Monday 6 July 2015

Bolehkah Najib Terus Bertahan Dan Dipertahankan?


Seboleh mungkin, Perdana Menteri Najib Razak tentunya ingin bertahan lebih lama di kedudukannya sekarang. Apatah lagi setelah berjaya memujuk MT UMNO menyetujui penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan, keghairahannya untuk kekal itu sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya ke 14 akan datang.

Kecuali jika kecundang dalam PRU 14 atau keputusan lebih buruk berbanding pilihanraya 2013 yang mungkin menyebabkan wujudnya penolakan dalaman terhadapnya, Najib seboleh mungkin juga mahu mengekalkan lagi jawatannya dalam pemilihan UMNO akan datang ini.

Cabaran paling getir Najib ialah PRU 14. Jika melepasi rintangan itu, penggalnya tidak mustahil bersambung lebih lama lagi, kalau pun tidak mampu memecahkan rekod 22 tahun yang kini disandang oleh Tun Mahathir Mohamad.

Tetapi dakwaan Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadinya seakan-akan menjadikan impian itu tidak mungkin kesampaian.

Walaupun Najib sudah menafikan dakwaan itu dengan mengatakan tidak mungkin beliau mahu menyamun menggunakan akaun peribadi dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang, WSJ sebaliknya mempertahankan laporan yang dibuatnya dengan mengatakan ia ditulis berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan ditapis dengan teliti.

Apatah lagi berdasarkan reputasi tinggi WSJ dengan usia menjangkau 125 tahun, edaran 2.5 juta sehari, memenangi banyak anugerah kewartawanan berprestij dan menjadi rujukan kumpulan berpengaruh di seluruh dunia, mereka bukanlah akhbar yang sewenang-wenangnya mengutip maklumat tepi jalan untuk rujukannya.

Ketegasan WSJ mempertahankan laporannya mengenai dakwaan itu menggambarkan mereka juga sedia bersemuka di mahkamah.

Najib pula, di sebalik pada awalnya mengancam keras untuk mengambil tindakan undang-undang, akhirnya menangguhkan keputusan itu untuk beberapa hari lagi bagi mendapat nasihat lebih lanjut daripada para peguamnya.

Kenapa ditangguhkan saman jika sudah yakin laporan WSJ itu palsu dan fitnah? Apa lagi nasihat peguam yang diperlukan sebelum saman dikemukakan?

Ini nyata menimbulkan kesangsian dan persoalan seolah-olah ada sesuatu yang tidak beres dalam usaha menyanggah laporan WSJ itu.

Lebih memburukkan masa depan Najib ialah jika tindakan saman kepada WSJ itu tidak jadi dikemukakan sedangkan ia sudah dihebohkan sebelumnya.

Ia secara automatik akan membentuk persepsi dakwaan WSJ itu seratus-peratus benar, manakala Najib berada di pihak yang salah.

Menambahkan lagi kesangsian ramai juga ialah kerana Najib sehingga ini masih belum mengesah atau menafikan sama ada beliau mempunyai akaun peribadi di Ambank atau tidak sebagaimana yang didakwa itu?

Begitu juga, adakah nombor-nombor akaun bank yang didedahkan itu adakah benar miliknya atau tidak?

Sejujurnya, persoalan mengenai akaun bank ini hanyalah semudah umpama menjawab soalan peperiksaan secara objektik yang memerlukan jawapan "ya" atau "tidak" saja. Tetapi setelah beberapa hari berlalu, Najib nampaknya masih memikir-mikir jawapan yang betul dan jujur mengenainya.

Lantaran itu, kesangsian orangramai bukan saja memuncak, malah kian menghakis kepercayaan umum terhadapnya.

Jika dalam pilihanraya umum lalu, sokongan yang diterima BN ialah 47 peratus undi popular dan beberapa bulan kemudian melalui kajian Merdeka Center, ia menurun kepada 44 peratus, persoalannya berapakah peratusan itu sejak timbulnya dakwaan WSJ ini?

Apakah masih 44 peratus? Sudah menurun kepada 40 peratus? Mungkinkah turun lagi menjadi 30 peratus? Atau ia sebenarnya lebih rendah daripada itu?

