Tuesday, 10 March 2015

Barangkali Mereka Ini Murid Yang Terlalu Pintar...


Masih ramai yang bercakap tentang Himpunan Solidariti menyokong Najib Razak berkaitan 1MDB yang dihadiri oleh seramai 153 Ketua UMNO Bahagian pada Ahad lalu.

Selain ketidakhadiran beberapa Ketua Bahagian termasuk Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir serta ramai yang lain dan mengapa Perdana Menteri menggunakan pintu belakang yang terus menjadi bualan, hasil pertemuan itu yang mengatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan mengenai 1MDB juga menjadi topik perbualan yang berterusan.

Pada mulanya tiada yang berasa hairan atau terkejut bila dilaporkan bahawa semua Ketua Bahagian yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan itu.

Rata-rata mengatakan oleh kerana tujuan pertemuan itu ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib itu, maka kenyataan yang mengatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan adalah sesuatu yang wajar dan normal.

Memandangkan mereka  berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, tentunya ramai yang beranggapan bahawa banyak soalan telah dikemukan dalam pertemuan itu. Biasanya natijah berpuas hati itu hanya muncul setelah semua soalan atau keraguan mengenai 1MDB mendapat penjelasan yang meyakinkan daripada Najib.

Tetapi apabila diketahui bahawa pertemuan dengan Perdana Menteri itu hanyalah berbentuk sehala saja di mana hanya Perdana Menteri yang bercakap dan tiada sesiapa  di kalangan Ketua Bahagian yang menanyakan soalan, ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang pelik.

Bagaimana mereka boleh berpuas hati jika sekadar mendengar saja Perdana Menteri bercakap?

Apakah Ketua Bahagian menelan bulat-bulat semua penjelasan Perdana Menteri tanpa terdetik sedikit pun mahu meminta penjelasan lebih lanjut?

Adakah penjelasan yang dibuat oleh Najib telah mencakupi semua aspek yang menjadi percakapan ramai dan sebagaimana yang telah didedahkan oleh media sebelum ini?

Tidak adakah Ketua Bahagian yang mahu bertanya seperti mengapa hutang 1MDB terlalu banyak, mengapa pembelian pelaburan dibuat dengan harta tinggi, masih adakah wang Pulau Cayman, benarkah Jho Low "menyonglap banyak wang" sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report dan berbagai soalan lagi?

Tidakkah ternampak mustahil penjelasan Najib yang berbentuk sehala itu dengan mudah dapat memuaskan hati semua Ketua Bahagian yang hadir?

Jika diperhatikan dalam kehidupan seharian misalnya, perkara-perkara berkaitan agama yang berdasarkan Al Quran yang disampaikan melalui ceramah atau kuliah pun tidak pernah sunyi daripada berbagai soalan atau pertanyaan susulan agar benar-benar puas hati dan tiada lagi keraguan menyelubungi hati.

Secara logiknya, dalam hal berkaitan 1MDB yang lebih kompleks serta dipertikaikan ramai sejak sekian lama, sudah tentulah ia lebih mengundang banyak persoalan yang memerlukan jawapan.

Maka, agak menghairankan bagaimana Ketua-ketua UMNO bahagian  boleh dengan mudah berpuas hati sedangkan penjelasan hanya dilakukan secara sehala saja.

Kalau diumpamakan murid-murid sekolah, barangkali mereka ini sama ada pelajar yang tidak faham apa-apa atau terlalu cerdas fikirannya sehingga mudah saja menerima semua yang disampaikan. (SH 10/03/2015)

15 comments:

  1. Sebenarnya semua ketua-ketua UMNO bahagian itu adalah yg bangang-bangang belaka. Mereka tidak mampu untuk berfikir pun. Mana ada lagi yg cerdik dlm UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mereka tak mampu berfikir. Semua ni nak bodek boss. Nak jaga perut mereka saja. Adakah sokongan ini mendapat persetujuan dari ahli bawahan. Semua ni poyo...

      Delete
    2. menteri amno semua mcm barua..
      termasuk la yg dok sokong tu..
      duit negara mcm duit bapak dorang..

      Delete
    3. Kesimpulan nya masing2 nak jaga temolok sendiri. Katanya rezeki ditangan Najib dan Rosmah bukan Allah SWT.

      Delete
  2. Mereka masih blur sebab duit yang digunakan berbilion2.

    ReplyDelete
  3. Mereka ni cuma nak jaga periuk nasi masing2 dan projek kecil-kecilan mereka, kalau tidak syuru miss........hanya yg banggang aje sokong umno. Apakah negara kita akan jadi macam greece - bangkrup????

    ReplyDelete
  4. Bai,
    Janganlah kata orang lain Bangang,tak elok.Saya rasa yan suka membangangkan orang ini dia lah yang paling bangang itu sebab jadi ahli sesuatu organasi itu langsong tak dilantik seburuk buruk AJK,sebab kebolihan tiada hanya pandai mengutuk orang aja.Pokok panhkalnya iri hati pada orang lain.Apa inggat sekaran senang ke nak jadi KB dengan peraturan baru ini yang dibuat oilh UMNO..

    ReplyDelete
  5. Ketua Bahagian - samada mereka Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, EXCO atau menjawat jawatan didalam GLC dan sebagainya yang mana perlantikan secara langsung atau tidak langsung daripada Presiden. 'Political Patronage' menjadi amalan UMNO / BN dan apabila mendapat habuan, terkuncilah mulut! Bagai bayi apabila menangis diberi puting atau susu terus senyap.Kelompok ini lah yang samada mereka sedar atau tidak akan menjadikan 1MDB berbunyi '1' 'M'alaysia 'D'ah 'B'ankrap

    ReplyDelete
  6. Istilah Ketua Bahagian, Ketua Ranting atau apa sahaja pada mana-mana parti kalau tak jadi ada kebijaksanaan mengangguk kepada Penasihat, kepada Presiden, Kepada Setiausaha Agung memanglah tak layak duduk di situ.

    Ertinya dalam hiraki politik, semuanya sama.You help me, I help you..

    Berbalik kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO dalam isu 1MDB, 154 dari mereka tidaklah semua bersetuju, ada juga yang silent menolak dan ini akan diterjemahkan apabila sampai masanya. Sekurang-kurangnya itu harapan yang boleh dipertaruhkan.

    Malah ada yang hadir untuk menyaksikan sendiri 'kekalutan' yang ada pada PM untuk tangani isu yang kini lebih menuju kepadanya secara peribadi.

    ReplyDelete
  7. Aku rasa mereka bluuurrrr terus... kalau tak caya pergi tanya ketua bahagian, " 1 bilion ada berapa angka kosong".

    ReplyDelete
  8. Sebelum pertemuan mereka diberi minuman air ketum, pas tu bos dodoikan mereka dengan yanyian lagu "Selagi ada bulan dan bintang selagi itulah ada UMNO dan 1MDB".

    ReplyDelete
  9. out of topik ..nak iklan skit...sape sape yg nk upah peguam murah ...leh kontek aku...aku cuma ambik rm980...murah duapuloh hengget dari peguam yg terkenal tu... nego, till let go...kah kah kah..

    ReplyDelete
  10. PR mng sapa nk jd pm ni..tpm sapa..

    ReplyDelete
  11. JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN NOMOR TOGEL 2D_3D_4D DI JAMIN TEMBUS 100% JIKA ADA WAKTU SILAHKAN HUBUNGI MBAH SURO DI NOMOR:( 085 392 332 888 )
    KARNA CUMA BERKAT BANTUAN MBAH SURO KAMI SUDAH BISA LUNASI HUTANG2 YG ADA DI TETANGGA KAMI,,
    SUDAH BANYAK DUKUN TOGEL YG KAMI HUBUNGI TIDAK ADA SATU PUN YG MEMBAWAKAN HASIL,,
    CUMA MBAH SURO YG BISA KAMI PERCAYAI SELAMA INI..
    TERIMA KASIH MBAH SURO, SETIAP ADA RUANGAN PASTI KAMI BERKOMENTAR TENTANG MBAH SURO DAN UNTUK LEBIH JELASNYA KLIK DISINI Angka Togel Jitu 2D 3D 4D DEMI ALLAH ( TUHAN ) INILAH KISAH NYATA KEPADA KAMI..
    Terima Kasih Semuanya.. Salam Bahagia Pada Yg Punya Room Ini..
















    JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN NOMOR TOGEL 2D_3D_4D DI JAMIN TEMBUS 100% JIKA ADA WAKTU SILAHKAN HUBUNGI MBAH SURO DI NOMOR:( 085 392 332 888 )
    KARNA CUMA BERKAT BANTUAN MBAH SURO KAMI SUDAH BISA LUNASI HUTANG2 YG ADA DI TETANGGA KAMI,,
    SUDAH BANYAK DUKUN TOGEL YG KAMI HUBUNGI TIDAK ADA SATU PUN YG MEMBAWAKAN HASIL,,
    CUMA MBAH SURO YG BISA KAMI PERCAYAI SELAMA INI..
    TERIMA KASIH MBAH SURO, SETIAP ADA RUANGAN PASTI KAMI BERKOMENTAR TENTANG MBAH SURO DAN UNTUK LEBIH JELASNYA KLIK DISINI Angka Togel Jitu 2D 3D 4D DEMI ALLAH ( TUHAN ) INILAH KISAH NYATA KEPADA KAMI..
    Terima Kasih Semuanya.. Salam Bahagia Pada Yg Punya Room Ini..



























    JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN NOMOR TOGEL 2D_3D_4D DI JAMIN TEMBUS 100% JIKA ADA WAKTU SILAHKAN HUBUNGI MBAH SURO DI NOMOR:( 085 392 332 888 )
    KARNA CUMA BERKAT BANTUAN MBAH SURO KAMI SUDAH BISA LUNASI HUTANG2 YG ADA DI TETANGGA KAMI,,
    SUDAH BANYAK DUKUN TOGEL YG KAMI HUBUNGI TIDAK ADA SATU PUN YG MEMBAWAKAN HASIL,,
    CUMA MBAH SURO YG BISA KAMI PERCAYAI SELAMA INI..
    TERIMA KASIH MBAH SURO, SETIAP ADA RUANGAN PASTI KAMI BERKOMENTAR TENTANG MBAH SURO DAN UNTUK LEBIH JELASNYA KLIK DISINI Angka Togel Jitu 2D 3D 4D DEMI ALLAH ( TUHAN ) INILAH KISAH NYATA KEPADA KAMI..
    Terima Kasih Semuanya.. Salam Bahagia Pada Yg Punya Room Ini..



    ReplyDelete
  12. RITUAL TOGEL KI_PRANA LEWU

    Apakah anda termasuk yang tercantung di bawah ini?

    1. Di Lilit Hutang

    2. Selalu kalah Dalam Bermain

    3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi

    4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan Solusi yang tepat Jangan Anda Putus Asa

    kami hanya membantu anda semua dengan Angka ritual Kami>>
    angka GHOIB; singapura 2D/4D/6D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia 4D/6D/8D/
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos 4D/6D/8D/
    angka GHOIB; thailan
    angka GHOIB; macau
    angka GHOIB; sidney
    angka GHOIB; korea
    angka GHOIB; cambodia

    Jika anda Membutuhkan Angka Ghoib Hasil Ritual Ki_PRANA LEWU
    di jamin Tembus 100% Hubungi Ki_PRANA LEWU di no_0_8_2_3_4_9_3_6_5_0_4_3_ terimakasi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...