Monday, 23 March 2015

Mungkinkah Alwi Meraung Pula Selepas Ini?


Mengikut laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Perdana Menteri, Najib Razak akan membuat pengumuman rasmi mengenai pendirian BN berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, pengumuman rasmi akan dibuat selewat-lewatnya Selasa ini.

Bagaimanapun Tengku Adnan juga memberi bayangan, "saya tidak kata kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Tetapi seperti diketahui, hukum hudud mesti mengikut Perlembagaan negara".

Berdasarkan kenyataan Ku Nan ini, semua orang barangkali sudah boleh membayangkan apakah pendirian yang bakal diumumkan Najib nanti. Ia tidak lain menunjukkan Najib akan sekali  lagi menolak perlaksanaan hukum hudud itu dan  Ahli Parlimen UMNO akan diarahkan agar tidak menyokong usul persendirian yang bakal dibawa oleh Pas nanti.

Sebagaimana sebelum ini Najib pernah menyatakan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini serta berpegang kepada tafsiran maqasid syariah, beliau dijangka akan mengulangi pendirian yang sama  dalam kenyataan yang bakal dikeluarkannya nanti. 

Alasan perlaksnaan hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara akan turut digunakan untuk menguatkan lagi hujah menolaknya.

Oleh kerana MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak turut menolak hudud serta mengancam untuk meninggalkan BN jika UMNO berpendirian menyokong usul Pas itu, Najib amat jelas tidak mungkin berani berpendirian sebaliknya.

Berbanding Pas, Najib sudah tentu jauh lebih sayangkan parti-parti komponen itu. Memahami pendirian yang bakal dinyatakan Najib nanti, Pas secara realitinya sudah boleh melupakan harapan untuk mendapatkan sokongan UMNO dalam usul persendirian yang bakal dibawanya nanti.

Sokongan yang seolah-olah mereka juga mahukan hudud, baik melalui kenyataan beberapa pemimpinnya atau melalui penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri sebelum ini, tidak lebih hanyalah gula-gula pemanis muka  untuk menunjukkan mereka juga memperjuangkan Islam.

Tetapi persoalan yang menjadi bualan ialah bagaimana pula dengan pendirian 12 Adun UMNO Kelantan yang sudah menyokong usul itu di Dun Kelantan, baru-baru ini.

Bagaimana UMNO negeri Kelantan boleh membuat sesuatu pendirian menyokong sedangkan Pusat belum ada pendirian rasmi mengenainya?

Jika pendirian yang dinyatakan Najib selewat-lewatnya Selasa ini tepat seperti jangkaan ramai iaitu tetap tidak menyokong hudud, apakah tindakan Adun Kelantan itu boleh dianggap bercanggah dengan disiplin parti?

Atau adakah Adun Kelantan, khususnya Alwi Che Ahmad akan meraung-raung menangis kecewa terhadap Najib kerana hukum Allah ditolak begitu saja oleh ketuanya sendiri? (SH 23/03/2015)

19 comments:

  1. di negara ini bukan hanya Hudud sahaja yang perlu diperjuangkan (jika ada kesesuaian), malah beribu-ribu hukum yang lahir dari ajaran Islam perlu diperjuangkan. Sebenarnya majoriti rakyat bukannya tidak yakin kepada enakmen Hudud, tetapi mereka jauh tidak berkeyakinan terhadap pihak yang teruja ingin melaksanakannya (parti politik PAS). Sekiranya dilihat PAS sebagai sebuah parti politik yang sudah tidak mahu memperjuangkan keadilan rakyat dan menentang pemerintah yang zalim, bagaimana mungkin PAS boleh menjadi peneraju kepada enakmen Hudud? Sekiranya PAS berjaya mengganti UMNO (ganti sikap buruk UMNO kepada rakyat) dengan tambahan 2 susuk pemimpin korporat dan flip-flop iaitu Harun Din serta Hadi Awe, mana mungkin enakmen sebesar ini dapat diterima dan berlaku adil terhadap rakyat?

