Monday 6 January 2014
Kalimah Allah: UMNO Sepatutnya Berdemo Di Depan Seri Perdana
Pepatah orang tua-tua ada menyebut, sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Pepatah ini membawa makna yang cukup mendalam dan signifikan dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita sesat di tengah hutan dan hilang punca arah tujuan, jalan paling selamat ialah carilah jalan di mana kita bermula.
Dalam kehidupan seharian juga begitu sebenarnya. Apabila kita hilang punca untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah, cubalah cari di manakah puncanya. Hanya dengan mengetahui punca dan di mana bermulanya sesuatu masalah itu, barulah sebarang kekusutan dapat dirungkai dan diatasi.
Begitu juga dalam isu kalimah Allah yang kembali menghangatkan persekitaran kita sekarang ini. Sekarang ini bukan saja berlaku berbalas-balas kenyataan dalam media untuk mempertahankan pendirian masing-masing, malah sudah merebak sehingga mahu mengadakan demontrasi di depan gereja. Tidak mustahil jika demonstrasi di depan gereja dibenarkan, selepas ini akan berlaku demo di depan masjid oleh bukan Islam pula. Dalam masa yang sama, perasaan curiga-mencurigai mula bercambah dan akan terus menebal antara penganut Islam dan Kristian di negara ini.
Walaupun demonstasi yang dirancang oleh UMNO Selangor di depan sebuah gereja di Kelang dibatalkan dan digantikan dengan demonstrasi di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kelang dan hanya dihadiri sejumlah kecil daripada beberapa NGO dan kalangan pemimpin UMNO Selangor juga, hakikatnya keharmonian antara Islam dan Kristian sudah tercemar.
Berbalas kenyataan, berdemonstrasi dan saling tuduh-menuduh tidak akan menyelesaikan pertikaian mengenai penggunaan nama Allah ini jika punca masalahnya tidak dicari. Jika kita imbas kembali punca pertikaian penggunaan nama Allah ini adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan sikap dua wajah Najib sendiri dalam menangani isu ini.
Hanya kerana kelemahan, tidak tegas dan terlalu terdorong untuk mendapatkan undi daripada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, semua pihak menanggung sengsara dan derita yang berpanjangan. Ketika majalah The Herald dilarang menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, dalam masa yang sama Najib, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri membenarkan pula Bible dalam bahasa Melayu yang turut mengguna-pakai nama Allah untuk diedarkan dan dibaca di kedua-dua negeri itu.
Apakah di mata kerajaan Allah di Semenanjung berbeza dengan Allah di Sabah dan Sarawak?
Tidak cukup dengan itu, penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak juga dibenarkan menggunakan nama Allah dalam amalan seharian mereka. Sebelum itu, beratus ribu naskhah Bible terkandas kerana disekat oleh KDN, dan memanglah diakui disebabkan kebenaran yang diberi sebelum pilihanraya itulah yang menjadi antara sebab BN terus mendapat sokongan di kedua-dua negeri itu.
Dalam penyelesaian 10 Perkara juga terkandung bahawa sementara pengedaran Bible dalam bahasa Melayu di Malaysia Timur adalah dibenarkan tanpa sebarang sekatan, di Malaysia Barat pula ia mestilah mempunyai tanda salib dan perkataan "penerbitan Kristian" yang secara jelasnya menggambarkan tahap tolenransi kerajaan sendiri.
Oleh itu, apabila The Herald dilarang menggunakan nama Allah dan keputusan mahkamah juga sehingga ini berpendapat demikian sedangkan di ketika yang sama ada pula kebenaran dan kelonggaran daripada Najib dan kerajaan sendiri terhadap penggunaan nama Allah ini, sudah tentulah kekeliruan akan timbul.
Sebelum kita menyalahkan Persatuan Bible Malaysia yang diserbu JAIS kerana didakwa memiliki kitab Bible berbahasa Melayu yang tertulis nama Allah didalamnya, kita haruslah sedar siapakah yang membenar dan meluluskannya? Ketika kelulusan itu diberi Najib adalah Perdana Menteri manakala menteri KDN ketika itu ialah Hishammuddin, sepupu Najib sendiri. Sekarang pula, menteri KDN ialah Zahid Hamidi, kenalan rapat Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi.
Begitu juga, sebelum kita mahu mendesak pengarang The Herald agar jangan menggunakan nama Allah, selidiklah dahulu siapakah yang membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan nama Allah?
Mekipun ada pertikaian tentang penggunaan nama Allah ini di kalangan orang Islam sendiri, tetapi pertelingkahan yang berlaku antara Islam dan Kristian ini adalah berpunca daripada kelemahan, sikap tidak tegas dan pendirian dua wajah Najib dan kerajaan sendiri mengenainya.
Sekiranya sejak dari awal masalah ini timbul, Najib dan kerajaan menunjukkan ketegasan dan pendirian yang satu dan tidak dipengaruhi oleh faktor untuk mendapat sokongan di Sabah dan Sarawak manakala di Semenanjung pula lebih untuk menonjolkan sebagai pejuang dan pembela kalimah Allah agar tidak kehilangan undi Melayu, masalah ini tidak akan belarutan sehingga kini.
Kepada UMNO, khususnya UMNO Selangor yang terlihat cuba menjadi hero dalam isu ini, beberapa NGO dan sesiapa saja yang mahu mempertahankan kalimah Allah ini dengan berdemontrasi di mana-mana padang atau tanah lapang, mereka sepatutnya melakukannya di depan pejabat Perdana Menteri atau Seri Perdana kerana di situlah bersarang punca masalahnya.
Jika tidak cukup, bolehlah juga berdemontasi di depan pejabat KDN atau di depan rumah menterinya yang turut mempunyai saham dalam masalah yang berlaku ini.
Tidak guna melalak,menjerit dan berdemontasi di tempat-tempat lain atau menuding jari kepada pihak-pihak lain selagi ketegasan, kelemahan dan sikap dua wajah Najib dalam isu ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu.
Dalam hal ini, walaupun tidak menyebut Najib sebagai sasarannya, Marina Mahathir yang turun memberi sokongan kepada penganut agama Kristian semata-mata untuk menunjukkan Islam adalah agama perdamaian, turut meluahkan rasa kesalnya dengan berkata, "pemimpin kita tidak harus diam. Mereka harus ada di sini. Mereka sepatutnya menjadi lebih baik daripada kami".
Jelas dan tidak dapat disangkal bahawa punca masalah ini adalah Najib bersama sikap lemahnya.
Pepatah lama "sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan" adalah kaedah paling mudah untuk menyelesaikan isu kalimah Allah ini. Negara memerlukan pemimpin yang berani, tegas, tetap pendirian dan tidak mempunyai dua wajah, jika tidak kita akan terus dihadapkan dengan pelbagai isu dan kemelut yang tidak kunjung padam sampai bila-bila. (SH 06/01/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan,
ReplyDeleteKalimah Allah adalah sejata baru UMNO untuk memperbodohkan orang melayu setelah senjata PAS dah tumpul sejak PRU 13 setiap kali bila tersepit.
Kali ini senjata baru ini digunakan untuk mengalih perhatian orang melayu agar melupakan b3ban yang tak terpikul lagi akibat kenaikan kos hidup yang ditanggung oleh sebahagian besar orang melayu.
Yang paling sedih 99% atau 2.366 juta ahli-ahli UMNO juga tenat dan mereka ini ditipu hidup-hidup dalam hal ini. 99%ahli ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka s3ndiri yang hanya, paling ramai pun 1%.
Sesuatu yg agak malang apabila isu kalimah Allah dijadikan modal politik UMNO utk melihat mereka adalah pembela kpd islam. Justeru itu mereka cuba memainkan peranan Untuk memperbodohkan melayu kampung supaya dilihat hanya mereka pejuang tulin kpd melayu/islam. Jika mereka berjuang diatas kepentingan rakyat, mereka perlu bawa isu ini kpd Najib sebagsi PM.
ReplyDeleteGuna kalimah Allah untuk memecahbelahkan rakyat, tapi pemimpin umno kawan baik dengan golongan kristian yang rata-rata ahli perniagaan besar demi tembolok masing2.sudahlah jangan jadi bodoh lagi, rakyat tak sebodoh orang2 umno.
ReplyDeleteIsu kalimah Allah hanya isu basi yg cuba diperdagangkan untuk kepentingan UMNO. Mereka adalah golongan munafik yg cuba mencari untung politik dgn memperbesarkan isu ini semata2 untuk mendapat sokongan dari orang2 melayu. Jika hukum islam dan hudud ditolak sebagai hukum Allah, kenapa beriya-iya benar nak pertahankan kalimah Allah.
ReplyDelete