Monday 20 July 2015

Hebat...Hanya Sekali Sarawak Report Mendedahkan Tentang Rosmah, Terus Diambil Tindakan!!

Ramai yang terperanjat dengan tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM menyekat pengguna internet negara ini daripada melayari laman pembocor maklumat, Sarawak Report mulai petang semalam.

Walaupun alasan yang diberi oleh SKMM ialah Sarawak Report telah mengganggu kestabilan negara, dipercayai berikutan beberapa laporannya mengenai 1MDB dan Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini, kerajaan seharusnya membuat pilihan lain selain melakukan sekatan.

Ramai juga yang menyifatkan tindakan menyekat Sarawak Report ini sebagai langkah terdesak kerajaan pimpinan Najib untuk mengelakkan rakyat mendapat maklumat yang benar dan rencam daripada pelbagai sumber.

Dengan tindakan menyekat ini, kerajaan pimpinan Najib yang selalu melaungkan keterbukaan dan merendah diri dengan mengatakan "era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir" ternyata hanya mainan di bibir untuk memukau sokongan rakyat terhadapnya.

Najib seolah-olah sedang membawa kerajaan di era langit terbuka ini berundur ke belakang dan hanya mahukan rakyat mempercayai maklumat daripada mereka saja.

Kerajaan juga, seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report jika didapat laporan dan pendedahannya adalah palsu serta fitnah.

Selain itu, pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB dan kaitannya dengan Najib juga bukanlah perkara baru, ia sebaliknya sudah dilakukan sejak berbulan-bulan sebelum ini.

Kenapa tiada tindakan diambil sebelum ini dan hanya sekarang tindakan menyekat itu diambil?

Jika benar laporan dan pendedahan Sarawak Report mengganggu kestabilan negara, sepatutnya tindakan sudah lama diambil dan bukannya hanya  semalam SKMM baru bertindak?

Jika kita masih ingat, pendedahan terakhir Sarawak Report mengenai negara ini bukanlah berkaitan 1MDB atau Najib, tetapi  mengenai Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang didakwa mendepositkan wang sejumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadinya melalui seorang pembantunya bernama Roslan Sohari dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Pendedahan yang lengkap dengan nombor akaun bank, nama cawangan dan jumlah transaksi itu akhirnya diakui oleh Rosmah melalui peguamnya sebagai benar, tetapi menganggapnya sebagai tidak wajar dan berniat untuk menyinggung serta mengganggu kehidupan isteri Perdana Menteri itu.

Sehubungan itu, selain memberi amaran kepada Bank Negara untuk mengambil tindakan dalam tempoh 72 jam, Rosmah melalui peguamnya itu mahukan SKMM bertindak terhadap Sarawak Report dibawah Akta SKMM 1988 ( Akta 588 ).

Peguam dari firma guaman Norhairan Mohd Nor Rosmah menyifatkan artikel Sarawak Report itu menyinggung dan melanggar undang-undang Malaysia kerana akaun bank yang dirujuk itu adalah akaun peribadi isteri Perdana Menteri dan telah dibuka sejak tahun 1984 lagi.

Nah...sekarang jelas bahawa dengan hanya sekali laporan mengenai Rosmah saja, itu pun bukannya pendedahan tidak benar atau fitnah, tindakan terus diambil terhadap Sarawak Report sedangkan selama berbulan-bulan dan pelbagai pendedahan mengenai Najib dan 1MDB, langsung tiada apa-apa bunyi pun daripada SKMM.

Meskipun kerajaan boleh menafikan tindakan terhadap Sarawak Report ini ada kaitan dengan gesaan Rosmah yang mahukan SKMM segera bertindak, namun itulah persepsi yang sedang berkembangbiak dalam pemikiran ramai ketika ini.

Ohh, hebat dan menariknya negaraku sekarang ini. (SH 20/07/2015)

Laporan mengenai sekatan SKMM terhadap Sarawak Report yang disiarkan di laman sosial Facebooknya petang semalam.

30 comments:

  1. Sebenarnya, tidak ramai yang terperangjat. Memang dijangkakan kerana Sarawak Report selama ini telah membuat pelbagai fitnah. Jangan lupa bahawa mereka turut melaporkan sesuatu laporan daripada sumber yang tidak sah. Adakah mereka bertindak secara "kredibiliti" juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik ni macai ye? Banyak dapat duit raya hari tu? Nak bercakap pasal kredibiliti orang lain, yang kita tu ada kredibliti sangat ke? Tak jawab soalan tentang ya atau tidak duit AS$700 juta yang didakwa singgh di akaun tu...apa cerita? Berkredibiliti ke kalau soalan semudah itu pun tak boleh nak jawab?

