Monday 17 November 2014

Adalah Terpuji Jika Penerima Ganjaran RM2.6 Juta Memulangkan Wang Tersebut Secara Sukarela


Amatlah menyedihkan apabila mengetahui bahawa antara "sumbangan"  terakhir Khalid Ibrahim dan empat Exco daripada Pas dalam kerajaan negeri  Selangor ialah meluluskan pampasan kepada kakitangannya sendiri dan tidak sama-sekali berkaitan dengan rakyat terbanyak.

Pampasan sejumlah RM2.6 juta itu dibayar kepada lapan kakitangan Khalid Ibrahim yang berundur berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor.

Setelah pembayaran pampasan itu diluluskan oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI yang mana Khalid Ibrahim adalah salah seorang ahli lembaga pengarahnya, ia kemudian dipersetujui pula oleh Exco Kerajaan Negeri di mana ketika itu hanya dianggotai oleh Khalid bersama empat wakil daripada Pas.

Sebagaimana yang dilaporkan media, dalam ganjaran RM2.6 juta itu, penerima terbesarnya ialah Faekah Husin, bekas CEO MBI yang menerima RM581,400 sebagai pampasan manakala sebanyak RM114,00 lagi sebagai ganti kepada notis tiga bulan gaji.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz pula dilaporkan menerima RM358,000 sebagai pampasan manakala RM55,000 lagi sebagai ganti notis tiga bulan gaji.

Setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Taib dilaporkan menerima RM265,000 manakala kakitangan yang selebihnya dibayar antara RM97,000 hingga RM230,000 sebagai pampasan dan antara RM18,000 hingga RM69,000 pula sebagai ganti notis tiga bulan gaji.

Walaupun Khalid mempertahankan tindakan pembayaran itu sebagai mengikut prosedur dan hanya sekitar 2% peratus daripada tabungan RM112 juta yang dimiliki oleh MBI, rata-rata orangramai mempersoalkannya kerana bukan saja sesuatu yang luar biasa, bahkan jumlahnya juga terlalu tinggi.

Lebih malang, Khalid yang selama ini  dilihat begitu kedekut tiba-tiba boleh bertukar menjadi pemurah demi kepentingan mereka yang pernah mempunyai hubungan rapat dengannya.

Tetapi yang lebih dikesalkan ialah empat Exco Pas yang setia bersama Khalid ketika kemelut pertukaran Menteri Besar baru-baru ini dengan alasan untuk mengelakkan kerajaan PR daripada tumbang dan seorang Exco yang lain pula mengatakan untuk menjaga rizab RM3 bilion milik kerajaan negeri, rupa-rupanya tidaklah seperti yang diharapkan.

Sekiranya empat Exco itu mempunyai intergriti dan wibawa yang tinggi serta memikirkan untuk untuk menjaga kepentingan rakyat melebihi segala yang lain, mereka seharusnya membantah kelulusan ganjaran itu kerana ia jelas tidak melibatkan rakyat bawahan atau marhaen.

Dalam keadaan sekarang, bukan saja Khalid yang dilihat bersalah, malah empat Exco Pas terbabit turut terbabit sama.

Kepada semua penerima ganjaran itu, terutamanya Faekah yang selalu bercakap soal hak dan kebenaran di saat-saat genting penyingkiran Khalid, inilah masanya untuk membuktikan kejujuran dan jati diri masing-masing.

Lagi pula, sebagai bekas Setiausaha Politik Khalid, sebagaimana yang disebut sebelum ini, Faekah sudah pun mendapat faedah pencen daripada kerajaan negeri. Begitu juga dengan Mustapa, jika khidmatnya melebihi 36 bulan, beliau juga layak menerima pencen sebagai bekas Setiausaha Politik.

Sebelum Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin membuat apa-apa keputusan pada mesyuaratnya Rabu ini, adalah amat terpuji jika beliau dan rakan-rakannya yang lain tampil dengan sukarela memulangkan kembali wang tersebut kepada MBI atau kerajaan negeri.

Usahlah berdiam diri, tidak melayan panggilan atau bersembunyi lagi. Meskipun gesaan ini mungkin mustahil untuk dituruti, tetapi daripada akhirnya diminta memulangkan wang tersebut,  jauh lebih baik jika segera berbuat demikian terlebih dahulu. (SH 17/11/2014)

18 comments:

  1. Kenapa perlu pulang?...mmg sudah jadi kebiasaan kalo berundur .diberhentikan akan dapat pampasan...berhenti dr top management dapat la pampasan mcm top management....tak kkan nk dpt pampasan mcm pengutip sampah...ada otak fikir...ada nanah dlm otak kasi bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah bila mak bapa hantar ke sekolah belajarlah pandai-pandai masuk universiti belajar pula selok belok pengurusan dan pentadbiran perniagaan tidaklah mengeluarkan pendapat sebangang ini. Diberhentikan VS berhenti secara sukarela dua proses berbeza. Sekalipon diberhentikan tidak pernah lagi mana-mana organisasi korporat (sesuailah dengan imej dan pengalaman Khalid) membayar sebanyak itu untuk 3 tahun perkhidmatan. Tolong lah ya lain kali sebelum gatal tangan menulis/memberi komen cermin dahulu ilmu diri. Saya terasa sangat malu (terutamanya jika anda seorang Melayu Muslim) bangsa saya seperti kera kena belacan ketika berhujah.

