Saturday, 28 March 2015

Isu 1MDB Panaskan Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia


Malam semalam telah berlangsung forum "Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia" anjuran sebuah NGO, Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsan di Dewan MBSA, Bukit Naga, Shah Alam.

Forum disertai oleh dua ahli panel iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin. Moderatornya pula ialah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Menariknya ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang berbeza iaitu Husam daripada Pas, A Kadir Jasin seorang ahli UMNO manakala Yusmadi daripada PKR.

Walaupun tajuk yang dipilih berkaitan ekonomi Malaysia, tetapi tumpuan perbincangan lebih mengkhusus kepada isu 1MDB yang sejak beberapa bulan lalu semakin menjadi perbualan ramai.

Husam dalam ucapannya menekankan bahawa 1MDB adalah isu penting yang harus diambil perhatian oleh seluruh anggota masyarakat kerana ia sudah menjadi beban yang memberi kesan kepada semua rakyat.

Katanya, beban 1MDB adalah hutang yang bukan saja ditanggung oleh generasi sekarang, tetapi juga bakal berlarutan sehingga generasi yang seterusnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan, apakah isu yang melanda 1MDB bakal menyerupai seperti skandal PKFZ di mana semua yang pernah didakwa akhirnya terlepas, namun wang berbilion ringgit yang dipersoalkan lesap begitu saja.

Husam turut membangkitkan soal pencanggahan kepentingan melibatkan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dalam waktu yang sama, manakala wang yang banyak dipinjam pula adalah daripada KWSP, KWAP dan sebagainya yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Ketika menjawab pertanyaan peserta pula, Husam menyatakan kesediaan untuk turun bersama-sama dengan rakyat untuk menuntut penyiasatan yang telus dan menyeluruh berkaitan isu demi isu melibatkan 1MDB ini, termasuk juga menghantar petisyen kepada Senat AS agar syarikat yang didaftarkan di negara itu yang didakwa terlibat dalam urusniaganya hendaklah juga diaudit sama.

A Kadir Jasin pula menyatakan, walaupun 1MDB dikatakan sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan tetapi bidang pelaburan yang diceburinya seperti janakuasa bukanlah suatu bidang perniagaan yang baru.

Lebih malang, tegasnya, pelaburan dalam pembekal janakuasa bebas atau IPP itu tidak saja dibuat dengan harga lebih tinggi daripada pasaran, bahkan juga ketika kontraknya dengan TNB sudah hampir tamat tempohnya.

Sehubungan itu, katanya, pelaburan dan hutang 1MDB yang tinggi dan sebahagiannya dijamin oleh kerajaan bukan isu yang boleh dipandang ringan oleh rakyat.

Perjuangan menuntut penyiasatan yang bebas dan menyeluruh berkaitan 1MDB ini seharusnya juga melepasi sempadan parti dan melibatkan semua pihak yang sayangkan negara ini, tambah beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang NSTP.

Dengan tegas, A Kadir Jasin menyatakan mereka yang bertanggungjawab dalam pelaburan meragukan dan hutang yang tinggi dalam 1MDB seharusnya diambil tindakan yang sewajarnya.

Berkenaan konflik kepentingan, A Kadir Jasin menyatakan beliau berulangkali menyatakan kedudukan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan secara serentak lebih mendedahkan kepada berlakunya amalan itu.

Secara umumnya peserta yang hadir amat berpuas hati dengan forum ini dan berharap ia sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi lebih pendedahan kepada rakyat berkaitan isu-isu ekonomi negara. ( SH 28/03/2015 )

Husam Musa dan A Kadir Jasin sebagai ahli panel manakala Yusmadi sebagai moderator...

Husam Musa mahu semua rakyat sedar nengenai beban 1MDB ini kepada mereka...

A Kadir Jasin mahukan isu 1MDB diperjuangkan melepasi sempadan parti...

Sebahagian daripada peserta forum yang hadir...

8 comments:

  1. Isu 1MDB hanya berlegar di forum dan pentas dengan ulasan lebih tertumpu kepada kelemahan dan risiko kerugian perniagaan.

    Ianya gagal diheret sepertimana isu lembu suami sharizat atas faktor kekebalan dokumentasi pengurusan 1MDB berprofile tinggi atau sebenarnya ia sekadar peluru tumpul sepak terajang politik semasa.

    Kredibiliti pembangkang yang terperangkap begitu banyak kali dikesan "berbohong" dalam isu-isu yang lepas juga menjadikan rakyat kurang yakin atas apa yang mereka perkatakan sekarang.

    ReplyDelete
  2. Nak binca g apa lagi

    2016 dec recesion

    2015 dec ringgit rm5.80 = 1 us dollar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
    2. Kamu main sendirilah berapa banyak nomor toto 6D yang kamu mau. Sini orang bicara 1MDB tak minat sukses kamu.

      Delete
    3. Ibu Puspita, tlglah. Jangan semakkan laman bicara politik ini. Disaran ibu carilah forum/laman lain untuk jual 'khidmat' ibu.

      Delete
    4. Ibu Puspita lu carilah laman KEPALA BUTOH buat sibuk!!!!pui!!

      Delete
  3. buat tu macam tu buat ni macam ni . apa nak jadi kalau semuanya tak menjadi nampaknya semakin hari semakin karut

    ReplyDelete
  4. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل




    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل




    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل




    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...