Thursday 14 May 2015

Sokongan Kepada Najib Terus Mereput


Sokongan yang diterima Najib Razak dalam mesyuarat MT UMNO Isnin lalu seperti tidak memberi makna kepada kekukuhan hayat politiknya kerana kini pemimpin parti itu terus juga bersuara mengenai kontroversiri 1MDB dan Tabung Haji.

Ia memberi bayangan segala sokongan dan Najib pula meminta Ketua Audit Negara mempercepatkan pengauditan terhadap syarikat pelaburan itu supaya segala-galanya dapat diketahui umum, langsung tidak mampu membuatkan pemimpin UMNO agar berdiam diri dan akur dengan ketetapan itu.

Begitu juga tindakan Najib menasihatkan agar Tabung Haji menjual balik tanah yang dibelinya daripada 1MDB dilihat masih tidak memadai untuk memadam segala isu yang timbul sebelum ini.

Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan kepimpinan Najib tetap dicurigai dan sokongannya dalam parti mulai mereput secara perlahan-lahan.

Najib kini bukan saja diserang dan dikritik oleh pihak pembangkang, tetapi sebenarnya mula menerima kesan penolakan dari dalam UMNO sendiri.

Berikutan laporan media mengenai pinjaman berjumlah RM3.6 bilion yang dibuat oleh 1MDB menghadapi masalah dan enam bank terbabit mungkin menuntut bayaran balik lebih awal, seorang ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina Merican dengan pantas bersuara mahukan syarikat itu segera memberi penjelasan serta berhenti daripada amalan berdiam diri selama ini.

Walaupun sasaran Reezal ialah 1MDB tetapi semua orang tentunya memahami bahawa mencubit paha syarikat itu akan menyebabkan paha Najib yang lebih terasa sakitnya.

Kenapakah seorang ahli MT UMNO  sendiri terus bersuara sedangkan Reezal tentunya faham dalam mesyuarat sudah diputuskan agar masa diberikan kepada Najib dan syarikat itu menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul?

Tidakkah ini bermakna ada sesuatu yang tidak beres walaupun pengakuan serta sokongan telah diberikan kepada Najib?

Adakah Reezal merupakan lanjutan suara Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang sebelum ini lantang bersuara mengenai 1MDB dan Tabung Haji?

Dalam masa yang sama, meskipun Tabung Haji sudah memutuskan untuk menjual balik tanah seluas 1.56 ekar yang dibelinya daripada 1MDB bagi mengelakkan kontroversi berterusan di kalangan umat Islam, ia nampaknya belum berakhir selagi Azeez Rahim tidak dilucutkan daripada jawatan pengerusi yang disandangnya.

Setiausaha UMNO Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah hari ini menuntut Najib Razak mengotakan slogan "pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan" yang selalu basah di bibirnya dengan menasihatkan Azeez Rahim agar meletakkannya jawatannya dengan segera.

"Perdana Menteri kena jujur dan telus, buktikan kepada rakyat bahawa anda tidak bersekongkol dengan mana-mana pemimpin UMNO yang tidak bercakap benar.

"Jika terbukti pemimpin UMNO telah berbohong, bagaimanakah rakyat mahu menyokong parti dan inilah yang Najib seharusnya fikirkan," kata beliau sebagai merujuk kenyataan Azeez yang pada awalnya menafikan urusniaga dengan 1MDB itu tetapi kemudian mengakuinya setelah didedahkan kebenarannya.

Syed Mehdhar juga menambah, "Najib selalu bercakap soal ketelusan, intergriti dan mendahulukan kepentingan rakyat, sekarang saya menuntut Perdana Menteri mengotakan janji tersebut dengan menasihatkan Azeez meninggalkan jawatannya di Tabung Haji".

Tidak diragui lagi suara-suara dalam UMNO yang berterusan muncul ini adalah tanda penolakan yang semakin ketara terhadap Najib. Di sebalik sudah bermesyuarat dan menzahirkan sokongan, hakikatnya penolakan juga makin membesar. Siapakah akan bersuara lagi selepas ini?

Mengenai 1MDB, yang dimahukan bukan lagi sekadar pengauditan, tetapi ketelusanlebih menyeluruh yang disertai dengan pendakwaan, hukuman dan pemenjaraan kepada sesiapa saja yang telah berlaku curang.

Tentang Tabung Haji pula, ia juga perlu disusuli dengan perletakan atau perlucutan jawatan kerana ternampak kecenderungan bahawa urusniaga dengan 1MDB itu dilakukan senyap dan diam-diam sebelum ia dibocorkan.

Oleh kerana suara itu kini datangnya daripada UMNO sendiri yang mana Najib sendiri berkata di Tawau baru-baru ini, "hanya rakyat dan UMNO yang dapat menentukan kedudukan saya", apakah lagi alasannya untuk memandang sepi saja semua suara ini? (SH 14/05/2015)

Apakah lebih banyak suara seperti ini akan muncul lagi selepas ini?