    ReplyDelete
  2. Syukur kepada Allah dan tahniah kepada semua mereka yang mengaku sebagai Islam menyokong hudud kerana ketaatan kepada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudud pas hudud politik.Jangan nak percaya pada Pas.

      Delete
    2. Memang betul, Hudud pas adalah hudud politik yang digunakan untuk menutup kelemah pemimpin PAS sebagai pentadbir negeri.

      Harap orang ramai tidak tertipu dengan helah pas.

      Delete
  3. Mereka akan menangis sambil ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan HADI yang mudah ditipu dan dicocok hidung macam lembu korban.....
    Buat lah kira-kira-kira dulu kalau ya pun nak dibentangkan berapa anggaran MP Melayu yang akan menyokong dan berapa pulak MP Islam yang berkecuali atau tidak mahu mengundi....dah tahu akan kalah nak bentang juga memang BAGHAL KELDAI la Presiden PAS tu.... buah belum masak mahu dijoloknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kata hukum akal. Kita merancang, Allah menentukan

      Delete
    2. sekurang2nya hadi dah dapat jawap dihadapan ALLAH diakhirat kelak.......kamu anon 1433?

      Delete
    3. Hadi jawab dia menipu kerana Allah, dia mungkir janji kerana Allah, dia berbohong sana sini kerana Allah, dia kutuk orang kerana Allah.

      Kemudian kedengaran di seluruh alam:

      "Wahai manusia, mu menipu orang, cakap bohong, mungkir janji, kutuk orang adalah kerana mu sendiri."

      Adapun pada masa itu, segala jubah serban akan terlondeh terburai lantas menampakkan kebenaran yang nyata.

      Delete
  4. wahai umat islam malaise.....kenapa susah sangat nak tegakkan islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15:17

      Selama kamu di 1Malaya ini tak tertegakkah Islam? Sebelum Enakmen Hudud dilaksanakan nanti adakah kamu masih di bawah Yahudi atau Nasrani? Hudud itu rukun Islam yang ke-6 kah? Atau rukun Iman yang ke-7? Tiada siapa pun selama ini menggangap kamu jahil tentang agama, tetapi hari ini kamu sendiri yang menceritakan kepada seluruh pengunjung blog SH, bahawa kamu memang confius dan memang tak ada keyakinan terhadap akidah Islam selama ini.

      Delete
  5. Che Alwi menangis kerana Allah, kalau meraung pun kerana Allah jua.

    ReplyDelete
  6. Sebelum Hadi nak kelentong pasal hudud, suruh hadi terangkan apa yang dah terjadi pada "Amanat haji Hadi" dahulu. Jangan tipu orang islam, kerana Hadi bukanlah manusia yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  7. Kalau benar apa yang Alwi buat hanya kerana ALLAH, tak ada benda pon yang perlu beliau takutkan. Beliau dah laksanakan tanggungjawab beliau di Dewan Undangan Negeri. Sekarang giliran Najib bertanggungjawab sebagai pemimpin pusat untuk laksanakan tanggungjawabnya. Tolak atau terima diperingkat pusat adalah ditangan Najib. Alwi boleh berdakwah kepada Najib tetapi bukan buat keputusan untuk Najib. Sanggup pegang jawatan, mesti turut sama pegang tanggungjawab. Situasi yang sama dengan Roslan. Dia dah laksanakan tanggungjawab beliau. PKR pon dah nyatakan pendirian.

    ReplyDelete
  8. PAS ni kesana kesini macam pengemis ..Setelah direject olih DAP dan PKR mereka pula pergi mengemis dengan UMNO. Agaknya Najib masih menunggu jawapan dari Hadi atas Soalan "Gua Tolong Lu, Lu Tolong Gua?

    ReplyDelete
  9. hudud tu hukum Allah SWT....mana lagi tinggi hukum Allah SWT atau perlembagaan ciptaan manusia...mana yang patut ikut mana?

