Monday, 2 March 2015

Saman Perdana Menteri Tidak Lagi Ditakuti, Tapi Dinanti-Nanti


Biasanya antara perkara yang paling ditakuti dalam kehidupan moden ini ialah tindakan saman oleh seseorang keatas kita berkaitan perbuatan, percakapan atau tulisan yang kita lakukan yang tidak menyenangkan dan dianggap fitnah.

Saman bukan saja boleh membuatkan kita terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak jika akhirnya kalah di mahkamah, bahkan juga kena memperuntukan duit yang bukan sedikit untuk mengupah peguam.

Jika tidak mampu membayar denda yang ditetapkan pula, kekalahan di mahkamah mungkin juga menyebabkan  kita diisytiharkan muflis dan tidak berharta lagi. Ada juga kes yang menyebabkan mereka yang kalah terpaksa merengkok di penjara kerananya.

Lebih ditakuti lagi jika yang mengemukakan saman itu ialah individu berpengaruh, dikenali ramai dan diketahui mempunyai wang yang banyak.

Kalau Perdana Menteri yang mahu mengemukakan saman itu, lagilah berganda ketakutan seseorang itu kerana ia bukan saja menjadikan potensi kalah lebih terbuka luas, gantirugi yang terpaksa dibayar juga tentulah besar jumlahnya.

Tetapi senario ini berbeza dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau seolah-olah langsung tidak ditakuti apabila beliau mengancam untuk menyaman dan membawa Harakahdaily serta Pengarah Urusannya, Dr Rosli Yaakob ke mahkamah, malah pihak lain turut tampil mencabar agar Najib menyamannya terlebih dahulu.

Dalam kes ancaman saman atau mahu disaman oleh Najib, sudahlah ia tidak digeruni, bahkan bagai ditunggu-tunggu pula kerana ia dianggap peluang terbaik untuk mendedahkan lebih banyak perkara lagi.

Ini benar-benar merupakan situasi yang asing dan luar biasa, bukan saja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia sekali pun. Di Malaysia, ia barangkali hanya berlaku di era kepimpinan Najib ini saja.

Khamis lalu, Najib melalui peguamnya telah mengemukakan notis tuntutan kepada Dr Rosli dan Harakahdaily agar memohon maaf dan menarik sebuah aktikel yang mengaitkan anak tirinya, Riza Aziz dengan dana 1MDB untuk menerbitkan filem di Hollywood atau berhadapan dengan tuntutan saman di mahkamah.

Najib dikatakan bertindak demikian untuk melindungi keluarganya.

Sementara Dr Rosli dilaporkan sebelum ini berasa bangga dengan saman yang dikemukakan oleh Najib itu, peguam Hanipa Maidin yang bakal bertindak sebagai peguam kepada Dr Rosli, turut mengalu-alukan tindakan saman tersebut.

Katanya, beliau sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertanyakan soalan dengan Najib di Parlimen dan kesempatan untuk bertembung di mahkamah adalah peluang terbaiknya untuk mengasak Perdana Menteri dengan pelbagai pertanyaan.

Jadi, kita syukran jazilah, terima kasih banyak-banyaklah, katanya yang juga merupakan AJK Pas Pusat serta Ahli Parlimen Sepang.

Dalam masa yang sama sebelum ini, apabila tersebar berita mengenai ancaman saman kepada Dr Rosli dan Harakahdaily itu, Rafizi Ramli juga bingkas mencabar Perdana Menteri agar menyamannya terlebih dahulu.

Jika Dr Rosli dan Hanipa berasa bangga dan bersyukur kena saman dengan Perdana Menteri, Rafizi pula terasa sedih dan tidak gembira kerana tidak dibawa ke mahkamah oleh Najib.

Ini kerana Najib juga pernah mengancam untuk menyaman Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkaitan isu 1MDB tetapi sehingga ini tidak diketahui statusnya.

Ancaman saman turut pernah dikemukakan oleh Najib kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta portal berita Malaysiakini.

Sama seperti tuntutannya agar  kedua-dua mereka memohon maaf dan menarik balik atau berhadapan dengan tuntutan saman, ia juga tidak diketahui statusnya apabila permintaan itu enggan dipatuhi hingga tarikh akhirnya.

