Wednesday, 27 November 2013
Pemimpin UMNO Tiada Harga Di Mata Najib
Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.
Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai majlis itu?
Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, UMNO sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?
Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?
Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah UMNO didalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihanraya dan pemilihan UMNO yang lalu. Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam UMNO.
Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili UMNO dalam memberi cadangan yang mewakili UMNO dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?
Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain. Melayu dan UMNO sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.
Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter. Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang
lebih senior?
Selain Melayu dan UMNO diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden UMNO nampaknya lebih menghargai dan memanding tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.
Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.
Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. (SH 27/11/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mudah saja..pertubuhan ini hanya utk mengaburi rakyat kononnya krjn brsikap adil..tp sy prcaya ini hanyalah atas krtas saja tp nasihatnya satu haram krjn xambil pduli pn..contohnya suhakam..
ReplyDeleteIni memang budaya mereka, ketirisan seperti yg d audit setiap tahun semacam tak ada apa yg berlaku tp lg teruk pd tahun seterusnya. Tak dak akai sungguh.
DeleteSegala cadangan dari MPKN nanti akan ditolak mentah2. Kemudian secara sembunyi cadangan tersebut akan diubahsuai sedikit untuk menjadi idea beliau sendiri. Dasar meniru dan plagiat dah sebati dengan UMNO, tunggu dan lihatlah nanti.
ReplyDeletesebabnya orang umno bodoh2 belaka.....artist umno pun sama sengal....
ReplyDeletebetul2,
DeleteWoi.. aku nak tidoq dah ni.. lu buat lawak pulak.. trus x jadi nak lena.. hampeh betul.. aku bagi masa 24 jam, tolonglah tarik balik kenyataan lawak sebegini..
Deletesetuju sangat dgn kebodohan umno
ReplyDeleteCorect..corect...corect
Deleteadakah pemimpin umno mempunyai kualiti?? cuba tgok dgn ikhlas cara mrk berhujah di dewan melalui youtube..mrk lebih byk membuat gangguan & huru hara ketika berhujah dr memberikan idea yg bernas
ReplyDeleteMemang betul yang menyokong umno orang bodoh sebab itu apa ideal yang dilontarkan tak bolih pakai.
ReplyDeletekenapa kebanyakan komentar2 yang membaca ruangan ini memberi komen yang mempunyai bahasa yang agak kesat? kenapa tidak memberi komen atau pandangan yang menggunakan bahasa2 yang elok dan boleh diterima pakai serta logik dengan tidak perlu menuding jari kepada orang lain? ingatlah... bahasa melambangkan diri kita dan pribadi kita.... Wallahu a'lam...
ReplyDeleteNak komen baik2, lu pegi la pejabat PM isi borang dan taruk IC number sebelum buat komen.. ini media bebas utk rakyat luahkan apa yg bersarang di kepala.. jika dicarut2kan pemimpin pun, dia tak amik pot punyer.. ada org kalo dah geram sangat dgn karenah bodohnya pemimpin, dia kuat iman mcm nabi dan senang dibodohkan dgn ambil wudhuk..dan org itu adalah lu..kahkahkah..
DeleteI've no comment
ReplyDeleteterimalah hakikat bahawa mahathir sudah pencen.. jasanya dihargai tapi biarlah najib buat kerja dia.. kalau jati dan perkasa dijemput, saya rasa belum mesyuarat lagi 1/2 ahli mesyuarat tarik diri.. memang dr mujahid ahli PAS, tapi sebagai bekas pelajar dia di universiti swasta pelbagai kaum dan agama, bagi saya dia memang seorang yang sangat toleran, boleh mix dengan sesiapa saja dan mengambil pandangan semua orang.. ex-YB Saifuddin juga sesuai.. dia kalah bukan atas sebab faktor kekurangan diri dia..Wardina pula? terima lah hakikat bahawa dia masih ada ramai peminat dari wanita dan puteri umno.. kita perlu orang yang kritikal sekalipun musuh yang akan mendedahkan kelemahan kita supaya kita boleh membuat perubahan ke arah lebih baik bukan penjilat dan pengampu yang menyembunyikan kelemahan kita yang akhirnya bila kita tahu kelemahan tersebut ia sudah terlambat ..
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI