Saturday 3 October 2015

BERITA TENTANG SIASATAN SKMM


Malam tadi pada jam 10.29 malam, saya telah menerima email daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berkaitan siasatan mereka terhadap tulisan di blog ini yang bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?.

Artikel yang disiarkan pada 20 September itu telah menyebabkan saya diminta memberi keterangan atau penjelasan kepada SKMM berikutan adanya aduan yang diterima oleh agensi terbabit berkaitan tulisan itu.
Antara kandungan email yang saya terima itu ialah SKMM memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 1 Oktober seperti berikut:-

a) menegaskan beliau tidak membelanjakan apa-apa wang atau mengeluarkan dana awam bagi resepsi perkahwinan anak lelakinya di Indonesia, dan

b) majlis resepsi yang dimaksudkan adalah dianjurkan oleh besan beliau, sebaik mengetahui beliau akan melakukan lawatan rasmi ke negara Indonesia daripada 18 hingga 21 September 2015.

Oleh yang demikian, SKMM menyarankan agar saya menurunkan (mengeluarkan) artikel berkaitan daripada blog saya.

Maka, sebagai warganegara Malaysia yang baik hati, saya dengan ini telah pun memadam atau mengeluarkan artikel bertarikh 20 September 2015 itu daripada blog saya iaitu shahbudindotcom dengan serta merta sebagai menghormati saranan SKMM itu.

Saya menerima seadanya saranan tersebut dan terima kasih kepada pembaca dan penjenguk blog ini yang banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. 

Insya Allah, saya akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.

Cuma, seperti pemandu kereta, saya perlu lebih berhati-hati terhadap "polis" yang mungkin menyorok di balik pokok atau kamera pengesan yang dipasang di kawasan-kawasan tertentu. (SH 03/10/2015)

55 comments:

  1. Kalau artikel tu tak tarik dari pasaran terbuka apa kesan nya yg nyata kepada tuan? Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti apa kesannya, tapi tak mengapalah...saya ambil keputusan menghormati saranan SKMM itu

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Bapak Rahmad Bastian memang BANGSAT punya manusia. Manusia yang tidak ada harga diri. Sanggup mengajak orang lain membuat kemungkaran secara terbuka.
      Balik Indon lah. Jangan bikin sial di sini

      Delete
    5. Tuan Shah,

      Saya merasakan ada yang tidak kena sekiranya ikut peraturan.

      Bagaimanapun, sikap tuan beralah ada lah satu sikap yang baik dan saya percaya tuan lakukan demi hubungan tuan dengan Zahid pada satu masa dahulu. Biar kita tidak bertegur atau tidak sependapat tetapi kita saling menghormati.

      Saya baca lenguk Zahid yang terkilan dengan tuan apabila Zahid menyebut telah mengenali tuan sejak 89.
      Maknanya Zahid mohon tuan pertimbangkan lah atas dasar hubungan tersebut dan semuga Zahid pula akan membalas kebaikan tuan apabila tuan menghadapi kesulitan dengan pihak berkuasa.

      Zahid tidak akan layan dan tidak berkecil hati sekiranya bloger lain yang bertanya atau menulis artikel tersebut. Bagaimana pun jangan kerana sikap tolak ansur tuan dengan Zahid ini mengubah tuan ke arah yang salah.

      Berbalik kepada isu SKMM yang memaklumkan bahawa Zahid telah memberi kenyataan resmi menyelesaikan masalah tuan dengan SKMM tetapi tidak menyelesaikan masalah Zahid dengan pihak authority iaitu Kerajaan Malaysia.

      Ini kerana Pegawai Zahid telah membuat lapuran kepada SKMM 'secara resmi'. SKMM boleh minta tuan menarik balik artikel tersebut tapi tidak ada kuasa untuk mengesahkan bahawa pemergian Zahid ke Indonesia tidak ujud conflict of interest iaitu tarikh Zahid memilih lawatan resmi sama dengan tarikh resepsi. Adakah di sengaja kan atau tidak ?

      Hanya selepas siasatan SPRM dan memberi kenyataan mengesahkan tidak ada yang salah dengan tindakan Zahid. Kerja menyerahkan kes ini bukan lagi di bahu tuan tetapi di pertanggung jawabkan kepada SKMM sendiri.

      Maka itu saya setuju dengan MSO, sepatutnya dari awal Zahid tidak memberi perhatian kepada artikel tuan dan setelah Zahid sendiri memberi penjelasan dalam satu majlis UMNO. Tuan sendiri tidak memanjangkan perkara tersebut malangnya tiba-tiba tuan di panggil oleh SKMM.

      Negara ini perlu di tadbir dengan betul. Itu yang saya kisahkan dengan memberi komen saya di sini.