20 comments:

  1. @shah
    Salaam .
    Mmg benar telahan tdm....melayu mudah lupa..tetapi tak bodoh !
    Berpunca dgn nasihat yg tak d pakai najib maka tdm bersuara secara terbuka. Bingkisan yg d bawa adalah suara rakyat yg mendedahkan kebenaran yg tersembunyi. Satu pertanyaan yg cukup jelas dan cukup mudah utk d jawab....sekiranya beliau BENAR.
    Suara yg ingin umno kekal , demi nasib bangsa berdaulat bangsa MELAYU. Kepincangan yg berlaku amat jelas tapi telah d jadikan pentas serangan oleh satu belah pihak lagi....hingga sanggup guna media -tv3! Sedangkan persoalan pokoknya masih sama dan TAK BERJAWAB pula....
    Yg membawa bingkisan rakyat ini menurut beliau sendiri...punyai sedikit pengalaman politik dan menjadi PM tak lama ...22 tahun je.
    jadi sebelum najib lalui pentas kuasa itu , beliau telah pun mendudukinya. Sarat dgn pengalaman itulah beliau mengambil satu keputusan yg berat utk menegur dan bertanya bagi pihak bangsanya serta nusa yg d sayangi nya....SALAH KAH ?
    Jika salah saya tak tahu lagi,apa yg bangsa saya mahukan....sbb andai anda tahu intipati sebenar perjuangan pembangkang nescaya anda akan sedih jika anda kasih kan bangsa. Itu pun jika anda menghargai bangsa anda....BANGSA MELAYU BERDAULAT.

    SEKIAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. adenan satem.....save Malaysia.....

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. @shah
    Salaam .
    Mmg benar telahan tdm....melayu mudah lupa..tetapi tak bodoh !
    Berpunca dgn nasihat yg tak d pakai najib maka tdm bersuara secara terbuka. Bingkisan yg d bawa adalah suara rakyat yg mendedahkan kebenaran yg tersembunyi. Satu pertanyaan yg cukup jelas dan cukup mudah utk d jawab....sekiranya beliau BENAR.
    Suara yg ingin umno kekal , demi nasib bangsa berdaulat bangsa MELAYU. Kepincangan yg berlaku amat jelas tapi telah d jadikan pentas serangan oleh satu belah pihak lagi....hingga sanggup guna media -tv3! Sedangkan persoalan pokoknya masih sama dan TAK BERJAWAB pula....
    Yg membawa bingkisan rakyat ini menurut beliau sendiri...punyai sedikit pengalaman politik dan menjadi PM tak lama ...22 tahun je.
    jadi sebelum najib lalui pentas kuasa itu , beliau telah pun mendudukinya. Sarat dgn pengalaman itulah beliau mengambil satu keputusan yg berat utk menegur dan bertanya bagi pihak bangsanya serta nusa yg d sayangi nya....SALAH KAH ?
    Jika salah saya tak tahu lagi,apa yg bangsa saya mahukan....sbb andai anda tahu intipati sebenar perjuangan pembangkang nescaya anda akan sedih jika anda kasih kan bangsa. Itu pun jika anda menghargai bangsa anda....BANGSA MELAYU BERDAULAT.

    SEKIAN

    ReplyDelete
  3. He only talked about re-selling the TH land. Well, has it been sold yet? Or is it just empty talk?

    ReplyDelete
  4. Presidente Del Bugisee ada Vice Presidente Ulama Sedunia dan Geng Serban menyokongnya.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.com/2015/05/talian-hayat-presidente-del-bugisee.html?m=1

    ReplyDelete
  5. nampaknya zaman bugis glokal ni betambah brutal

    ReplyDelete
  6. Kalau dah menjadi beban, masakan mahu terus dipertahankan. Semakin hari makin berat bebanan, yang menyokong tentu tidak tertanggung. Satu demi satu pun melepaskan pegangan secara kadar langsung. Itulah hukum dan adatnya. Hanya faktor masa menjadi talian. Kecundang sudah hampir pasti

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. ada media nok main silap mata.......1MDB jadi TI.....Tgannu Invest....orang gannu..guana gamok..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak pecat Aziz kerana Aziz hanya 'orchestrated by Najib'!

    ReplyDelete
  11. Semua keputusan berkaitan dengan 1MDB dan TH di tentukan oleh Najib dan con-setannya, diluar perbincangan kabinet atau MT UMNO. Bila dah fumble baru Najib heret MT UMNO dan kabinet untuk sokongnya. Sepatutya adalah salah seorang ahli MT atau Kabinet yang tidak bangang yang boleh yang boleh mempersoalkan Najib bahawa kabinet atau MT tidak dibawa berbincang mengapa harus menyeret kami untuk mencuci najis 1MDB dan TH?

    ReplyDelete
  12. Hipotesis: sehebat2 Bugis menawan nusantara, rupanya takut bini.... adakah itu puncanya bugis rela mati di medan perang dari tinggal di rumah dengan anak bini.

    Atau cuma Najib seorang sahaja bugis yang takut bini dan takut mati?.

    ReplyDelete
  13. Kenapa Azeez sahaja yang kena kutuk? Azeez tidak akan bertindak tanpa greenlight daripada Najib. Jadi tidak adil jika Azeez seorang yang harus "go". Kedua-dua must go. Apa hal pula dengan yang lain2 yg menerajui TH dan juga 1MDB dan mana2 badan yang cuba tolong 1MDB senyap2? Depa pun kena GO.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen sampah di atas ini perlu dibuang. Harap admin tidak publishkan komen-komen sampah begini, buat buang masa sahaja membacanya. Harap maklum.

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Dia senang2 saja ambil duit orang. Kita sbgai pendeposit th pun susah nak keluarkan simpanan. Paling banyak pun 10,000 sehari shj. Kalau nak beli harta pun perlu melalui proses pelbagai yg hanya bolih d buat d ibu pej th. Itu pun cek dikeluarkan bukan atas nama kita sebagai pencarum. Begitulah juga dgn kwsp. Dimana kuasa kita sbg pendeposit/ pencarum? Itu bukan duit kita ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...