    ReplyDelete
  10. Hukum Hudud adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah, penerimaan umat Islam amat penting bagi membangkitkan semangat keislaman rakyat melayu yang telah kabur serta hilang arah disebabkan permainan politik.

    Kita yakin kali ini pendirian yb parliemn UMNO adalah bersatu menyetujui perlaksanaan hukum hudud dibaw ke parlimen untuk diluluskan. Pendirian mudah PM selaku pengerusi BN dengan mudah dapat diteka atau dibaca , sebagai umat seorang Islam , ahli YB Umno akan diberikan pilihan untuk mengundi atau tidak malah jika kesemua nya wakil parlimen berbangsa melayu mengundi untuk hudud masih belum mencukupi untuk mendapat kelulusan . Ini merupakan satu permainan poltik berani yang dimainkan oleh BN.

    Oleh itu mengikut gerak hati kita, hudud gagl dilaksanakan di Kelantan kecuali .. ada sokongan dari yb2 kaum cina dan india.

    Didoakan moga isu hudud tidak dijadikan isu politik bagi meraihkan sokongan melayu sedangkan kaum cina mula bersatu diantara satu sama lain.

    Tidak salah mencuba tetapi jangan lah dipermainkan hukum Allah.

    ReplyDelete
  11. Syeikh Hadi bukanlah 'lembu' seperti yang dianggap orang kebanyakkan. Beliau tahu jika tidak ada sesuatu 'perkara' yang boleh menjadi 'booster' beliau pasti kalah dalam pemilihan Presiden Muktamar tahun ini. Kedegilan beliau meletakkan calon bertindih di Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Labuan semasa PRU13 lalu memberi kemenangan mudah 0-7 kepada UMNO/BN nyata menyemarakkan kemarahan bukan sahaja penyokong dan ahli PKR malah penyokong PAS sendiri.

    Kedegilan beliau mempertahankan Almarhum MB Kedah menyebabkan Kedah jatuh ke tangan BN walaupon PR meraih 53% undi popular di peringkat pusat dan majoriti besar di negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Jalan mudah untuk mendapatkan semula sokongan ahli PAS serta bangsa Melayu kepadanya adalah dengan menghidupkan semula Enakmen Jenayah Syariah Kelantan. Beliau tahu, semua penyokong tegar tahu malah seluruh rakyat tahu Parlimen tidak akan meraih sekalipon 'simple majority' untuk mengubah Perlembagaan memberi laluan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Namun demi ego dan kuasa, strategi yang boleh jadi mengundang kemarahan awam, malah lebih menakutkan kemurkaan Tuhan, telah dipertaruhkan Syeikh Hadi.

    Betapa Langkah Hudud telah bukan sahaja memecah belah keluarga besar PAS malah seluruh PR dan rakyat Malaysia yang berharap kepada janji-janji Negara Berkebajikan.

    Samalah halnya DAP. Mereka juga sedar Enakmen tersebut tidak akan mendapat mandat di Parlimen namun demi survival parti, meningkatkan sokongan moral ahli serta penyokongnya yang rata-rata kaum Cina beragama Kristian dan Buddha serta menutup rapi masalah kelemahan pentadbiran di Pulau Pinang dan Selangor mereka 'lantang' menentang usaha kerajaan Kelantan moga dapat mengalih perhatian dan tumpuan terhadap isu sebenar.

    Inilah politik Malaysia. Ahli dan penyokong parti sebenarnya tiada masalah antara satu sama lain. Yang menimbulkan ketegangan adalah pemimpin mereka. Benarlah pendapat sesetengah penganalisa politik, dinasor-dinasor baik di pihak BN dan PR harus dilupuskan dari persada politik negara demi Malaysia yang lebih baik. Mereka inilah punca kekusutan yang menekan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq emer....pandangan bernas.....gwa setuju

      Delete
  12. Ttakyahla nak sibuk sangat dgn hudud kalau kes cerai [un jais huru-hara tak ckup peguam.. agak2 hudud larak ke nak handle

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...