Saturday 3 January 2015

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?


Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja dan tiada sesiapa tahu ke mana beliau menghilang.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya. Jika tidak, mungkin ramai yang menyangka beliau berehat saja di Seri Perdana setelah menghabiskan banyak masa meninjau mangsa banjir di seluruh negara hampir seminggu sebelum ini.

Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian di Hawaii yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Mengapa juga tiada gambar Najib bersama Perdana Menteri Thailand sedangkan sebelum ini beliau amat gemar memuat-naik gambarnya bersama pelbagai personaliti di media sosial miliknya?

Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa? Jika dimaklumkan, sama ada kerana lawatan rasmi atau bercuti, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya di lapangan terbang.

Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.

Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.

Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.

Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.

Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?

Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri sendiri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.

Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?

Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu? 

Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan"  berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri.

Mungkin juga media akan dijemput secara besar-besaran untuk merakam gambarnya keluar daripada jet bagi membuktikan selama ketiadaannya, tiada sesiapa selainnya menggunakan jet itu. (SH 03/01/2015)


11 comments:

  1. Ahahaha! M53-01 sudah pickup Mama Rosmah kat Bkk pada 1Jan15. Tengoklah silap mata krg.., bila Perdana1 pulang tanahair, yg keluar pintu pasti PM... Cuba tanya.., kenapa M53-01 ulang-alik ke Bkk pada 1Jan!!

    ReplyDelete
  2. Says sendiri dah jangka perkara ini bila pesawat tu berhenti di bangkok. Habis 1 malaysia kena kencing.....hi hi hi

    ReplyDelete
  3. Mampuslah rakyat kena tipu hidup hidup!

    ReplyDelete
  4. Heee heee, ada aku kisah.... Buat salah tzk buat salah...

    Haramjadah tetap haramjadah pukimak pakatan rakyat alih isu BALAK sebab banjir..

    Malu weiii... Aku dulu salah hantam balak. Pas tuu baru nengok orang lain....

    Suka hati lah.. tapi, hancur luluh bila tengok rumoh tok tua weiiii....sebab saloh sapper baham duit balok nieh...

    Doooi celaka sungguh..

    ReplyDelete
  5. Simple explanation-Najib kena sambung his trip that started from Hawaii. Possible explanation why the plane landed in Indianapolis-Riza Aziz's film producer partner, Joey McFarland's parents live in Louisville, Kentucky, which is 1.45 hours away from indianapolis so first lady went there to spend the holidays with her son and Joey's parents. On the return trip to LA, most likely to send Riza back to LA. Due to limited range of the A319, technical stopovers for refuelling have to be made in New York, London and Dubai. Maybe kena tukar plane to Boeing 777ER, tak payah refuelling stops boleh sampai terus ke KL!

    ReplyDelete
  6. http://penamarhaen.blogspot.com/2013/12/pru-13-belum-sampai-setahun-rakyat.html?m=1

    ReplyDelete
  7. Mungkin Airbus tu rosak semasa medarat di Bangkok pada pagi Jumaat lepas. So terpaksalah Najib pergi tengok apa yang rosak dan perlu diganti atau dibaiki. Kesianlah kpd PM kita......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Anon 20:21. Kapaiterbang to rosak dan Najib pi tengok apa yang rosak. Kot-kot dia boleh baiki, jimat la duit ketajaan.Hangpa semua ni jahat berprasangka buruk kat Najib. Yang Najib tak heboh kat hangpa semua, dia pun pandai repair kapaiterbang rosak. Bukan tau naik je.

      Bebenonya memang kapaiterbang yu nsk teruih balik ke KL dari Dubai. Masa melalui ruang angkasa Thsiland, tiba2 buat hal plak. Tu pasai la landing kat Bangkok. Hanpa nih....xsenonoh tul! Aku pun xske Najib gak tapi benda yang betoi aku kena bela juga Najib....aku xmo jadi manusia hipokrit.....krhkehkeh

      Delete
  8. Najib pi Siam cari "cawan lompang" agaknya. Tak kan tu pun hangpa nak kecoh?. Cawan lompang yg dok ada kat rumah dia pun dah sumbing dan retak seribu. Apa la salahnya dia ganti cawan lompang baru.

    ReplyDelete
  9. Kalau kak mah ada skali dgn njib aritu komfem x keluar isu ni,..knapa kak mah x dtg aritu kesian kt anak2 bukan "permata" yg dilanda banjir...sgala isu yg melengkari pm sntiasa brkait dgn beliau mbuktikan punasihat dari dlm blik sbnarnya lg power dr mnteri2...apapun kita harap beliau sihat sejahtera hendaknya sbb kita xnk kehilangan beliau mjdi misteri sprti mh370, kerna "permata2" mangsa banjir perlukan beliau....#pray4rosmah

    ReplyDelete
  10. rakyat kena tipu...sungguh sangat mengecewakan...
    makasih buat infonya gan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...