Thursday 31 May 2012

Dari Nasionalisme Melayu, UMNO Kini Jadi Parti Seks dan Samseng


Hala tuju UMNO sering menjadi perbualan dan perbincangan ramai sejak akhir-akhir ini. Ini kerana hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri.

Ucapan pemimpin di majlis perjumpaan, mesyuarat cawangan, bahagian, pusat, ceramah menjelang pilihanraya mahupun sembang-sembang biasa, penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

Dalam proses untuk memenangi pilihanraya ini, UMNO nampaknya lebih ghairah untuk menjadikan topik seks sebagai sandaran utamanya. Yang dikecam ialah pihak lawan yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku seks yang kadangkala sukar dibezakan antara fakta dan auta.

Dalam mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang, ramai pemimpin mengambil kesempatan menggunakan pentas yang ada untuk menyerang peribadi lawan berkaitan seks semata-mata. Asas dan matlamat perjuangan UMNO tidak lagi diutamakan. Tiada lagi pemimpin yang bercakap soal kepentingan Melayu, waima dakam mesyuarat cawangan sekali pun.

Malahan dalam beberapa majlis UMNO termasuk ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, Najib dan lain-lain pimpinan UMNO juga sering menjadikan isu serangan peribadi lawan sebagai tajuk utama.

Dalam kempen dan majlis ceramah pula, UMNO lebih ghairah untuk menjemput NGO Tibai yang diketuai oleh Zahid Mohd Arip, Ezam Mohd Nor dan Umi Hafilda untuk membicarakan soal seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sesiapa saja yang sanggup menjual suaranya untuk membicarakan soal seks Anwar, pasti akan dijemput memberi ucapan oleh UMNO. Datuk Nalla juga khabarnya kerap dijemput oleh UMNO.

Jika mendengar ceramah Umi Hafilda, beliau bukan saja membicarakan soal seks secara terbuka dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar, Azmin dan kakak iparnya Shamsidar Taharin, malahan beliau beliau juga menjerit-jerit di atas pentas sambil mengeluarkan kata-kata lucah dan jijik seperti meroyannya seorang seorang wanita yang dimadukan tanpa rela atau ditinggalkan suami.

Walaupun sering tampil bertudung macam sopan bak wanita Melayu terakhir, tetapi mendengar ucapan Umi Hafilda yang hanya dipenuhi isi-isi seks dan lucah sambil menjerit-jerit sepanjang ceramahnya setiap malam sekarang ini, tidak dapat tidak menyebabkan UMNO dilihat mula menjadikan beliau sebagai primadona kempen untuk memenangi pilihanraya. Tanpa bantuan Umi Hafilda seolah-olah Najib akan kalah, sebab itu UMNO sanggup membayarnya untuk berceramah ke merata tempat setiap malam.

Dengan UMNO semakin ghairah menjemput NGO Tibai, Umi Hafilda, Ezam, Datuk Nalla dan lain-lainnya untuk mengupas isu seks yang dikaitkan dengan Anwar mengadakan ceramah ke seluruh negara, jelas menunjukkan UMNO tidak lagi mempercayai teras perjuangannya selama ini untuk memenangi pilihanraya. Politik pembangunan, membela rakyat dan hasrat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat tidak lagi menjadi tajuk utama kempen, sebaliknya isu seks dan lucah pula mengambil tempatnya.

UMNO semata-mata meminta kuasanya dikekalkan dalam pilihanraya ini kerana kononnya pihak lawan mempunyai perangai seks yang digambarkan sehodoh-hodohnya walaupun hakikatnya Anwar dan Pakatan Rakyat sering tampil dengan pelbagai tawaran yang menarik hati seperti penurunan harga minyak, kajian semua tarif letrik, kerajaan yang telus, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN serta pelbagai lagi.

Sebaliknya UMNO sekarang ini tidak ada tawaran yang dikemukakan untuk rakyat sebagaimana yang biasa dilakukan dalam kempen-kempen piliharaya sebelum ini. Tiada lagi janji jambatan, jalanraya, sekolah, bangunan dan sebagainya.