      Delete
    2. woiyo...konon bijak laksanalah ni, siap gelar orang bangang!! diberhentikan vs berhenti memanglah berbeza. tapi dalam konteks ini rm2.6 juta adalah skim vss. ko tau apa itu vss? seronok sangat mengata orang lain kera kena belacan, malah tanpa malu bersaudara dengan melayu muslim. saudara apa kalau begini. ini satu hal.
      satu hal lagi, selangor adalah sebuah negeri yang kaya, maka siapa yang dapat menguasai selangor bermakna akan dapat memanfaatkan kekayaannya. maksud aku, secara legal (melalui kontrak, anugerah, sumbangan etc) atau illegal. oleh kerana kuasa mb dah semakin terhimpit, apa lagi yang mampu dilakukan oleh kumpulan pemikir group khalid ibrahim? melalui pengambilan aset mbi secara legal la! dan inilah yang berlaku. peduli apa dengan rakyat, rakyat hanya diperlukan ketika mengundi, lepas itu lantak korang la. tak kiralah ko belah azmin ke, anti khalid ke atau tak suka dua2, perlu juga berhati2, jangan pandai beri nasihat sahaja k.

      Delete
  2. Ini sudah jadi kes rasuah lahhhh dibawah sek.23(2) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah; menyalahguna kedudukan awam untuk kepentingan 'associate' Khalid.


    Semua tahu Faekah adalah orang yg paling lantang mempertahan

    supaya Khalid dikekalkan sebagai MB dan bagitu jg Arfa. Mereka

    bolih dianggap 'associate' kepada Khalid. Jadi Khalid sudah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi MBI dan juga MB untuk membayar pampasan kepada Faekah dan Khalid. Semestinya cadangan pembayaran ini datang dari Faekah sebagai Pengurus Besar MBI.


    Buat repotlah kpd SPRM supaya RM2.5 juta itu bolih dirampas balik. Dan kalau sabit kesalahan Khalid bolih didenda 5x RM2.5 juta. Tambahan Audit dh ckp tak ikut prosedur.

    Nasib kau lah Labu(Khalid)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. repot, jangan tak repot.....kat sprm,polis,kdn,ssm,jpj,kastam,ag,.....lagi daqn lagi

      Delete
  3. Sikit saja tu kalau bandingkan Anwar gaji 1 inggit je tapi elaun 15 juta beb jdi punai'sehat ekonomi Slangor, dari 2009 smpai sekarang cuba kira, 15 juta bagi 12 bulan RM1,250,000 sebulan tu utk ketum,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bandingkan dgn anwar....anwar tu abg besar untuk kami....

      Delete
    2. ni apa cita pasal anwar ni.Dalam blog ni dilarang menyindir, mengkritik, menghina dan memalukan anwar. nanti orang bodoh marah

      Delete
  4. moral of the story semua org politik ni sama ja. kot mana pun akan ada sikit salahguna kuasa..pkr pun sama juga..cuma kebetulan blogger ni pengkagum anwar jadi takkan nak kutuk anwar dan kuncu-kuncu..anwar,azmin n co pun sama ja pi mai pi mai tang tu jugak..

    ReplyDelete
  5. skim VSS mesti mendapatkan kelulusan Labour Office. bukan suka2 je nak vss staff. dlm vss tiada pampasan utk notis berhenti.

    ReplyDelete
  6. kalau aku, mampos aku taknak pulangkan. kalau aku pulangkan, nanti orang politik yg lain pulak kasi balun duit tu. daripada orang lain yang balun, baik aku sapu dulu. pusing kot mana pon, duit tu akan kena rembat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, dimana sifat takwa anda? Jgn la disebabkan wang, halal & haram tolak tepi.

      Delete
    2. Encik, di mana sifat cerdik anda? Oh... sorry, lupa...anda mesti seorang melayu, lurus bendul lagi...

      Delete
  7. alai enche, itu wang tadak logo alai/aram jakim punya

    ReplyDelete
  8. Bapa beruk dari Marang berparti PUS sokong Beruk Gagap dari PKR untuk meneruskan jawatan MB Selangor. 4 Ekor beruk, 3 jantan dan 1 betina dari PUS sokong Beruk Gagap memberi ganjaran berupa VSS (konon) kepada 8 ekor kera jantan dan betina dara tua. Selepas dilantik MB baharu bagi Selangor baru terbongkar cerita komplot beruk-beruk dan kera-kera ini. Yang peliknya ramai dari kalangan beruk-beruk yang komen di blog Tn Shahbudin ini pun sokong sebab Beruk Gagap mahu memberi subsidi minyak angin apabila beruk-beruk yang menyokong beliau jatuh pokok dan terseliuh. Beruk memang suka dipanggil beruk, sebab tuan beruk buatlah macam manapun beruk tetap sokong......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh... raja beruk. bila lepas kandang ?

      Delete
    2. keh keh jaga2 raja beruk, jgn tayang sgt punggung kat raja liwat

      Delete
    3. Anon 19:59 @ 20:39,

      Baru perasan kah yg kamu tu beruk yang dimaksudkan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...