Monday 7 May 2012

Antara Ceritera Seks Dan Agenda Perubahan


Salah satu perkara yang cukup memalukan UMNO ketika ini ialah penggunaan dan penyebaran cerita-cerita seks serta lucah untuk mendapatkan sokongan rakyat. UMNO dilihat semakin melupakan perjuangan Melayu dan membela rakyat tetapi lebih mengutamakan serangan berbaur seks dan lucah pihak lawan untuk terus kekal memerintah. Bermula pada tahun 1998 ketika Mahathir mahu memecat Anwar Ibrahim, fenomena seks ini mula digunakan sebagai senjata untuk membunuh karektor seseorang.

Sebaik Anwar dipecat, isu seks dengan pelbagai wanita dan liwat mula menjadi hidangan rakyat dan disiarkan secara besar-besaran melalui akhbar dan tv. Anwar ketika itu didedahkan melalui media mempunyai hubungan dengan beberapa orang wanita dan Datuk Nalla dikaitkan sebagai orang yang berperanan membekalkan wanita-wanita tersebut kepada Anwar.

Anwar bagaimanapun kemudian hanya didakwa atas kes liwat dengan Azizan Abu Bakar dan ceritera seks dan lucah dengan pebagai jenis wanita yang diperbesarkan itu hanyalah untuk menggambarkan betapa buruknya akhlak serta perilaku Anwar. Anwar kononnya wajar dipecat kerana itu sementara pemimpin lain yang dikekalkan pula seperti dijamin kebersihan moral dan perilakunya.

Hari ini dengan Anwar kembali menggugat UMNO melalui Pakatan Rakyat, cerita seks kembali menggegar dunia politik dengan pelbagai versi. Selain Anwar yang kembali dikaitkan dengan kes liwat dan seks, beberapa pemimpin lain juga cuba diheret sama. Rakaman perbualan Mat Sabu dengan seorang wanita pernah disebarkan, gambar Husam Musa berjalan beriringan dengan wanita Cina juga pernah diedarkan dan terbaru ini gambar-gambar melibatkan Azmin Ali pula tersebar.

Akhbar utama dan tv digunakan semahu-mahunya untuk memainkan peranan ini dan ianya diulang-ulang seolah-olah mahu memasaknya ke dalam pemikiran rakyat meskipun jika mengikut hukum dan undang-undang, ada kaedah tertentu yang perlu dipatuhi jika ingin menuduh seseorang dengan dakwaan yang berkaitan seks dan lucah ini. Tetapi semua itu tidak mahu dipatuhi, yang dipentingkan ialah bagaimana cerita-cerita itu dapat disebarkan seluas mungkin kepada rakyat. Akhbar dan media yang sepatutnya berperanan menyebar maklumat dan mendidik rakyat sudah berubah menjadi penyebar cerita seks dan lucah sekarang ini.

Motifnya jelas kerana politik dan tidak lain hanyalah untuk memberi imej buruk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang dan dalam masa mengajak rakyat supaya UMNO dikekalkan sebagai pemegang kuasa.

Setelah dibuat pendedahan melalui media, terdapat pula beberapa NGO yang berperanan menjaja cerita seks dan lucah ini bergerak ke seluruh negara dengan restu yang diberi oleh UMNO sendiri.

Kalau dulu UMNO baik di peringkat cawangan atau bahagian begitu banyak bercakap soal ketuanan Melayu dan kepentingan Bumiputera dalam pelbagai perkara serta kaitan perjuangan UMNO dengan kemerdekaan, perjuangan dalam menuntut kouta dalam perumahan, pendidikan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, kini semua itu sudah dianggap lapuk. Mesyuarat dan program UMNO kini lebih banyak dipenuhi dengan serangan peribadi kepada pihak lawan berkaitan seks dan lucah semata-mata.

UMNO seperti tidak lagi meletakkan dasar perjuangan dan meritnya dengan pelbagai rekod sebelum ini untuk mempertahankan kuasa, sebaliknya lebih bergantung kepada kekuatan isu seks dan lucah yang diperbesar-besarkan. Arus perubahan rakyat dengan menuntut kerajaan yang lebih baik sebagaimana yang tergambar di mana-mana cuba ditutup dengan cerita seks dan lucah. Kisah skandal penyelewengan dalam kerajaan juga cuba ditutup dengan isu seks dan lucah. Malahan derita rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup meningkat dan ketiadaan peluang pekerjaan juga cuba dilenakan dengan cerita seks dan lucah yang serupa.

Sementara Pakatan Rakyat sering tampil dengan janji dan tawaran yang lebih meyakinkan seperti penurunan harga minyak, kajian semula tarif letrik, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN, gaji minima, sistem urus tadbir kerajaan yang lebih baik dan sebagainya, UMNO nampaknya hanya mempertaruhkan cerita seks, lucah dan skandal yang dikaitkan dengan pihak lawan untuk memenangi pilihanraya kali ini.