      Delete
    2. Betul bro,sesiapa yang menyokong penyebar fitnah dah tentu lupa atau tak tau azab dari Allah di akhirat kelak.

      Delete
    3. Manusia yang banyak makan barang haram contohnya babi pasti akan menyokong segala perbuatan mungkar seperti memfitnah seseorang dengan sesuka hati.

      Delete
    4. Blogger Shahbudin adalah penyokong komunis dan peliwat no 1 Malaysia.kah..kah..kah.....

      Delete
    5. Cara2 terbaik untuk kongkek,anda boleh bertanya dengan ketua umum PKR. ada yang berani ?. he..he.he.....

      Delete
    6. Seluar dalam berjenama dijual murah,hubungi Catherin 01355667788.Bukit Bintang.

      Delete
    7. Anak tiri PM Reza Aziz pun terbitkan video porno. Lagi hebat.....knp tak nak tayang kat Malaysia???

      Delete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Banyak cara kita boleh masuk balik website yang kena blocked seperti Sarawak Report seperti :
    http://www.thewindowsclub.com/how-to-change-dns-settings-in-windows-7-vista
    Masih cuba menyembunyikan "bangkai" ? Sekarang dunia teknologi maklumat dan bukan semua rakyat sebodoh Najib !

    ReplyDelete
  3. Utk bypass
    1. Android... Play store.. Cyberghost.. Run cyberghost.. Masuk sarawak report
    2. Pc... Google cyberghost. Install.. Run cyberghost
    Slmt menvuba

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Anon 11:54. Saya akan cuba.

    ReplyDelete
  5. Ala, tiada siapapun nak baca Sarawak Report yang membeli sumber yang dipalsukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berita palsu, orang takkan peduli, macam Utusan, tulis lah rencana panjang mana pun, sapa pun tak nak percaya. Kalau SR tulis berita palsu, buat apa nak ambil peduli, biar saja lah. Kecuali memang berita tu memang fakta dan benar, mana-mana kerajaan yang korup takkan berdiam diri.Sebab tu la kena banned.

      Delete
    2. Berita palsu percaya ,video china doll yang cukup clear tak nak percaya. Apalah otak haram jaddah orang PKR ni.

      Delete
    3. Buat apa nak percaya video china doll. cerita najib dengan ziana zain lagi orang percaya.Tak caya tanyanlah kj.dia pun main dengan janda maya karin.Tak caya lagi tanya rais anak yatim tu dia main dengan minah indon.

      Delete
  6. Bila kena penyangak umno semuanya palsu!!!!

    ReplyDelete
  7. Kalau betul SR tu fitnah atau bukti palsu , sila saman SR jika najib ada telur? Sekarang ni tugas pengampu2 najib utk selamatkan najib dgn cara tutup semua lubang2 yg dikorek najib. Rakyat hanya mahu tahu betul ke duit tu masuk keakaun najib? Kalau betul utk apa? Kemana duit tu dibelanjakan? Jika duit tu masuk keakaun naji maknanya najib telak pecah amanah & melakukan jenayah spt didakwa oleh Tun Mahadir.

    Sekarang sibuk nak menahan siapa yg bagi maklumat/bukti penyelewengan najib?

    Rakyat bukan bodoh seperti mana yg pemimpin umno fikirkan.

    ReplyDelete
  8. Hah, jawaaab. Kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Orang berduit dan boleh hire lawyer. Ugut sana sini. Ada buat report baru urusan berjalan. Baru yg makan gaji bekerja. Xde laporan xde ugutan dr lawyer berbayar orang di mcm2 jabatan buat dek je. Alasan kandungan menggugat undang-undang. Banyak lagi website yg ada kandungan menggugat undang-undang. Porno sana sini. Anak gadis kita xsegan silu dh upload gambar xpki bj tunjuk aset. Orang berduit je leh tegakkn hak dia kononnya.

