Thursday 11 June 2015

Wahai Bakal PM, Jangan Biar Mahathir Terus Sendirian...


Dalam keadaan sekarang, hampir tidak ada yang berani mengatakan hubungan Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad mampu dipulihkan seperti sedia kala. Lebih ramai yang percaya pertelingkahan ini akan berterusan dengan penutup ceritanya yang sukar diramalkan.

Tun Mahathir memang diketahui seorang yang "keras hati"  dan tidak pernah mengalah dengan apa yang sudah dimulakannya. Sesetengah yang rapat dengannya mengatakan, bekas Perdana Menteri itu seperti mendapat "nyawa baru" bila sedang berkelahi.

Beliau akan kelihatan cergas, penuh semangat, berwajah kemerah-merahan dan lebih berseri-seri apabila berkrisis berbanding hanya kelihatan seperti negarawan biasa ketika jiwanya aman dan tenteram.

Sejak mula menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri pada Ogos 2014 lalu, Tun Mahathir telah melancarkan banyak serangannya. Kelemahan sebagai pemimpin, tunduk kepada negara asing, skandal 1MDB, Altantuya, karenah Rosmah dan lain-lain adalah antara peluru yang digunakannya untuk menembak Najib.

Seruannya agar Najib meletakkan jawatan juga sudah beberapa kali dilakukannya. Tun Mahathir tidak berselindung lagi bahawa masalah UMNO, BN dan negara hanya dapat diselesaikan dengan perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Pada peringkat awal, Najib banyak berdiam diri dan seolah-olah tidak mahu melawan serangan demi serangan itu. Sambil tidak mengendahkan serangan itu, beliau sebaliknya mula mengumpul sokongan untuk memperlihatkan bahawa walaupun dikritik oleh Tun Mahathir tetapi sokongan terhadapnya masih utuh.

Namun sejak kebelakangan ini jelas Najib sudah berbeza pendirian. Selain sudah berani memberi kata dua kepada anggota kabinet sama ada mengundurkan diri atau bersamanya, Najib juga mulai menjawab, menyerang, memperlekeh dan mengungkit-ungkit sokongannya kepada Tun Mahathir selama ini.

Selain melakukan semua itu dalam ucapan, Najib juga sudah empat kali menjawab kritikan Tun Mahathir melalui soalan lazim menerusi blog NajibRazak miliknya.

Tun Mahathir yang lebih dulu popular melalui blog Chedet, juga menggunakan tulisan melalui media baru itu untuk menyerang atau menjawab balas apa yang terbuku di hatinya terhadap Najib.

Kedua-duanya kini nampak selesa berbalas serangan dan jawab-menjawab melalui blog masing-masing. Dengan Najib dan Tun Mahathir semakin agresif ini, hakikatnya hubungan mereka semakin retak, sukar dipulihkan dan hanya menunggu masa untuk terus terbelah dua.

Tun Mahathir juga sudah beberapa kali menyebut Muhyiddin Yassin sebagai bakal pengganti Najib berdasarkan tradisi dan hireaki dalam UMNO. Tetapi sesetengah pihak pula berpendapat   Tengku Razaleigh Hamzah lebih sesuai berdasarkan pengalaman, rekod bersih dan harapan lebih cerah memenangi pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun, baik ketika memulakan serangan sehinggalah kini sudah memasuki fasa di mana Najib nampaknya semakin agresif, bukan saja menjawab, membalas kritikan malah juga mengulangi pendirian tidak sesekali akan berundur, Tun Mahathir hanyalah bersendirian melakukan tugas ini.

Sebaliknya pula, selain Najib ketika ini makin banyak idea dan lebih keberanian menyanggah, serangan kepada Tun Mahathir juga dilakukan melalui media arus perdana dan bantuan peranan "orang lama" seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa.

Walaupun majoriti rakyat bersama Tun Mahathir dan melihat tindakannya mewujudkan krisis dengan Najib bertujuan menyelamatkan lebih banyak wang negara terus lesap dan  mengelakkan BN daripada hilang kuasa, tiada kalangan pemimpin UMNO atau bekas menteri yang benar-benar terbuka dan berani menyatakan sokongan mereka.

Ramai yang masih bertindak seperti kepala kura-kura, sekejap muncul, sekejap tenggelam. Dua pemimpin kanan UMNO, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pun kelihatan masih dalam zon berhati-hati walaupun mereka diketahui agak kritikan terhadap Najib dalam isu 1MDB. 

