Monday 3 November 2014

Tiada Yang Meyakinkan Pada Aksi Hari Kedua Shafee, Harapan Anwar Bebas Kekal Cerah


Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik sebagai timbalan pendakwaraya kes rayuan liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan meneruskan lagi hujahnya pagi tadi.

Sebaik mahkamah berhenti rehat pada tengahari untuk disambung semula esok pagi, Shafee kemudian memberitahu beliau telah melengkapkan kira-kira 70 peratus daripada hujah-hujahnya dan hanya memerlukan kira-kira satu setengah jam saja lagi untuk menamatkan pembentangannya.

Tetapi meneliti hujah dan aksinya pada hari ini, terlihat masih banyak keraguan yang tidak terungkai dan gagal diperjelaskan dengan penuh meyakinkan.

Walaupun sebelum ini mendakwa perlakuan seks luar tabii Anwar dengan Saiful dilakukan secara ganas, Shafee mengakui tiada kecederaan yang dialami mangsa adalah mungkin disebabkan pelincir yang digunakannya serta kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini.

Tambahnya, ia juga mungkin disebabkan perlakuan seks itu berlaku tanpa paksaan serta disebabkan kelewatan Saiful mendapatkan pemeriksaan doktor.

Hujah ini nyata tidak meyakinkan untuk menangkis hujah pembela bahawa kejadian liwat itu tidak mungkin berlaku kerana tiada kecederaan atau koyakan ditemui pada dubur Saiful. Lagi pula, jika kejadian liwat itu sudah kerap berlaku, pastilah berlaku kecederaan yang lebih teruk lagi.

Fakta yang dibentangkan Shafee bahawa kemungkinan tiada paksaan juga bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini bahawa beliau diliwat tanpa kerelaannya.

Mengenai penemuan doktor Pusrawi yang mula-mula memeriksa Saiful dan tidak menemui sebarang penembusan pada bahagian duburnya, Shafee hanya berkata, doktor berkenaan iaitu Dr Osman Abdul Hamid tidak boleh dipercayai serta menulis laporan berdasarkan imaginasi atau kepentingan sesuatu yang lain.

Tetapi apabila ditanya oleh hakim Ariffin Zakaria sama ada Dr Osman pernah dicabar semasa perbicaraan, Shafee menjawabnya, tiada ada. Beliau turut gagal mengemukakan kenyataan beramaran Dr Osman apabila diminta oleh hakim Ariffin.

Tentang bahan seperti berus gigi, tuala "good morning" dan botol air mineral yang didakwa oleh pihak pembela telah diambil secara tidak sah ketika Anwar berada di dalam lokap polis, Shafee berkata, ia masih boleh diterima berdasarkan kepentingannya kepada keseluruhan kes.

Beliau juga mempertahankan semua barang bukti itu adalah milik dan digunakan oleh Anwar kerana berpendapat tiada orang lain berada di dalam lokap itu.

Di suatu peringkat, Shafee juga mengesahkan terdapat DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam warna kelabu yang dipakai Saiful.

Sambil mempertahankan DNA Y adalah milik Anwar, mengenai DNA pihak ketiga yang turut ditemui, beliau berkata, ia boleh jadi hasil daripada tempat duduk tandas yang digunakan Saiful sebelumnya.

Meskipun ada beberapa hujah lain yang dibentangkan oleh Shafee, tetapi sebagaimana hari pertama penampilannya, hujahnya kali ini dilihat tidak cukup meyakinkan dan biasa-biasa saja.

Dalam penampilannya kali ini juga, beliau agak kerap dihujah oleh hakim untuk meminta lebih penjelasan daripadanya. Di suatu ketika ketika dihujah oleh hakim mengenai alamat kondominium yang berbeza dalam waran tangkap terhadap Anwar, Shafee mengakui kesilapan itu.

Tetapi katanya, penangkapan Anwar itu adalah sah serta tiada pelanggaran haknya dari segi perlembagaan.

Sebagaimana penampilan Shafee pada hari pertama yang dianggap Anwar sengaja menampilkan fantasi seks untuk mengaib dan memalukannya, kali ini pula beliau mendakwa peguam itu mempolitik dan melakukan banyak gimik politik dengan matlamat untuk menjadi peguam negara selepas ini.

Kecuali jika terdapat hujah-hujah yang lebih kukuh dapat ditampilkan esok pagi sebelum pihak pembela mematahkan semua hujah pendakwaan pada sebelah petangnya, keyakinan untuk Anwar bebas dan didapati tidak bersalah, jelas masih lagi cerah.