Najib hanya mengemukan notis tuntutan beserta dengan ancaman, tetapi apabila ianya tidak dipedulikan, beliau juga jadi senyap dan diam tanpa diketahui sama ada meneruskannya atau sekadar acah-acah saja.

Ia tidak ubah seperti "janji ditepati" bertukar menjadi "janji dicapati".

Begitu juga, saman Najib terhadap Harakahdaily dan Dr Rosli ini, ia turut tidak diketahui sama ada beliau serius atau acah-acah juga.

Jika terbukti ia hanya acah-acah saja, sekali lagilah "janji ditepati" turut bertukar menjadi "janji dicapati". (SH 02/03/2015)

7 comments:

  1. Apalah nasib rakyat Malaysia dapat PM yang sangat lawak. Lawak lagi badut-badut baju biru cap BN ....kah...kah,,

    ReplyDelete
  2. Bagus juga kalau ia nya jadi reality, sekurang kurang nya dapat juga orang kampong melihat gelagat Ah Jib Gor bila di soal balas oleh para peguam bela. Kalau boleh biar lah Kak Mah hadir sekali, jangan bawa Mr. Ji sudah lah, nanti penuh pula peralatan agama Hindu di dalam mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies




    1. Jika Anda sudah capek dan lelah dengan status
      P7 – PERGI PAGI PULANG PETANG PENGHASILAN PAS-PASAN
      dan Anda tidak tahu harus bagaimana untuk meningkatkan
      kondisi finansial Anda… maka saya minta Anda dengarkan saya.


      Mungkin Anda adalah orang
      yang memiliki masalah :

      1.Stres
      2.Butuh Uang
      3 Butuh angka togel hasil ritual 100% tembus
      4.ingin buka usaha sendiri
      5 Memiliki Banyak Hutang
      6.Penghasilan Tidak Cukup
      7.selalu gagal setiap ada pekerjaan
      Semua masalah bisa di atasi
      Maka Anda sudah tepat sekali.
      berada di sini
      Anda PENASARAN Dan
      Ingin Tahu Rahasianya?
      LANGSUN AJA HBG BELIAU JANGAN DI RAGUKAN
      AKI DARMO DI Nmr (_082-310-142-255_)
      Saya sangat berterimakasih banyak kepada
      AKI DARMO yg sudah membantu saya sekeluarga,karna sekaran ini saya sudah punya usaha dan bisa melunasi semua hutang2 saya bakhan saya juga sudah bisa membahagiakan kedua orang tua saya bersama istri saya. itu semua atas bantuan AKI yang memberikan sulusi jalang menuju pesugihan mendapatkan uang , sudah banyak paranormal yg saya hubungi tapi tdk pernah membuahkan hasil, sehingga saya mencoba mengikuti ritual pesugihan AKI DARMO dan alhamdulillah berhasil dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HBG BELIAU...!
      DI no: (_082-310-142-255_) AKI DARMO jangan percaya sama nomor ritual paranormal yg lain,nomor ritual aki meman selalu tepat dan terbukti. atau SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI....!!!
      JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.

      Delete
  3. Najib sangat bertuah dan tuah menyebelahi beliau krn dilahirkan sbg anak bekas PM Malaysia, Tun Abdul Razak. Tapi setelah lama beristerikan Rosmah Mansor, tuah telah meminggirkan diri dari Najib kerana diasak sial wanita yang lupa diri dan asal usul. Saudara mara wanita ini juga dikatakan menjauhi diri mereka darinya kerana sial yang dibawa berpunca dari sikap keterlaluan wanita tersebut. Najib dijangka akan terpaksa menanggung akibat yang besar tidak lama lagi kerana salah memilih, gagal memilih wanita dan isteri yang mampu membawa tuah sebaliknya mudarat yang bertimpa timpa kebelakangan ini. Kegagakan Najib mengawal selera dalam memilih pendamping hidup bakal meranapkan masa depan beliau sendiri. Masa yg bakal menentukannya dengan kehendak Allah jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaliknya ini satu rahmat juga utk 1Malaysia. Jika Najib beristerikan perempuan yg baik, PR akan kehilangan modal yg begitu lumayan.

      Jangan jadi Melayu yg gagal membaca surah songsang. Tanpa Rosmah, PR mmg hilang bahan lawak jenaka setiap hari.

      Delete
  4. http://pkrl.blogspot.com/2015/03/panas-pendedahan-emel-rompakan-terbesar.html

    ReplyDelete
  5. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...