Saturday 4 January 2014
Najib Tidak Harus Dipertahankan Lagi
Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini. Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.
Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.
Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.
Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diiikuti dengan serbuan JAIS terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi UMNO Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya. Berterusannya isu ini tanpa penyelesaian telah meletakkan kedua-dua penganut Islam dan Kristian hidup dalam kesangsian dan kegelisahan.
Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang UMNO di peringkat bahagian dan cawangan pula terus dibebankan dengan kerja-kerja tambahan yang berpunca daripada kelemahan pemimpin diatas. Setelah satu demi satu isu muncul mengenai pemimpin diatas, terutama yang melibatkan Najib dan keluarganya, kini isu kemewahan dan pemborosan timbul kembali dengan pendedahan mengenai jet mewah Perdana 2 atau NR2.
Walaupun ada penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai penyewaan jet itu, ia tidak menafikan sama-sekali kewujudan jet yang sedang disewa itu. Penjelasan PMO lebih merupakan suatu pengakuan terhadap pendedahan mengenai jet itu yang disertakan dengan kewajaran mengapa penyewaan itu dilakukan.
Semua isu yang timbul berkaitan dengan pemimpin, keborosan dan kemewahan Najib serta kelemahan kerajaan, secara tidak langsung menambahkan lagi beban pemimpin akar umbi dalam berhadapan dengan rakyat. Mereka kini bukan saja sudah kekurangan masa untuk diri sendiri dan berusaha menambah keluatan UMNO, bahkan banyak masa asyik dihabiskan untuk menjawab pelbagai dakwaan yang timbul mengenai Najib, Rosmah dan keluarganya saja.
Ini menyebabkan adanya pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang mula mengambil sikap berkabung atau berdiam diri kerana merasakan sudah letih menjawab satu demi satu isu mengenai karenah pemimpin diatas, manakala sesetengahnya mula bersikap lantang dan kritikan terhadap Najib dan kerajaan.
Satu-satunya kelompok yang mungkin sedang gembira ialah golongan kroni yang menjadi pengampu dan penasihat Najib kerana semua isu yang timbul ini menambahkan lagi peluang untuk memenuhkan kantung dan membesarkan perut masing-masing.
Namun demikian, semua isu yang timbul ini jelas memperlihatkan hanya satu perkara iaitu kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Jika beliau mempunyai sikap tegas dan berprinsip serta tidak membiarkan elemen-elemen pelampau menguasai kepimpinannya sejak dari awal, banyak isu tidak akan muncul sebenarnya.
Dalam isu kalimah Allah dan kebenaran mengedar Bible dalam Bahasa Melayu, ia lebih berpunca daripada sikap double standard Najib dalam menguruskan isu tersebut serta terlalu dipengaruhi oleh keinginan untuk memperolehi sokongan politik daripada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Di suatu ketika, Kristian dilarang menggunakan kalimah Allah dan UMNO dipergunakan untuk bersuara bagi memperlihatkan perjuangan Islam UMNO tetapi di ketika yang lain, kalimah Allah dibenarkan untuk penganut di Sabah dan Sarawak, malah Bible dalam bahasa Melayu turut dibenarkan.
Dalam isu "bughah" yang dilemparkan oleh seorang mufti terhadap mereka yang berdemontrasi di Dataran Merdeka, ia tidak lain berpunca daripada sikap Najib yang mempamerkan dirinya suka dibodek dan diampu. Kiranya daripada awal Najib sudah menunjukkan dirinya seorang yang tegas, menjulang kebenaran dan tak makan dek bodek, pastinya tidak sesiapa mahu membodeknya. Malah, tidak mungkin juga seorang mufti mahu menjual agama semata-mata untuk menjaga perut dan kedudukannya.
Dalam pelbagai isu yang muncul berkaitan diri dan keluarganya pula, ia juga memperlihatkan kelemahannya yang paling ketara sebagai pemimpin. Tidak pernah kita mempunyai pemimpin selemah beliau.
Sementara isu-isu sedia ada terus menimbun dan menjadikan kedudukan UMNO, BN dan kerajaan semakin lemah hari demi hari, tidak mustahil lebih banyak lagi isu-isu baru yang lebih kronik bakal muncul dan terus membebankan rakyat. Di ketika beliau mengumumkan 11 langkah berjimat cermat, tiba-tiba terdedah mengenai penyewaan jet baru dan penambahan seorang lagi duta khas iaitu Ahli Parlimen Bintulu sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Asia Timur, ia sekali lagi menampakkan wajah talam dua muka Najib dan seolah-olah banyak lagi pekung yang bakal terdedah.
Di ketika berbangga dengan penjimatan yang kecil, pemborosan yang lebih besar sedang dilakukan rupa-rupanya. Sebelum lebih banyak terdedah dan keadaan menjadi lebih parah, hakikatnya Najib tidak harus dipertahankan lebih lama lagi. (SH 04/01/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
In any other political party in the world, there would have been an internal rebellion! Is it because of the feudal mentality of the Malays?
ReplyDeleteTepat sekali jangkaan kamu. Orang Melayu, khas nya yang menganut fahaman UMNO konon nya telah di "BONGSAI" pemikiran mereka agar tidak menderhaka kepada Sultan-Sultan dan para pemimpin.Di sebab kan itu maka jangan harap lah akan berlaku internal rebellion walau pun berlori lori salah laku mereka telah di bentangkan siap dengan bukti.
DeleteKini kita cuma mengharap kan generasi muda yang waras untuk memulakan nya.
Perancangan drp 'NYA" trjd dgn penoh misteri,,dgn misteri paling aneh yg kelihatan sgt mengelat-BEJAT melalui aksi2 bersumpah-SUMPAH Quran, lucah-FITNAH, khianat-SONGLAP, boros-RASUAH, extra-VAGANZA dll,,sume nya diluar 'akal' waras hatta tahap budak2 seblum tadika skalipon!?
ReplyDeleteInilah MISTERI2 yg akhirnya mmbawa seperlahan-LAHAN 'revolusi' minda yg dgn takdir'NYA" pd akhirnya akan berlaku jua..
Selagi kejahilan-BOBROK tidak menemui impak MAKSIMUM yg total-HANCUR dan selagi keliru-tipu-MUNAFIQ tidak menjerut PERUT mati kelaparan dikalangan rkyat..selagi itulah MISTERI itu akan berterusan sebelum bertemu CAHAYA dihujung terowong! \\
God's moves mystrious WAY..