Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dipimpin oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard. Beliau adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah bertanding di kerusi Parlimen yang sama pada pilihanraya 2008 tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin.
Pada pilihanraya 2013 lalu beliau lari daripada Rembau dengan bertanding pula di Dun Sungai Acheh atas tiket PKR tetapi turut tewas berikutan wujudnya pertelingkahan dalaman yang menyebabkan Pas juga bertanding di kerusi tersebut.
Dalam PKR, Chegubard difahamkan masih lagi digantung keahliannya sejak Mei 2014 lalu atas kesalahan membuat kenyataan terbuka bahawa proses pemilihan parti itu yang didakwanya berjalan dengan kotor dan tidak telus.
Sejak digantung keahliannya, Chegubard lebih banyak bergerak melalui SAMM yang diasaskannya.
Walaupun secara realitinya SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dirinya juga masih ahli parti itu ( cuma kini digantung keahlian saja ), namun Chegubard nampaknya tidak mahu ketinggalan daripada masuk campur dalam kemelut yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan Tun Mahathir sekarang.
Tetapi tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang kebanyakannya senada dengan perjuangan Tun Mahathir dan sama-sama melihat Najib sebagai musuh bersama yang perlu ditumbangkan, beliau sebaliknya seolah-olah cuba menyediakan "tongkat" dan "oksigen" untuk Najib terus bernafas walaupun sebenarnya hanya "kayu lidi" yang mampu disumbangkannya.
Hakikat bahawa hanya "kayu lidi" yang mampu disumbangkan oleh SAMM dan Chegubard dalam mempertahankan Najib ialah kerana tindakan cuba menyerang dan memburuk-burukkan Tun Mahathir tidak akan meyakinkan khalayak berikutan tafsiran umum ialah umpama peribahasa "sekilas ikan di air, sudah tahu masak apa yang sesuai dengannya".
Beliau kini bukan saja sedang giat mengedarkan buku kecil berkaitan Tun Mahathir secara percuma, bahkan mulai menjadi "primadona" di sebuah stesen televisyen swasta yang sejak kebelakangan ini agenda utamanya ialah "membelasah" bekas Perdana Menteri itu.
Baru-baru ini Chegubard muncul mengecam Tun Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita perdana stesen televiseyen itu dan selepas ini kemunculannya mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.
Sementara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri tidak mudah mendapat liputan di siaran berita televisyen tersebut yang kini diuruskan oleh mereka yang rapat dengan Najib, Chegubard yang "kedua-dua kaki dan cap jarinya" masih bersama PKR nampaknya begitu mudah diberikan perhatian.
Barangkali inilah hasil "pemikiran luar kotak" dan "strategi lautan biru" para penasihat Najib.
Hari ini Chegubard tampil lagi memberi "kayu lidi" kepada Najib melalui usahanya mahu mengadakan forum mirip Nothing2Hide dengan cabarannya agar Tun Mahathir sedia tampil sebagai panel untuk menjawab segala dakwaan dan persoalan selama 22 tahun pemerintahan bekas Perdana Menteri itu.
Siapa pun akan melihat tindakan Chegubard ini sebagai "cencaru makan petang" dan "memasang lukah di pergentingan" kerana menyedari kedudukan Najib yang kian tersepit, bukan saja kerana serangan Tun Mahathir serta pembangkang tetapi juga penolakan yang makin ketara daripada rakyat.
Hakikatnya, usaha menampilkan Tun Mahathir untuk menjawab pelhagai isu berkaitan pentadbirannya adalah tidak relevan lagi memandangkan isu sekarang ialah berkaitan kepimpinan dan pentadbiran Najib yang meresahkan rakyat.
Ketika semua orang bercakap dan bimbang mengenai 1MDB, kelemahan Najib dan segala macam masalah dalam negara yang lebih memungkinkan UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang dan negara di ambang bahaya, Chegubard nampaknya lebih prihatin mengenai masa lampau Tun Mahathir. Woww....
Tun Mahathir sudah melepaskan jawatannya sejak 2003 yang lalu di mana sepanjang eranya kemenangan dua pertiga sentiasa diperolehi dan selepasnya juga sudah ada dua Perdana Menteri yang lain, jadi kenapa hanya sekarang isu berkaitan pentadbirannya mahu dibangkitkan semula?
Tentulah jawapannya sangat mudah difahami oleh sesiapa jua pun yang berkecimpung dalam dunia politik.
