Sunday, 22 March 2015

Tangguh Saja, Usul Persendirian Jadikan Pas Akhirnya Sendirian


Usul persendirian Pas mengenai hudud di Parlimen benar-benar menjadikan parti itu bersendirian akhirnya. Setelah DAP secara terbuka menyatakan tidak akan menyokongnya, PKR pula semalam turut menyatakan pendirian yang sama.

Bagi PKR, tindakan mereka tidak menyokong usul itu ialah kerana berpendapat Pas membuat keputusan secara unilateral atau sebelah pihak tanpa memberitahu rakan-rakan dalam PR terlebih dahulu dan juga disebabkan ia bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu.

Lebih dari itu, tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang menghantar notis kepada Setiausaha Parlimen berkaitan pembentangan usul persendirian itu juga dianggap tindakannya secara bersendirian.

Ini kerana beberapa pemimpin Pas yang ditanya mengenai notis tersebut seperti Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Mahfuz Omar, turut menyatakan tidak tahu menahu mengenainya.

Tanpa sokongan PKR dan DAP, jika Pas meneruskan juga membawa usul berkenaan hudud itu di Parlimen, ia hanya disokong oleh 21 Ahli Parlimen daripada parti itu saja.

Oleh kerana pembentangan enakmen pindaan hudud di Dun Kelantan minggu lalu mendapat sokongan daripada UMNO, Pas mungkin mengharapkan semua 88 Ahli Parlimen UMNO akan menyokongnya dalam usul persendirian nanti.

Tetapi mengharapkan sokongan UMNO dalam usul hudud ini mungkin umpama impian menyentuh bintang di langit atau seperti harapan mengggunung ingin berjumpa bidadari dari kayangan saja.

Ia boleh dianggap sesuatu yang mustahil.

Selain sejarah membuktikan UMNO lebih selesa dengan undang-undang sekular,  Najib Razak sendiri pernah mengungkapkan penegasan tidak  akan melaksanakan hudud di negara ini. Dalam pada itu, UMNO juga terkepung dengan penolakan rakan-rakan dalam BN seperti MCA, Gerakan serta komponen Sabah dan Sarawak terhadap hukum itu.

Sukar untuk membayangkan UMNO sanggup menyokong usul persendirian hudud yang bakal dibawa Haji Hadi nanti dan dalam masa yang sama menyebabkannya berhadapan risiko ditinggalkan oleh MCA, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak yang merupakan antara penyumbang kekalnya kuasa BN itu sendiri.

Lebih ramai yang percaya tindakan "main mata"  UMNO terhadap Pas dalam isu hudud ini, termasuk sokongan di Dun Kelantan baru-baru ini, lebih bertujuan untuk memecah-belahkan PR semata-mata.

Dan kalau pun Najib atau UMNO tiba-tiba "hilang akal" dan mahu menyokong usul hudud di Parlimen itu nanti, ia juga tidak mencukupi untuk memperolehi majoriti iaitu hanya menjadikan perolehan kepada 109 undian saja (88 UMNO + 21 Pas).

Berdasarkan jumlah Ahli Parlimen seramai 222 orang, majoriti mudah sekurang-kurangnya memerlukan sokongan 112 Ahli Parlimen.

Dalam keadaan ini, usul persendirian Pas mengenai hudud ini sebenarnya tidak bermakna langsung jika diteruskan juga pembentangannya. Ia sama ada menjadikan Pas hanya mampu memperolehi 21 undi atau 109 undi saja. 

Kedua-duanya bermakna suatu tindakan "bunuh diri" atau umpama melompat keluar dari kapal terbang tanpa menggunakan payung terjun.

Tindakan terbaik bagi Pas sekarang ialah kembali kepada realiti yang ada di depan mereka. Parti itu seharusnya menarik balik notis dan menangguhkan hasrat mahu membentangkan usul persendirian itu di Parlimen.