      Delete
    6. Tidak ada manusia boleh nampak gerak hati. Itu nama nya bersangka buruk !

      Apa juga yang di tulis oleh Shah semua nya anti kerajaan dan fitnah bagi Anon 10 01. Ternyata anon 10 01 tersilap dalam menyampaikan maksud sebenar. Ini kerana anon 10 01 menulis tidak berdasar pada gerak hati. Orang yang menulis dengan gerak hati sebenarnya berhati-hati memilih perkataan dan bahasanya.

      Shah menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.' sedangkan orang lain akan menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan tidak betul untuk diketengahkan.'

      Anon 10 01, ini menunjukkan Shah seorang yang sentiasa positif walaupun dalam isu yang boleh di pertikaikan kebenaran nya.

      Delete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. "saya akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati", nampak sangat gerak hatinya yang anti kerajaan akan terus menfitnah orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teliti balik jawapan Zahid dalam videonya serta surat jawapan SKMM, tiada apa yang fitnahnya dalam tulisan saya itu. Kalau tak faham jugak, hantukkan kepada ke dinding tiga kali agar sel-sel otak sdr segera berhubung...

      Delete
    2. Setuju dengan Budin. Dia ni tak faham. Tak payah hantuk kepala. Ambil SPM balik. Dia tak faham antara Kerajaan dan Penjawat jawatan awam. Sekali lagi: Najib atau Zahid bukan kerajaan lahhhh. Mereka adalah penjawat2 awam. Sebagai penjawat awam yg dibayar gaji dari orang awam, kelakuan mesti baik dan tidak terlepas dari kritikan orang awam sekiranya menyalahgunakan kedudukan awam.

      Kalau Zahid pi Jakarta dgn duit dia sendiri, siapa ambik pot???

      Delete
    3. Zahid's cyber defence dh mai..qheja obataim ka??

      Delete
    4. @anon 10.01...
      MENGAPA KAU BANGANG SANGAT?Siapa anti.kerajaan....tanya salah ke?

      Delete
    5. Salahkah kalau rakyat menegur kerajaan? Apa kah rakyat bukan sebahagian daripada kerajaan?
      Ada kah menteri menteri dalam kerajaan sekarang bukan rakyat kepada negara ini?
      Apa kah kerana menegur kerajaan menjadi satu kesalahan yang teramat besar?

      Hanya kerana menegur kerajaan kita telah diangggap anti kerajaan.

      Kalau begitu adakah bermakna kerajaan hari ini anti rakyat?

      Tolong bagi jawapan.

      Delete
    6. Anon 10.01
      MANGKUK

      Delete
    7. GILA punya manusia anon 10: 01 ini. Inilah model kaki ampu atau pembodek yang makan suap yang tumbuk rusuk.

      lnilah model manusia yang telah rosak pekertinya.

      Jangan jadi orang politik kalau takut kena kritik.

      Tukang masak terkenal bertaraf 5 bintang pun sanggup kena maki apatah lagi ahli politik yang mudah lupa diri.

      Kau ni cari makan dengan politik ker anon 10:01.Kau sanggup jadi BARUA untuk sara anak bini. Hina sungguh manusia macam ini. PARIAH pun tak macam kau.

      Delete
    8. Tidak ada manusia boleh nampak gerak hati. Itu nama nya bersangka buruk !

      Apa juga yang di tulis oleh Shah semua nya anti kerajaan dan fitnah bagi Anon 10 01. Ternyata anon 10 01 tersilap dalam menyampaikan maksud sebenar. Ini kerana anon 10 01 menulis tidak berdasar pada gerak hati. Orang yang menulis dengan gerak hati sebenarnya berhati-hati memilih perkataan dan bahasanya.

      Shah menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.' sedangkan orang lain akan menulis 'berdasarkan gerak hati dan apa yang saya rasakan tidak betul untuk diketengahkan.'

      Anon 10 01, ini menunjukkan Shah seorang yang sentiasa positif walaupun dalam isu yang boleh di pertikaikan kebenaran nya.

      Delete
  3. Sdr Shahbudin,

    Kami sentiasa bersama anda... KIPIDAP!! :)

    ReplyDelete
  4. kita perlukan lebih ramai blogger double edge sword.... kerana kebenaran... bukan kerana parti mana...

    taniah bro shabudin

    ReplyDelete
  5. 2 malam lepas saya makan malam kat kedai mamak. Pukul 8 malam mamak tayang berita TV3 kat big screen dia. Kedai penuh dengan customer, melimpah meja kat parking lot seperti biasanya di mamaks, majoriti customer melayu. Saya perhatikan, tak ada sapa pun yang nak dengar berita. Semua sembang dan makan, tak peduli pun berita. Bila segmen sukan, baru ada yang pusing kepala dengar. Jelas, media umno samada tv, paper, atau yang maya, dah tak berkesan. Media alternatif seperti tuan semakin berkesan. Saya pun baru 2 minggu masuk blog tuan, kawan bagitau. Syabas tuan, teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerajaan asyik nak menegakkan benang yang basah tiap tiap hari rakyat bukan muak tapi dah jelak.

