Thursday 1 October 2015

BERTERUS-TERANG SAJALAH TAK JADI SAMAN WSJ...HABIS CERITA!!

Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap akhbar itu diambil pada hari Selasa.

Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.

Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.

Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.

Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.

Sama ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.

Najib dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga kononnya untuk membantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.

Lawak dol...

Yang masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super pemurah"  itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah ia diletakkan.

Namun, saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan, sebaliknya seorang ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.

Anina bagaimanapun dipecat keahliannya daripada UMNO kerana peraturan parti tidak membenarkan sebarang permasalahannya dibawa ke mahkamah.

Tetapi semalam, setelah sekian lama senyap,  timbul lagi alasan baru mengapa tindakan mahkamah belum juga diambil terhadap WSJ.

Peguam Hafarizam Harun menyatakan Najib ingin mengetahui sama ada WSJ akan memohon menggunakan Akta Speech sekiranya beliau memutuskan menyaman syarikat akhbar tersebut.

Akta Speech adalah akta yang melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara, jelas Hafarizam.

Untuk maksud tersebut, jelas beliau, pihaknya telah menulis surat kepada peguam kanan yang mewakili WSJ untuk mendapatkan kepastian mengenainya.

Saya tidak mahu memfailkan kes di Malaysia, dapatkan penghakiman dan ia menjadi penghakiman atas kertas di AS kerana WSJ akan mengatakan ia dilindungi oleh Akta Speech itu.  Bukankah ia satu usaha yang sia-sia, tambah Hafarizam lagi.

Alasan lagi...selepas ini entah celah apa lagi digunakan sebagai helah agaknya!!

Bukankah lebih baik jika Najib berterus terang saja bahawa saman terhadap WSJ itu tidak akan diteruskan langsung memandangkan dakwaan mengenai wang RM2,600 juta itu sudah pun diakui kebenarannya?

Habis cerita....dan tak perlu bersusah payah mencari macam-macam alasan lagi.

Lagi pun kalau mahu saman juga, atas faktor apa lagi sedangkan Najib sendiri sudah mengakui mengenai wang RM2,600 juta itu? (SH 01/10/2015)

31 comments:

  1. Lembu lintas jalan mungkin dia tak kenal lorikah,motokar,dia hentam selamba saja.Tetapi manusia yang dikatakan terpelajar pun nak kelintong sesama manusia,ingatlah bala dok menanti dihadapan dengan kelakuan kita.Insaflah!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Yang tak percaya duit masuk akaun najib adalah si bodoh Hadi Bawang dan Harun jin.Bikin malu umat islam saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi ni serban saja besar otak kecik

      Delete
    2. 17.54, otak kecik? Atau x dak otak langsung?

      Delete
    3. Anon 19:02..Ada otak tapi tak dak akai. Cuba hang pi tanya dia. Akai ada ka? Mesti terkebil kebil biji mata dia.
      Dasar haji Singapore

      Delete
    4. Orang PAS ni walaupun sakit lutut tapi masih boleh main perempuan lagi tau..

      Delete
    5. jangan belit cerita bro.. klu ko org islam jgn cuba pusing fakta.. 2 org tokoh PAS tu kata kene bukti kan,. tu je.. dia x kata najib x ambik

      Delete
    6. Kamu ni bro Raziei adakah ini bermakna mereka kata Najib ambil?

      Delete
  3. Satu pembohongan perlu di kaberap dengan 10 pembohongan lain..
    Setiap satu dari 10..kena kaberap 10..dah jadi seratus..
    Rasanya belum cukup seratus lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..you have been purifying your soul constantly... your words mend thousand feeling,,,, love you kman

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Bila buat perkara2 yg Allah xredha..pusing,belit cmana pun xbjaya gak.

    ReplyDelete

  6. Dengan tidak memfailkan kes di Malaysia untuk dapatkan penghakiman atas alasan WSJ akan mengatakan ia dilindungi oleh Akta Speech US bermakna WSJ boleh menokok tambah lagi cerita pasal 1MDB dan mengorengkan lagi cerita pasal RM 2.6 billion. Ini nak masuk lubang taik nama nya !

    Bila di fikirkan lagi tidak pulak WSJ berbuat begitu, tidak tahu lah selepas ini mungkin WSJ akan melapurkan terbaru duit RM 3 billion masuk lagi dalam akaun Najib dan Peguam pun memberi atas alasan yang sama iaitu akta Speech. WSJ dedahkan lagi masuk lagi RM 5 billion dan billion dan billion ..

    Mengapa WSJ tidak gunakan Akta Speech melapurkan se olah-olah ada tawaran yang dibuat oleh Obama kepada Najib semasa bermain golf? Dalam ramai pemimpin dunia, mengapa Perdana Menteri Malaysia yang di pilih oleh WSJ ?

    Bukan kah akta ini melindungi sumber maklumat dan tidak melarang wartawan membuat prepepsi mengikut sumber dan pengetahuan yang dia ada? WSJ bukan buat satu prepepsi atau kritikan tetapi satu Tuduhan ! Tentu ada Akta lain yang boleh digunakan untuk mencabar Akta Speech.

    Najib di anggap di pihak yang benar oleh ahli-ahli UMNO dan segelintir rakyat sekiranya WSJ menguna Akta Speech selepas mendapatkan penghakiman.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi main golf dgn Obama boleh dapat derma besaq daripada negara Arab.