Semakin berkurangnya sokongan dan kepercayaan rakyat, bermakna makin pendek hayat seseorang pemimpin itu. Waima diktator paling gagah sekali pun, akan tumbang atau ditolak akhirnya jika sokongan makin tiada dan rakyat kian menolak.

Najib tidak dinafikan sedang mengalami fasa merbahaya dalam kariernya sekarang ini. Walaupun dikatakan mempunyai sokongan kukuh di kalangan pimpinan UMNO, tetapi dakwaan WSJ ini nyata tersangat serius yang berkaitan dengan perlakuan berunsur jenayah melibatkan seorang pemimpin.

Menafikan dakwaan WSJ tidak memadai sekadar dengan penafian kosong atau mengemukakan saman semata-mata tetapi mestilah disertakan bukti-bukti kukuh mengenai semua dakwaan itu.

Sementara ingin bertahan lama lama sebagai Perdana Menteri, tekanan memaksanya berundur juga makin kuat hari demi hari. Selepas ini, mungkin lebih banyak dan lebih berat tekanan yang diterimanya lagi.

Bertahan sehingga tarikh pilihanraya saja mungkin membuatkan Najib tercungap-cungap, kalau pun tidak patah kaki atau mengalami kederaan parah dari segi reputasinya.

Pihak berkuasa pula, jika terbukti benar sebagaimana yang dilapor oleh WSJ itu, sewajibnya bertindak berdasarkan kedaulatan undang-undang tanpa mengira ia Perdana Menteri atau rakyat biasa.

Jika tekanan berunsur jenayah berterusan dan Najib semakin menjadi liabiliti kepada kemungkinan kalah dalam pilihanraya, apakah selamanya pimpinan UMNO terus setia kepada Najib atau mula mengikut nasihat seorang lagi anak Tun Razak iaitu Nazir Razak yang mengatakan, "dalam masa gelap politik ini, kita mestilah mendahulukan negara dan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi, malah bukan juga parti politik?" (SH 06/07/2015)

31 comments:

  1. Macamana ni..??? Bagi soalan dengan jawapan objektif Ya atau Tidak pun tak dpt nak jawab. Belum lagi soalan yg perlu jawapan secara subjektif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa past mau kasi tahan , kalau lia mau pergi kasi pergi lor rr .

      Tapi kalau lia tatak mau pergi ,suluh lia pelegi jugak maa aa , lagi lama lagi bosan lea aa ,semua celita pasat Najib maa aa .

      Delete
  2. Rakyat sedang memerhatikan....disamping diselubungi kesempitan hidup dalam serba-serbi.

    Sepanjang nyawa saya dikandung badan, saya tidak pernah menyaksikan rakyat hidup sebegini terbeban seperti sekarang. Dan beban ini dicipta oleh mereka yang diberi amanah menjaga rakyat. Ingat, dikebanyakan negara lain, rakyatnya bangkit apabila perut mereka kosong. Tetapi rakyat negara ini masih rasional. Kasihanilah mereka.

    ReplyDelete
  3. sudah sudahlah..cukuplah dengan silat kuntau tepis tepus nafi nahfan..kalau musuh berkata mungkin boleh dianggap fitnah...tapi sekeluarga menasihati....pikirlah, jangan disebabkan '' the thing'' you become hippo create and to be condemn to hell by the raayatssss

    ReplyDelete
  4. Ini kes jenayah! Rompakan hebat! AG tak guna. IGP tak boleh pakai. Bank Negara tidak patuh undang-undang. Cabinet lumpuh. UMNO bersubahat! Ketua Hakim Negara bisu.YDPA terperangkap dalam Istana. Jakim,MAIS, Ustaz, Tok Imam, Mufti Perak cirit semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan yang masyukkkk gaji riban2 pun lumpuh...Rakyat yang terbeban juga telahpun mati pucuk! Masuk berita ala viagra pun tak jalan. Sumer masih manyau mabuk dengan macam2 hal..ada mabuk nak raya, ada mabuk nak beramal..sumer rakyat mabuk dalam kesusahan..

      Macam India mabuk kot2 area Sentul..sudahlah hidup pun susah.. boleh mabuk2 lagi.. bestnya hiburan memabukkan ni..

      Delete
    2. woit...knp ko petik nama sentul pulak nie...

