Tuesday, 2 June 2015

Sambutan Besar-Besaran Untuk Muhyiddin Petang Ini?

Berikutan laporan yang mengatakan Perdana Menteri, Najib Razak memberi kata dua kepada anggota kabinet sama ada mahu bersama dengannya atau mengundurkan diri, secara automatik yang paling menjadi tumpuan  dan ingin diketahui pendiriannya tentu saja Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ini berikutan dalam isu 1MDB yang menjadi punca Najib memberikan kata dua itu, Muhyiddin dilihat paling lantang dan terbuka dalam menunjukkan perbezaan pendiriannya. 

Sebaik berakhir pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau lantas menyalahkan isu 1MDB sebagai punca kekalahan BN sambil menyebut kesukaran dirinya untuk berhadapan memberi penjelasan kepada rakyat kerana tidak tahu banyak perkara mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan melalui idea Najib itu.

Kemudian, melalui video klip ucapannya di majlis tertutup dalam kursus kepada kepimpinan UMNO di Janda Baik, Muhyiddin sekali lagi menunjukkan perbezaannya dengan menyarankan agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan dibenarkan polis masuk menjalankan siasatan bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Di sebalik saranan beliau  yang mendapat respon positif daripada mereka yang hadir dalam kursus itu, Muhyiddin seolah-olah ingin memberitahu bahawa pandangannya dalam penyelesaian isu 1MDB ini langsung tidak didengari oleh Najib di mana walaupun pelbagai dakwaan dan pendedahan dilaporkan mengenai syarikat itu tetapi Lembaga Pengarahnya tetap dikekalkan oleh Perdana Menteri.

Lantaran itu, apabila timbul isu kata dua, walaupun Nazri Aziz mengatakan Najib tidak bermaksud demikian tetapi sebenarnya lebih menekankan tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara, tidak dapat tidak, respon daripada Muhyiddin menjadi sesuatu yang paling dinanti-nantikan.

Apatah lagi, dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat lalu ketika Najib memberi kata dua itu, Muhyiddin tidak menghadirinya kerana sedang bercuti di luar negara.

Sehubungan itu, kepulangan Muhyiddin daripada percutiannya pada petang ini  tidak dapat dielakkan daripada menjadi "acara besar" yang menarik minat ramai, khususnya ahli UMNO untuk mengetahui pendirian beliau yang sebenarnya.

Di laman sosial dan grup whatsapp, sejak  semalam lagi sudah mula dihebahkan mengenai kepulangan Muhyiddin dari luar negara itu dan diminta mereka yang berkelapangan beramai-ramai menyambutnya.

Bagi yang kreatif pula, pelbagai poster turut direka dengan tujuan memancing keinginan lebih ramai untuk bersama-sama melapangkan masa menyambut kepulangan pemimpin yang dianggap mampu menyelamatkan masa depan UMNO dan BN itu.

Mengikut laporan, Muhyiddin akan tiba kira-kira jam 9.00 malam, 2 Jun dan acara menyambut kepulangannya akan diadakan di Bilik Anggerik, Balai Berlepas, KLIA. Mereka yang ingin menyambutnya diminta berada seawal jam 7.30 malam.

Sementara itu, Ketua Penerangan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanti juga giat menghantar kiriman SMS kepada rakan, kenalan dan penyokong Muhyiddin agar dapat hadir beramai-ramai ke majlis itu.

Berdasarkan kempen yang dijalankan dan keghairahan orangramai menolak kepimpinan Najib ketika ini, tidak mustahil sambutan kepulangan Muhyiddin ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berlangsung dengan meriah.

Apakah Muhyiddin bakal membuat pengumuman penting di KLIA petang ini? Adakah petang ini akan tercetus babak baru dalam pergolakan UMNO, khasnya hubungan antara Muhyiddin dengan Najib?

Mungkinkah skala sambutan petang ini akan menentukan sama ada kata dua Najib  itu disambut Muhyiddin atau sebaliknya?

Berapa ramaikah pula menteri, timbalan menteri dan pemimpin UMNO yang berani hadir menyambut Muhyiddin petang ini nanti?

Hakikatnya, jika tidak ada sesuatu yang penting, mustahil sambutan untuk Muhyiddin ini hebahkan secara meluas kerana beliau sejak dulu dikenali sebagai seorang yang tidak suka disambut sama ada ketika pergi atau pulang dari luar negara.

Apa-apa pun, jom kita ke KLIA petang ini!! (SH 02/06/2015)

Inilah teks SMS yang dikirimkan oleh Tosrin sejak semalam...

Satu lagi idea kreatif untuk memancing keinginan ramai ke KLIA...

17 comments:

  1. panazzzzzz.....pak budin, lu memang pandai goreng berita...KIPIDAP AND GIDIUP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cuma nak tenguk dan dengar siapa menteri yang ikut jejak langkah Mahyuddin ni kalau dia mengambil jalan menyungsung arah dari perjalanan Najib....

      Delete
  2. HARAPAN........mudah2an berlaku sesuatu yg d ingini rakyat dlm menghadapi kemelut yg memalukan negara.
    KITA perlukan pemimpin yg BERANI TEGAS AMANAH DAN BERKATA BENAR d dlm mentadbir negara tercinta. Yg paling utama....JGN SUSAH KAN RAKYAT yg telah memberi mandat dan amanah buat kalian....
    BERBAKTILAH.....DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
    INGAT....RUKUN MEGARA

    ReplyDelete
  3. Ada kemungkinan tak, perkara sebaliknya berlaku, seperti PM mengambil langkah dulu, memecat TPM?

    ReplyDelete
  4. Hari ni dia bolehlah pecat sesiapa yang dia suka. Sebab dia ada kuasa. Esok rakyat pula akan memecatnya. Rakyat lagi berkuasa. Bukan peacat dia saja, malah kesemua kaki ampu kaki bodek dia dan isterinya.

    Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tak terkecuali.

    Pernahkah rakyat minta gula kopi kepada YB YB ni? YB YB ni yang masuk kampong daripada hilir hingga ke hulu untuk minta tolong supaya diberikan peluang. Supaya mengundi mereka.

    Rakyat berikan amanah dan kuasa kepada YB YB ni untuk uruskan hasil bumi negara. Bukan rakyat suruh mereka jual dan berjoli sesuka hati saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 100%

      Delete
    2. Berbalik kepada perlembagaan negara pun dah cukup. YB2 pun bukan faham sgt perlembagaan negara kalau dilihat dr tindak tanduk mereka

      Delete
  5. Alahhh Yop...cuba kamu tengok YB YB tu...Gemok Gemok belaka. Perut pun buncit ...yang landur pun ada.

    ReplyDelete
  6. Itu bukan YB yop oiii...itu MAYONG!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin will just come out of his plane and declare his support for Najib. Then, everyone goes home ... after incurring petrol and toll money.

    ReplyDelete
  8. Kalu di biarkan Najib dan team dia dlm kabinet, hancurlah Malaysia. Biar ada yg menentang Najib dan tak sekata dgn Najib.... Jadi check and balance supaya Najib tak berani nak buat sesuka hati dia. Tp kalu najib tak suka buanglah menteri2 tu....berani ke dia nak buang menteri2 kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bugis kalau terdesak semua dia buat brader.....janji kes tuya tak naik balik...naik kalu......abisssss......

      Delete
    2. Itu bugis kalau terdesak semua dia buat brader.....janji kes tuya tak naik balik...naik kalu......abisssss......

      Delete
  9. Buat gempaq ja tu, nanti mahyuddin ckp akan sokong pelan pemulihan 1mdb, bla, bla.....anti klimaks sungguh!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...