Friday 22 May 2015

Mencari Perdana Menteri Baru

Di mana-mana ketika ini isu pertukaran Perdana Menteri sudah menjadi percakapan umum yang jarang terlepas daripada bibir perbualan rakyat.

Orang kampung, orang bandar, ahli parti, mereka yang berkecuali, pegawai kerajaan, swasta, pencari kerja, anak muda dan sesiapa saja, malah boleh dikata  hampir semua rakyat bercakap isu yang sama.

Bertemu di kedai kopi, berbincang soal bisnes ketika makan tengahari, terserempak rakan lama di kaki lima jalan, berbual di telefon atau bermesej melalui Whatsapp, topik masa depan Najib dan siapa bakal Perdana Menteri baru sentiasa menjadi tajuk yang boleh dianggap "kurang patriotik"  jika tidak diperkatakan.

Najib Razak bagi majoriti rakyat, dengan pelbagai isu yang sudah diketahui umum dan bebannya kepada negara, dilihat semakin tidak layak serta tidak diperlukan lagi sebagai peneraju negara ini.

Untuk keluar dari segala kemelut dan kegelapan yang ada sekarang, sekurang-kurangnya buat sementara waktu, kata putusnya ialah negara memerlukan seorang Perdana Menteri baru dengan segera.

Sama ada Perdana Menteri baru itu hanya sementara sehingga PRU 14 akan datang atau mampu meneruskannya selepas itu, semuanya bergantung kepada siapa yang bakal dipilih dan kemampuannya mendepani segala cabaran itu nanti.

Lantaran itu, pertanyaan paling popular ialah bila Najib nak berhenti? Yang lebih berani pula akan berkata, "cepatlah Najib berhenti, menyusahkan rakyat saja jika semakin lama jadi Perdana Menteri."

Susulannya, tentu saja ada yang bertanya, siapa bakal Perdana Menteri baru yang sesuai?

Muhyiddin Yassin? Tengku Razaleigh Hamzah? Atau siapa?

Untuk mengupas persoalan tersebut, sebuah forum akan diadakan pada Sabtu ini, 23 Mei di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor.

Forum bertajuk "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" itu akan menampilkan ahli panel iaitu Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Affifudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Muhammad Mohd Taib, bekas Menteri Besar Selangor.

Moderator forum pula ialah Prof. Dr Azmi Shahrom daripada Universiti Malaya.

Yang menariknya, ketiga-tiga ahli panel ini adalah bekas pemimpin UMNO yang sudah berbeza wadah - Zaid Ibrahim, selepas menyertai PKR dan memimpin KITA, mungkin tidak menganggotai mana-mana parti ketika ini, Affifudin masih bersama UMNO manakala Muhammad pula menyertai Pas sebelum PRU 13 lalu.

Berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan yang berbeza ini, tentu saja banyak yang menarik apabila mereka memperkatakan tajuk yang sama iaitu siapa bakal Perdana Menteri baru untuk Malaysia?

Siapakah pilihan mereka? Untuk mengetahuinya sambil meluaskan daya pengetahuan dan sebagai tanda sayang dan cintakan negara ini, tanpa mengira anutan dan kiblat politik, ayuhhh...ramai-ramai kita ke sana!! (SH 22/05/2015)

21 comments:

  1. Janganlah tukar PM pleaseeee...biarlah diaorang bergasak sampai PRU 14. Bila PM baru naik, rakyat akan terpedaya dan perkara sama akan berulang...rakyat akan terus tertipu selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Oii iblis!!! Kami tidak kebulur rejeqi yang ko bilangin, celaka ko!!!

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Najib keturunan Lanun Bugis ya...

    Lanun kalu dlm cerita2.. mmg suka berbohong dan tidak berpegang pd janji.. Cuba tengok cerita Pirates of the carribeans

    ReplyDelete
  3. Jib bon kata dia boleh calenge tun m memerintah msia lama2 malangnya baru sepengal dua sudah jd bapa gst yg mencekek rakyat.syrkt lanun 1mdbnya pula turut kelihatan spt ingin runtuh n menghempap rakyat.org umno lainpun merompak juga tapi tak la mcm jib bon seme nak sapu kasi licin mcm kasim baba.semoga tak kena kerat mcm kasim baba tu sudah.u better b surrender jib than lebih byk tmakan sumpah rakyat.entah2 akan jd sesumpah pulak nanti.org tua suruh bhenti tak nak dengar.degil.mentang dah rembat byk duit rasa syg pulak.rasa syg hey lihat nona antuya sudah mati.siapa lg mau mati.hati2 ok mintak plindungan dr Allah utk menghadapi org2 yg zalim n tamak haloba ini.bincangkan juga kenapa lanun bugis ni ketegag sgt.berundur sj la cara baik buat apa sampai nak btikam sesama sendiri.barangkali utk menguji keberanian bakal pm yg seterusnya.ayuh hunuskan keris anda inilah masanya demi bangsa agama n kekayaan anda sendiri.dmana pula pemimpin yg mcm tikus sembunyikan diri sekarang.ikut sembunyi spt kterbang yg hilang

