Tuesday 22 July 2014

Selangor Bakal Jadi Negeri Dikuasai Wanita...


Kemelut mengenai jawatan Menteri Besar Selangor sudah hampir ke penghujungnya apabila Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan bahawa Presiden PKR, Dr Wan Azizah akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Pengumuman itu berikutan persetujuan pimpinan PKR sendiri bagi meneruskan Langkah Kajang yang telah dirangka sejak beberapa bulan lalu tetapi tergendala berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatas Anwar Ibrahim.

Dengan hanya pencalonan tunggal itu, nama Dr Wan Azizah akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan PKR esok, Rabu iaitu selepas sidang khas Parlimen mengenai MH17, bagi mendapat persetujuan secara rasmi daripada Pas, PKR dan DAP. DAP sudah pun diketahui umum bersetuju dengan pertukaran Khalid Ibrahim manakala Pas juga dilaporkan semalam sudah bersetuju mengenai pertukaran itu tetapi hanya belum memutuskan untuk bersetuju atau tidak terhadap pencalonan Dr Wan Azizah.

Namun, dengan sudah bersetuju mengenai perukaran Khalid dan meneruskan memberi sokongan agar kerusi Menteri Besar Selangor terus diduduki oleh PKR, Pas juga tentunya tidak masalah besar untuk bersetuju dengan Dr Wan Azizah.

Selepas ini, PR hanya perlu mendapat perkenan Sultan Selangor saja lagi bagi merealisasikan hasrat pertukaran Khalid dengan Dr Wan Azizah itu.

Perkhabaran ini tentunya paling meresahkan peguam UMNO, Hafarizam Harun yang sebelum ini cuba mengaitkan ketidaksesuaian Dr Wan Azizah memegang jawatan itu dengan lumrah semulajadinya sebagai wanita, tetapi dalam masa yang sama diketahui juga Lebuhraya Kidex yang menjadi isu di Selangor sekarang adalah juga kepunyaannya.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Anwar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri, Khalid Ibrahim tentulah menjadi pemimpin yang paling tidak gembira di Hari Raya tahun ini. Silap-silap sambutan rumah terbukanya juga tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Namun itulah lumrah kehidupan seorang pemimpin yang harus diterima dengan terbuka oleh sesiapa juga yang memilih politik sebagai kariernya.

Khalid juga seharusnya akur dengan pertukaran ini kerana sebagainana orang lain menyokongnya selama enam tahun sebelum ini, inilah masanya pula beliau membalasnya dengan menunjukkan sikap terpuji dan berbudi pekerti terhadap hukum-hakam dan jatuh bangun dalam politik.

Bagi Wan Azizah pula, selain mungkin gembira dengan perkhabaran ini, cabaran yang terbentang di depan matanya juga bukan kepalang kerana isu-isu seperti masalah air, Bible, lebuhraya Kidex serta terus memacu ekonomi negeri dan memastikan kewangan negeri sentiasa mantap, adalah antara ujian besar yang sedang menunggunya.

Sebahagian daripada isu-isu itulah yang menyebabkan sokongan rakyat kepada PR merudum daripada 50 peratus kepada hanya 35 peratus sekarang ini sebagaimana di kaji oleh Umcedel baru-baru ini. Jika sebahagian isu tersebut dapat ditangani dengan baik, tidak mustahil ia kembali menaik kerana kebanyakan pengundi di Selangor adalah campuran antara bandar dan luar bandar serta majoritinya celik internet yang menyebabkan mereka lebih mengetahui fakta sebenar dan tidak mudah dimanipulasi oleh akhbar-akhbar pro kerajaan.

Selepas ini Dr Wan Azizah akan mencatat rekod sebagai wanita pertama menjadi Menteri Besar di negara ini. Selepas mencatat rekod sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama, beliau sekali lagi mencatat rekod nampaknya. Keadaan ini tentunya menggembirakan kaum wanita seluruhnya kerana pengiktirafan ini begitu tinggi dan besar nilainya. Lebih-lebih lagi, sebelum ini Speaker Selangor, Hannah Yeoh juga adalah seorang wanita. Beliau juga merupakan wanita pertama menjadi Speaker di negara ini. Lebih menarik Selangor juga mempunyai Exco wanita paling ramai iaitu empat orang.

Dalam ertikata lain, Selangor akan menjadi negeri yang dikuasai oleh wanita selepas ini. Kedudukan ini bukan saja merupakan cabaran kepada PR tetapi juga cabaran lebih besar kepada UMNO Selangor. Mampukah lelaki-lelaki gagah perkasa daripada UMNO Selangor merampas negeri yang dikuasai oleh wanita ini?

Kalau tewas lagi, malulah wehh...(SH 22/07/2014)

3 comments:

  1. Kenapa perlu menyingkirkan TS Khalid Ibrahim tanpa alasan munasabah dan kenapa dikaitkan dengan Geng Anwar dan Geng Azmin dalam kelemut itu yang akhirnya UMcedel menyatakan sokongan rakyat terhadap PR sudah susut di Selangor.?

    Sebagai rakyat Selangor sama ada anak jati atau orang yang bermastautin di negeri Selangor ini, perlu sedar dan perlu ambil tahu setiap pergerakan ahli politik yang kita pilih dalam pilihanraya yang lalu. Apakah sudah ada perubahan negatif pada diri pemimpin yang kita sanjung itu ?

    Penyokong diluar Pakatan Rakyat mengatakan TS Khalid adalah orang BERSIH. Tidak terlibat dengan sebarang skandal politik dan penyelewengan. Audit mendedahkan urus tadbir TS Khalid amat bersih dalam kerajaan negeri Selangor.

    Kita perlu akui bahawa TS Khalid Ibrahim yang dikatakan bersih itu adalah disuatu ketika dulu dan memang TS Khalid patut dipuji tentang itu... tapi bukan TS Khalid yang sekarang.

    Pengaruh duit, sesiapa pun akan terjebak apatah lagi jika mereka dikeliling dengan hutang. Pepatah melayu lama ada membuat sindiran ‘Sekali air bah, sekali pasir berubah...’ Begitu juga pepatah melayu lama mengingatkan kepada anak cucunya ‘Jangan disangka air yang tenang tiada buaya...’

    Pada pandangan saya, tindakan menyingkirkan pemimpin yang tidak berwibawa bukan hanya terletak pada TS Khalid Ibrahim saja tapi kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk DS Anwar Ibrahim...

    Ketika ini DS Wan Azizah diwar-warkan akan mengambil alih jawatan TS Khalid.

    Kita tidak perlu mengungkit kononnya DS Wan Azizah tidak ada pengalaman dan tidak layak menduduki kerusi tersebut kerana semua orang yang dilantik menjadi menteri besar dalam Malaysia tiada pengalaman. Termasuklah juga TS Khalid Ibrahim walaupun beliau mempunyai pengalam sebagai CEO syarikat.

    Tidak perlu juga kita mengungkit kononnya DS Wan Azizah tidak boleh bekerja kerana beliau akan jadi boneka oleh pihak tertentu. Untuk pengetahuan pencacai, semua orang yang dilantik menjadi MB dalam sesebuah kerajaan negeri adalah boneka kepada parti yang melantik mereka kejawatan tersebut.

    Dalam hal ini hanya TS Khalid Ibrahim telah bersikap biadap menentang arus yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat.

    Oleh kerana itu jika sudah ada kata sepakat dan persetujuan dari semua peringkat kepimpinan Pakatan Rakyat mahu menggantikan TS Khalid dengan DS Wan Azizah maka kita sebagai rakyat Selangor wajib menerima nya dengan hati terbuka.

    Dan kita juga berharap Tuanku, Sultan Selangor berlapang dada menerima DS Wan Azizah sebagai menteri besar wanita pertama di Selangor yang akan dikenang sepanjang zaman dibawah naungan Tuanku.

    Allah panjangkan umur Tuanku, Sultan Selangor.

    ReplyDelete
  2. utk pencacai anon dan shahbudin penulis buku sampah, ya mmg betul MB dipengaruhi parti yg diwakili. tp masalahnya knp anwar yg berkuasa? dah byk situasi bini dia diperguna. prk permatang pauh, prk kajang, jam omega dll. org mcm ni ko nak jadikan MB? terang2 puppet pada suami. lps ni kita boleh gelar Selangor darul juburi yg dipimpin dinasti juburi. rakyat dia pula pak turut angguk2 mcm kamu berdua. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:50,

      Apa yang anda tulis jelas menunjukkan anda berpenyakit murung. Jika tidak diubati penyakit itu boleh merebak jadi penyakit gila.

      Tenangkan hati anda yang penuh hasad dengki dan lucah. Kita perlu terima hakikat Anwar berkuasa kerana dia diberi kuasa oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

      Isterinya diberi peluang kerana dia adalah ahli politik yang dipilih oleh pengundi Kajang melalui pilihanraya kecil.

      Isteri Anwar berdiri didalam pentadbiran parti kerana dia adalah presiden parti PKR yang disokong semua ahli parti itu.

      Tidak timbul soal papet kerana DS Wan Azizah ahli politik bertaraf ADUN dalam negeri Selangor. Beliau mesti menerima 'input' dari pelbagai sumber yang perlu diselesai dengan cepat, betul dan menggembirakan semua pihak.

      Untuk menyelesaikan masaalah berbangkit beliau perlu mendengar cadangan, pandangan, teguran dan bantahan dari pihak yang berkepentingan khasnya dari pemimpin Pakatan Rakyat termasuk suaminyan DS Anwar ahli parlimen Permatang Pauh

      Pada pandangan saya biar Pakatan Rakyat urus masaalah TS Khalid di Selangor. Dan Barisan Nasional urus Najib yang bertambah bingong dalam menguruskan masaalah Negara Malaysia. Bila nak tukar pemimpin yang lemah seperti itu atau kewibawaan Najib itu menjadi kebanggaan seluruh ahli UMNO Baru.?

      Pertanyaan saya... Apakah Najib dianggap hebat dalam menyelesaikan bencana MH17 ?


      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...