      Rakyat dah buat keputusan siapa yang kami akan undi dalam pilihanraya ke 14 nanti.

      Jadi tak payahlah nak bagi gula gula. Kalau nak bagi gula gula pun pergilah cari budak budak. Kami makan nasi.Kami tak pernah pun minta beras dan gula kopi daripada kerajaan.

      Delete

    2. Baca berita tidak penting kerana orang dah tidak ambil peduli.

      Tulisan yang tertera yang bergerak di bawah itu lah yang memberi kesan. Sebab itu bukan berita tapi makluman. Sebagai contoh 1MDB menafikan menguna dana awam atau Pertumbuhan ekonomi di jangka meningkat 4% - Gabenor Bank Negara. Kau orang tunggu lah berita sampai tiga atau empat hari, jangan harap lah. Silap-silap besuk tu Timbalan Menteri Kewangan ramalkan pertumbuhan 5 - 6%

      Delete
  6. Perenggan akhir tu mmg xleh blah. Sy bstuju dgn kata2 en.budin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di korea jika polis nak saman had laju..kena depan2 tak boleh menyuruk mcm najib....eh silap....tak buleh nyuruk2...nnt kena jawab dlm mahkamah lagi haru. Di msia polis kena menyuruk.....tau2 surat saman sampai! Beza mentaliti......

      Delete
  7. Dalam keadaan negara yg teruk begini, masih ada lagi yg pertahankan pemimpin2 Umno yg hanya fikir bagaimana nk memperkayakan diri dan anak buah/kroni.

    ZAHID NI KALU JD PM, PASTI MEMERINTAH SEPERTI PRESIDEN SOEHARTO.. HABIS SEMUA KENA GAM..

    ReplyDelete
  8. Yup betul.. kalau berita politik je kat tv saya akan mutekan suara.. x sanggup nk dngr citer bohong n mengampu.. kdg2 keterlaluan ampunya sampai rasa mcm nk muntah.. tp sh teruskan tulisan anda ikut gerak hati anda.. jgn takut pada sesapa.. hanya takut pada Allah swt je ok..

    ReplyDelete
  9. Salam, How to subscribe your blog bro ?

    ReplyDelete
  10. Encik Budin
    Kata pepatah Inggeris ' retreat is the better part of valour '. Dalam kes ini mengekalkan (maintain) sikap tuan adalah lebih baik untuk semua pihak. Kalau tuan betul semua orang dapat manfaat dan jika tuan salah, saya percaya tuan sedia ditegur. Tak ada masalah !
    Mengenai komen Ahlul Bait bahawa Zahid akan jadi macam Suharto jika jadi PM saya berpendapat bahawa ia hanya lah telahan yang boleh dipertikaikan. Belum tentu lagi Zahid akan jadi PM. Mungkin Najib akan terus jadi PM untuk jangka masa yang panjang. Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  11. Some people never learn about strategic PR management. The more you try to stop people from writing or talking about it, the more people will think that there is "no smoke without a fire".

    ReplyDelete
  12. apahal bro, tanya pun tak bolih, negara pa ini ? nampaknya lebih teruk dari komunis

    ReplyDelete
  13. Apa nak hairan......skmm bawah penjilat paling tegar bodoh. Dapat jawatan sbb kritikan bodohnya sbb najib cuma perlu bodoh2 je dlm kabinet. Bila tengok wikipedia.....Tdm yg calonkan salleh bengong jadi KM.....sahlah kebodohan salleh yg tak bermaruah ini. Apa pun bro....Buang lah artikel tu.. tak jadi kudis pun......Nnt susah pulak zahid nak cakap bahasa inggeris lagi. Terkial2 mcm siput...tapi phd holder tu! Tak ke haru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh Tong Taik.

      Hidup dgn mengampu ...Apa kepandaian dia. Bela kerbau boleh lah

      Delete
  14. Den sokong kau pak budin!!!anon 10:01 tak payah hantuk kepalo.kau potong terus kepalo hotak kau yang bangang,bongap bahalul dan dungu tu.tak yah kau menyomak dlm blog pak budin ni.

    ReplyDelete
  15. teruskan menulis dan menegur dengan berani. jangan gentar teruskan menaip menentang mereka yang angkuh ini kerana digelapkan dengan RM. Saya sangat suka membaca blog yang tak bias mana - mana pihak sebab saya dah bosan tengok berita kat tv yang semuanya penghawa dingin tegar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka blog Shah sebab saya tidak berjumpa blog seperti ini dan saya berharap dalam PH ada blogger seperti Shah. Terus terang saya anti UMNO dan penyokong Anwar. Hehehe Sorry ya Shah. Harap Shah dan tuan-tuan tidak dapat mengetahui mengenai saya kerana di blog lain pun saya hanya guna anon.
      Pedulikan siapa saya, yang penting apa yang saya tulis dan perkatakan.