    ReplyDelete
  4. JANGAN MENARUH HARAPAN TERLALU TINGGIN UNTUK NAJIB MELEPASKAN JAWATANNYA... Sehingga hari ini apa jua rakyat mau pun orang kuat dalam politik memperkatakan dan mengharapkan segala bentuk tekanan yang menimpa NAJIB akan membuahkan hasil supaya NAJIB MELEPASKAN JAWATANYA.. Bodoh lah dia untuk melakukannya manakan tidak jika KUASA MASIH ADA DI TANGANNYA dan PELEMBAGAAN BERRAJA pun tidak boleh mengubahkan KUASANYA keran dah tertulis bergitu.Dimana kesilapan runggutan rakyat dan di manakah kecerdikan para penggamal undang undang dalam memberi persetujuan dalam kemelut KEKEBALAN PM.. tiada sesiapa pun boleh menentukan kerana RAKYAT MALAYSIA ADALAH RAKYAT YANG PEMAAF DAN BERSIFAT MULIA,HORMAT MENGHORMATI, KASIH DAN BERKASIH SAYANG TAK KIRA BANGSA dan inilah kekuat NAJIB.. KEBODOHAN ORANG ORANG KUAT DALAM UMNO juga adalah salah satu mengapa PM boleh bertahan dengan KUASA yang sedia ada. Ramai orang berani bercakap tapi tak berani bertindak sebab TEMBOLOK perlukan sesuatu untuk melanjutkan usia demi keluarga dan diri sendiri. CUBA RAKYAT FIKIRKAN MENGAPA YA.., NAJIB BEGITU DEGIL..dan sepekara lagi MATAN TUN MAHATIR pun dah jatuh BODOH MEMIKIRKANNYA.... Saya pasti perbuatan MEMEKAKKAN DIRI DAN MEMBISU adalah pekara yang paling baik untuk memberi tindakbalas yang tidak boleh di pertikaian oleh sesiapa bila setiap soalah tidak di ajukan dengan jawapan dan pendekatannya kita akan membiarkan orang ini begitu saja sebab kita tidak tahu apa yang di fikirkan dan apa yang nak di perkatakan melainkan jika tidakan kita membolehkan sesorang itu merasa kesakitan di rasainya, dengan secara spontan dia akan bertindak dengan bersuara meminta kefahaman.. FIKIR FIKIR FIKIRKAN ... ini bukan hasutan tetapi pekara ini terjadi pada diri kita sendiri secara sedar mau pun secara tidak sedar.

    ReplyDelete
  5. Hah ...hah .... Pak Muuuuyiddin suruh ketua perompak 1MDB berambus ..... woiiii .... Dari pak Jib, Muuuuuyiddin sekali dan sekapal dalam UMNO semua cepat berambuss.... tak percaya lagi kamu semua ini ...

    Kamu semua ini bila cuti pergi Eropah, anak belajar semua luar negeri ... shopping luar negeri ..bila bercakap mengalah pelat orang putih ...

    Wahai rakyat semua .... bangkitlah....jangan biarkan segerombolan penyamun ini memegang negara ... tak amanah langsung, sering cakap berbelit, dolak dalik, hari ini lain hari esok lain...

    Wahai rakyat jelata yang sokong UMNO/BN .. jangan lagi jadi bodoh macam lembu ... sudahlah....

    ReplyDelete
  6. Monkey Shooter22 May 2015 at 19:45

    Macam mana nak menjatuhkan Najib? Beliau PM dan Menteri Kewangan. Semua menteri dan timbalan serta pemimpin-pemimpin parti telah dihidangkan dengan harta dan wang secukup-cukupnya, apalagi ketua bahagian UMNO yang diberi projek tahap jutawan setiap seorang? Nak jatuhkan Najib semasa PRU? Najib dan beri cukup-cukup makan kepada Pengerusi SPR (Najib juga yang lantik) hinggakan tak perlu peduli dengan wang pencen, wang rasuah bagi menangkan Najib dan UMNO/BN cukup untuk menyara 7 keturunan bangsat (Pengerusi SPR) ini. Kalau tak puas hati dengan fitnah ni kena siasat tomahan tersebut betul atau tidak? Siapa yang nak siasat? Ketua Polis Negara yang seperti Ketua Bahagian UMNO atau Peguam Negara yang seperti Ular Tedong belaan UMNO atau nak bicarakan di Mahkamah Kanggaro Malaysia?