Tidak guna meneruskan usul persendirian yang sudah bertukar menjadi tindakan bersendirian itu kerana ia jelas tidak boleh membawa kemenangan, bahkan risiko perpecahan dalam PR dan penolakan rakyat juga lebih besar kerananya.

Dengan menangguhkan usul itu, Pas boleh memulihkan semula hubungannya dalam PR dan kembali berganding tangan untuk menghadapi cabaran masa depan secara bersama dengan PKR dan DAP. Ini lebih merupakan perjuangan boleh menang bagi Pas berbanding meneruskan agenda hudud yang sudah pasti akan kecundang.

Pas boleh meneruskan semula hudud di Kelantan setelah PR memperolehi kuasa dalam pilihanraya akan datang dengan cara meyakinkan rakan-rakan dalam gabungan itu terlebih dahulu mengenai kebaikan dan kelebihan undang-undang Tuhan tersebut.

Belum terlambat sebenarnya untuk Pas kembali ke pangkal jalan setelah "terlena" dan "tersesat" seketika. (SH 22/03/2015)

27 comments:

  1. Salam,

    Banyak telah diperkatakan tentang istilah "Hudud" ini.

    Persoalannya ialah adakah hukum hudud PAS ini betul-betul berdasarkah kandungan Quran?

    Contoh senang :

    1. Hukum rejam sampai mati bagi orang berzina yang telah berkahwin. Cari dalam Quran, mana dia hukum rejam sampai mati? Mungkin ada orang kata saya menggalakkan yang berumah tangga pergi berzian. Itu hanya alasan karut. Sekali lagi persoalannya adakah terdapat ayat surah mana dalam Quran yang memberi hukuman seperti itu?

    2. Hukum mati bagi orang murtad dari Islam. Cari mana ayat dalam Quran?

    Apakah kita berani mengatakan sesuatu yang Quran tidak pernah sebut?

    Kalau kita rajin mencari hukum "hudud", mungkin boleh terdapat dalam kita Bible samada Old Testament atau New Testament? Kalau ada, adakah pihak PAS sanggup menjalankan hukum yang terdapat dalam Bible?

    Kita tidak bermaksud menghina orang Kristian, tapi secara tepat dan logik, mana hukum hudud itu, dalam Quran atau Bible?

    Kita mesti ingat, Nabi Isa hanya di turunkan untuk kaum Yahudi sahaja. Quran ini untuk seluruh alam sampai kiamat.

    Ingat dalam Quran kata, agama kamu agama kamu, agama ku agama ku. Adakah kita sanggup hukum bunuh jika seseorang itu tukar agama?

    Hukum 'murtad" dalam Quran atau Bible?

    Rajin-rajinlah mengkaji kitab Bible. Jangan Quran hanya untuk dipertandingkan, tapi isinya kita sendiri jarang mengetahui maksudnya.

    Quran suruh kita hidup aman-damai, hormat sesama manusia, bersikap adil dalam setiap aspek dll.

    Lihat apa jadi bila Quran tidak difahami sepenuhnya, maka timbullah Boko Haram, ISIS, Taliban, potong kepala orang, culik orang yang tidak berdosa, bom sana bom sini, semua gara-gara sudah lari dari maksud Quran yang sebenarnya.

    Allah telah memberi amaran keras kepada Nabi Muhammad sendiri dalam Quran agar jangan mengatakan sesuatu yang tidak ada dalam mesej Quran, kalau tidak dipotong lidah.

    Kalau Muhammad sendiri sudah diberi amaran keras oleh Maha Pencipta, maka apakah kita manusia biasa (tidak kiralah pak ustazkah, ustazhakah, ulamak kitabkah) berani mengatakan sesuatu yang Quran sendiri tidak sebut?

    Quran suruh kita maju didalam setiap bidang di dunia ini jadi bekalan untuk akhirat.

    Ketika negara lain maju dan bersih, negara "Islam" sendiri, bergolak, pemimpin ala diktator, kebersihan sekeliling rumah tidak terjaga, tandas kotor dan jijik.....bagaimana kita ini sebenarnya menjadi umat pilihan?????