Terdapat banyak keraguan yang masih tidak terungkai, bukan saja di pandangan kita sebagai rakyat biasa peka, lebih-lebih lagi tentunya di fikiran lima hakim yang jauh lebih bijaksana itu. 
(SH 04/11/2014)

23 comments:

  1. Itulah kehebatan peguam. akan cari sampai hujung terowong untuk cari jalan melepaskan anak guamnya. Kalau Anwar dibebaskan itu memang sudah takdirnya. Maka kita harus bersedia menghadapi cabaran dan tindak tanduk yang akan dilakukannya selepas ini. Dunia sekarang, siapa yang lebih bijak dia akan terlepas. PNS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "mencari hujung terowong untuk cari jalan melepaskan anak guamnya".. itu ko kena tanya pendawa mengapa di berhujah macam biasa2 je dan tak meyakinkan. Walhal peguambela memberikan hujah secara fakta.. Bukan semua peguambela membela dengan fakta yang berpusing2.. Jika benar faktanya maka berhak tertuduh untuk dibebaskan. Perlu ingat bukan semua yang dituduh bersalah 100% bersalah.. macam tak boleh terima hakikat hujah ko.

      Delete
  2. Senario semasa samada Anwar sangkut atau bebas bukan lagi keutamaan kepada kepentingan rakyat. Ia mungkin penting di kalangan strategi dan masa depan politik untuk orang politik.

    Keutamaan rakyat dan sudahpun 95% mendapat pengesahan dari kedua-dua pihak peguam bahawa ada berlaku liwat..tidak penting lagi paksa atau rela, tidak penting lagi konspirasi atau bukan..Anwar memang kaki jubor di liwat 1 dan 11..
    Kita cuma tunggu pengesahan 100% dari mahkamah sahaja.

    Senario politik negara juga menunjukkan kebosanan yang meningkat tinggi ke atas umno dan atas faktor inilah juga, ada sebahagian yang boleh "terima" jika Anwar dibebaskan untuk mengimbangi ketidakprahatinan umno walaupun sebenarnya anwar itulah pemangkin segala kecelaruan yang berlaku sekarang.

    Politik rojak negara berterusan, siapa yang suka pedas..tambah cili...siapa yang terasa pedas...kena faham sendiri !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu menilai perbicaraan jangan berlagak lebih pandai dari hakim... Nampak macam haramjah aje.

      Delete
    2. macam bodo aje kluang man ni u layak jadi pembawa e bola aje la

      Delete
    3. Aikkkk...dia tahu pulak Anwar kaki jubor. Mesti dia ada pengalaman dgn Anwar ni.

      Bab fitnah orang ni...kalau tak bertaubat tak cium pintu syurga..apatah lagi ia bersangkut paut dgn reputasi seseorang.

      Munkin dia ni bukan seorang mukmin..kot.

      Delete
  3. Bodoh betul la kluang@KHINZIRMAN NI! mana ada kedua dua peguam kata ada berlaku liwat ? cuma Shafiee saja kata, Itu pun dia kata dengan kerelaan tapi Sayfool kata dengan paksaan !......Contradictions ? Bodoh betul la kamu ni!!!

    ReplyDelete
  4. Bagi mereka yang punya kepentingan jahat atau yang membenarkan diri mereka menjadi sebahagian daripada kepentingan jahat itu pasti akan berjuang berhabisan dan berdoa agar seteru mereka dijatuhkan. Dunia akhir zaman, sang keparat diangkat sebagai pejuang, pemimpin berjiwa rakyat dianggap petualang

    ReplyDelete
  5. Aku melihat pakar bedah buat colonscope dr bwh jarang sekali pesakit komplen sakit atau luka...korang igt batang masuk dlm dubur mesti luka ka....tolong kasi rendah tahap kebodohan...yg pastintya anwar mmg jenis kaki liwat....cuma samada kerjasama diberi atau tidak oleh saiful...jika betul anwar berani kerana benar bagi shj sample dna....apa takut?kata pejuang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful ckp bawa K jelly utk persediaan dirogol olih Anwar. Pelakon porno Russia terpaksa terjun 3 tkt kerana perogolnya adalah 2 org lelaki. Siful pula bawa K Jelly utk dirogol.

      Tak kan Siful selepas jumpa Najib, Rodwan dan Musa sanggup serah bontot tanpa melawan atau tanpa Rodwan atur perangkap. Kan lebih umppp...Rodwan tangkap Anwar semasa Siful pakai K Jelly dan tengah dirogol..