Selain menggunakan isu seks dan lucah sebagai modal kempen kali ini, UMNO juga menjadikan budaya samseng sebagai sandaran keduanya bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Budaya ini bukan saya diaktifkan melalui peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO tetapi juga dengan bantuan beberapa NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini juga, bagaikan sudah menjadi trend UMNO untuk mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan mereka turut mengadakan ceramah di lokasi berhampiran dan kemudian memulakan gangguan dengan jeritan serta nyanyian. Memang jelas tujuannya ialah untuk mengganggu kerana pembesar suara sengaja dihalakan ke arah ceramah pihak lawan.

Dalam beberapa kejadian seperti di Melaka, Pahang dan Lembah Pantai baru-baru ini, niat sengaja mengganggu dan mahu meimbulkan huru-hara amat jelas. Kenapa UMNO perlu mengadakan ceramah di lokasi berdekatan dengan ceramah Pakatan Rakyat dan dikerumuni pula oleh pemuda-pemuda samseng yang turut menjerit-jerit serta membawa pelbagai poster yang bernada provokasi?

Lebih menghairankan bila kemudiannya berlaku kejadian merosakkan kenderaan, memancitkan tayar kereta dan membaling batu serta telur sebagaimana yang berlaku di Melaka dan Lembah Pantai. Apa sudah jadi dengan UMNO, sudah begitu terdesakkah untuk menghalang kebangkitan rakyat?

Jika kita mengaku sebagai manusia yang bertamadun dan menerima demokrasi sebagai asas kehidupan di negara ini, proses mempertahankan kuasa ataupun merebut kuasa seharusnya dilakukan dengan beradab serta bersopan. Ciri-ciri keganasan seharusnya diketepikan sama-sekali dan biarlah kebebasan sepenuhnya diberikan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Jika diimblas sejarah masa lalu UMNO, dulu juga terdapat Pemuda Tahan Lasak dan Pemuda Gerak Gempur yang tujuannya untuk mempertahankan parti ketika pilihanraya. Tetapi mereka ini tidak bertindak samseng atau keterlaluan, sebaliknya hanya bertujuan menunjuk kekuatan dan sebagai persiapan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tidak pernah Pemuda Tahan Lasak atau Pemuda Gerak Gempur terlibat dalam kejadian merosakkan kereta, memecahkan cermin, membaling batu atau telur kepada sesiapa.

Ramai pemimpin UMNO sekarang yang pernah menjadi pemimpin Pemuda suatu ketika dahulu, turut tidak memahami bagaimana UMNO sekarang begitu terdesak menyerap ciri-ciri samseng ke dalam perjuangannya sedangkan langkah itu belum tentu mendatangkan hasil yang diharapkan.

Dengan dua budaya baru iaitu seks dan samseng yang giat diserap ke dalam UMNO menjalang PRU 13 sekarang ini dan peranan sebagai parti nasionalisme Melayu semakin dipinggirkan walaupun kedudukan orang-orang Melayu secara umumnya masih terhimpit serta ketinggalan, hala tuju UMNO jelas semakin kabur untuk tahun-tahun mendatang. UMNO hanya memikirkan untuk mempertahankan kuasa, bukan sangat untuk membela Melayu. (SH 31/05/2012)

3 comments:

  1. UMNO BN parti busuk dan berulat negara! Ini disahkan Pandit Kutty sendiri.

    Nayawa UMNO BN dimana letaknya?

    Di bontot Si Saiful & juga di "cipap lapar" Umi Hafilda.

    Tukang tukang jilat nanah dan ulat ulat setelah meludah ke langit adalah Zahid Mat Arif, Ezam Kotak dan terbaru Nala Karuppan.

    Bila UMNO BN menyorong pencacai pencacai bermasalah ini sebagai jurucakap di barisan depan..faham faham sajalah betapa teruk dan hinanya perangai pemimpin UMNO BN ini. Parti macam ni kah kita sebagai rakyat Malaysia nak harapkan untuk bawa perubahan?????

    ReplyDelete
  2. Tuan Shahbudin,

    Lihat saja macam mana pencacai pencacai UMNO melayan Ambiga, Azmin, Anwar dan banyak majlis ceramah anjuran PR. Pernah kita mendengar berita majlis UMNO BN diganggu PR?. Pernah kita baca berita penyokong UMNO dimajlis mereka cedera di serang penyokong PR?. Pernah kita lihat kediaman pemimpin tetentu UMNO diserbu dan dikepung oleh penyokong PR selain membuat onar dan bising?.