      Hairan aku.

      Delete
    2. Israel pun terletak dlm wilayah Arab.

      Delete
  7. Pada fikiran saya lawyer ini patut pergi sekolah balik dan tambahkan beberapa subjek lagi espcially international law kalau bolih pergi belajar dengan Shafie Abdullah sebab dialah yg paling handal di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  8. When you compare our govt with the one directly down south, it's clear that integrity rewards while corruption never pays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan corruption tapi derma

      Corruption ni satu jenayah yang paling besar dan cukup hina hanya kepada rakyat marhaen macam kita ni yang dah pasti kena tangkap dan didakwa di mahkamah.

      Delete

  9. Tuan, memang betul Najib telah mengaku duit tersebut masuk ke dalam akaun peribadinya dan memang betul duit tersebut telah di sahkan sebagai derma oleh SPRM.

    Yang Najib mengaku dan yang SPRM mengesahkan ianya adalah derma ada lah satu jawapan yang tidak diberikan terus kepada WSJ.

    Ini masalahnya. Kalau tidak mengapa perkara ini tidak selesai setelah Najib mengaku dan setelah duit itu disahkan sebagai duit derma ?

    Dan semasa di luar negara baru-baru jika benar Najib ingin membela diri, mengapa Najib atau Pegawai nya tidak membangkitkan perkara ini di hadapan wartawan luar negara ?

    Sekiranya usaha mendapatkan penghakiman menjadi sia-sia maka begitu lah juga menghantar surat minta penjelasan dan untuk mengetahui sama ada WSJ akan memohon menggunakan Akta Speech adalah sia-sia juga.

    Adalah lebih tepat sekiranya Najib menulis surat mengaku duit tersebut telah di masukkan dalam akaun peribadinya kepada WSJ.

    Yang mana satu pun, Najib tetap tidak dapat membersihkan diri nya. Memudahkan kerja FBI lah kalau Najib mengaku dengan menulis surat kepada WSJ dan FBI sendiri tidak dapat mengunakan pengakuan Najib atas kapasiti beliau sebagai PM kerana Najib boleh gunakan pengakuannya adalah 'faktor politik'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertanyaan yang ditanya senang sangat sangat. Budak sekolah pun boleh jawap.

      Tetapi jawapan yang diberikan oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri ni berbelit belit, berpintal pintal dan akirnya berjerebu.

      Yang menghairankan ada pula lembu lembu di karbinet 1 MDB yang cuba menolong menjawap bagi pihak Perdana Menteri seolah olah mereka lagi tahu.

      Jawapan daripada lembu lembu ni pula lagi tunggang langgang lagi bersimpang siul.... ke longkang perginya.

      Tak malu ker? Ini kah standard seorang menteri kerajaan pusat? Ingat semua rakyat tak bersekolah ker? Rakyat Malaysia tidak ada pelajaran ker? kamu ingat rakyat hari ni katak bawah tempurung macam kamu kot.

      Delete
    2. Standard menteri UMNO sama macam nabi dan para auliyak dah taraf mereka2 ni. X boleh dipersoalkan integriti dan kerja-buat mereka. Jika betul pun, jawab dgn bodoh2 jer. Sbb semua akta dan hukuman mahkamah boleh dikowtim kow2 punya. Ada kuasa, sumer boleh cuci bawah karpet ja. Inilah lojik menteri2 UMNO bila dah terlalu lama berkuasa.

      Delete
    3. Cik gu Murni pi minta derma kat Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut kerana nak bantu anak anak yatim.

      Tuan Haji Bakhil bagi derma pula sebab nak tackle Cik gu Murni

      Bagi derma ada makna tu....

      Delete
    4. Ya, semua orang tahu apa motif Hj Bakhil buat kebajikan (berderma kpd anak yatim). Rasionalnya, dia tak salah gilakan Cikgu Murni yang cun badan macam gitar itu. Dia takda isteri lagi manakala Cikgu Murni masih belum kahwin. Ha ha ha...!

      Walau apapun, Hj Bakhil telah menggunakan sepenuhnya duit dia sendiri untuk berbakti kpd masyarakat. Dia langsung tidak gunakan duit syarikat atau duit orang ramai untuk memenuhi hasratnya yg dah terang lagi bersuluh itu. Dia juga tidak dambakan duit derma dpd sesiapa untuk kepentingannya.

      Ha ha ha.... Hakikatnya, ramai yg telah jatuh hati dan mengigau tengah tidur tengok Cikgu Murni. Jangan salahkan Hj Bakhil saja tau....!

      Delete
    5. Ohhhh cik gu murni yang cun badan macam guitar tu rupa -rupanya...ingatkan cikgu murni yang katek tu

      Delete
    6. yang katik tu dah lama hilang kemurniannya.

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Tak jadi saman? Bukan tak jadi saman Tuan Budin.. Najib takut la nak saman, sbb tu la berbelit-belit cakap nak tipu orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hidup sekarang ni tak tipu tak sah.. hati mesti mau baik bang...mulut saja ada sikit tipu

      Delete
  12. Nak saman dah, tapi siap tanya apa akta WSJ akan pakai utk defend?
    Tak pernah aku jumpa pemimpin sebodoh ini.

    Lepas ni lagi banyak WSJ akan keluar berita pasal Najib n company.
    Nasib la betul tak betul.
    Yg pasti Najib takkan saman !!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...