Atau adakah beliau kini semakin merasakan 1MDB bukanlah senjata yang cukup tajam untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya?
Ini adalah antara beberapa persoalan yang mula menjadi percakapan ramai sejak kebelakangan ini apabila Tun Mahathir didapati mula mengendur dan tidak seagresif dulu lagi mengkritik Perdana Menteri.
Sementara ada yang mengaitkannya dengan suasana bulan Ramadan yang mungkin menyebabkan beliau menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya, yang lain pula melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu barangkali juga disebabkan oleh keengganan serta ketakutan pimpinan UMNO sendiri untuk bersama dengannya.
Selain mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan kepercayaan "cash is king", Najib juga terlihat berjaya memujuk wujudnya sebarang pemberontakan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan "tunggu audit" oleh Ketua Audit Negara dan hasil siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC.
Dalam hal ini Najib nampaknya benar-benar telah belajar daripada pengalaman Tun Abdullah yang berjaya disingkirkan sebelum ini di mana selain menyerang balas kritikan Tun Mahathir, beliau juga menyediakan benteng untuk mengukuhkan lagi kedudukannya.
Menyedari keadaan tidak lagi memihak kepada dirinya untuk terus menekan Najib meletakkan jawatan, Tun Mahathir akhirnya seperti sudah mengaku kalah dan mahu membiarkan saja Najib dan UMNO dihukum dalam pilihanraya nanti.
Dalam respon terbarunya mengenai hasil siasatan PAC terhadap 1MDB, Tun Mahathir jelas sudah hilang keyakinan dan tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap kemampuan badan itu menyelongkar kesalahan dalam syarikat pelaburan yang bermasalah dan sarat hutang itu.
Di samping meletakkan puncanya kepada siasatan PAC hanya bersandarkan akaun yang boleh dimanipulasi, Tun Mahathir juga menyifatkan PAC sebagai berat sebelah.
Katanya, PAC bersifat berat sebelah kerana salah seorang anggotanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala ramai yang lain memihak kepada UMNO.
Dengan itu, tambahnya, semua boleh dikira sebelah juga.
Sehubungan itu, katanya lagi, lebih baik tidak perlu diadakan audit atau pendengaran PAC dan UMNO serta Perdana Menteri boleh terus kekal berkuasa sehingga pilihanraya akan datang.
Walaupun nadanya ini seperti menyindir peguam UMNO, Shafee Abdullah yang mencadangkan Tony Pua disingkirkan daripada PAC kerana terlalu kritikal menyerang 1MDB atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen DAP tetapi dalam masa yang sama menganggotai PAC, tidak dinafikan ia juga menggambarkan rasa hati bekas Perdana Menteri itu terhadap apa yang mungkin berlaku nanti.
Baginya, oleh kerana Najib terlalu ingin bergayut pada kerusi Perdana Menteri itu dan hasil siasatan PAC nanti barangkali turut memihak kepada kerajaan, maka biarlah hukuman sebenarnya diterima dalam pengadilan rakyat dalam pilihanraya nanti.
Dengan kemungkinan besar wujudnya nafas lebih segar dalam Pakatan 2.0 yang disokong oleh sebuah parti Islam baru dan NGO-NGO sebagaimana yang ditegaskan keyakinannya oleh Anwar Ibrahim, menghukum Najib dalam pilihanraya akan menjadi lebih mudah kerana ia kini turut dikongsi rasa bersama Tun Mahathir.
Lagi lama Najib mahu bertahan, bukan saja rakyat makin menolaknya, bahkan semakin ramai pengundi BN sendiri makin meluat kerana hari demi hari hampir tiada lagi yang selamat dibawah pimpinannya. (SH 25/06/2015)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete...nampaknya pm najib tidak akan ke thailand dlm jangkamasa dekat ini ...
ReplyDelete...ialah...kot2 di tangkap polis thai pula.....kerana ada lautan dgn 1mdb...
Bukan mcm tu syah.....tengok lepas ni mcm2 yg akan timbul lagi dan mcm2 alasan baru....
ReplyDeleteSejak kes 1mdb ni timbul mcm2 kita jumpa. Menteri yg kurang akal lah,penipuan d parlimen....rakyat d perbodohkan dan berjela lagi senarai....
kita tunggu !
Bukan mcm tu syah.....tengok lepas ni mcm2 yg akan timbul lagi dan mcm2 alasan baru....
ReplyDeleteSejak kes 1mdb ni timbul mcm2 kita jumpa. Menteri yg kurang akal lah,penipuan d parlimen....rakyat d perbodohkan dan berjela lagi senarai....
kita tunggu !
