Wednesday 29 July 2015

JUGA KERANA 1MDB, PEMECATAN DARIPADA UMNO MENANTI MUHYIDDIN?


Walaupun sudah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan UMNO yang akan datang.

Oleh kerana pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan lagi untuk memberi laluan kepada pengukuhan parti dan pilihanraya ke 14 terlebih dahulu,  ia dijangka hanya akan diadakan pada tahun 2018.

Ini bermakna, meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih lagi merupakan pemimpin nombor dua dalam UMNO sehinggalah tahun 2018  akan datang nanti.

Ia bukan saja bermakna Najib sebagai Presiden UMNO terpaksa duduk bersebelahan dengan Muhyiddin setiap sebulan sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malah tidak boleh mengelak daripada duduk bersama di pentas utama ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun dengan disaksikan oleh para perwakilan daripada seluruh negara.

Termasuk tahun ini sehinggalah pemilihan 2018 nanti, bermakna sekurang-kurangnya ada empat kali lagi Perhimpunan Agung UMNO yang perlu dilalui secara bersama oleh Najib dan Muhyiddin dan ia sekaligus memberi erti kedua-duanya akan terus dalam dilema "mata berpandangan, budi kedapatan" dalam acara tahunan itu.

Lebih daripada itu, sebagai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin juga masih perlu menunaikan tanggungjawab merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada setiap tahun.

Bagi Muhyiddin, beliau mungkin tiada masalah menghadiri, baik mesyuarat bulanan MT UMNO mahu pun Perhimpunan Agung tahunan parti kerana sebagai orang yang sudah dipecat, itulah peluang untuk terus menampilkan dirinya sambil meraih sisa-sisa simpati daripada mereka yang menyaksikan kehadirannya, tetapi ia tentu saja berlainan bagi Najib.

Setelah menendang timbalannya itu daripada jawatan kerajaan hanya kerana isu 1MDB dan demi menyelamatkan kerusi Perdana Menterinya, Najib barangkali tidak memerlukan lagi Muhyiddin untuk terus berada di sebelahnya dalam apa jua urusan parti selepas ini.

Najib tentu saja lebih selesa untuk duduk, bercakap, senyum mahu pun ketawa dalam mesyuarat, perhimpunan agung ataupun dalam apa-apa program parti jika kelibat Muhyiddin tiada lagi di sisinya.

Tambahan lagi, beliau kini sudah ada Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menterinya yang baru. Setelah mengenepikannya daripada kerajaan, Najib juga tidak memerlukan lagi Muhyiddin sebagai orang nombor duanya dalam parti.

Lalu, apa nasib Muhyiddin dalam UMNO sebenarnya meskipun kedudukannya sebagai Timbalan Presiden adalah dipilih dan bukannya dilantik?

Apakah Najib sanggup membiarkan saja Muhyiddin terus berada dalam parti sebagai orang nombor dua sehingga tahun 2018 nanti atau bakal "menendangnya" sekali lagi?

Kebetulan pada Jumaat, 31 Julai ini akan diadakan mesyuarat bulanan MT UMNO. Ia bukan saja akan menjadi mesyuarat MT UMNO yang pertama dihadiri oleh Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan dalam kerajaan, bahkan mungkin yang terakhir juga baginya.

Tidak lama selepas dipecat semalam, berlegar desas-desus bahawa ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu sedang dikaji dan dianaliasa oleh pihak tertentu dalam UMNO untuk mencari kemungkinan ia turut melanggar disiplin parti.

Jika tegurannya dalam perasmian itu  berkenaan Perdana Menteri dan 1MDB telah menjadi asas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menterti, sebenarnya tidak mustahil ia juga boleh dijadikan hujah untuk menuduh Muhyiddin sebagai telah mencemar serta memburuk-burukkan nama baik parti dan juga Presidennya secara terbuka kepada ahli-ahli UMNO sendiri.

Dengan itu, sekiranya usul pemecatan Muhyiddin dibawa dalam mesyuarat MT UMNO Jumaat ini, ia pasti akan diluluskan dengan majoriti yang selesa berikutan "mood" Ahli-Ahli MT ketika ini lebih kepada menunjukkan sokongan terhadap Najib berikutan rombakan kabinet yang baru saja berlaku.

Melalui pemecatan itu nanti, maka tergugurlah jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sedang disandang oleh Muhyiddin itu.

Sekiranya tindakan tidak dilakukan terhadap Muhyiddin Jumaat ini, pemecatannya juga sedang menanti selepas ini jika beliau aktif mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB atau turut serta dalam program-program bersama dengan Tun Mahathir Mohamad.

