Friday 16 January 2015

Hilangnya Sirul Membuatkan 'Hantu Altantuya' Kembali Bernyawa


Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang paling banyak "benda" hilang tanpa dapat dikesan. Bukan sekadar kenderaan, kanak-kanak dan barang-barang bernilai lain yang hilangnya sudah menjadi perkara biasa, negara kita juga mencipta sejarah kerana jet perang tiba-tiba hilang enjinnya.

Dalam laporan audit beberapa tahun lalu, diberitakan beberapa pucuk pistol dan gari polis dikesan hilang daripada simpanan.

Pada tahun lepas pula, sebuah kapalterbang penumpang MAS, MH370 juga hilang daripada radarnya dan sehingga sekarang terus ghaib tanpa dapat dikesan.

Dua pemuda yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, juga hilang secara tiba-tiba dan kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suaka politik di luar negara.

Terbaru, Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya, turut hilang ketika hukuman mati dijatuhkan keatasnya atas sabitan bersalah membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Selepas beberapa siri kehilangan yang "tidak masuk akal" dan "memeningkan kepala"  semua orang, hilangnya Sirul daripada menghadirkan diri ke Mahkamah Persekutuan dan kemudian didapati sudah berada di Australia sejak dua bulan lalu, sekali lagi menimbulkan lebih banyak tanda-tanya mengenai pentadbiran dan kawalan negara kita ini.

Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang ini? Bagaimana seorang yang sedang menunggu keputusan mahkamah atas tuduhan membunuh boleh begitu bebas untuk ke luar negara?

Seminggu atau dua minggu sebelum tarikh perbicaraan pula, kenapa pihak berkuasa tidak berusaha mencari dan mengesannya setelah telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi? Kenapa kehilangan yang memalukan seperti ini berlaku lagi?

Pelbagai spekulasi kini timbul mengenai kehilangan Sirul. Ada yang mengatakan beliau mungkin sengaja melarikan diri kerana sudah mengetahui hukuman mati di tali gantung sedang menunggunya. Ada pula mengatakan, tanpa kerjasama pihak-pihak tertentu, amatlah sukar untuk Sirul melepaskan diri ke luar negara dan kemudian meneruskan kehidupan sebagai pelarian di Australia.

Sementara topik perbincangan makin hangat tentang bagaimana beliau menghilangkan diri dan seruan agar usaha membawanya balik secara ekstradisi dipercepatkan, keadaan menjadi lebih kalut apabila pihak berkuasa Australia mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan sebarang permohonan Malaysia  bagi tujuan itu.

Sebagai antara negara hak asasi dan tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undang jenayahnya, Australia berpendirian tidak akan memulangkan mana-mana rakyat luar secara ekstradisi untuk menjalani hukuman tersebut.

Negara itu dilaporkan hanya sedia mempertimbangkan pemulangan mana-mana pesalah secara ekstradisi bagi hukuman lain selain gantung sampai mati.

Sekali lagi timbul persoalan, apakah Sirul sebenarnya berada dalam perlindungan pihak tertentu yang rapat dengan kerajaan Australia?

Jika Sirul terus berada di Australia pula, apa kesudahannya?

Jika sebelum ini Sirul pernah mengatakan dirinya adalah "kambing hitam" dan ibunya pula memberitahu, beliau pernah dimaklumkan oleh anaknya bahawa tindakannya itu adalah kerana diarahkan oleh seseorang, apakah semua itu akan dibongkar satu demi satu oleh Sirul selepas ini?

Melalui keterangan di mahkamah pula, direkodkan juga bahawa log telefon Sirul membuat panggilan kepada seseorang selepas kejadian pembunuhan di Puncak Alam itu selesai. Adakah melalui "kekebalan" yang dinikmatinya di Australia sekarang, nama penerima panggilannya itu akan didedahkan?

Dalam kes perbicaraan Altantuya, sejarah juga tercipta kerana motif pembunuhan dianggap tidak penting. Selain Razak Baginda yang kemudian dibebaskan dan tidak dirayu kesnya, DSP Musa Safri yang ketika itu bertugas dengan Najib Razak, turut tidak dipanggil memberi keterengan di mahkamah.

Dengan bebasnya Razak Baginda dan Najib pula dibersihkan daripada sebarang kaitan dengan pembunuhan Altantuya, ramai yang melihat kes Altantuya akan berakhir bersama hukuman mati yang diterima oleh Azilah dan Sirul. Walaupun saman keluarga Altantuya terhadap kerajaan akan diteruskan, ia dijangka akan senyap beberapa tahun selepas ini apabila sejumlah gantirugi diberikan sebagai ubat kesedihan.