      Delete
  5. Pelik dan anih! Tak sorang pun pemimpin UMNO BN yang berselera untuk bertanya dan mendesak Najib menjelaskan apakah No Akaun Ambank yang dinyatakan WSJ itu milik beliau atau tidak?. Nampak sangat jenis pemimpin dalam UMNO BN ni adalah jenis burung belatuk yang cuma pandai mengangguk sepanjang masa atau dengan kata lain mereka mereka ini hanyalah pejuang tembolok, perut dan "menatang bawah pusat" milik sendiri saja.

    Sanggupkah kita selaku rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada sebuah organisasi politik yang jelas teraju pimpinannya adalah manusia manusia yang jenis haloba, haprak, hipokrit, pembelit, perasuah dan segala macam perangai setan yang bersarang dalam diri mereka.

    Wastiyah kah atau Wa Setan kah 1 Malaysia pimpinan UMNO BN ini? Lu fikir laa sendiri! Kalau di luar sana, jenis pemimpin begini tak akan lama hayatnya dan tak mustahil ianya akan berlaku di Malaysia kalau caca marba ini tidak dihentikan segera. Kesabaran rakyat ada batasnya.

    ReplyDelete
  6. 1 Malaysia dipenuhi pemimpin penyamun ! Sarangnya tak lain tak bukan UMNO BN ! Sebabnya dari dulu kini dan selamanya kader2 UMNO BN dilatih untuk menjadi pemimpin penyamun. Apa yang terbongkar hari ini adalah testimonial terbaik untuk dinilai rakyat bahawa UMNO BN adalah penyebab sengsara rakyat hari ini.

    ReplyDelete
  7. Sdr Shahbudin,
    Hati-hati sikit komen. Nanti Fuad Zarkashi marah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuad yang jatuh terlentang dlm PRU13 tu..
      Apasal dia nak marah.
      Kalah sebab rakyat menolak dia? Dah kalah tu buatlah cara kalah. Kajilah kenapa boleh kalah. Apa yg dia buat yg tak kena dihati dan mata rakyat sehingga menolak kepimpinan dia kerana cara dia mengurus hak dan masalah rakyat. Bukannya rakyat tak bagi peluang kat dia dulu.
      Sendiri mau fikirlah..!!!!
      Tolong sikit ya. Kalah tolong buat cara kalah. Jangan nak bossy tak tentu pasal. Rakyat kah bodoh atau dia yg bodoh.

      Delete
    2. Aku pun hairan dgn Puad zarkashi. Dia bukan wakil rakyat lagi. Rakyat dia sendiri yg tolok dia. Rakyat dah buat keputusan untuk pilih wakil rakyat yg lain untuk berkhidmat dan menggantikan dia.Maknanya perkhidmatannya telah tidak diperlukan lagi.Pergilah cari kerja lain. Mustahil Najib tak boleh bagi kerja lain kat dia.

      Delete
    3. Najib dah bagi kerja la, Pengarah JASAmpah ke apa entah. Tu yang eksyen sakan. Dulu cerdik la jugak , tapi malangnya sejak dapat jawatan baru tu, sejak bercampur budak-budak pelapik tayar macam Lokman Adam dan Tun Faisal, dah jadi blurr semacam dah dia.

      Delete
    4. Sepatutnya bila dah dapat kerja baru bersyukur byk byk lah...masih dapat lagi cari makan. Masih dapat lagi meneruskan kehidupan ini. Masih boleh bayar hutang.
      Gaji dia pun rakyat yg bayar. Jadi nak berlagak sangat tu buat apa.

      Delete
  8. Tuan Shah, najib akan rebah akhirnya. Diberitakan minggu ini ada satu ledakan yang lagi kuat macam wsj akan dilontar ke muka Najib. Ini kali dia mesti angkat bendera putih.Ingat tak isu orang mati dibom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap betul la isu tu...
      x sabar nk tgk jibby tersungkur tergolek..

      Delete
    2. Manusia bermata dan berjiwa lalat memang tak reti nak lihat jasa dan kebaikan orang. Yang busuk juga yang dicari..

      Delete
    3. Hello 'muda-muda lagi dah bodoh', tolong senaraikan kebaikan Najib selain daripada mewujudkan gerombolan penasihat yang membela macai-macai pemakan bangkai macam kau?