      Dah berapa lama saya simpan (menahan) kata-kata untuk menyatakan yang saya 'suka' sebab jika diberi pujian, Tuan bukan sahaja lupakan diri tapi tuan akan tidur dalam senyum.

      Cara Shah ada lah betul jika UMNO ingin di selamatkan.

      Shah bukan kondem parti atau ahli parti, apa lagi mengenai parti lain (PH). Shah mempertikai dan mempersoalkan sikap dan tindakan pemimpin UMNO ! Jadi saya berharap apa yang saya tambah atau komen sampai ke telinga pemimpin UMNO juga. Jika saya hanya di blog PH, apa yang saya katakan tidak sampai kepada pemimpin UMNO dimana tindakan mereka membuat kita malu.

      Delete
  16. hebat zahid...org kutuk fitnah maki hamun etc najib..tkde pun sesapesape panggil ngadap..kan admin........jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  17. hebat zahid...org kutuk fitnah maki hamun etc najib..tkde pun sesapesape panggil ngadap..kan admin........jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  18. Din, sepahit mana pun berita , penulis/ pemberita wajib tulis yg dia tahu. Kami hargai penulisan sdr.Sbg org awam kami berhak tahu berita2 yg ada, kemudian terserah kpd pembaca utk menilai ya

    Slm Hurmat & Slmt menulis lg...dan lg

    ReplyDelete
  19. Buku baru bila nak keluar Din?

    ReplyDelete
  20. MP2 dari Perak semuanya berkelakuan bak gangster kampong..Zahid, Nazri, Tajudding...cakap semua macam gangster. Ugut orang dengan kuasa yg dipinjamkan olih Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah ada lagi Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Seputum maunye si zahid, nazri dengan tajudin ni yang kena lempang dengan diorang

      Delete
    2. Nazri cowboy

      Delete
  21. ada rakyat baru ada kerajaan
    mana ada kerajaan tanpa rakyat
    masa nak pru macam peminta sedekah merayu rakyat untuk undi bial dah ada kuasa belagak pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakil rakyat yg baik ialah wakil rakyat yg takdak kuasa atau yg dah hilang kuasa.

      Delete
  22. Teruskan penulisan tuan din..sy da jd pembaca tegar blog tuan..berani kerana benar..

    ReplyDelete
  23. Syabas tuan...teruskan menulis tuan.
    Blog tuan bagai santapan harian yg mesti dibaca.

    ReplyDelete
  24. Jangan pulak selesai isu lawatan resmi ini, Tuan Shah lepaskan Zahid dalam hal-hal lain yang lebih serious. Tidak kira siapa pemimpin UMNO tersebut.

    Walaupun Shah mengeluarkan artikel tersebut, Zahid telah mendedahkan belang tidak bertempat. Sebab itu pemimpin UMNO yang nak lempang cina tidak berani keluar komen terhadap Shah!

    ReplyDelete
  25. Tuan Din,

    Berani kerana benar takut kerana salah.. Zahid tu pahlawan jawa.. sama cam pahlawan bugis..hantar SKMM masuk campur tu menambahkan lagi persepsi bahawa ada benda yang tak betul berlaku. Kalau fitnah..saman je Tuan Budin kat mahkamah. Setakat ni tak nampakpun tulisan Tuan Budin tu cam fitnah..kalau bertanya pun salah..cam mana nak jadi pemimpin..jadi firaun boleh la kot? Sesia je ada latar belakang pengajian agama dan kelulusan Phd kalau hati sudah hitam. Kipidap Tuan Budin.

    ReplyDelete
  26. Zahid ni tak ada ketokohan lansung. Hancur kita kalau dia jadi PM.

    ReplyDelete

  27. Jangan pulak lepas ini majlis lenggang perut dan kelahiran cucu pun buat lawatan rasmi ke Indonesia !!

    Ini awal-awal beritahu ya

    ReplyDelete
  28. Dear Shah, I have read your write up for so many months now. And I thoroughly enjoy reading every single piece except the one thing in one piece some time ago whereby you mentioned that the new pakatan rakyat was to have the ustaz controlled Pas to be inside. What is the use of the new Pakatan when that kind of Pas is still a partner party? In my view you were just trying to plant the seeds of destruction in the new Pakatan. Anyway, you are in view a true blue Malaysian Patriot - not Pak Turut who are leading this country to the path of destruction. And I wish you the very best in all endeavors.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...