    ReplyDelete
  10. Kalau betul berani, rasa2 SKMM sanggup tak sekat blog Che Det? Takat kasi malware atau virus tak dpt akses kerja2 penjilat buntut tu apalah sangat. ' Teringin sangat ' nak tengok banner SKMM terpampang penuh di blog Che Det. Nak tengok sejauh mana ke' kurang ajar 'an penyamun berkuasa ini cuba tutup skandal mereka.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya laman laman lucah lagi porno di Malaysia lebih mulia dan berkreadibiliti serta lebih dipercayai oleh penguasa dan kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak berbanding SR. Walau pun ribuan laman porno sudah berada diawangan internet Malaysia, namun laman laman ini tidak pun diambil tindakan sekatan oleh pihak berkenaan khususnya SKMM. Hal ini begitu berbeza di negara tetangga Indonesia dimana sekatan meluas dibuat oleh pemerintah terhadap laman laman tidak bermoral ini. Sebaliknya pemerintah Indonesia lebih telus dan bertindak selaras dengan amalan demokrasi dengan tidak menyekat laman laman mau pun media yang memaparkan berita berkualiti sekali pun ianya berita yang kontra atau anti pemerintah. Kerajaan Malaysia hari ini kian teruk dan bertindak secara luar biasa dan tidak demokratik. Apa yang berlaku ke atas SR adalah bukti bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Najib masih dan sedang berusaha menutup bangkai gajah walau pun busuknya sudah merebak ke seluruh rantau dunia. Memuliakan laman porno lagi lucah tanpa sekatan berbanding mengenakan sekatan ke atas SR oleh SKKM adalah bukti ketara hal hal lucah, porno dan kotor lebih mulia di mata pemerintah dan kerajaan Malaysia hari ini. Patut lah menteri seperti Bung Mukhtar, menteri "peraba punggung wanita" yang baru kembali kepada Sang Pencipta lantaran heli yang terhempas dan juga "penerbit dan pengedar video lucah " Anwar dan Cina Doll " aka " perogol gadis bawah umur " adalah mereka mereka yang datangnya dari sarang bernama UMNO BN. Memang kerajaan UMNO BN i sinonim dengan kotor dan noda belaka, bak akuan Tun Mahathir sendiri, " UMNO busuk baik dari kepalabya sampai lag ke ekur". Memang tepat sekali.

    ReplyDelete
  12. Anon 1800
    Tak tau pulak saya Bung Mukhtar mati dalam nahas helikopter terhempas. Atau anda cuba menyebarkan berita palsu. Saya harap saudara buangkan tangapan umum bahawa UMNO itu semuanya buruk dan semua dalam Pakatan Rakyat itu baik belaka.
    Ada yang baik dan ada yang buruk. Termasuk kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim Darus,

      Macai mcm awak ni mmg bengap sebab cuma baca utusan sex dan tonton tv meloya dan tv3 suku. Sebab tu awak tak tau siapa MP yang didakwa meraba punggung pelayan. Ada Anon 18:00 cakap Bung Mukhtar raba punggung wanita?. Mmg bengap la awak Ibrahim Darus oii. Bung Mukhtar tu mulut celupar dan agak pelucah dgn wanita dlm parlimen. Klu awak nak tau menteri yang terlibat dgn kes raba punggung wanita tu..rujuk kat Najib sbb menteri ni (dah arwah) adalah antara orang kuat Najib, dipindahkan ke seberang laut selepas kes raba tu laa.

      Awak ni masih sekolah tadika ke Ibrahim oii?. Elok ngaji abis dulu sebelum nak taji orang walhal taji makan diri sendiri. Kalau cuma baca media UMNO BN, knowledge setakat budak2 tadika jer laa Ibrahim oiii.









      Delete
    2. Video China Doll adalah satu video porno terbaik yang dilakonkan oleh Anwar dan penyokong PKR. kah...kah..kah......

      Delete
    3. Kau ni yang kaki main dengan china doll.hati2 china doll pembawa aids.

      Delete
  13. Amno bangkai busuk,anon 19:23lagi busuk
    Otak panda,lufikirla seadanya,bonggok...!!

    ReplyDelete
  14. Anon 22:05,
    Anda tembak salah orang tak?

    ReplyDelete
  15. Keadaan terdesak terpaksa membuat tindakan bodoh yg meluatkan org ramai mcm ahmad maslan.sebenarnya merekapun terdedak utk mejadi penjilat bos mereka.bos mereka bkn rakyat tp najib.najib yg lantik mereka bkn rakyat yg mengundi mereka.apakah kuasa duit najib akan terus dpt perbodohkan rakyat.apakah rakyat akan menjawab nanti dgn membuang pemimpin pemimpin penjilat spt ini.krn duit najib semua mulut pemimpin yg dpilih rakyat telah dbisukan n kuasa semuanya terletak dtgn najib.mereka tdk lg dilihat membela rakyat tp membela najib.najib n keborosan isterinya akan membawa 1msia kearah huru hara n kehancuran.tak percaya?ini semua org tulis bkn serawak repot saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...