    Ulamak bukan Tuhan, ustaz bukan Tuhan, pemimpin diktator bukan Tuhan, kitab-kitab tulisan manusia bukan Tuhan. Tuhan Maha Pencipta hanyalah Tuhan Yang Satu dan mesejnya hanyalah Quran.

    Hanya sekadar renungan.....





    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah atau Enakmen hukum Hudud?
      Komen saudara panjang lebar tetapi saudara tak faham tajuk.

      Delete
    2. PAS meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah atau Enakmen hukum Hudud?
      Komen saudara panjang lebar tetapi saudara tak faham tajuk.

      Delete
    3. Unknown 23:27

      Saudara OKU ini nak bertanya atau nak memberi maklumat? Makna "Hudud" adalah Undang-undang yang digubal bagi menyesuaikan ke dalam Enakmen (undang-undang) Jenayah Syariah Kelantan.

      Delete
    4. anon 12:22, kau ni bangang ke ape?cuba kau cari dlm quran ada tak cara cara solat?itu la gunanya hadith nabi...begitu jugak hukum hudud.saya nasihatkan,kalau bangang tu tuntut la ilmu sebelum kau keluarkan hujah hujah bangang kau tu.

      Delete
  2. Walau pun Adnan Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai “hudud politik”....

    Saya sokong PAS meneruskan cita-citanya yang telah digambarkan oleh Harun Din bahawa PAS lebih mengutamakan hudud dari Pakatan Rakyat. Hadi Awang pula mengatakan bahawa hudud adalah lebih utama dari wawasan 2020.

    Tapi dalam politik saya tidak akan menyokong apa saja agenda parti PAS dan tidak akan memberi undi pada calonnya yang bertanding dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la..hari2 pergi bakar lilin depan penjara sg buloh sampai pg..bwk bapak ko skali..

      Delete
    2. Anon 19: 25

      Marah ke....? Nanti kena penyakit darah tinggi...nanti kena strok...nanti mulut jadi senget...nanti bini kau cari jantan lain... He...he...he..

      Delete
  3. Pas kena menang kusi parlimen 150 bersih...mudah nak laksana hudud...berdoalah...moga mudah mcm brunei....

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut pkr semua undang undang yg manusia dan tuhan buat tidak adil..yg adil ialah apabila anwar bebas melakukan apa yg dia suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:19

      Kau ni sokong apa ? Tulis ikut emosi macam orang telan pil kuda.

      Delete
  5. Banyak juga komentar yang kepala hotak macam Nik Amar dan Ahmad Yaakob di blog Tuan Shahbuddin ni ye. Itulah melambangkan kebodohan manusia yang mengaku beragama tapi tak pernah belajar dari sejarah dan bodoh jenis tak boleh diajar..........Islam pun tak perlukan penganutnya bodoh macam para komentar pro Nik Amar ni nanti dikatakan Islam pula yang melahirkan pengganut yang bodoh.

    ReplyDelete
  6. Aku sokong hudud tapi aku x sokong PAS. Yg akan menegakkan hudud di bumi malaya ni adalah golongan yg bukan dari PAS. Di dalam PAS sendiri tidak berlaku keadilan dlm menjatuhkan hukuman sesama ahli dan kita berharap PAS sebagai perlaksana hukum hudud?. jgn buat lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju benar dengan pandangan saudara. Pimpinan tertinggi PAS hidup dalam dunianya sendiri. Tidak menghormati jemaah, berjanji tidak ditepati, bila bercakap tidak berpandukan fakta, terlalu bergantung kepada orang disekeliling terutama menantunya yang saya kira perlu disiasat latarbelakangnya, menghalau ahli PAS yang tidak sependapat dan yang lebih malang Musyidul Am PAS yang baru lebih berkebolehan mengenali jin daripada musuh politik sebenarnya.

      Delete
  7. Enakmen yg di lulus DUN Kelantan adalah Enakmen Jenayah Syariah atau Enakmen Hudud?
    Sekira Enakmen Jenayah Syariah, kenapa ada pihak2 yg beri komen tetapi macam tak baca tajuk Enakmen tersebut dan boleh terkeliru ianya Enakmen Hudud?
    Sememangnya sumber perundangan syariah bukan terhad hanya kpd Quran, tetapi juga Sunnah Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  8. Saya lebih tertarik untuk melihat kepada "permainan" Umno dalam isu hudud ini. Sangkaan ramai bahawa sokongan Umno kepada Pas adalah helah Umno untuk memecahkan PR. Setakat ini, iaitu sebelum sampai ke parlimen sangkaan itu memang tepat. Kita sudah nampak keributan dalam PR.

    Bagaimana pun sekarang ini ribut telah mula melanda BN sendiri. Setakat ini MCA, Gerakan, MIC di Semenanjung telah secara terbuka memberi amaran kepada Umno. PRS dari seberang Laut China Selatan juga telah mula memberi amaran kepada Umno supaya jangan menyokong Umno.

    Dalam seminggu dua ini mungkin semua parti komponen BN akan menyatakan pendirian mengancam keluar dari BN jika Umno sokong hudud. Bila ini menjadi kenyataan apa akan jadi kepada Umno?

    Umno akan berada dalam kedudukan luah mati emak, telan mati bapa. Kalau tidak sokong hudud di parlimen apahal pulak Umno dah sokong di DUN? Nampak sangat Umno menipu Pas dan menipu Melayu kerana selama ini Umno mendakwa melaksanakan kehendak Islam dalam pemerintahannya tapi tolak hudud di parlimen? Kalau Umno terima hudud, semua rakan kongsi kuasanya akan lari meninggalkannya!

    Sekarang ini yang nyata tersepit ialah Umno, bukan PR.

    Andaikata Umno komited menyokong hudud di parlimen dan parti gabungannya komited dengan amaran mereka untuk keluar dari BN, maka tinggallah Umno 88 kerusi. Oleh kerana Pas juga telah berpatah arang dengan PR maka pilihan yang ada ialah bergabung dengan Umno. Begitu juga sebaliknya Umno terpaksa bergabung dengan Pas kerana kawan-kawannya dah lari. Maka jadilah jumlah kerusi gabungan ini 109 sahaja.

    Manakala parti-parti bekas BN tadi tidak mustahil akan bergabung pula dengan DAP dan PKR lalu jumlah kerusi mereka menjadi 113. Bila ini berlaku maka tumbanglah kerajaan yang ada hari ini.

    Apakah Umno tidak mengambil kira kemungkinan ini dalam pertimbangannya sebelum memutuskan menyokong RUU hudud di parlimen sedangkan amaran telah diberi oleh sekutunya?

    Nampaknya Pas berpeluang besar akan terkena sekali lagi.

    wallahuaklam.

    ReplyDelete
  9. perbuatan kita dalam solat ikut sapa pulak (baru satu contoh )
    kenapa tak pertikai
    ada disebut secara ditil ke dalam Quran?
    nak tunjuk pandai tapi tak pandai
    kebanyakan undangundang yang ada sekarang ada sebut dalam Quran ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 00:19

      Habis tu kamu solat ikut siapa? Kamu ikut hadis Muhammad SAW, Ok..... Dalam soal Hudud, kalau kamu ikut hadis Muhammad SAW, dipotong tangan akan dikenakan terhadap seluruh rakyat di negara yang mengamalkan Hudud (Islam atau bukan Islam). Kenapa dalam Hudud bawaan PAS, hanya orang Islam sahaja yang dipotong tangannya sedangkan bukan Islam termasuk dalam perundangan sekular? Jangan ambil jalan mudah nak komen orang yang banyak membaca, kamu sendiri yang otak macam di kepala ikan kering (mata sentiasa terbuka tapi tak nampak apa-apa).

      Delete
  10. Hadi tak hormat perjanjian PAS dalam PR, tak hormat pemimpin PKR mahupun pemimpin DAP, tak hormat golongan profesional dalam PAS sendiri. Jenis tak hormat orang dan tikam belakang, buat kerja dalam gelap, sembunyi-sembunyi, cakap berdegar-degar, cakap lain buat lain. Budaya macam ni lah yang kebelakangan ini dipupuk dalam PAS, jenis parti ugama yang penuh muslihat dan tipu daya.

    Pak Lebai pulak jenis tak reti tangani isu banjir dan tak reti nak bina semula kawasan yang musnah. Sembab dan lembab bila nak tolong rakyat miskin mangsa banjir, tunggu Najib beri semangat dulu.

    Lepas tu nak suruh orang setuju versi hudud serang hendap dia!?&*%£<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 01:35

      Amat setuju dengan apa yang anda tulis. Jenis lebai kampung ni sememangnya tak boleh dibawa berunding dan berkerjasama. Bagi mereka, apa yang mereka buat semuanya betul, walhal kebanyaakan rakyat melihat mereka ini ibarat iblis berjanggut. Lihatlah muka "Nik Amar" penuh keegoan dan wajah "bapa segala munafik". Mereka hanya mampu menghidangkan "hudud" kepada rakyat, yang lain (harta negeri) mereka kebas. Lebai malang ini kebanyakkannya hanya pandai bercakap dan memberi komen tapi tak tahu langsung membuat kerja dan tak mahu langsung menerima pendapat golongan yang lain.

      Delete
  11. TGHH telah berkorban demi Hudud dan selepas ini kalau tidak berjaya juga dilaksanakan disebabkan UMNO tidak sokong maka kita buka buku baru bahawa UMNO hanya mempermainkan hudud dan sekiranya UMNO selepas ini menyebut untuk menyokong PAS untuk melaksanakan hudud maka bolehlah kita kencing kat muka pemimpin tersebut. Apa pun kita lihat muktamar PAS Jun ini sama ada TGHH masih kekal atau pemimpin baru dipilih.

    ReplyDelete
  12. Pas umpama ikan yang sudah memakan umpan UMNO dan akan disiang habis habisan olih UMNO serta dihidang untuk kenduri kahwin anak najib.

    ReplyDelete
  13. PAS mungkin tidak akan diterima balik kedalam gabungan PR selagi Hadi berada sebagai ketua parti tersebut.

    ReplyDelete
  14. Samada ada undi atas usul yang dibuat bukanlah persoalan utama. Dalam hal ini pemimpin PAS yang mempunyai authority telah melaksanakan tugas nya sebagai pemimpin orang islam dan tindakan in dapat menyelamatkan mereka apabila ditanya ALLAH di Mahsyar nanti...soalan kepada kita ...adakah kita sudah ada jawapan apabila ditanya..."Apakah yang kamu buat untuk agama AKU di atas dunia" ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:30

      Betul ke ALLAH di Mahsyar nanti...soalan kepada kita ...adakah kita sudah ada jawapan apabila ditanya..."Apakah yang kamu buat untuk agama AKU di atas dunia" ?

      Sebelum kau nak menjual agama... Aku ada soalan.. Kau dah kenal ke dengan Allah yang akan menyoal di padang mahsyar tu ?


      Delete
  15. Hadi and Harun and their associates want to go to heaven - at whatever cost to the rest of PAS members, PAKATAN and the country. Hence, their heaven pursuit has left others in the country in hell with UMNO-BN continue on its unabated path of profligracy and cruelty... In my humble opinion, such selfish leaders and followers in PAS are not fit to be where they are! History and the coming generations shall judge them appropriately. And, when they leave this earth behind, guess what shall they get from Allah swt?

    ReplyDelete
  16. Hadi and Harun should consider co-writing their version of "Left Behind" as they leave us behind. Hadi's is the world of trickery and subterfuge, while Harun's is the world of jinns and demons, so their parting gift would be a runaway bestseller.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...