Blog ini beberapa kali pernah menyebut ungkapan, "manusia merancang, Tuhan merancang terapi perancangan Tuhanlah akan menang". Ternyata kini sekali lagi Tuhan menunjukkan kebesaran dan kekuasan-Nya yang tak terjangkau oleh akal pemikiran manusia.

Meskipun hukuman mati sudah dijatuhkan, tetapi hilangnya Sirul  secara tiba-tiba untuk mengelak hukuman mati dan kini berada di Australia yang seolah-olah melindunginya, persoalan yang paling utama ialah, apakah akan dilakukannya selepas ini?

Adakah beliau akan  berdiam diri saja atau bakal mendedahkan kepada media antarabangsa, siapa yang mengkambing-hitamkannya, siapa yang mengarahkannya melakukan pembunuhan dan siapa yang dihubunginya melalui telefon dari tempat kejadian Altantuya dibunuh?

Pendeknya, dengan hilangnya Sirul ini seperti memberi "nyawa baru" kepada "hantu Altantuya" untuk hidup semula, mengilai dan bergentayangan di di mana-mana. Dalam masa yang sama, sudah tentu juga ada yang mula meracau-racau dan tidak lena tidurnya ketika ini. (SH 16/01/2015)

14 comments:

  1. Betul tuan.banyak benda yang hilang di bumi malysia tanpa dikesan. Ini menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat. Satu lagi tuan terlupa sebut ialah misteri kehilangan jam omega anwar ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:12

      Betul tu, bukan setakat jam omega je yang hilang, biji kelentit emak engkau pun hilang juga.....

      Delete
    2. Hahaha! Kengkadang aku bersetuju dgn statement mcm ni mmg sesuai dgn pendakyah bodoh ubn. Tahniah bro!

      Delete
    3. Haha..setakat tu je leh counter hujah..jam omega aku mana jahhhh..

      Delete
  2. Motif Pembunuhan Altantuya Pun turut sama Hilang!!

    ReplyDelete
  3. Ke mana hilangnya abd razak baginda

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kat ASD yg bg link kat blog abg budin

    ReplyDelete
  5. Cuba teka...lepas ni apa plak yg hilang...

    ReplyDelete
  6. Negara kita ni makin lama makin byk kes misteri.. Kita tidak dilihat sbg negara yg progresif, ttp negara yg penuh kontroversi. We need change, especially our leadership..

    ReplyDelete
  7. Bila negara dipimpin puak puaka, beginilah jadinya. Berbillion duit lesap tak dapat dikesan siapa yang bertanggungjawab. Puncanya kerana puaka puaka jenis toyol bergentayangan. Barisan kabinet terlalu banyak jenis toyol dan pelesit dengan lingkaran di jabatan jabatan dan kementerian strategik yang boleh besarkan tembolok dan perut.

    Nyawa Altantuya hilang pun puncanya kerana para puaka dan pelesit yang mentadbir negara. Darah Altantuya kering kontang disedut puaka dengan taring C4. Nawaitu para puaka ini hanyalah fulus dan fulus. Tak terkecuali lingkaran puaka ini turut menguasai cabang Cheras. Demi fulus, semuanya halal dan sah belaka. Bercium sesama bukan mahram adalah halal bagi spesis dan kaum kerabat puaka. Berpeluk dan daging menonjol dan benjol di dada perempuan menyentuh dada lelaki dianggap halal kerana kononnya pelukan ibu dan anak sedangkan Islam sendiri tidak menggalakkan si ayah dan anak perempuan baligh tidur sekamar.

    Agaknya anak anak perempuan puaka di Cheras ni halal dipeluk lelaki mana saja asalkan si lelaki menganggap dirinya sebagai ayah. Kalau lah sungguh itu yang jadi amalan dan kepercayaan si puaka Cheras ni, elok para lelaki di luar sana ambil peluang yang dibuka ini. Memeluk anak anak perempuan si puaka ini barangkali sah dan anda tidak akan dipersalahkan kerana ia halal di sisi agama bagi si puaka berkenaan.

    Peluang sudah terbuka. Apa tunggu lagi?.Asalkan anda lelaki dan boleh menganggap diri anda seorang ayah kepada anak anak perempuan si puaka ini, perbuatan anda tidak akan dipersalahkan. Halal belaka. Sila kan lah...

    ReplyDelete
  8. La ni cerita hilang ke cerita cium peluk...focus on topic bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupa laa tuu.... cerita hilang.......hilang maruah bro..lembab lagi retarded..

      Delete
  9. jangan mudah tertipu dengan puak yang memang dikenali itu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...