Monday 13 April 2015

Kenapa Rompin Mengundi Dulu Berbanding Permatang Pauh?


Berbanding di Rompin, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dilihat amat penting dan bakal menentukan perjalanan seterusnya fasa politik negara, terutama yang melibatkan masa depan Najib.

Pentingnya Permatang Pauh kepada Najib, UMNO dan BN sehingga SPR sendiri menentukan hari pengundiannya ialah pada 7 Mei iaitu dua hari selepas pengundian di Rompin pada  5 Mei.

Keadaan ini terlihat pelik kerana pewartaan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebenarnya ialah pada 16 Mac apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dikemukakan oleh keluarga Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu sedangkan nahas helikopter yang menyebabkan kematian Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis ialah pada 4 April.

Secara logik, berdasarkan hukum akal, mengikut tertib dan kebiasaan, tentulah pilihanraya kecil Permatang Pauh sepatutnya diadakan terlebih dahulu berbanding Rompin.

Lebih-lebih lagi SPR juga mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihanraya Permatang Pauh adalah pada 8 April manakala mesyuarat untuk menentukan tarikh Rompin pula ialah pada 10 April.

Setidak-tidaknya boleh juga diadakan tarikh penamaan calon dan pengundian secara serentak di kedua-dua kawasan itu.

Tetapi dalam mesyuarat 8 April itu, SPR menentukan hari pengundian di Permatang Pauh pada 7 Mei dan kemudian pada mesyuarat 10 April pula, SPR memilih tarikh pengundian untuk Rompin ialah pada 5 Mei.

Walaupun SPR memberi alasan pengundian di Rompin tidak dapat diadakan serentak dengan Permatang Pauh pada 7 Mei kerana hari tersebut merupakan Hari Hol yang merupakan cuti umum bagi negeri Pahang, persoalan yang timbul ialah kenapa tarikh lebih awal yang dipilih dan bukannya tarikh selepas 7 Mei? Kenapa pengundian di Rompin tidak diadakan pada 9 atau 10 Mei?

Ternampak sedikit pelik dan ajaib di sini. Kenapa tarikh pengundian di Rompin diawalkan berbanding Permatang Pauh sedangkan pewartaan kekosongan kerusinya lebih kemudian dan mesyuarat SPR juga dua hari lebih lewat daripada itu? Apa muslihat tarikh awal itu?

Di sinilah sebenarnya pentingnya keputusan pilihanraya Permatang Pauh itu kepada percaturan masa depan Najib. UMNO dan BN secara umumnya sedar mereka tiada masalah untuk menang di Rompin kerana majoriti yang dimenangi oleh Jamaluddin Jarjis dalam pilihanraya lalu adalah 15,114 undi. Rompin juga kubu kuat BN dan pembangkang tiada kekuatan di situ.

Kemenangan di Rompin yang sudah boleh diramalkan itu dijangka akan digunakan  sebagai "psywar" atau perang saraf untuk mengajak pengundi Permatang Pauh agar turut sama memilih BN, kalau pun tidak memberikan kemenangan, sekurang-kurangnya ia diharapkan mampu mengurangkan majoriti kemenangan PKR di kerusi itu.

Selepas keputusan Rompin nanti, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO bercakap memuji dan menyanjung kepimpinan Najib yang kononnya masih diperlukan dan diterima oleh pengundi.

Mungkin nampak mustahil untuk UMNO dan BN menang di Permatang Pauh berdasarkan isu-isu semasa seperti serangan Tun Mahathir kepada Najib, GST, simpati kepada Anwar dan sebagainya serta berdasarkan majoriti PKR 11,721 undi pada pilihanraya umum lalu tetapi dapat mengurangkan majoriti undi di kubu kuat PKR sudah memadai untuk menunjukkan Najib dan UMNO masih diterima baik oleh pengundi.