Kalau ada pun yang diperbesarkan hanyalah pemberian tunai RM500 untuk rakyat miskin dan RM200 serta RM100 wang saku dan baucer buku untuk pelajar sekolah dan penuntut pusat pengajian tinggi.

Dengan rekod pemerintahan selama lebih 50 tahun dan UMNO pula menjangkau usia 66 tahun, Najib dan UMNO dilihat masih terkapai-kapai untuk menawarkan sesuatu yang lebih bermakna kepada rakyat. Tawaran yang lebih konkrit dan berbentuk jangka panjang terutama untuk generasi muda hampir tidak ada berbanding tawaran Pakatan Rakyat yang jelas lebih baik dan meyakinkan.

Dengan membesar-besarkan cerita seks dan lucah ini, Najib dan UMNO bukan saja kelihatan sudah kehabisan upaya politi untuk menjadi pentadbir yang lebih baik tetapi juga meletakkan mereka seperti perangai pembangkang yang sebenar sementara Pakatan Rakyat dan Anwar yang sering tampil dengan idea-idea baru kelihatan seperti sebuah kerajaan pula. Jika ini berterusan maka rakyat tiada kesangsian lagi untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah dalam pilihanraya ke 13 ini.

Selain itu, dengan bertali arusnya skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan dan semua kelemahan itu pula cuba ditutup dengan memperbesar-besarkan cerita seks dan lucah pihak lawan, ia tidak lain memberi gambaran bahawa UMNO tidak mahu berubah sama-sekali. Kalau UMNO benar-benar mahu berubah, mereka sepatutnya melawan pelbagai tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat itu dengan tawaran yang lebih baik lagi, bukannya menyerang dengan cerita seks dan lucah yang diragui kebenarannya. Keputusan buruk pilihanraya 2008 yang sepatutnya merupakan pengajaran terbaik tidak mengubah apa-apa kepada UMNO, Najib, menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin lainnya.

Jika UMNO terus berkuasa, percayalah, lebih banyak cerita skandal, rasuah, penyelewengan dan ketirisan harta kerajaan yang masuk ke poket pemimpin akan berlaku.

Hanya rebah dan diubah sebenarnya ubat paling mujarab buat UMNO. (SH 07/04/2012)




2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Mengulas kisah seorang ibu menangis di dlaam TV3.

    Very typical mindset especially from hardcore UMNO supporters, which I think too narrow minded.

    You know what every ibu always teach their children :

    1. Never talking lies ( e.g Seorang kata itu SOP Polis, seorang lagi kata tidak ada SOP / sekejap kata Bersih tidak bahaya, yang seorang kata bahaya menjatuhkan kerajaan. Semua auta.)

    2. Never do harm to humans even if their wrong(beramai-ramai menendang, menyepak seorang yang sah tidak bersalah; tembak air sehingga seorang ibu masuk hospital.)

    3. Never boros dalam perbelanjaan (ini sudah nampak siang-siang)

    4. Never main rasuah. (he .. he..)

    5. Never mempermainkan agama (yang ini haram, yang itu .... senyap)

    6. and .... many other issues that our mom teach us.

    So ... if what every mom had said " never " and yet we still do dirty work?

    Sudah tentu "Derhaka kepada ibu...."

    Ingat! Bila ibu diam, tidak kata apa-apa, bukan bererti dia restui perbuatan kita.

    Ibu yang berterus terang lagi selamat kita, dari ibu yang mendiamkan diri. Tak kira kita miskin atau kaya-raya. Ingat tu!

    ReplyDelete
  2. Tuan Shahbudin,

    Apa nak heran. Bab cerita sex ni dah dibudayakan oleh Pandi Kutty lagi selepas beberapa tahun dia ambil alih PM dari Hussin Onn. Kalau pemimpin dan parti UMNO BN dah brangkap moral serta bangkrap isu nak serang parti lawan (PR), inilah jadinya.

    Tak susah nak memahami sebenarnya. Ini bukti pemimpim UMNO BN telah sangat2 terdesak untuk mempertahankan kuasa akibat perbuatan dan salah laku yang telah membudaya dalam parti berkenaan.

    Saya bangga tuan kerana 10 tahun lebih tidak lagi bersama UMNO. Saya juga bangga kini bila melihat ahli2 UMNO sendiri ramai yang telah membuang sticker "Dulu, Kini dan Selamanya" tu dari kenderaan masing2. Hampir semua penyokong dan ahli UMNO BN dah rasa malu dan rasa terhina untuk mengaku atau mendedahkan diri mereka ahli UMNO selama ini.

    Tinggallah sekerat pemimpin bermasalah dan korup yang tidak ada pilihan lain melainkan memepertahankan parti demi hidup mati mereka esok hari. Nak buat U turn dah susah sebab terlalu jauh terlajak. Cuma nunggu "minyak abis" jer utk kenderaan mereka tersadai.

    Seks! seks! seks ! itu kesukaan mereka sekarang sampai menteri mereka dah terlajak naik perut artis gara2 keinginan seks...ngidam pucuk muda! Ha Ha Ha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...