Monday 10 November 2014

Kalau Setakat Isu Denggi Yang Mampu Diketengahkan, Maknanya 10 Penggal Lagilah PR Goyang Kaki di Selangor


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang dikecam teruk oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad ekoran kegagalan menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang meyakinkan untuk menawan semula negeri itu, tiba-tiba tampil dengan isu baru untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan PR.

Barangkali tindakan segera bangkit dengan isu baru ini ialah kerana turut rasa malu berikutan gagal mengambil kesempatan dan mengeksploitasi isu pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga Najib dan Mahathir telah menegurnya secara terbuka.

Isu yang dibangkitkannya oleh Noh untuk mentaktif kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali sebagai gagal dan perlu ditukar ialah kerana meningkatnya kes denggi di negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, PR bertanggungjawab terhadap kematian mangsa denggi kerana membiarkan perbalahan dalaman berlaku ketika wabak itu menyerang.

Tambahnya, ketika mereka bergaduh mencari menteri besar yang baru, kes denggi di Selangor meningkat hampir 100 peratus dengan kematian menjangkau kepada angka 32 orang.

Mereka tidak peduli pada rakyat, sementara BN pula tidak sedia melihat rakyat menderita ekoran penyakit itu, tegasnya lagi.

Kah, kah, kah...melihat isu baru yang dibangkitkan Noh Omar ini, jelas sekali menunjukkan beliau masih tidak faham mengenai isu yang patut diketengahkan untuk menawan semula negeri itu.

Isu denggi, walaupun ada kesannya kepada masyarakat, tetapi ia bukan tanggungjawab kerajaan negeri sepenuhnya. Selain soal kesihatan merupakan tanggungjawab kerajaan pusat, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri hanyalah memastikan kebersihan persekitaran untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.

Meskipun demikian, tugas kerajaan negeri juga terhad. Dalam banyak kes, denggi juga merebak kerana kecuaian penduduk sendiri mengenai kebersihan dengan membiarkan air bertakung dalam bekas pasu, tayar buruk, tin dan sebagainya.

Selain melakukan semburan membunuh nyamuk melalui pihak berkuasa tempatan atau PBT, kerajaan negeri hanyalah boleh mengadakan kempen kesedaran di kalangan rakyat, namun yang jauh lebih penting ialah kepekaan penduduk sendiri terhadap penyakit itu.

Denggi bukanlah penyakit yang boleh didatangkan secara sengaja atau dihalang oleh mana-mana kerajaan negeri. Ia bukan juga penyakit yang datang disebabkan kelemahan parti atau perangai pemimpin. Pertukaran kerajaan negeri itu juga belum tentu menjamin denggi akan terhapus sepenuhnya. 

Menjadikan isu denggi untuk menyalahkan kerajaan negeri dan sebagai senjata untuk menawan semula Selangor, bukan saja merupakan sasaran yang salah, malah hanya membuatkan ketawa orangramai tambah berdekah-dekah apabila mendengarnya.

Lagi pula, jika kerajaan negeri yang cuba disalahkan dalam isu denggi, apa pula usaha UMNO dan BN Selangor untuk menanganinya selain bercakap dan menyalahkan orang lain? Tidakkah Noh Omar adalah Pengerusi Eksekutif Majlis Tindakan Negeri Selangor yang dilantik oleh Najib?

Noh Omar sepatutnya juga sedar, tiada mana-mana kerajaan di dunia ini yang pernah tumbang kerana isu denggi. Kalau sekadar isu denggi yang mampu dibangkitkannya, memang patutnya Najib berasa letih dan malu dengannya manakala Mahathir pula mencadangkan kepimpinan yang ada dibubarkan terus.

Pengundi Selangor majoritinya adalah pengundi bandar dan separa bandar, bahkan sebahagian besar kawasan Dewan Undangan Negerinya juga dikuasai oleh kelompok pengundi yang terdedah kepada maklumat internet. 

Makanan mereka ialah berkaitan isu rasuah, pembaziran, penyelewengan, kekayaan pemimpin, urus tadbir yang telus dan yang seumpama dengannya. Selebihnya ialah bagaimana mengurus persepsi dan menguasi pengundi muda melalui media baru serta pendekatan yang selari dengan selera mereka.

Isu pembangunan pun tidak laku walau satu sen kepada kelompok ini, apatah lagi berkaitan denggi dan cuba menyalahkan kerajaan negeri berkaitan dengannya. Ia hanya menyerlahkan lagi kemampuan sebenar Noh sebagai pemimpin dan semakin menepati hakikat perlunya berundur dengan segera.