Sebahagian yang lain juga bersikap sama, meskipun isi hati mereka terhadap masalah yang sedang berlaku ini lebih jelas difahami kebimbangannya jika berbual sesama sendiri.

Daripada kalangan bekas pemimpin yang masih ada pengaruh, termasuk yang diketahui rapat dengan Tun Mahathir, juga tidak mahu bersikap terbuka, meskipun jika bercakap dalam perbualan biasa, mereka ini agak kuat "membelasah" Najib.

Sampai bilakah Tun Mahathir harus dibiarkan sendirian menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini? Jika kemelut ini berpanjangan setahun dua lagi, tidak kesiankah dengan stamina Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 90 tahun itu?

Terutama kepada nama yang sudah disebut sebagai bakal Perdana Menteri dan mereka yang selalu melafazkan rasa cinta kepada negara, tidakkah kini masanya untuk bertindak berani dan menyatakan pendirian demi kepentingan negara?

Kenapa dibiarkan Tun Mahathir terus sendirian sedangkan cukup disedari memanjangkan lagi tempoh jawatan Najib adalah lebih buruk  kepada negara daripada cepat-cepat menyingkirkannya? (SH 11/06/2015)

29 comments:

  1. YA ALLAH.....raayat dizalimi, kepada MU kami memohon pertolongan...KAMU sahaja mengetahui apa yg hamba mu kehendaki........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kepalabutuh apa? Allah takkan bantu apa2 pun sbb ini hal manusia-manusia. Bukan hal manusia-tuhan. Pergi mampos la dgn doa2 bodoh ni. Langsung tuhan x pandang.

      Delete
  2. Best man will win.semoga Allah memberi pertolongan n perlindungan kpd rakyat jelata.ketika rakyat bagai dbisukan tun m telah muncul.

    ReplyDelete
  3. Ahmad Muhammad11 June 2015 at 22:33

    Ya ALLAH...hamba Mu ini bermohon kepada Mu,Engkau turunkankan lah pemimpin yang zalim,menipu,merompak harta rakyat dan melakukan pelbagai kerosakan kepada negara Malaysia yang kami cintai ini daripada tampuk kekuasaan mereka Ya ALLAH...dan gantikanlah mereka dengan pemimpin pemimpin yang mencintai Mu dan Engkau mencintai mereka dan jadikan lah negara ini negara yang baik dan mendapat keampunan Mu Ya ALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amln........

      Delete
    2. Amiin Yaa Rabb.

      Delete
    3. amin..... YA ALLAH.makbulkan permohonan raayat mesia yang dizalimi ini

      Delete
    4. AMIN..... hancurkan kezaliman dan kemunafikan...YA RABB

      Delete
    5. insyaAllah

      Delete
  4. Kulimus Sapien11 June 2015 at 23:23

    Muhyiddin pengecut. Takdak peliaq.

    ReplyDelete
  5. Artikel berani dr blogger berani berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom kena picit teloq lagi dgn pegawai polis dln bilik gelap. Boleh la nak menyalak mengigau segala bagai.

      Ini negara dunia ketiga bai... negara yg mmg mcm celaka akan terus dikelaskan sbg dunia ketiga. Namun masih perasan sbg negara membangun. Kalo dah dikelaskan sbg negara dunia ketiga, mmg sah payah nak naik taraf dunia kedua. Segala2nya pemikiran mainstream dan pembangkang serta rakyat mcm celaka. Khalas.

      Delete
  6. Artikel yang sangat tepat dan ikhlas. Muhyiddin ni selalunya menanti bulan jatuh ke riba

    ReplyDelete
  7. Semuga Allah bersama Tun.

    ReplyDelete
  8. Berdiri bulu roma membaca artikel tuan,mengapa tidak ada didalam saf kepimpinan Najib orang yang berani dan ikhlas seperti tuan.Semuga perjuangan kita semua di berkati Allah,dan sekali lagi diucapkan syabas.....

    ReplyDelete
  9. Muhyiddin...? Saya amat berharap pada nya tapi ternyata he has No Balls! Tak tau nak kata apa dah, dgn sikap nya skrg, tak payah la berangan nak jadi PM. Allah akan ganti Najib dan Muhyidin dgn yg lebih baik. Aminn.

    ReplyDelete
  10. Masih ramai lagi pak pak menteri dibuai mimpi indah indah tu. Project baru dapat, project belum siap project baru dalam pertimbangan. Masih lagi mengejar kekayaan. Masih belum puas puas lagi dengan kekayaan yang dah ada.

    Mereka lupa yang rakyat memperhatikan saja perangai mereka selama ini.

