Monday 19 January 2015

"Janganlah Takut, Takkan Desak Najib Berundur Boleh Masuk Penjara"


Walaupun semakin ramai pemimpin UMNO menyedari bahawa Najib Razak lebih berpotensi menjerumuskan parti kepada kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak ada sesiapa yang berani bersuara secara terbuka mengenainya.

Mereka lebih senang memilih untuk berdiam diri sambil menikmati laba daripada jawatan dalam kerajaan atau GLC yang masih disandang atau  kemewahan daripada habuan projek atas nama jawatan dalam parti.

Secara umumnya, mereka tidak sangsi bahawa Najib ketika ini diselubungi dengan pelbagai masalah dan kelemahan, dari hutang negara yang kian bertambah, isu 1MDB, pembaziran, pasaran saham yang menjuman sebagai bukti ketidakyakinan pelabur, ekonomi yang suram dan pelbagai lagi.

Dalam mengurus parti pula, Najib bukan saja gagal mewujudkan keharmonian dalam UMNO, bahkan kepimpinannya yang lemah menjadikan sesama komponen BN lebih banyak berbalah dan bertikam lidah sesama sendiri daripada menunjukkan kesepakatan.

Realitinya, hanya 191 ketua bahagian - itu pun bukan semua - yang masih bersungguh mahu mempertahankan Najib, rata-rata pemimpin di peringkat yang lain mulai terbuka menyatakan harapan dan peluang UMNO akan lebih cerah jika beliau digantikan dengan pemimpin yang lain.

Pemimpin UMNO juga sedar isu yang turut memberatkan lagi penanggungan Najib sebagai Perdana Menteri ialah karenah isterinya, Rosmah Mansor yang tidak habis-habis menimbulkan masalah kepada parti dan negara.

Rosmah bukan saja berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini yang lebih selesa menjadi pendokong dan penyokong setia kejayaan suami, bahkan penonjolannya yang berlebih-lebihan juga menyebabkan kedudukan timbalan perdana menteri hampir-hampir tenggelam dibanjiri glamour serta publisiti mengenainya.

Jika semasa Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, peranan dan kedudukan timbalannya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Pak Lah nampak turut menyerlah dan diakui, kerajaan sekarang lebih dikenali sebagai "kerajaan Najib dan Rosmah".

Tidak banyak, bahkan hampir tidak ada yang menyebut kepimpinan kerajaan sekarang adalah gandingan Najib dengan Muhyiddin. Poster dan kain rentang yang memaparkan Najib dengan Rosmah juga lebih banyak di seluruh negara berbanding Najib dengan Muhyiddin.

Sebab itu, sama ada Anwar bakal dipenjara atau tidak atas kesalahan liwatnya, peluang PR memenangi pilihanraya akan datang lebih cerah berbanding BN. Dengan hanya berbekalkan undi Melayu kampung yang masih setia, semua segmen lain dalam masyarakat sudah menolak Najib dan kerajaan.

Najib dianggap sudah membawa banyak kerosakan dan masalah kepada negara dan hanya penggantian kerajaan saja satu-satunya jalan merintis perubahan serta menjelmakan keadaan yang lebih baik untuk negara.

Pemimpin UMNO bukan tidak sedar hakikat ini. Mereka sedar UMNO lebih mungkin kalah dan Najib tidak berupaya lagi memperbaiki semua masalah serta kerosakan yang bertompok-tompok ini.

Halangan utama pemimpin UMNO untuk tampil bercakap benar ialah sayangkan kemewahan dan jawatan yang dimiliki sekarang. Mereka wala' atau akur dan patuh kepada kepimpinan Najib hanyalah kerana "cari makan" dengannya, biar pun sedar sikap itu tidak baik untuk parti dan negara.

UMNO tidak pernah sekritikal ini sepanjang sejarahnya sebelum ini.  Jika wala' kepada Najib boleh membawa kepada hilangnya kuasa UMNO dan kerosakan yang lebih buruk kepada negara, pemimpin UMNO seharusnya berani tampil ke depan bercakap tentang kebenaran.

Luahan rasa tidak puas hati terhadap Najib ini bukan lagi perbualan harian rakyat biasa, penyokong PR atau mereka yang tidak berparti di kedai-kedai kopi, lobi hotel, di pejabat atau di mana saja, bahkan sudah merebak luas di kalangan ahli UMNO sendiri.

Di rumah kebanyakan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian pun, topik kelemahan Najib dan pelbagai karenah Rosmah sudah menjadi santapan perbualan hari-hari. Kadangkala anak-anak mereka yang masih bersekolah rendah pun turut bercakap tentang kelemahan Najib serta karenah Rosmah.

Rata-rata perbualan itu menjurus kepada kesimpulan bahawa UMNO akan kalah jika Najib terus memimpin parti dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang ini. UMNO dan BN dianggap hanya mempunyai harapan jika Najib diundurkan dan diganti dengan pemimpin lain yang tidak banyak isu serta tiada karenah berkaitan isteri.

