Wednesday, 10 June 2015

GST - Kastam Suruh Peniaga Naikkan Harga?


Beban cukai GST masih menjadi bualan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Tidak kira di bandar atau kampung-kampung, rata-rata masih ramai yang bersungut, bukan saja mengenai lebih banyak wang perlu dibelanjakan berbanding sebelumnya tetapi juga kerana cukai tersebut turut menyebabkan kenaikan harga barang-barang.

Ada yang merungut perbelanjaan bulanan mereka sudah meningkat berbanding sebelum GST dilaksanakan, sementara yang lain memendam rasa kerana hampir semua barang sudah menaik harganya. Jika dikira dengan GST yang terpaksa dibayar, pengguna  sudah dibebankan dengan dua kali kenaikan sebenarnya.

Selain kerajaan mengatakan cukai itu memerlukan sedikit masa untuk rakyat menjadi biasa dengannya, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan seringkali menyalahkan ketamakan peniaga sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang-barang itu.

Katanya, dengan perlaksanaan GST pada kadar 6 peratus berbanding SST yang biasanya antara 10 hingga 16 peratus, sepatutnya harga barang menjadi lebih murah berbanding sebelumnya.

Namun, menurut Ahmad Maslan, sikap peniaga yang tamak untuk mengaut keuntungan berlebihan menjadikan harga barangan terus meningkat kerana mereka mencampurkan cukai SST sedia ada dengan GST yang baru diperkenalkan.

Tetapi jika benar ada peniaga yang bersikap demikian, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana mempunyai aspek penguatkuasaan yang lemah dalam melaksanakan GST sehingga tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

Bagi mereka, kerajaan hanya melihat GST sebagai cara paling mudah untuk menambahkan pendapatan negara tanpa memikirkan dengan serius nasib rakyat sebagai pengguna yang mungkin terbeban kerana manipulasinya.

Kata mereka, sebelum menggantikan SST dengan GST, kerajaan sepatutnya mesti bersedia dari segi penguatkuasaan yang lebih cekap bagi memastikan peniaga tidak mudah memanipulasikan harga barangan.

Setelah lebih dua bulan cukai GST ini dilaksanakan, semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam perlaksanaannya.

Soalnya benarkah kerajaan tidak bersalah?

Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi oleh pegawai kastam sebelum perlaksanaan cukai GST pada 1 April lalu.

Katanya, pegawai kastam itu telah memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya bagi mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

Menurut peniaga itu, beliau keliru dengan saranan menaikkan harga barangan itu kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan  cukai GST sebanyak 6 peratus.

Yang menimbulkan rasa musykil peniaga tersebut ialah apakah memang menjadi amalan pegawai kastam menyarankan peniaga menaikkan harga barangan itu dan apakah tujuannya berbuat demikian?

Timbul juga persoalan, apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?

Selebihnya pula, katanya, berapa peratuskah peniaga yang tidak menaikkan harga barangan mereka apabila menerima cadangan daripada pegawai kastam itu?

Rakan saya itu bagaimanapun mengatakan beliau menolak cadangan pegawai kastam itu dan tidak menaikkan harga makanannya di mana pelanggannya hanya perlu membayar tambahan GST 6 peratus saja. (SH 10/06/2015)

17 comments:

  1. Power, Hebat, Terunggul !!
    Anda Pasti Mahukan Ini .... >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  2. Din, tiap bulan kena bayar faedah RM2.5 billion. Kalau tak ada GST, mana dapat duit servis hutang.

    ReplyDelete
  3. Bercakap tentang penguatkuasa di Malaysia ni paling tak guna sama sekali. Pengemis berlambak lambak. Kita nak makan di gerai di kedai pun menyakit hati saja.
    Dulu taktik mengemis dengan menggunakan bayi. Sekarang ni makin canggih. Siap dengan ground PILOT lagi. Hasil pendapatan dikongsi sama rata. Apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat buat? Gelentil biji ke kat pejabat.

    Soal parking lagi teruk. Restoren Mamak cukup berani meletakkan kerusi di atas jalan raya, lot tempat parking kenderaan awam. Siap pasang big screen untuk tengok bola sepak. Bila ditanya tak takut DBKL saman ker? Dia akan menjawab sudah bayar bang. Pergilah kat bandar mana pun di KL restoren mamak restoren Cina senang senang saja letak kerusi meja di atas lot parking kenderaan awam. Kalau ada operasi DBKL pun sebagai syarat saja. Setakat lalu saja.

    Di Malaysia ni siapa yang memantau penguatkuasa? Cakap buat sakit hati saja. Gaji dapat, rasuah pun ambil setiap bulan dengan taukeh.