Ini kerana, dengan tahap kemampuan hanya berupaya menjadikan isu denggi untuk menyalahkan kerajaan negeri, bukan saja masih jauh dari harapan untuk menang PRU 14 nanti, bahkan akan membuatkan PR di Selangor "goyang kaki" sekurang-kurangnya selama 10 penggal lagi. ( SH 10/11/2014)

8 comments:

  1. Noh Imar adalah contoh terbaik spesis Pemimpin Cap Ayam. Kalau pun baik sikit..hanya Pemimpin Cap Udang. Jenis pemimpin begini cuma mampu berhujah fakta tahap sekolah TADIKA saja. Itu sebab Najib dan Mahathir tak senang duduk. Cara Noh Omar berhujah ini membenarkan kata kata Mahathir sebelumnya bahawa yang tinggal dlm UMNO BN cuma orang orang bodoh, yg cerdik semua lari ke Pakatan Rakyat. Dan cerita bontot, saluran najis yg dijaja dlm mahkamah menserlahkan lagi kata kata Mahathir bahawa UMNO BN ini busuk dari kepala sampailah ke ekor. Mereka lbh berninat dgn bontot dan najis dari banyak hal lain lagi yang lebih bersih dan suci.

    ReplyDelete
  2. Noh Omar hanya lah 'samseng' kampong diTanjung Karang. Macam juga Sharif Dol dlm filem Seniman Bujang Lapok.

    Ada ke dia suruh org kg ahli Umno supaya tahan wakil rakyat DAP dari masuh satu kampong dlm Tanjung Karang. Betul2 samseng kampong dia ni.

    dia ckpa undi dia bertambah, jadi tak perlu berhenti. Melayu2 bodoh yg undi dia bolih lah dia ckp besar. cuba tanding diKajang lwn Anwar atau Azizah. Ada berani?

    ReplyDelete
  3. CIKGU DIA MASA SEKOLAH KAT SUNGAI BURUNG, TANJONG KARANG MASIH HIDUP LAGI ! . MEREKA TAULAH PERANGAI NOH MASA KECIK2 DULU MACAM MANA.....

    ReplyDelete
  4. Noh ni muka tido kena cergas skit Noh jangan dok tido aja. Ni lah peluang baik Noh kalu nak rampas Selangor Pru14 nanti, PR dah pecah belah dan lemah skrg tanpa Pas yang bnyk bantu Pkr dapat skngan melayu macam dulu. Pas pun skrg dah dimaki dihina ditendang terajang oleh melayu2 Pkr ni dan Dap pun duk tompang sekaaki dah tu. kalu anwar tak masuk penjara pun mudah dah tugas nak rampas Selangor ni nanti, apalagi kalu Anwar masuk penjara lagi lah mudah tugas , sokngan kat BN akan ningkat mndadak nanti Noh..Noh kena aktif selalu dekat dengan rakyat yang bebilang kaum, ambil tau pemaslahan rakyat pasti Selangor milik BN Pru 14 nanti k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:59.... Beri nasihat ke ? He...he..he..

      Delete
    2. Kau cakap noh omar muka tido....kau pun sama bermimpi di siang hari. Kau ingat hamno/bn boleh rampas selangor ke....
      Sekali lagi gue cakap apa yg blogger ni tulus...ORANG SELANGOR BUKAN BACA UTUSAN saja woit!!!! Dia orang baca media alternatif. Dalam bahasa mudah orang selangor pandai dan banyak membaca serta mampu berfikir. Orang pandai tak undi bn bang....orang bangang je ...atau orang yg terpinggir dari arus maklumat contoh seperti penduduk kuala nerang atau gua musang....
      Sekali lagi nak ulang boleh....orang pandai tak undi bn...orang bangang bodoh piang jer.....

      Delete
  5. Kira Noh Omar ok la tu banding Mahathir dan Najib yg guna isu bontot utk matikan karir musuh politik. Cuma sayangnya Noh Omar ikut subahat dengan isu bontot trbt. Hari ni bontot Noh Omar panas ditibai Mahathir dan Najib. Harap Noh Omar tak guna isu bontot luwat III pula utk bodek dalang wayang kulit bontot 2 orang tu.

    Mahathir dan Najib layak digelar Bpk Bontot Malaysia. Satu dunia iktiraf gelaran ni. Kah kah kah.

    Persoalannya..siapa pula PM Malaysia selepas ini bakal mendapar gelar Bapa Bontot Malaysia?. Mahyudin? Zahid Hamidi

    ReplyDelete
  6. Pemikiran udangno dijadikan lauk pr selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...