Cuma, apakah tindakan Chegubard ini memang dirancang oleh Najib bersama para penasihatnya atau ianya melalui proses pembentangan proposal yang ada skop kerja dan kos yang tertentu?
Jika demikian, kenapa SAMM dan Chegubard yang pro PKR dijadikan pilihan untuk mempertahankan Najib, sebaliknya tidak pula digunakan NGO pro UMNO untuk tujuan itu?
Begitu juga, apakah ini menandakan Najib dan para penasihatnya sudah hilang kepercayaan kepada pemimpinya sendiri, sayap-sayap parti serta ribuan NGO yang setia "berhujan dan berpanas" dengan UMNO selama ini?
Apakah tidak cukup dengan Lim Kok Wing yang dilantik sebagai koordinator khas kepada Perdana Menteri untuk menghadapi serangan Tun Mahathir, maka SAMM dan Chegubard kini sudah menjadi "Lim Kok Wing Kedua" untuk mempertahankan Najib? (SH 16/06/2015)
Ling kop jib.huha huha.sempena bln yg berkat marilah kita rakyat jelata bykkan berdoa supaya negara kita selamat dr segala bala.jika adapun yg Tuhan ingin timpakan bala semoga ia terkena kpd najib seorg sj.amin
ReplyDeletetun pernah kata.. there is no friend or foe in politic......c.bard, do the thing of your best...jangan jadi munafik, sesungguhnya siksaan Allah ltu amat pedih,.....
ReplyDeleteSaya rasa tindakan Chegu bard ini ada bagusnya, kerana dengan ini segala keburukan yang dibuat oleh TDM juga akan terbongkar, yang mana keburukan ini juga telah diwarisi oleh DSN. Oleh itu orang ramai akan tahu bahawa kebobrokan yang sedang berlaku sekarang bukan saja keburukan TDM sahaja atau DSN sahaja, tetapi adalah keburukan UMNO secara keseluruhan. Olih itu kita tidak bolih hanya hendak ganti DSN dengan orang UMNO yang lain, kerana orang UMNO yang lain juga mewarisi keburukan yang telah menjadi darah daging UMNO. Maka untuk kebaikan negara rakyat perlu mengkuburkan UMNO dan mencari parti lain yang bolih memperbaiki keburukan yang UMNO telah cpta.
ReplyDeleteOleh itu aku cadangkan supaya kita jadikan parti DAP kerajaan di PRU akan datamg.
Deleteakusetuju jadikan DAP sebagai pemimpin kita,sebab kebanyakkan pemimpin mereka cakap serupa bikin.
DeleteAku pun setuju...
DeleteWa manyak syok ,lengar itu macam lea aa ,itu Uncle Lim PM maa aa .
DeleteI Love PM.
Che gu bard ni bagus sikit dari ezam kotak. Boleh burukkan Madet tapi jangan jadi barua Umngok.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteTindakan yang ada hasilnya nanti
ReplyDeletePada pandangan saya, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard memperalatkan SAMM hanya lah seorang pencacai cari makan melalui penajan.
ReplyDeleteDalam hal cari makan tidak timbul soal pro mana-mana parti. Seketika mereka jadi pahlawan dan seketika lagi mereka juga boleh berubah jadi musang dalam reban.
Oleh kerana itu ada kemungkinan parti PKR masih mencurigai kesetiaan orang ini menyebabkan keahlian nya tergantung sehingga hari ini tanpa tali.
ada orang kata che gu bard dah kena bayar dengan arwah JJ, ada pulak kata mr 6 kotak pon ada biaya. apa-apa pon kita tengok la efektif ke tidak cara najib ni sebab setau aku orang ramai amat menyampah dah dengan tv3 suku ni. dari kedah sampai ke johor, tak caya cuba tanya kawan2 fb atau masukkan dlm grup wassap. najib dah mati akal dgn serangan Tun.
DeleteNajib saperti orang yang lemas dan sanggup mencapai apa saja dengan harapan dapat menyelamatkan dia. Chegubard saperti lidi yang juga najib menyangka dapat menyelamatkanya.
DeleteKerana wang manusia memang mudah lupa diri dan maruah.
ReplyDeletePolitik di negara ini, pagi berkawan erat petang jadi musuh pula. Hari berikutnya jadi kawan semula.
Untuk hidup senang, lalang yg licik pandai ikut tiupan angin.
"CASH is KING" saperti yang sudah pun di ungkapkan.