    Sekarang bukan setakat gaji buta. Tapi Gaji dua mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro..saya amat setuju sangat dengan komen you.

      bagi saya inilah imej MALAYSIA yang terpampang indah di mata dunia. Bercakap tentang badan penguatkuasaan SPRM pun tutup mata. Sebab nak tunggu orang buat komplain dulu. Kalau tak ada komplain, kejadian didepan mata sendiri pun buat tak kisah.

      Inilah negara kita inilah budaya kita. Hari ini Rasuah juga menyumbang kepada pendapatan negara.

      Delete
    2. bro ...sperm pon dok kt putrajaya, mcm mana nak buat keja kalau ofis pon dlm kawasan tu.. maknanya mereka semua dlm 1 tong taik...

      Delete
    3. bro ...sperm pon dok kt putrajaya, mcm mana nak buat keja kalau ofis pon dlm kawasan tu.. maknanya mereka semua dlm 1 tong taik...

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass wr, wb. Saya SEKELUARGA mengucapkan terimakasih kepada AKI KORO atas angka togel yang diberikan "4D" alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
      bantuan AKI KORO saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
      ada di BANK dan bukan hanya itu Saja alhamdulillah sekarang saya
      sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
      sehari2. itu semua berkat bantuan AKI KORO sekali lagi makasih banyak
      yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI KORO di
      nomor: (((_0852_2284_6347_)))
      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!
      1"Dikejar-kejar hutang
      2"Selaluh kalah dalam bermain togel
      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..
      Solusi yang tepat jangan putus aza....AKI KORO akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI KORO DI NO: (((_0852_2284_6347_))) ATAU MAU LEBIH JELAS SILAKAN RAMALAN TOGEL 2D 3D 4D

      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos -


      Delete
  5. Dah la tu Din,semua tak jadi.....yang bising pasal GST kau sorang saja.Dah tak ada modal lain nak ditulis,nak jadi Nujum tak layak,semua kantoi,Sebenarnya kau ini dimainkan olih sources kau tu supaya kau dilihat macam bodoh......Ini tak hairan sebab TDM pun dia orang kowtow,hilang kredibiliti orang tua tu.

    ReplyDelete
  6. Kalo kita tengok kehadapan GST akan memain peranan besar untuk menyumbangkan keuntungan distribution kpd Rakyat jelata.

    Utk permulaan GST memang akan nampak gelinciran sebelum ianya berjalan lancar ketahap sempurna. Agihan kita akan nampak bila anak2 kita makin membesar.

    Akan datang juga kita akan nampak yang aliran GST ITU akan pergi membuat sumbangannya kepada
    Pembangunan Negara
    Pembangunan luar bandar
    Perumahan rakyat
    Peluang pekerjaan
    Pertambahan biasiswa kepada pelajar
    Sekolah2 dinaik taraf dan pembelajaran tahap tinggi
    Mesjid dapat dibina dengan banyan lagi
    Pertambahan hospital2 yang AMAT diperlukan skrg ni.
    Dan banyak lagi LAH.
    Sy syorkan SDR Shahbudin but sedikit kajian negara2 yang telah lama melaksanakan GST.
    SDR ingat pemimpin negara kita suka2 nak menyusahkan Rakyat???

    Cuma saya akui memang terdapat menteri2 Dan tim. menteri sangat lemah day tidal pandai member I penerangan kepada Rakyat. Sy berpendapat DSN sedar akan kelemahan menteri Dan timbalab menteri.


    ReplyDelete
  7. YA ALLAH, raayat mesia dizalimi.....kau hancurkan penguasa dan pemimpin yang zalim.....KAU celikkan mereka yg buta hati,merestui kezaliman diperlakukan...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete
  11. Ass wr, wb. Saya SEKELUARGA mengucapkan terimakasih kepada AKI KORO atas angka togel yang diberikan "4D" alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
    bantuan AKI KORO saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
    ada di BANK dan bukan hanya itu Saja alhamdulillah sekarang saya
    sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
    sehari2. itu semua berkat bantuan AKI KORO sekali lagi makasih banyak
    yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI KORO di
    nomor: (((_0852_2284_6347_)))
    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!
    1"Dikejar-kejar hutang
    2"Selaluh kalah dalam bermain togel
    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..
    Solusi yang tepat jangan putus aza....AKI KORO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI KORO DI NO: (((_0852_2284_6347_))) ATAU MAU LEBIH JELAS SILAKAN RAMALAN TOGEL 2D 3D 4D

    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos -


    ReplyDelete
  12. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete

  13. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...