    Tunggulah PRU 14 nanti. Kalah saja BN semua mereka ni akan masuk penjara.

    ReplyDelete
  11. Teruskan perjuanganmu saudara Shahbudin kami tetap bersama kamu dan Tun Mahathir.
    Kami rakyat marhaen inilah penentu masa depan negara ini. Ini negara kami. Ini tanah tumpahnya darah kami.
    Perompak mesti dihukum.!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika ini hanya suara Tun saja semua peringkat rakyat akan dengar, kerana dia Bekas PM yg paling lama, diluar sana yg paling hebat pun ada, tetapi kekangan pemerintah dan kebobrokan yg telah dilempar keatas mereka menyebabkan sukar utk diharapkan masa kini, so usaha Tun jangan dipersiakan, sebab Tun nak perbetulkan semula damages yg telah terjadi keatas sistem demokrasi negara, meletakkan fungsi-fungsi penguatkuasa dan keselamatan ditempat yg sewajarnya insya Allah dari disalahgunakan oleh sistem yg ada sekarang ini. So mari kita bantu ramai-ramai beri sokongan kepada Tun sehingga terjernihnya hasrat rakyat Malaysia umumnya. Masalah yg ada dlm kabinet curiga dan takut kehilangan kuasa, pemimpin macam tu tak baik buat kita semua dan untuk anak cucu kita juga, perjuangan mereka penuh dgn tipu daya dan utk diri sendiri. Perlu diingat dah 57 tahun merdeka, semua bidang kita kalah dgn bangsa lain, kecuali bidang keselamatan, tapi sampai bila, Ayuh jangan fikir lagi terus bagi sokongan pada Tun. perlu dibimbangkan PM kata sokong dia untuk Malaysia terus maju 2020, bayangkan dgn hutang negara mencecah RM700 billion, dia salahlaku RM42billion, beli jet peribadi dgn beralasan sdgkan Malaysia dah ada 6 biji jet peribadi serupa tu, semua tindakan PM mesti ada 1M, ILPM, sedangkan semuanya adalah rebranding saja, cdang BR1M, guna kenaikan duit minyak, lepas tu mengungkit, ekonomi dikatakan mengalami kenaikan 5 - 6%, tapi barang tetap mahal, apa punya ekonomi mcm tu, PM bangga dgn collection GST RM6 Billion,,,, paksa jerih rakyat melalui undang-undang, nilah masanya untuk semua bantu Tun perbetulkan keadaan yg ada, then baru Sistem SPR dapat diperbetulkan dgn semua agensi penguatkuasa, Tun dah semakin tua.. dah tentu Dia nak kan kestabilan dan keamanan sebelum dipanggil pulang kpd RAJA segala RAJA RAJA , Allah Azzawajallaa menghadapnya. Elakkan kita dipergunakan oleh macai-macam sepuluh sen dua tu, fikir anak cucu kita apa akan jadi masa depan kita, pecacai2 biarkan mereka gembira cara dia, munkin dia semua takde anak bini dan keturunan. So please do... thi is the only chances that we have if you all love the Country namely MALAYSIA.

      Delete
  12. Wayang kulit.

    Najib lembut dan tidak berapa tegas.

    Tapi dibelakang image ini ada yg gila kuasa dan glamor, seorang yg akan mati matian kekalkan kemewahan dan kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
      PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
      KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
      YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
      DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
      ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
      ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
      JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
      HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NO_082 131 669 888_SAYA
      SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
      INI KISAH NYAT SAYA========================================
      Atau KLIK GHOB 2D 3D 4D D DISINI






















      DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
      PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
      KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
      YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
      DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
      ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
      ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
      JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
      HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NO_082 131 669 888_SAYA
      SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
      INI KISAH NYAT SAYA========================================
      Atau KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI


      Delete
  13. Semua yg berlaku pd negara kita sekarang adlh kerana Tuhan ingin membuka mata kita utk melihat kebenaran.malangnya byk ant kita yg masih tak mampu melihat krn hati yg hitam.bersihkan lah hati tak kan sampai dah masuk kuburpun nak jd penjilat.ingat malaikat yg dtg tanya nanti boleh djilat ke.muhasabah ok semoga Tuhan menurunkan berkat kpd org yg perjuangkan kebenaran

    ReplyDelete
  14. sokong benar agar najib letak jawatan. Ganti yang lain yang lebih bersih, tidak banyak kontravesi, cari yang sukar di cari kesalahan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. yang sukar dicari kudis memang sukar dicari sebab yang menunggu pun dari puak berkudis jugak
    ikan kepala dah busok

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...