      Kalau tak rela diliwat, buat apa bawa K jelly. Lebih baik bawa pisau cukor yg tajam. Semasa tengah dirogol, potong kote si Anwar supaya dapat barang bukti yg lebih umpppp.

      Kalau ada 'kote' yg Siful potong, tak payah peram air mani dlm bontot dia selama 2 hari tanpa berak, tak payah pi serah 'underwear' yg tidak dipakai semasa diliwat...dan tak payah buat DNA2 yang mengarut paut ni.

      Delete
    2. Bro ko igt senang ka nk cmpak sperma dlm dubur kecuali ada org main pancut dalam...mmg liwat berlaku...samada secara paksa atau tidak...tolongla sedar dan jd bijak wahai macai pkr khususnya...bagus macai pas dah jauhkan diri

      Delete
    3. adakah semua DNA itu sperma?

      Delete
  6. Kalau yang sedang dibicarakan ini bukan manusia bernama Anwar Ibrahim, seawal kes liwat I lagi, wayang kartun ini tak mungkin dapat izin tayang di pawagam mahkamah. Tapi kerana ini membabitkan manusia bernama Anwar Ibrahim, maka tayangan filem cereka ini mendapat izin ulang tayang tanpa perlu lalui proses tapisan yg ketat.

    Berdasarkan hujah kedua pihak jelas terdapat faktor keraguan menasabah yang melayakkan Anwar dibebaskan. Jika keputusan berlaku sebaliknya, tidak ada apa yg anihnya kerana script sudah dikarang begitu rupa. Namun tidak mustahil juga sambungan filem liwat siri III akan dihasilkan jika Anwar terpaksa dibebaskan krn kekuatan fakta yang menyokong pembebasannya lebih jelas dan ketar. Dan ini boleh terus berlaku jika producer merangkap penyumbang idea script liwat Anwar ini iaitu keturunan Kutty Kerala aka mandeliar serta juak juaknya masih bernyawa dan mempunyai lingkaran kuasa di Malaysia.

    Satu satunya jalan terbaik untuk menamatkan filem kartun lucah liwat bersiri ini di pawagam mahkamah ialah dengan memastikan kerajaan pimpinan UMNO BN ini ditumbangkan secepat mungkin.

    Tanyalah pada KJ atau kepada Fatul Bari secara jujur dan ikhlas atas nama Allah, sejauh manakah mereka ini yakin tayangan filem liwat Anwar di pawagam mahkamah selama ini adalah satu kisah benar 100% dan boleh dipercayai? Jawablah para ulama dan orang alim dengan seikhlas dan sejujurnya sejauh mana kalian yakin Anwar Ibrahim diadili secara adil berasaskan hukum dan undang undang agama?. Jika kalian sangat meragui perbicaraan ini dan merasa yakin Anwar teraniaya, apakah sumbangan kalian untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan di Malaysia ini ?Jika seorang yang jelas perjuangkan hak rakyat marhaen ini dianiaya tanpa mendapat pembelaan wajar, jangan harap ada sosok lain yang akan bangkit memperuangkan keadilan dan menegakkan kebenaran dikemudian hari krn mrk tahu wlu pun bermati matian menentang kemungkaran dan kezaliman penguasa, tidak mungkin akan ada lagi rakyat yg akan pertahankan mrk bila mereka dizalimi penguasa rakus.

    Akhirnya kerakusan dan rompakan khazanah negara akan terus berluasa dan rakyat kebanyakan hanya mampu melihat saja sedangkan hidup makin terus sempit dan tertekan krn himpitan ekonomi ekoran salah urus dan kebocoran yang tidak ada siapa lagi yang ambil peduli. Para elit penyangak hanya terus menadah rezki haram yang mencurah utk diri dan para juak sambil ketawa sendiri memikirkan kedunguan majoriti rakyat Malaysia selama ini.

    ReplyDelete
  7. org yg yg takut bersumpah pun nak bela...apalah korang nih..tak payah kes liwat..masa balun cinadoll tu pun dah boleh selesai kalau jijah tunjukkan jam omega..gerenti lingkup bn..tapi habuk pun tadak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemfitnah dilaknat Allah seperti surah Al Humazah...dan tak cium pintu syurga kalau tak bertaubat.

      Guna akal sikit. Kita bincang fasal keterangan yg dikemukakan dlm mahkamah. Bukan tugas orang awam nak bela sesiapa. Itu kan tugas peguambelas.

      Keterangan yg dikemukan olih pendakwa, orang bodoh shj yang percaya liwat berlaku.

      Cuba kau yang kena rogol. Apa yang kau buat? Kau simpan air mani perogol dlm buntut kau selama 2 hari tanpa berak. Kau basuh underwear kau yg ada kesan air mani perogol? Kau duduk rumah tanpa pi lapor polis yg kau dirogol?

      Cuba jawab soalan diatas dgn jujou...sedangkan kau kenal Najib, TPM. Musa Hasan dan Rodwan, peg kanan polis. Apa yg kau akan buat selepas dirogol?

      Delete
    2. Anon 11:58,
      memang betul berkenaan Jam Omega tu, tapi Polis sendiri pun tak mintak ! because they know theres no case ! Tolong jangan tunjuk kebodohan.

      Delete
  8. Shafie Abdullah selaku makin lalok diasak team peguam bela Anwar. Beliau mula byk berteori bersandarkan perkataan "mungkin" berhubung kehadiran DNA org ketiga dlm rektum Saiful. Kononnya krn DBA org ketiga itu tercemar dan masuk ke rektum krn tandas duduk yg digunakan Saiful (bukan kah Saiful tdk buang air besar 2 hari?). Dia juga berteori konon DNA asing pada seluar dalam Saiful hasil tercemar di rumah tunangan Saiful sewaktu ianya dibasuh. Malah terkini dikatakan pula ianya dari DNA doktor Pusparawi yg memeriksa Saiful sebelumnya.

    Adakah DNA orang ketiga itu begitu mudah memasuki rektum hanya dengan duduk di tandas duduk?. Boleh kah diterima teori ini?.

    Bagi aku situasi yang lebih berkemungkinan menyebavkan hadirnya DNA org ketiga selain DNA Y yang dikatakan milik Anwar itu ialah kerana bukti2 DNA itu dicipta dengan mengambil bahan2 dari tubuh Anwar spt rambut dan sebagainya yang dikutip dari tempat2 yg pernah dikunjungi atau dihuni Anwar spt sel lokap dan sebagainya. Dan disebabkan bahan2 dari tubuh Anwar itu telah pun bercampurdenfan tinggalan bahan2 tubuh orang lain yg pernah tinggal dan menghuni tempat yg sama, maka hasil DNA yg ditemui itu bersifat rojak lalu ada DNA ketiga milik orang tdk dikenali. DNA yg dijadikan bahan bukti yg kononnya ditemui dpm rektum Saiful adalah lebih merupakan DNA yang sengaja dibina untuk mencipta bukti bagi membabitkan Anwar sebagai lelaki yg tdk bermoral. Dalam hal ini tidak syak lagi terdapat pegawai polis yang mengendalikan kes ini ikut terbabit bagi memenuhi kehendak dalang dan tuan mereka dibelakang tabir. Adalah jelas pihak tertentu dalam institusi polis sebenarnya tidak boleh dipercayai terutamanya yang melibatkan persaingan politik. Sikap tidak boleh percayanya kita 100% kepada pegawai polis telah kita saksikan dalam kes lebam mata Anwar dimana pelaku yg cuba sembunyikan salah laku itu adalah Ketua Polis Negara sendiri. Itu KPN...apatah lagi pegawai pegawai tahap rendah peringkat macai yg mengharap habuan besar dari tuannya. Pegawai2 dpt Rodwan dan Jude Pereira masih boleh diragui tahap kejujuran mereka. Kalau lah KPN sendiri dulu kencing berdiri, apa peliknya anak buah pula kencing berdiri. Ingat..sebahagian pegawai polis yg terlibat dlm kes luwat II ini adalah org yg sama dlm siri liwat I dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua teori engkau je, macam teori din beramboi..
      ok..bye

      Delete
  9. Mati hidup balik pun sekecil kuman mau pun zarah, aku tak percaya kes liwat baik liwat I mau pun liwat II kerana perjalanan kes yang jelas songsang lagi meragukan di mahkamah.

    Membandingkan dgn kes bunuh Altantuya, perjalanan perbiraan kelihatan dimonopoli dan cuba diatur oleh pihak yang mendakwa yang cukup jelas mempunyai hubungan dengan parti pemerintah. Dlm siri liwat I dan II tdk pernah sekali pun yang dituduh iaitu Anwar Ibrahim mengakui perbuatan tersebut malah bukti bukti yg dikemukakan sangat meragukan. Namun pihak mahkamah cenderung tetap mahu sabitkan Anwar. Sedangkan dalam kes pembunuhan Altantuya, terdapat segelintir saksi dan suspek tidak dipanggil ke mahkamah. Kerana apa kalau bukan mahu mengelak kebenaran dibongkar?.Sirul telah mengakui membunuh Altantuya bersama Azilah malah mampu ceritakan detik dan sorotan kejadian tersebut secara teratur dan selari dengan keterangan saksi lain, tetapi anihnya mahkamah semudahnya melepaskan kexua tertuduh tersebut.

    Bayangkan kalau Sirul atau Azilah itu adalah Anwar Ibrahim, sudah pasti Anwar Ibrahim sudah tinggal sekadar nama kerana hayatnya telah berakhir ditali gantung.

    Kes liwat I lebih bertujuan untuk membunuh karisma Anwar dan mematikan potensi beliau dlm dunia politik Malaysia. Kes liwat II terpaksa di cipta kerana kes liwat I ternyata gagal membantutkan kemaraan Anwar. Sasaran liwat II lebih drastik iaitu bagi memastikan tidak hanya karir politik Anwar berakhir malah tampak ketara musuh politik Anwar yang berdendam mahu hayat Anwar diakhiri di tembok penjara. Namun Allah itu maha mengetahui dan maha perancang yang bijaksana. Dalam kebijakan pemfitnah mencipta serta mengolah bukti, Allah dengan mudah memperbodohkan mereka dalam hal hal mudah yang tidak terfikir oleh mereka. Beberapa ketika kepintaran Shafie sbg pendakwa tiba tiba menjadi bodoh dan dungu, bertukar menjadi sekadar pakar teori yang tidak masuk akal bila berhujah tentang kehadiran DNA org ketiga dlm rektum Saiful. Apa yang di buktikan Shafie ialah beliau hanya seorang penglipurlara cerita lucah dan porno yang berpotensi di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  10. Karisma anwar & karisma kapoor adalah adik beradik berlainan ibu

    ReplyDelete
  11. Betapa keling Shafie Abdullah dilihat makin terdesak dan hanya banyak menekankan tentang DNA Y yang ditemui dlm rektum Saiful yang dikatakan milik Anwar Ibrahim. Shafie sehingga menghambnil contoh DND berusia 15 tahun dlm kes pembunuhan di India yang boleh menyabitkan tertuduh mendapat hukuman. Tetapi Shafie gagal mengaitkan DNA orang ketiga yang turut dikesan ada dalam rektum Saiful sedangkan dalam kes pembunuhann di India yang dibangkitkan Shafie, sama sekali tidak ada DNA org ketiga di tuala yang diguna situduh. Tapi kenapa Shafie beria ia benar mahu menyabitkan Anwar menyamai kes di India sedangkan situasi bukti sama sekali tidak sama. Dalam kes liwat Anwar, DNA orang ketiga menimbuklan keraguan menasabah dan Anwar harus dibebaskan dari tuduhan melainkan Shafie dapat membuktikan pemilik DNA orangf ketiga itu dan bagaimana ianya boleh berada dalam rektum Saiful. Fakta ini wajib Shafie buktikan secara jelas sebelum Anwar dibuktikan bersabit.

    Mengambil kes pembunuhan eksekutif Norita dan yang tertuduh, jurtutera Hanif, pendakwa membuktikan DNA mani tertuduh berada dalam alat sulit simati tetapi tertuduh dibebaskan hanya kerana penemuan DNA mani orang ketiga yang tidak dapat dikesan turut berada dalam alat sulit si mati. Kenapa perlu Hanif dibebaskan dan kenapa pula Anwar perlu disabitkan sedangkan kedua dua kes ini menghadirkan DNA pihak ketiga yang tidak dikenali miliknya siapa.

    Dalam kes Norita, adalah jelas penetrasi telah berlaku tetapi dalam kes Anwar, tiada bukti menunjukkan penetrasi telah berlaku. Logiknya tuiduhan terhadap Anwar harus digugurkan. Dan jika pihak hakim membuat keputusan sebaliknya, jangan salahkan rakyat yang memerhati dengan penuh teliti kes ini jika mereka bangkit dan bertindak diluar kenbiasaan demi menegakkan yang hak.

    Rakyat tidak meminta para hakim membebaskan Anwar secara membabi buta tetapi rakyat mahu hakim bertindak secara adil berasaskan fakta dan hujah kedua belah pihak. Sebarang keputusan hakim yang meragukan, jangan persalahkan rakyat ramai jika mereka bangkit membuat protes besar2an yang mungkin boleh mengugat ketenteraman awam. Puncanya adalah kerana keadilan gagalo ditegakkan dan tentulah ini bukan satu kesalahan.

    ReplyDelete
  12. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...