    Bila hampir PRU, berbilion wang ahli korporat bukan Melayu diminta sebagai pelaburan sekiranya BN/UMNO menang PRU. Adakah mereka ini tidak meminta balasan atau keuntungan apabila BN/UMNO menang PRU......Harga barangan dan perkhidmatan pasti naik selepas PRU, Melayu juga yang jadi lembu korban Najib dan UMNO. Semua media masa dan cetak milik UMNO/BN pastinya menjadi lidah syaitan dengan memperbodoh dan menipu rakyat semaksima mungkin sebelum PRU......Itu sebab pengundi saluran 1 dan 2 yang tidak mengikuti media baru pastinya mengundi BN/UMNO walaupun GST dikenakan sebanyak 50% kelak. Pendek kata Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO adalah sebenarnya yang mencelakakan rakyat, mereka ini ibarat perompak kecil yang menerima wang hasil rompakan ketua perompak (PM Najib) yang merompak dan menzalimi rakyat secara "Grand" dan tanpa ada sekatan-sekatan kemanusiaan lagi. Kita rakyat marhaen hanya mampu berdoa agar anak-anak Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO ini kelak akan lahir sebagai OKU atau Lembam dan mengidap pelbagai penyakit kronik yang memerlukan jutaan wang untuk memulihkan penyakitnya (habis wang rompakan rakyat untuk merawat anak-anak mereka). Semoga rakyat marhaen akan sedar mereka terlalu lama ditipu dan dibodohkan. Berubahlah, jangan takut berubah kerana kamu semua bukannya mampu hidup untuk 50 tahun lagi pun......Kesian keturunan kamu yang akan menjadi hamba kepada pemimpin yang kamu lantik dari kalangan Iblis itu kelak.

    ReplyDelete
  7. cari ketua penyamun baru tak susah
    yang susah nak cari ketua yang amanah macam yang Allah suruh
    bila diberi kuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  8. I say menakutkan komen kat atas ni.mintalah ptolongan kpd Allah semoga melindungi kita semua dr org2 yg jahat.ssb itu la rupanya jib bon ni mcm harimau berantai tak mkn nasihat punya org.org tua suruh turun buat dont no geng suruh siasat syrt hutang buat bodoh.rupanya ada byk duit nak tabur.1mdb dtubuhkan utk mengaut hasil negara dgn cara yg terang2 bangang.membeli tanah negara dgn harga murah n menjualnya dgn harga yg melambung tinggi.apa yg lebih teruk syrt yg bsekonkol dgnnya adlh thjeee iaitu pemegang amanah org2 yg ingin menunaikan hj.ia dlihat sebagai syrt lanun kapitalis.begitupun kewujudan syrt ini dgn operasi lanunnya tdk sgt dkisahkan org pd mulanya.utk memulakan operasi lanunnya syrt ini meminjam dr bank2 dlm n luar negara.duit itu kemudian dtukar menjadi aset2 n pelaburan dlm btk lain.utk mencepatkan skim cepat kayanya lalu syrt ini melabur dpulau cayman.dkatakan sejumlah wang dsimpan dsana.lalu bmulalah cerita bising ttg syrt ini bila ada org mendapat tahu ttgnya.spt dketahui org byk pelaburan dpcayman itu melibatkan hasil judi.lalu bkatalah memanda yg lama.judi bkn cara kita katanya.lalu memanda barupun bkata duit telah dpindah kesingapore utk senang proses pengeluaran.kemudian entah bagaimana thjeee membeli tnh yg mahal itu
    lalu menyebabkan kemarahan org ramai krn ia melibatkan tabung negara.dkatakan penjualan aset itu terpaksa dlakukan krn kerugian tlh blaku.ada yg kata ia dlarikan jholo.ada yg kata hilang dpulau cayman.kerugian telah blaku n hutang tdk dpt dbayar.maka aset terpaksa djual.wang yg dkatakan dbawa kesingapore juga tdk wujud.jadi kes tipu kanan tipu kiri.psoalanya knpa kita perlukan penipu2 ini bmaharaja lela menjarah hasil negara sewenang2nya.hutangnya 42 juta tp asetnya byk.kata org yg bkenaan itu duit tak hilang tp ada dlm btk aset.pening ping ini kes.duit tlh dbawa kepcayman tiba2 btukar menjadi aset.main silap mata ke apa.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi Pak Ilham.. kami xnak duit kepalabutuh hang ni..

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Kepada pak ilham dan sewaktu dengannya komen diblog/facebook pm.mungkin dengan nasihat kalian moga pm dapat durian runtuh 4ekor.jadi tak perluulah merompak rakyat.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Engkau ni adalah sampah politik, cukup2lah menulis cerita2 busuk macam ni

    ReplyDelete
  15. This Is What You Really Want !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...