    Hampir tak pernah berlaku atau kita dengar tetapi sebaliknya yang selalu terjadi. Cuba tuan atau saya sendiri atau sesiapa saja mengetuai himpunan untuk gangguang seperti di rumah Ambiga atau Azmin Ali, saya pasti ada yang akan ke lokap atau dicederakan oleh penyokong dan pengikut samseng puak UMNO berkenaan.

    Secara peribadi saya hilang keyakinan terhadap keupayaan polis mengendalikan perkara seumpama ini secara adil dam profesional. Kisah kepala samseng aka kepala polis melebamkan mata tahanan tidak boleh dilupakan rakyat Malaysia. Kalaulah seorang KPN yang sepatutnya menunjukkan teladan baik gagal memahami peranan dan tanggungjawab pihak polis, apalah sangat yang kita nak harapkan dari UMNO BN dan penyokong mereka. Kita juga disaksikan bagaimana kerajaan terpaksa membuang masa dan belanja sia sia membentuk Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kejadian berkenaan hanya seoranng samseng bernama KPN Rahim Noor tidak mengakui perbuatan kurang ajar dan haram jadahnya.

    Hari ini orang yang sama juga yang bercakap menggila babi dan menjadi orang kuat sebuah pertubuhan haru biru bernama PERKASA. Jiwa samseng telah sebati denga diri beliau dan sarang seumpama juga yang menjadi pilihannya. PArti UMNO BN kini bagaikan sarang samseng, tempat samseng bernaung dibawah personaliti kepimpinan berbagai karektor termasuklah pembunuh, perompak, penyamun, perasuah, penipu, pembelit, perogol dan pemfitnah.

    Malanglah kita rakyat Malaysia dan malanglah generasi seterusnya, anak anak dan cucu cicit kita jika puak pimpinan yang sama dan sekelas UMNO BN ini dikekalkan sebagai penguasa Malaysia. Polis gagal bertindak terhadap kebanyakan kes samseng UMNO, SPRM gagal membuat mendakwa pemimpin yang jelas terbabit dengan rasuah dan penyelewengan ( terbaru adalah kes komisyen Scorpene yang disebut di mahkamah Perancis ) sedangkan dua jabatan utama ini dilihat sangat pantas bertindak jika ada lapuran tentang salah laku pemimpin PR walau pun sumber laporan datangnya dari seorang yang langsung tidak berintegriti. Kalau pun seorang pelacur dan penagih dadah tiba tiba membuat pengakuan ia diliwat atau dirogol pemimpin PR..cepat sekali polis bertindak. Bila sipenulis blog picisan melapor tentang salah laku pemimpin PR, SPRM seumpama snga lapar segera menerkam sedangkan kes yang membabitkan ratusan juta RM penyeleweangan seumpama kes Scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis, SPRM menjadi bacul dan bisu.

    Bila orang awam bertanggapan mahkamah di kartunkan oleh pemimpin tertinggi negara dibawah UMNO BN, rakyat berkrmungkinan ditangkap kerana tuduhan menghina. Tetapi hakikatnya itulah yang sebenarnya sedang berlaku dibawah pentadbiran parti UMNO BN ini.

    Allah melaknati sesiapa saja yang mempertahankan kebatilan Allah membenci sesiapa saja yang melindungi dan mendokong kemungkaran. Menjadi tugas seorang yang mengaku dirinya muslim untuk memerangi apa saja perbuatan puak puak mungkar yang tidak mengenal dosa pahala semata2 kerana tamak dan kepentingan diri. Wajib untuk kita sebagai umat Islam menumbangkan UMNO BN, parti yang telah terbukti terlibat menggalakkan dosa dan noda di bumi Allah ini. Sama sama bulatkan tekad bagi memastikan hayat golongan manusia pemimpin mungkar dan munafik ini dipersada politik negara berakhir pada GE 13 nanti. Insyallah.

    ReplyDelete
  3. Umno dah jadi Parti Seks dan Samseng = SS... Sama mcm Nazi Hitler dulu, sayap yg paling kuat ialah SS...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...