Untuk itu, inilah masa dan ketikanya pemimpin UMNO harus berani bersuara. Nyatakanlah dengan jujur penolakan ahli peringkat bawahan dan juga suara rakyat yang semakin membengkak menolak UMNO dan kerajaan ini kepada Najib. Suara itu sudah pun semakin kuat di peringkat bawah dan kian membesar hari demi hari.

Meminta Najib berundur untuk kebaikan UMNO dan negara bukanlah suatu dosa dan kesalahan. Jauh sekali boleh menyebabkan dipenjara atau dihukum mati. Belum tentu juga boleh menyebabkan hilang jawatan atau rezeki tersekat di tengah jalan.

Muhyiddin pernah meminta Pak Lah berhenti, tapi hari ini menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di peringkat bahagian pula, ramai yang menjadi pemimpin hari ini ialah kalangan yang pernah bersuara meminta Ketua Bahagian  masing-masing berundur dan meletakkan jawatan.

Untuk itu, inilah masanya juga pemimpin UMNO perlu segera tampil meminta Najib berundur. Jihad ini ialah untuk kebaikan parti dan juga negara secara keseluruhannya.  UMNO dan negara tidak seharusnya terus dirosakkan oleh gandingan Najib dan Rosmah ini.

Jika sampai rakyat  yang sudah sekian lama memendam rasa melakukannya dalam PRU 14 nanti, bukan saja UMNO tidak dapat diselamatkan lagi, malah nasib pemimpinnya pun turut berterabur entah ke mana . (SH 19/01/2015)

7 comments:

  1. Barangkali hasrat Malikul Sembab nak naik takhta tercapai jua akhirnya walaupun beliau masih memperlihatkan sikap bacul untuk tampil ke depan mendesak Najib berundur secara terbuka. Beliau hanya berani bertindak di belakang...secara sorok-sorok....berdepan face-to-face Si Sembab takut kena hempap dengan Rosmah. Bila Najib ke luar negara dulu Si Sembab "incite" Menteri kabinet supaya timbulkan isu 1MDB...sampai setakat itu sajalah keberanian beliau...Najib pulang menikus kembali and play dumb again....

    Anyway, harapan melihat BN tewas tak mungkin tercapai memandangkan pergeseran yang semakin serius di dalam PR sekarang. Presiden PAS dan geng pengampu beliau dari Majlis Syura serta geng serban sedang bertindak seperti orang hilang akal seolah-olah sengaja mahu memecahkan persepakatan dalam PR. Of course mereka memekik atas nama nama Islam kerana itulah yang diperdagangkan mereka selama ini untuk memegang kuasa.

    ReplyDelete
  2. DAP atak chan lea aa .

    ReplyDelete
  3. saya mendapat maklum bahawa tun m tlh berbincang dgn pm najib selama hampir 2 jam namun tidak satu pun pandangan serta cadangan tun d ambil peduli.tun juga agak kecewa kerana keputusan nya utk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan pm najib tidak mendapat sambutan secara terbuka olih kepimpinan umno.arwah tan sri megat pernah menceritakan kpd saya bahawa tun amat meyayangi pm najib n mahu prestasi yg terbaik drpd nya.saya percaya masih tidak terlewat utk pm najib mundur setapak n menilai prestasi nya selama ini n seterus nya membuat penambahbaikan.keadaan akan menjadi amat tidak menentu jika sakira nya tun m dgn jelas n terang mencadangkan pm najib mengundurkan diri.satu lagi yg perlu d tekan kan ia lah mengenai restu n doa ibu dlm membuat keputusan yg terbaik .saperti presiden jokowi ,pm najib wajib mendapat petunjuk drpd nya.wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara drp dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dgn Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &n alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati. Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.

    Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kpd Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.

    PD tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.

    Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

    Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan. Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

    Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA. Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi drp buli pasaran matawang?

    Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda drp Daim yang sebhg dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak, Mukhriz..laa pon Tokey Judi, Kapal, Arak dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa2..nak kahwin jadi bini no. 2 Nazri Aziz pon Tun M larang...kesiannya Marina...sampai matilah melawan Bapak?

    Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua2 Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yg Merompak melaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Daim dan Mahathir disayangi Allah. Jadi Dia taburkan saja duit berjuta billion utk hamba kesayanganNya. Kahkahkah..

      Delete
  5. ".... UMNO akan kalah jika Najib terus memimpin parti dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang ini ...." Itulah penyataan yang dikeluarkan oleh penganalisis penyokong UMNO terhadap President Parti setiap kali mereka mahukan Presiden Parti mereka meletakkan jawatan. Jika itulah taktik yang gemar untuk digunakan oleh penyokong UMNO lebih baik mereka mencadangkan supaya jawatan Presiden UMNO cum PM dihadkan kepada 2 penggal atau 10 tahun sahaja. Dengan itu, tidaklah perlu mereka saling tuduh-menuduh dan fitnah-memfitnah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...