      Delete
  9. Media yang mengambil pendekatan munafik akan menjadi rujukan dan tumpuan para munafik dan musuh Islam jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam parti kamu tu yg paling byk munafik. Bila Hadi Awang gelar mereka ini barua dan bangkai dah halau dan bersih rumah tangga mereka drp golongan ini terhegeh hegeh mereka pergi mengendeng kat DAP untuk menyatakan kerjasama dan nak tubuh G18.
      Gila...ada ker mat sabu dikatakan ulama.

      Delete
    2. Amanat Haji Hadi kata UMNO kafir.Fullstop.

      Delete
    3. Dialah yg kafir. Fullstop

      Delete
  10. WOI NAJIB ANAK RAZAK! HANG PEKAK BADAK KA? NO DUA AKAUN AMBANK 2112022011906 & 2112022011880 NI SAPA PUNYA?. HANG PUNYA KAH ATAU BUKAN?. JAWAB LA! TAK KAN LA SOALAN MACAM NI PUN HANG TAK RETI NAK JAWAB?. MANGKOK SANGAT KAH HANG SAMPAI NAK JAWAB YA ATAU TIDAK PUN TAK RETI?.

    TOK SAH LAH HANG NAK KONA SANA KONA SINI! ORANG TANYA LAIN HANG JAWAB LAIN. YANG HANG SELALU ULANG HANYA SEBUT HANG TAK REMBAT DUIT TU UNTUK SENDIRI. TAPI HANG TAK NAFI DUIT TU MASUK AKAUN HANG. TAK PAYAH HANG DOK CERITA PASAI 1MDB BUAT MASJID, BUAT KEBAJIKAN ENTAH APA KE JADAH. BUKAN ORANG NBAK DENGAR PASAI TU.

    YANG RAKYAT MALAYSIA NAK TAU DAN NAK DENGAQ DARI MULUT HANG IALAH YA ATAU TIDAK NO AKAUN AMBANK DUA AKAUN TU KEPUNYAAN HANG ATAU BUKAN. SOALAN MACAM NI PUN HANG TAK BOLEH FAHAM DAN TAK PANDAI NAK JAWAB???.

    SELAGI HANG TAK JAWAB SELAGI TU LAH RAKYAT MALAYSIA MENGANGGAP MEMANG HANG NI KAKI REMBAT DAN KAKI BALUN DUIT RAKYAT. ATAU NANTI ADA YANG MELETUP MACAM ALTANTUYA ATAU DIBUNUH MACAM JALIL IBRAHIM UNTUK MENUTUP SOPAK DAN KURAP YANG DAH MAKIN TERDEDAH!

    KONFOM DAN SAH HANG LAH NAJIB, PM MALAYSIA PALING TAK GUNA DAN PALING PELINGKUP NEGARA. ELOK HANG BERAMBUS LAGI BAIK !

    ReplyDelete
    Replies
    1. AmBank dah nafikan. Ko yang tak baca..

      Delete
    2. Bila? Di mana dinafikan? Boleh bagi link? Kalau penafian dikongsi di blog prepaid blogger macam saudara 'no thanks' tak berminat nak baca

      Delete
    3. Pahlawan Bugis mmg satu sandiwara

      Delete
  11. Puppy : Addduuiii.. auww.. auuwww.. Mummy senak mummy.. aw aw awww oouuuuuuuuuuuu....ooouuuuuu!!!!!!

    Mummy : Ambik kau ambik kau... Kan I dah cakap you diam2 sudah jgn gatal2 buka mulut. I dah cakap you badak... errr.. you Buat Dak Saja sudah. Nah rasakan ramasan maut nih eii geram aku dengan tua kutuk ni.. Eh puppy.. mana lagi sebiji..? Kenapa tinggal 1 aje?

    Puppy : Oouu.. ouuuu... aduh aduh senaknya.. ouuu.. ouuu....!!! Lagi sebijik I pun tak tau mana pegi mummy.. Sejak you menopous I nak skandal you tak bagi itu pasal la takde kut... Auwww auuww ooouuuuuuuuuuuu...!! Senak senak dah la tu mummy montelku sayang.

    Mummy : Skandal? Berani you nak skandal? Dah tak ingat PD? Tak ingat C4? Merenyam tua kutuk ni nah ambik kau ambik kau!!