Adik adik kesayangan Rosmah, Jho Low dan Deepak ke mana pergi?. Bercuti sakan ke?. Untung ye jadi dua "melayu" adik kesayangan pasangan N & R ni. Bank Rakyat sayang Deepak, 1MDB sayang Jho Low. Yer laa mentang2 ada susur galur keturunan magika antara mereka. Adik sayang kakak, kakak sayang adik, adik tolong kakak, kakak tolong adik. Tolong menolong dan sayang menyayangkan sifat baik. Tapi kenapa saudara mara di Rembau meluat Rosmah?. Bukan ke Rosmah pengasih dan penyayang hingga sanggup bersusah payah pakai beg tangan mengkuang saja dan pergi luar negara pun naik tongkang arang saja, tak macam bini PM lain. So Rosmah harus disayangi rakyat Malaysia.
ReplyDeleteEn Budin.. jangan lupa BN ada "Jabatan Daulah Terpendam" dan "Jabatan Tink Tank Berportfolio" yg mana mampu memenangkan BN pada mana2 PRU sekalipun undi popular merudum tinggal 3% dan Pakatan 2.0 (bersama NGO2) mendapat 96%.
ReplyDeleteBN mampu bertahan 120 kerusi dgn 6% undi popular. Dlm BN, logik bukan suatu benda penting. Begitu juga dgn PAS yg tidak memerlukan satu pun kemenangan dlm PRU kerana yg mereka cari ialah kalah dan keredhaan Allah. Malah PAS juga perasan kuat jika bersendirian kerana berjuta2 malaikat sbg tentera Allah bersama dgn mereka. Ada yg baru sehari bartaubat, terus menjadi suci seperti breeze dan 3x dpt pergi je masjid mendengar ceramah pilihan, lalu memperolehi mukjizat utk melawan UMNO BN. Logik kampungan dan logik makcik Felda ini mampu meyakinkan mereka sepertimana Najib dgn selambe kebas 42,000 juta duit rakyat tanpa menghiraukan logik akan kantoi oleh rafizi dan rakyat. Mentaliti kepandiran sudah menular dlm mana2 komuniti Melayu.
BN menang PRU dgn logik pandir alam melayu. Logik alam Melayu UMNO dan PAS, penuh dgn mistikal dan mukjizat kepala pundek. Sains dan Matematik serta Allah Taala sendiri juga belum mampu merungkaikannya.
Sia2 saja kerja melawan BN melainkan kita gembira membuat kerja yg sia2.
think tank njib makin mantap, jangan pandang rendah pada lkw....lkw umpama buaya,ujud zaman pre dinasor,rupa toyee tapi ujud sampai sekarang..ceefuu kpd anak murid diangap hampeh oleh bos lama..mata kabur sebab PHD dan kaki ampu juak sekeliling. pkr you are nothing....you lost all your capable people due to your greed. see what happen to g18....the eeeeee species ,famous for their ego and arrogant...
ReplyDeletepm4 mula merempat
ReplyDeletenak lawan habisan takut jugak sendiri pun bukan elok sangat
1 kurang pada pm4 ni ialah dah tak ada kuasa
padam muka
betul tu!!!! masa tampok kekuasaan kaulah segala maha..sikap lebih sombong dari rosmah....memang eeeee perosak......setuju sepenuh napsu..pardom murkae, perpatah omputeh'' every dog have its day''
DeleteANDA mmg buta.....dan terus buta.
DeleteANDA mmg buta.....dan terus buta.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKomen ruangan anda tak bernilai langsung !
ReplyDeleteMaliq Alsamani, adakah ianya termasuk juga komen anda iaitu pada 26 June 2015 at 05:44 di atas itu?
DeleteDgn bahasa dan ayat2 yg boleh d ibaratkan tak berotak langsung....pilih2 lah syah.
ReplyDeleteKita bercakap pasal fakta.
Dgn bahasa dan ayat2 yg boleh d ibaratkan tak berotak langsung....pilih2 lah syah.
ReplyDeleteKita bercakap pasal fakta.
setuju!!!!! fakta bukan fitnah
DeleteKomen ruangan anda tak bernilai langsung !
ReplyDeleteKomen ruangan anda tak bernilai langsung !
ReplyDeleteMaliq Alsamani, adakah ianya termasuk juga beberapa komen anda di atas itu?
Deletesdr maliq, nak Tanya sikit.....adakah anda sudah memaafkan dosa dosa TDM lakukan semasa pemerintahaan nya......facts...if he had no sin...bushshit..facts........jangan emosi...jangan masuk golongan eeeee
ReplyDeleteMari Bang … Sini !! >>> CLICK HERE !!<<<
ReplyDelete