Deletejangan pandang rendah pada c.bard..kalu benar dia dlm think tank lkw..jadi montori jang...ganti madd maslan
ReplyDeleteKenapa semenjak akhir-akhir ini, seolah-olah ada pejuang dalam PR, sudah menunjukkan belang kebodohan mereka seolah-olah mendapat tempat dalam UMNO.
ReplyDeleteNampaknya Shahbudin sudah cuak dengan beberapa tindakan tepat yang diambil oleh orang lain termasuk Chegubard. Mengapalah nak mempertikaikan sokongan orang lain, adakah Shahbudin ini tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dengan perjuangannya? Lihat sahaja keruntuhan Pakatan Rakyat sebelum menjadi kerajaan Pusat. Adakah mereka ini lebih berkaliber untuk memerintah negara yang menerima pelbagai cabaran bukan sahaja dari luar malah dari dalaman?
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat ingat selangor sekarang hanya ada 28+2 untuk perentah dua itu pun belum pasti dari 28 yang tinggal tu pun belum boleh percaya sebab wang boleh beli apa saja hingga harga diri pun boleh dijual,apa ada pada maruah jika berjuta gambar harimau dihidang depan mata begitulah yang terjadi diketika PRU dan di perak,ingatlah wahai orang politik wang dan dunia itu masa jasad masih bernafas bila jasad sudah terkujur jasa baik dikenang perwatakan buruk akan dikutuk.
ReplyDeleteAku orang seberang prai selatan. Masa BN memerintah Pulau Pinang dulu, jalan raya sempit. Dah lah sempit berlubang sana sini. Kalau dibaiki pun setakat tampal lubang saja.
ReplyDeleteBila banjir tanggung sendiri. YB setakat sua muka dan tambur janji saja. Sungai Krian cukup teruk. Bukan saja kotor tapi hakisan cukup teruk.
Sejak DAP memerintah. Jalanraya dilebarkan. Hakisan Sg Krian sedang ditambak. Jln yg berlubang dinaikan taraf.
Aku cukup hairan kenapan BN tak mampu nak buat semua tu dulu masa mereka berkuasa?
Dulu aku selalu nampak YB YB semua dok bersembang di restoren mamak di sungai Jawi. Semua naik mercedez belaka. La ni pun naik mercedez lagi sebab duit tak pernah luak.
La ni BN/UMNO menanggis air mata darah pun tak guna dah. Ayam terlepas tangan bau tahi.
Memang benar. Rakyat penang dah tak mau pemimpin melayu penipu.
DeleteSalam bro..Aku juga anak seberang prai selatan. Sekarang ni bekerja di Kemaman. Memang benar apa yang bro katakan. Sejak pembangkang memerintah di Pulau Pinang, pembangunan infrastruktur di Seberang Prai Selatan sudah bertukar wajah. Dulu layu nak mati. Sekarang makin lancar, pembangunan boleh dilihat di sana sini Segala kemudahan yang rakyat harapkan telah menjadi kenyataan di bawah kerajaan yang dipimpin oleh pembangkang.
DeleteAku juga ingin bertanya kepada pemimpin peminpin UMNO di situ. Mereka ini adalah anak kelahiran di situ. Kenapa Pembangkang boleh bangunkan infra di Seberang Prai Selatan ni walhal ini kawasan MELAYU? Kenapa UMNO yang sah sah orang Melayu tidak dapat membuat pembangunan seperti ini?
Di Permatang Pauh dulu, UMNO pernah berkata rakyat di situ dahagakan pembangunan. Mereka minta tolong rakyat untuk pulangkan Permatang Pauh ke tangan UMNO. Mereka kata cukuplah tu, bagi kat kami pulak. Ada rakyat peduli?
Cukuplah sudah apa yang UMNO telah buat untuk rakyat selama ni. Rakyat telah terima satu penghinaan yang amat menjijikan daripada mereka. Mereka boleh terus kekal sebagai ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang, sebagai ketua bahagian UMNO selama lamanya. Rakyat peduli apa. Mampuih pilah kat hangpa.
Rakyat peduli apa siapa yang memerintah asalkan segala masalah rakyat dibantu dan diselesaikan.