    Puppy : Ok ok ok I surrender I surrender... Mintak nyawa mintak nyawa..

    Mummy : You tutup mulut pasal account tu jgn pandai2 keluar statement. Paham tak? Kalau tidak sekali dgn angry bird you pun I pulas2 tahu..!!?? Eh? Mana angry bird you puppy..???

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Miss Vee tolong pergi menyundal di tempat lainlah.
    Nak buat bisnes bukalah blog sendiri.
    Tak tahu bahasa punya manusia!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Sang Wira Bangsa7 July 2015 at 06:48

    Kemarahan tidak boleh diletakkan 100% ke atas Mohd Najib Abd Razak. Najib barangkali sudah meninggalkan kerusi kuasa seusai PRU13. Beliau kalah moral (maruah). Manusia mana yang sanggup menebalkan muka dan mengangkat dagu selepas ditolak 52% rakyat Malaysia? Apatah lagi selepas berbillion dana awam dilaburkan untuk meraih undi (simpati), strategi yang tiada mana-mana Perdana Menteri pernah atau mampu lakukan.

    Najib tidak mampu terus berkuasa jika tidak kerana sokongan ahli dan pemimpin Regim yang menyokongnya. Lantas kemarahan dan kekesalan kita sebenarnya perlu dihalakan kepada mereka ini, tiga golongan dalam Regim yang membantutkan proses pemulihan Malaysia.

    1. Golongan lintah. Seperti lintah yang melekat pada mangsa dan menghisap darah, golongan ini bersama Najib selagi mereka beroleh manfaat. Mereka juga digelar opportunist, yang akan mengambil segala ruang kesempatan untuk berkuasa, berpengaruh atau berjawatan semata-mata untuk bersenang dan bermewah. Selagi boleh kaut apa yang ada sebagai balasan sokongan ke atas Najib, mereka akan lakukan. Sekalipon yang mereka sandang dan kaut itu bukan hak kelayakkan mereka, dan sekalipon mencapainya dengan cara paling keji dan hina. Dalam hubungan simbiosis Opportunist-Najib ini rakyat lah mangsanya. Rakyat yang banyak kehilangan darah berbanding Najib. Golongan ini boleh dibawa berunding dengan dengan $$$.

    2. Golongan unta. Golongan ini selalu mengelar diri mereka 'lebih bijak', 'lebih tahu', 'lebih Melayu dari Melayu', 'lebih setia dan taat', 'lebih alim', 'lebih warak' dan segalanya lebih tinggi dari yang lain. Ramai antara mereka ini mahir berbahas (kemahiran mereka lebih pada bunga bahasa tidak pada fakta) dan menggunakan kelebihan itu untuk mempertahankan pemimpin yang sanggup menghargai dan mengiktiraf 'segala kelebihan' mereka itu. Mereka ini berbonggol tinggi (angkuh tidak bertempat). Cita-cita dan matlamat mereka sedikit berbeza berbanding lintah. Mereka sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi indoktrin yang ditanam di dada dan minda mereka. Dendam dan hasad mereka melebihi kepentingan umum. Golongan ini payah dibawa berunding.

    3. Golongan lembu. Seperti lembu yang memberi manfaat dari apa yang ada pada dirinya - dari kepala sampai ke ekor, dari kudrat, susu, daging malah kulit dan tanduknya. Cukup diberi makan rumput, lembu akan berbakti kepada tuannya penuh taat setia. Golongan ini yang menadah tangan tinggi ke langit tanda teramat shukur selepas diberi BR1M. Walhal nilai mereka beribu kali lebih tinggi dari 'dedak' itu dan mereka layak menuntut lebih darinya. Golongan ini senang didedakkan. Sudah tentulah Regim yamg banyak mendapat manfaat darinya kerana hanya Regim berkeupayaan mendedakkan mereka.

    Selagi wujud tiga golongan ini dalam pentadbiran negara, parti politik dan budaya bermasyarakat,, maka selama itu Najib atau spesisnya akan kekal berkuasa. Jika sasaran penulisan dan penjelasan kita tidak mencapai golongan ini maka sia-sia mengambil risiko menentang penguasa zalim. Kerana selain mereka, sistem yang ada terbukti sentiasa memihak Regim dan memangsakan rakyat.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...