Saturday, 30 November 2013
Semoga Ustaz Kazim Elias Tidak Sekadar Berperanan Baca Doa Dalam UMNO
UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi YADIM tetapi beliau memang orang UMNO. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.
Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan UMNO sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab UMNO di luar negara.
Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada UMNO dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam UMNO masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli UMNO dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli UMNO.
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.
Dalam UMNO sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli UMNO menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin UMNO tiada harga di mata Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.
Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya UMNO yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam UMNO dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.
Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerapkali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.
Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.
Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam UMNO dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.
Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan UMNO saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.
Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.
Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam UMNO dan mula hanyut dalam persekitaran UMNO sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini, nama Allah juga semakin kurang bertakhta dihatinya, sebaliknya sudah diganti dengan Najib dan Rosmah. (SH 30/11/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mukriz tak ada ker?
ReplyDeleteTuan
ReplyDeleteAnon 10:37...setakat ni nama Mukhriz belum ada. Jangan risau.Najib baru umum 12 orang je dulu.Masih ada 13 k3kosongan lagi. Semoga calon pujaan sdra dinamakan lah nanti.
............................................
Kita sambut baik dan berlapang dadalah dengan perlantiman Ustaz Kazim ke MT UMNO. Semoga b3liau mampu membawa sinar harapan baru kepada kepala-kepala utama UMNO yang berkumpul di dalam MT. Kita iringkan doa agar Ustaz Kazim dapat membawa ketja-ketua besar inii kembali m3ngenali Allah yang mana janjiNya t3ntang syurga dan neraka itu benar. Adanya hari akhirat dimana perbuatan setiap manusia akan dibalas dengan seadil-adilnya bukan keadilan yang depa dok manipulasikan di mahkamah-mahkamah kita.
Sekilas pandangan tugas ini amat sesuai digalas oleh Ustaz Kazim. Soal berjaya atau tidak beliau dalam misi dakwahnya kepada nadi dan nyawa UMNO ini bukan urusan kita makhluk untuk menentukannya. Itu urusan Allah.
Bagi penyokong-penyokong PR, berlapang dadalah. Beri Ustaz Kazim peluang dan doakan supaya beliau berjaya dalam misi dakwahnya. Jika dia berjaya, 75% daripada perjuangan sdra-sdra telah berjaya. Yang baki 25% tu dah tinggai kerja senang.
Jika beliau gagal, sekurang-kurangnya dia telah m3ncuba dan telah melaksanakan tanggungjawabnya. Ia hanya m3mngesahkan bahawa UMNO t3lah jauh menyimpang dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.
Untuk Najib : Semoga tuan b3nar-benar ikhlas membawa Ustaz Kazim ke dalam MT demi untuk kebaikan seperti yang dituntut oleh Allah. TIDAK ADA TIPU MUSLIHAT POLITIK, untuk mempergunakan Ustaz Kazim menyokong politik mungkar. Once u did tat, anda telah 3ncroach urusan Allah secara terang-terangan. Sesungguhnya Al-Quraan sarat dengan kisah-kisah manusia cuba memperdayakan Allah kerana kepentingan diri dan dunia yang sempit...beware!
Pada kebiasaannya apabila ustaz atau ulama sudah disuap dengan rasuah projek dia akan berusaha menmanipulasikan firman Allah dan hadis Nabi yang haram akan dihalalkan dan yang halal akan diharamkan.
DeletePada kebiasaannya juga orang jaja agama akan menyalahkan tuhan pabila ketuanya membuat kesalahan.... Seperti kenaikan harga petrol, kita telah dengar puak jenis ini mengatakan kenaikan harga barang itu adalah kehendak Allah.....?
Kita bersangka baiklah dengan ustaz Kazim. Semuanya dibawah keh3ndak Allah. Dia bol3h membalik-balikkan hati sesiapa yang dik3h3ndakiNya.
DeleteJika Ustaz Kazim berjaya dengan pertolongan Allah, walaupun sedikit,pasti ada kebaikan kepada rakyat. Kalau beliau gagal, b3liau bukan orang pertama. Pelajaran yang kita bol3h ambil ikhtibar ialah UMNO sudah begitu terok dan sememangnya tiada siapa yang mampu memperbaikinya lagi. Kita tolak prasangka partisan politik seketika.
Yang pe4lu kita risau jika Najib m3lantik Ustaz Kazim semata-mata atas muslihat politik semata-mata. Kemasukan Ustaz Kazim diguna untuk meneruskan politik kotornya. Jika ini niatnya, kita serah kepada Allah kerana ia akan m3njadi urusan Allah apabila orang yang berkhidmat untuk ugamaNya d8guna s3bagai alat tipu muslihat politik peribadi semata-mata.
Juga jangan kita perk3cil komitmen Ustaz Kazim berkhidmat untuk ugala Allah.
Tak le AdikDin, tu keja Jamil Khir B nanti dia merajuk susah pulak NajiBoRos - tu member dari kem. Pertahanan days! Banyak berjasa?
ReplyDeleteUst KE (memang ahli UMNO) - bonos kot-kot sebab saing UAI caliber untuk tarik pemuda dan pengikut, macae UAI.
Mungkin U Don tok sae, tok mina'. Apo nok jadi, rosak, rosak, sayaenya!
kritis la sgt.. pemimpin Pas, PKR dan DAP tk berani pula kau kritik. Ni bkn kritis nk membina negara, ni kritis sb fahaman politik sempit dan sebab nk menjatuhkan orang lain. Sembahyang tunggang terbalik tp hati busuk.
ReplyDeleteBelum apa2 hang dah cetus prasangka buruk dengan menulis tajuk semoga xjadi org yg hanya baca doa. Apa salahkah bersangka baik dulu dengan perlantikan ni. Mana tau allah dah lempaq hidayah kt pmimpin atas umno. Belum apa2 hg da brprasangka buruk. Nnti jawab depan tuhan ok.
ReplyDelete