Rakyat paling benci kepada pemimpin yang kaut untung dalam politik, jadi kaya raya apabila menggunakan politik untuk berniaga, pulun duit rakyat sehingga buncit perut perut. Selepas ni, tak payahlah terhegeh hegeh masuk kampong rayu undi semuga diberikan peluang sekali lagi. Sekarang ni, jadilah kamu melukut ditepi gantang.
bukan melukut di tepi gantang. Tapi jadi lalat tahi
DeleteRight now in Kelantan, if one were get the chance in going through the recent report in the newspaper the Malay Mail that come with heart breaking pictures of the fate of those affected by the flood tsunami several months ago, the only conclusion to make is that both the Malay control state government in Kelantan and the federal government have failed to get it right for the so many people affected. Hence, Ramadhan and perhaps Hari Raya too shall be bleak for these people! What a failure... And, what hearbreak! If only DAP is in power in Kelantan and the federal government... It has been said that Ar Rasul saw has mentioned the following: Rahmat Allah will come to the land whose leader is non moslem but who is fair - and not to the land whose leader is a moslem but a tyrant. Shame on you Pas UG leaders and followers (hudud day and night?) and those in Umno (1MDB the only issue?) and the rest of the Malay community who are rich and able to enjoy their fasting and Raya with no thought whatsoever for those Kelantanese.
Deletetujuan berpolitik hanya nak kekayaan secara cepat..... berpolitik ulama pas tak kaya tapi bodo sombong.....nasib!!!!lah labi
ReplyDeleteBadrul Hisham Shahrin (Che Gu 1/2 Jalan) ini sebenarnya amat pengecut. Kalau berdemo dan bertembung dengan puak-puak Orang Besi UMNO maka dia seperti budak kecil tak dapat susu ibu lagaknya....Memang pengecut tapi kalau dengan Polis dan FRU maka naik tocang lah dia sebab gambar masuk TV. Apa nak harap orang yang jadi Cikgu pun separuh jalan konon nak jadi pemimpin politik......Podah! Perangai dia ni lebih kurang Mokhtar Senik sahaja kalau dalam PAS. Para pemimpin PKR dah amat faham sangat perangai bodoh piang Badrul ni, itu sebab beliau sukar untuk menjadi pemimpin di dalam parti mana sekalipun.
ReplyDeleteCik gu cari makan tu
ReplyDeletePasang bubu sana pasang bubu sini.Time mcm ni sudah tentu ada big boss sebagai penaja besar. Tv3 pun bagi coverage.
Dulu muka cikgu bard ni haram boleh masuk Tv3.
Tapi big bos bukan sebarang big bos. Big bos with power. Big bos with big money
Aku rasa tak payah dok layan le orang sakit mental macam si mamat ni.......
ReplyDeleteKekal najib lagi senang la pembangkang menang.
ReplyDeletepembangkang?.....tak payah..dah terpungkang,
Deletepkr,no leadership..except anuar...dap,tak jujur..always have hidden agenda...pasma, greed in the making...pembangkang..there will be a cohesion between them......a lot of backstabbing....ask. anuar-hadi.,anuar-lks,hadi-lge,jijh-min,.....and so on,...who cares
tindakan chegu bard ini hanya akan lebih mendatangkan kemarahan rakyat kepada Ds Najib..isu kepimpinan Tun M adalah isu lapuk dan tidak lagi relevan buat masa sekarang..ternyata ungkapan MONEY IS KING sedang kita lihat sekarang..tontonlah drama tersebut di buletin utama tv3
ReplyDeleteisu lapok?? boleh kah tuhan anda mengampun dosa anda tanpa taubat/memohon keampunan.....adakah ia akan terhapus dengan sendiri............cammon babe!!!! mind your words....talk is cheap
DeleteHahahahahaha..Cikgu Bard????? notorious guy
DeleteOrang ni pun macam Najib juga. Kejar popularity. Suka di sanjung sanjung. Kerjanya nak nampak GAH sahaja di mata masyarakat.
Elok dan kena sangatlah Najib berkawan dengan orang seperti ini.
Mereka mempunyai reputasi yang sama.
Apabila pahlawan Bugis (Najib) dan pahlawan Minang (Cikgu Bard dan sorang lagi..) bergabung. Maka masa depan orang orang Melayu bakal pakai cawat dan nampak punggong sajalah.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemaded berkokok sebab nak selamatkan empayarnya anak beranak, bukannya nak selamatkan negara,
ReplyDeleteumum sdh mentahui najib bakal melingkupkan terus negara &-parti bn, malang sbb dia hanya sempat mkn kuah jer, isi yg enak semua geng maded dah sapu berseh sampai habis !!
sebenarnya zaman maded berkuasa lg byk isu yg perlu di rungkaikan, terlalu byk beb !!
letih aaa nak tulus jom terjah lg !!
CLICK HERE !!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete