berbincang dan mendapatkan persetujuan rasmi di Parlimen. Tempoh diberi sehingga perjanjian termaktub dengan sendirinya tinggal kurang 70 hari manakala Menteri berkaitan mula berdolak dalik tentang 'bincang di Parlimen' dengan alasan keterbatasan masa. Beliau juga menegaskan Malaysia boleh menarik diri dari TPPA pada bila-bila masa. Jika itulah asasnya kenapa Kandungan Perjanjian menjadi sangat 'Classified' atau Rahsia.

    Faktor 'Classified' inilah yang merisaukan pakar ekonomi dan perundangan negara. Tidak mustahil ada klausa penalti yang amat berat jika menarik diri atau klausa 'Incontestability' dalam perjanjian tersebut sepertimana perjanjian-perjanjian rentas sempadan dan benua yang lain.

    Melihatkan perkembangan yang berlaku ke atas negara mutakhir ini besar kemungkinan dua faktor di atas bakal menjadi kenyataan.

    Apa guna PH berjaya merampas Putrajaya tika negara terhakis kedaulatannya, pemimpin hanyalah boneka dan penjajahan moden mengambil alih singgahsana? Tika kuasa dan syarikat gergasi asing menentukan cara kita berpolisi dan mentadbir? Tika hutang negara menjadi barah malignant? Tika api permusuhan antara kaum bertukar menjadi kebakaran mega Sumatera?

    Sufah terlewat untuk berbangga dapat merampas kuasa dari Regim. Sudah terlewat untuk berbangga dapat memerintah. Datang waktu itu Malaysia adalah 'the second Afghanistan'.

    ReplyDelete
  21. Najib memang baqhal,zalim,munafik,penbohong dan sampah.Satu hari dia x bohong dia x bolih duduk.Sial punya pemerentah

    ReplyDelete
  22. salam,
    saya amat hairan dan pelik. kenapa penulis blog yang mantap boleh lupa ayat najib, "Kangkong turun harga,kenapa tak puji kerajaan?". itukan ayat yang paling bijak pandai diluar kotak didalam jamban yang pernah diucapkan.
    Saya minta, penulis blog mohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia dalam tempoh 7hari bekerja sebelum saya adukan kepada Ayahanda Rani Kulup untuk buat laporan polis. Saman oleh Najib akan di failkan pada bulan 12, tahun belum tahu. Eh saman WCJ dgn bekas president MIC mcm mn eh? dh habis tempoh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ello....nak kena saman dari Najib sila beratur dulu, tak boleh jump Q tahu...WSJ, Tun L, dll kalau ada, lepas tu baru sampai awak..ambil nombor dulu..

      Delete
  23. Memang CELAKA siapa saja yg buat idea BR1M ini.

    Lebih SIAL bila GST diguna utk bayar BR1M.

    Betul2 HARAM JADAH bila duit tol pun diguna utk bagi pada BR1M.

    Najib, cepatlah berambus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii tak tau lagi kaa?? punahsihat APCO la yang ampunya idea..

      Delete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. Org bandar tak sokong najib, maka hukumanya bayar tol lebih. Penjimatan dari tol ini blh diguna utk bagi BRIM kpd org kampung yg pasti sokong PM. Bijak ...bijak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...