Meskipun Najib sering mengatakan tentang keterbukaan dan sedia dikritik, tetapi beliau pasti tidak akan membiarkan Muhyiddin boleh sebebasnya menyusahkannya atau mengkritiknya dalam menguruskan parti dan kerajaan tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Lagi pula, membiarkan Muhyiddin lepas bebas bercakap apa saja sehingga tahun 2018 adalah tindakan yang boleh merugikan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada Najib sendiri.

Kecuali ucapannya di Cheras Ahad lalu, Muhyiddin hanya boleh selamat dan mampu bertahan sehingga beliau berundur sendiri pada pemilihan 2018 nanti sekiranya beliau dapat mengawal perasaan dengan berdiam diri dan mengelakkan daripada berkolaborasi sama sekali dengan gerakan Tun Mahathir.

Itu pun jika Muhyiddin sedia memencilkan dirinya dan sanggup  keluar hanya sebulan sekali untuk menghadiri mesyuarat MT UMNO atau setahun sekali untuk Perhimpunan Agung UMNO.

Soalnya, sanggupkah Muhyiddin? (SH 29/06/2015).

40 comments:

  1. anwar dijatuhkan. pak lah pun dijatuhkan. sekarang giliran muhyiddin pula. semenjak dijatuhkan dan dilutu habis2an, anwar dah sedar diri. harap2 muhyiddin pun akan sedar diri jugak lepas ni, bahawa langit bukan selalu cerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa itu Aluar kena jatoh , manyak bising pasat conspiracy and bantahan jalanan lea aa .

      Wa manyak lespek sama ini Mahyudin , ini betut-betut towering Malay macam itu Uncle Lim cekap maa aa .

      Wa nyonya pon atak cekap , apa pasat itu Aluar manyak bising ,sikalang Mahyudin manyak cool lea aa , apa macam mau jawab maa aa .

      Delete
    2. lu bang, pak muhiddin sikalang ata ingat itu api nelaka manyak manyak panat....sikalang cool..ingat tuhan Allah,
      luu aaabang bila lagi.. u r my sunsine

      Delete
  2. Ya anon 8:21 langit tak akan selalu cerah utk najib dia akan dsambar petir nanti kerana kejahatannya.dia akan tengelam spt firaun krn kedegilannya.

    ReplyDelete
  3. Kabinet baru hanya menambah buruk muka najib krn hutang kejahatannya sudah semakin bertambah

    ReplyDelete
  4. Tak apalah ...UmNo kurang satu kerusi parlimen...campur dgn mat said + shafie Afdal + Mukhriz + Adnan Yaakob dah jadi 5 kerusi...cari lagi 20 kerusi kita dapt PM baru...itupun kalo PAS tak buat sial...

    ReplyDelete
  5. Telur najib yg hilang sudah ada dhujung tanduk tunggu masa utk pecah.pesepsi buruk terhadapnya akan terus kekal sehingga dia mati.itu hukuman utk kejahatannya.ps najib hukuman mungkin akan bertambah berat nanti.itu lah degil sgt.nasi akan jd bubur basi nanti.

    ReplyDelete
  6. Kelemahan orang ialah terlalu hadap dgn darjat dan kuasa meski pun ada yg lebih penting untuk di utamakan dalam masalah negara..Sanggup ketepikan masalah ekonomi negara demi kedudukan dalam parti..contoh ketara ..JAZLAN ..di mana perginya PRINSIP DAN MARUAH yg sering di wartakan dalam aktikalnya akhirnya dia juga tumbang dgn hawa nafsu..NAJIB lah yg cerdik dalam membantutkan agenda PEMIMPIN MELAYU ...suap dgn pangkat dan kedudukan..yg ada mentri menerimanta sebagai qadak dan qadar ...RAKYAT MALAYSIA memang bersifat terbuka..TERIMA SEADANYA.. gelak aku bila ramai commentar bertelagah pendapat tentang keistimewaan pangkat dan kedudukan kuasa...ORANG MELAYU MEMANG MUDAH DI GONGONG SELAGI ADA WANG di beri makan..OTAK ORANG MELAYU DALAM POKET NAJIB DAN SAMPUL SURAT MERAH...

    ReplyDelete
  7. Hayat politik Najib makin dekat utk berakhir di sebalik tembok batu dan jerjak besi. Bangkai gajah tak mungkin mampu diselindungi nyiru. Najib sebenarnya telah menempah nesannya sendiri. Akan tercipta sejarah hitam dimana Najib adalah satu satu nya PM Malaysia yang bakal berumah dalam tembok jerjak besi atas kesalahan yang sangat memalukan. Masanya akan tiba jua. Kuasa rakyat kuasa keramat. Hayat politik Najib akan kiamat dan tamat nun tidak berapa lama lagi.

    ReplyDelete
  8. Apalah nak diharapkan sgt...pengikut setia da sedia utk lari umpama anwar ibrahim dgn zahid hamidi....tuii

    ReplyDelete
  9. Kuasa kerajaan masih di dalam tangan Najib. Tetapi kuasa politik tetap di dalam genggaman rakyat.

    Hari ini majoriti rakyat Malaysia dah tolak dia. Dah cukup menyampah dengan dia. Hanya masa sahaja yang akan menentukan kenyataan.

    ReplyDelete
  10. Najib cantas PAC dan Task Force sehingga terbantut siasatan apabila momentum banyak bukti mula terlerai mengenai kesalahan 1MDB.

    Jazlan yang disangka membawa sedikit harapan kepada rakyat rupanya juga tidak berprinsip, termakan dengan pujukan Najib bagi mendapat kuasa eksekutif dan Cash--is-King dan sekarang dengan jawatan Timbalan Menteri KDN akan menjadi antagonis utama kepada pembela kebenaran yang membongkar kesalahan 1MDB spt Rafizi, Tony Pua, Rafizi, TDM.

    Memang mungkin ada kebenaran mengenai desas-desus yang diperkatakan oleh pemain2 industri Telco mengenai modus operandi Jazlan semasa menjadi Pengarah lantikan UMNO di Telekom Malaysia.... kedudukan dan pengaruh amat penting di Tender Board boleh menentukan nasib banyak syarikat asing spt dari Cina Huawei, Zte membolot banyak kontrak2 mega juta diTelekom Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Apa yang nyata Najib lebih sayangkan projek Meganya 1MDB daripada UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  12. Hanya masa menentukkan legasi tun razak akan dikeji sekejinya oleh rakyat!!!!!Allah itu ada najib!!!!

    ReplyDelete
  13. Puppy : Now you know who's the boss hahaha
    Mummy : Don't forget who's the bossy hahahaha don't play2 with me

    Komedi : Now I'm your deputy. Hahaha I accept the God's will and very happy
    Jazzy : I also your deputy hahaha go to hell PAC hahaha PACMAN hahaha You jowo my father also jowo kita sedulur hahaha

    Mummy : As long as you macai2 listen to me, you also can hapy2 and joli2 hahahahaha.. Right Puppy?
    Puppy : Yes Mummy hahahahahahaha

    ReplyDelete
  14. Nama najib n 1mdb sedang membusuk dseluruh dunia.agensi berita seluruh dunia melaporkan najib memecat timbalannya krn kes 1mdb.lepas ni tentu rakyat akan mkin susah dgn pandangan buruk dunia terhadap malaysia lg.najib pula apa dia kisah dia sudah dpt bilion bilion n kemungkinan utk kekal sbgai pm juga ada.itupun jika rakyat terus bagai metestui tindakan buruk n kejinya itu spt mt mt umno n kabinet baru yg bermuka buruk itu.muka buruk bleh tahan lg.bagaimana nanti jika muka akan menjadi spt muka beruk.jd lah mereka kabinet beruk 1msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabinet zoo .bagus juga muhyidin dah dkeluarkan tak la busuk sama namanya.cuma rasanya ada kesilapan sikit dgn hassan melek.why why cannot joint geng ahmad maslan lg.tdkkah dia patut naik pangkat jd tpm.waduh

      Delete
    2. Itu semua cabinet 1MDB

      Delete
  15. Kabinet jilat najis

    ReplyDelete
  16. dulu berpakat dengan Tun jatuhkan Pak lah,sekarang kena terima la...

    ReplyDelete
  17. Sapa suruh lawan boss...mana2 boss mesti tak suka orang bawah ingkar cakapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi bacul......Muhyiddin bertindak betul ...menyampaikan pertanyaan rakyat.......apa lagi yang diharap pada barisan kabinet yang baru ini..?semuanya kaki angguk..........rakyat pun nak jadi cam tu juga ker..........umpannya senang saja ..suap dengan duit.....huhh

      Delete
    2. Muhyiddin pun tak betul...dulu pakat dengan Tun...tendang Pak Lah...sekarang terima la....

      Delete
  18. Aku wonder Hassan Malek lepas ni pergi mana..Adakah dia akan tenggelam atau di beri jawatan dalam GLC? Muhyidin aku tak tau ler...Nampak macam play safe jer...May be tengah susun strategi. Tapi, pada firasat aku, Anwar ajer la yang berani menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan, Muhyidin? Ontah la..Telur dia kena pegang dek Najib dengan keadaan kuat ker longgar...masih menjadi tanda tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hassan malek tu sepupu rosmah bang!!!!....kalau najib xtempatkan beliau mana2 kementerian.....tido bawah katillah jawabnya najib!!!!

      Delete
    2. Kes annuar n tan sri berbeza... Tentu caranya pun berbeza... Latarbelakang pun berbeza...sabar itu separoh dr iman

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Saya rasa mungkin agenda utama mesy MT selepas ini ialah meluluskan cadangan/usul memecat TSMY dn Shafie Afdal dpd jawatan Timb Presiden dan Naib Presiden UMNO agar mereka tidak ada 'vehicle' utama untuk bergerak dalam UMNO.

    Selepas itu TSMY akan berkata lagi yg demi kepentingan negara, bangsa dan parti beliau tetap setia dan menyokong Presiden partinya, dan akan bergerak ke seluruh negara untuk memperkuatkan partinya menghadapi PRU14.

    Saya masih teringatkan cerita Hang Tuah yang tetap setia kpd Sultan Melaka walaupun telah dihukum bunuh oleh baginda tanpa bicara dan siasatan yg gitu. Hang Tuah dihukum bunuh manakala pemfitnah bebas dan naik pangkat pulak. Nasib baiklah Mamak Bendahara bijak dalam melindungi dan menyelamatkan Hang Tuah.

    Mari kita sama2 fikirkan masih wujudkah org2 sprt 'Mamak Bendahara' dulu itu di dalam masyarakat kita sekarang, khasnya dikalangan parti Umno, yg amat dikasihi oleh TSMY?

    ReplyDelete
  21. Mahyuddin Yassin telah mendedahkan dalam perjumpaan di rumahnya bahawa Najib telah mengaku wang RM2 billion memang telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

    Aku teringat Harun Din kata logik akal tak munasabah Najib begitu bodoh untuk memasukkan duit bukan miliknya sebanyak itu ke dalam akaun peribadinya sendiri. Jadi Harun Din kena belajar bahawa pakai ilmu logik saja tanpa fakta bukan caranya untuk melindungi atau menuduh seseorang.

    Ada apa apa Harun Din nak ulas???. Apakah Harun Din gagal guna kebolehannya yang tersohor itu untuk mengenal hati budi Najib Razak?. Kalau Najib sokong hudud dan hudud dilaksanakan di Malaysia, apa agaknya hukuman ke atas orang begini???. Apakah Harun Din dan orang orang PAS fikir Najib sebagai kepala UMNO BN yang berperangai hantu dan pelesit ini ikhlas nak sokong perlaksanaan hudud di Kelantan?. Jauh panggang dari api. Dan kerana kebodohan pemimpin PAS yang mudah menelan kencing Najib dan UMNO BN, habis terbarai PR.

    Inilah bangangbnya kepimpinan PAS termasuk Harun Din. Asal dengar guruh dilangit, abia air dalam tempayang dicurahkan. Inilah jenis bodoh sombong alias bangang yang tak boleh diajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukum hudud jika mecuri kena potong tangan...
      jika menggelapkan berbillion hengget...kena potong kepala

      Delete
  22. Orang atas ni komen najib ka komen pas.. Ini crita najib dan hutang 1mdb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen untuk Najib dan Pas sama ajer kesnya. Dua-dua tak boleh harap!

      Delete
  23. Ha ha ha. Siap berterima kasih Najib pada Harun Din tu hari kerana membelanya. Dalam hati Najib tentu berkata pemimpin PAS ni tak kurang bodohnya mereka banding dengan pemimpin UMN O BN dan penyokong UMNO yang berjaya dikudakannya. " aku songlap berbilion duit 1MDB, bahlol bahlol ni masih terus membela aku ". Makanya sayangnya Najib pada pemimpin PAS sekarang 5ak kurang satang Najib kat jeldai keldai tunggangannya dalam UMNO. Yang satu jolok projek dan BR1M, semua kautim, yang satu janjikan hudud, jadi angau mereka kat Najib dan UMNO.

    ReplyDelete

  24. Kecoh Satu Malaysia …. Jom terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  25. Harap kali ini ada perlawanan..tim presiden vs presiden parti. Idup tsmy!

    ReplyDelete
  26. Satu hari kebenaran akan terbukti. Di dunia x kena hukum di akhirat nanti jawap sdr.. Umur manusia x panjang mcmmn pun. Insaflah awal. Xpayah nak cover2 dr sgt.. Yg mengampu tu kalqu rasanya hy mau menegakkn benang yg basah berhenti la. Jgn la 1 hr kt akan hidup merempat kerana tidak berani utk kebenaran. Tq

    ReplyDelete
  27. Satu hari kebenaran akan terbukti. Di dunia x kena hukum di akhirat nanti jawap sdr.. Umur manusia x panjang mcmmn pun. Insaflah awal. Xpayah nak cover2 dr sgt.. Yg mengampu tu kalqu rasanya hy mau menegakkn benang yg basah berhenti la. Jgn la 1 hr kt akan hidup merempat kerana tidak berani utk kebenaran. Tq

    ReplyDelete
  28. Ahli majlis tertinggi semua boleh buat undi tak percaya kepada presiden parti....apa susah nya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...