Dengan kejayaan mengekalkan kemenangan di Rompin, mungkin dengan majoriti lebih besar dan disertai pula kemampuan mengurangkan majoriti undi PKR di Permatang Pauh, ia juga akan digunakan sebagai "modal utama"  untuk menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa Najib semakin ditolak oleh rakyat pelbagai kaum dan lebih mungkin membawa BN kalah dalam pilihanraya akan datang.

Itulah sebab sebenarnya mengapa pengundian di Rompin perlu diadakan terlebih dahulu berbanding Permatang Pauh.

Sekiranya semua perancangan itu berjaya dilakukan, percayalah, selepas ini, Tun Mahathir  juga akan dibelasah dan dihentam cukup-cukup oleh pimpinan UMNO kerana dakwaannya sebelum ini bahawa BN akan kalah ternyata meleset dan tidak benar sama-sekali.

Serangan dan kecaman Tun Mahathir kepada Najib selama ini juga dianggap tidak bernilai lagi. Bahkan jika bekas Perdana Menteri itu mahu terus menekan Najib selepas itu, lebih mudah bagi UMNO untuk menangkis dan menjawabnya.

Dalam hal ini, jika PR ingin melihat serangan Tun Mahathir kepada Najib terus relevan dalam fasa-fasa berikutnya, mereka tiada pilihan selain memastikan calon PKR di Permatang Pauh bukan saja menang dengan jumlah undi yang tidak jauh berbeza dengan dahulu, tetapi lebih baik jika dengan majoriti lebih besar lagi.  (SH 13/04/2015)

6 comments:

  1. Itulah buktinya SPR (Pengerusi SPR) memang Confirm 'Barua UMNO". Kalau nak dikirakan dosa mereka ini terlalu besar terhadap rakyat setelah melalui beberapa pilihanraya yang cukup tidak adil dan terlalu memihak kepada UMNO/BN walaupun rata-rata rakyat sudah menjalankan tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi tetapi akhirnya yang beroleh kejayaan (secara muslihat oleh SPR) adalah UMNO/BN. Kalau beginilah perangai pengarah SPR di negara lain seperti Iraq atau Syria, pastinya sudah lama beliau hanya tinggal seluar dalam kerana diletupkan oleh pihak pemisah. Tapi beliau masih selamat di negara ini kerana pihak penguasa juga adalah juga cawangan dari gerombalan penyangak dan penyamun yang sama-sama disuap nasi ke mulut mereka oleh UMNO dari hasil titik peluh rakyat dan akhirnya mengkhianati rakyat juga sudahnya. Sebagai rakyat yang sentiasa dizalimi di negara ini ingin memohon kehadrat Allah SWT supaya menurunkan bala tentera malaikat bagi menghancurkan golongan gerombolan yang berjenama Islam tetapi berperangai munafik dan Iblis ini. Semoga doa hamba mu ini Ya Allah tidak engkau pinggirkan lagi............

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..



















      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..



















      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
  2. Tuan Shahbudin, walaupun umno cuba nak mempertahankan najib dengan menggunakan SPR yang sahnya menjadi baruanya, adalah bodoh jika mereka ingat boleh menang di Pmtg. Pauh atau mengurangkan undinya. Ini disebabkan kami di pmtg pauh tak peduli apa yang berlaku yang penting Anwar kena dibebaskan dahulu kalau Bn beranggan nak kurang majoriti.Hattta makcik tua dan orang tua pun takkan undi umno sebab orang disini bukannya bangang macam orang umno. Ditambah pula dengan idea bangang najib dengan GST, saya fikir tak perlulah berangan-angan kerana PKR akan bertanding di Rompin sekiranya PAS menolak, kerana rakyat takkan bagi menang percuma pada umno gara-gara GST yang mencekik darah.

    ReplyDelete
  3. SPR BARUA UMNo.....

    ReplyDelete
  4. SPR memey barua umno.......puih!

    ReplyDelete
  5. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...