Wednesday, 13 November 2013

KJ Tak Perlu Mengalah Untuk Majukan Bolasepak, Walaupun Dikritik Siti Nurhaliza


Bolasepak adalah sukan yang paling diminati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Tidak kira prestasi pasukan negara meningkat atau makin merosot, sokongan rakyat tidak banyak berubah. Liga tempatan, terutama pertandingan Piala Malaysia yang diadakan saban tahun, sentiasa menarik minat rakyat untuk memenuhi stadium, menonton di kedai-kedai mamak atau di depan tv di rumah masing-masing.

Sokongan rakyat kepada pasukan bolasepak kebangsaan juga sentiasa tinggi walaupun pasukan negara lebih kerap kalah daripada menang.

Sejak puluhan tahun lamanya, pretasi bolasepak negara tidak banyak berubah berbanding negara-negara lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Jika di tahun 80an dulu, pasukan kita sebaris dengan Korea Selatan dan sering menewaskan mereka di pelbagai pertandingan, hari ini Korea Selatan sudah dikira wakil tetap Asia ke Piala Dunia sedangkan Malaysia masih lagi tercungap-cungap di peringkat kelayakan.

Kelemahan pasukan bolasepak disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya yang paling banyak disebut ialah kepimpinan FAM sebagai puncanya. Menteri Belia dan Sukan sudah silih berganti tetapi mutu bolasepak tetap ditakuk lama juga.

Hari ini, negara mungkin agak bertuah kerana menterinya bukan saja minat bolasepak tetapi juga boleh bermain bolasepak dengan baik. Berbanding penyandang jawatan itu sebelum ini, kebanyakannya hanyalah "kaki bangku" dan bercakap mengenai bolasepak berdasarkan teori sahaja tetapi KJ nampaknya lebih banyak tahu dan faham mengenai bolasepak.

Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin atau KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan, bolasepak adalah sukan yang paling menjadi perhatian dan kerap ditegurnya. Bukan saja memajukan sukan bolasepak itu tugas dan tanggungjawabnya tetapi tentunya kerana beliau tidak mahu rakyat pelbagai kaum dan berbeza anutan politiknya, terus-menerus kecewa dengan mutu bolasepak negara ini.

Pelbagai teguran dan kritikan yang diluahkan oleh KJ, jika diimbas dari pelbagai kenyataannnya, dari soal mutu bolasepak, kemudahan padang, keselamatan, terjumpanya pistol di tandas stadium, pembangunan di peringkat akar umbi dan sebagainya, semuanya menjurus ke arah mahu melihat sukan bolasepak meningkat mutunya.

Beliau tidak menegur mana-mana individu secara peribadi. Tegurannya lebih bersifat umum kepada FAM itu sendiri. Sebagaimana biasa, oleh kerana FAM diterajui oleh individu berpengaruh dan Sultan sebuah negeri, teguran dan kritikan KJ mudah saja mengundang respon balas daripada pihak lain.

Daripada sekian banyak yang menegur KJ, teguran yang dilakukan oleh penyanyi popular kelahiran Pahang, Siti Nurhaliza paling menarik perhatian. Isteri Datuk K itu menegur KJ bahawa sebagai menteri muda yang menjadi perhatian, beliau perlu menggunakan pendekatan lebih berhemah dan tidak biadap dengan orang yang lebih tua.

Teguran Siti Nurhaliza itu mengundang perhatian umum dan banyak orang bercakap mengenainya. Ada yang berkata Siti sudah campur soal politik, ada pula yang berkata Siti pun nak sibuk hal bolasepak pula dan macam-macam komen lagi komen yang kedengaran.

Tetapi komen Siti itu bukan saja kerana teguran KJ kepada FAM yang dilihat sedikit kasar seperti "saya sudah bosan dengan FAM" tetapi juga berhubung komen balasnya terhadap bekas pemain bolasepak dari Pahang, Jamal Nasir yang juga dilihat agak kasar dan keras.

Apa pun tafsiran dan pandangan umum terhadap cara KJ itu, ramai yang memahami niat dan tujuan baiknya. Bukan saja rakyat yang dilihat menyokong usahanya untuk memajukan bolasepak negara, bahkan pemimpin politik juga ramai yang menyambut baik keberaniannya itu. Tengku Mahkota Johor yang kini memimpin Persatuan Bolasepak Johor juga menyokong KJ. Bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin juga ada menulis di Twitter memberi sokongan kepada KJ.

Teguran Siti Nurhaliza kepada KJ mungkin didorong oleh semangat kenegerian kerana kebetulan FAM diterajui oleh Sultan Pahang dan Jamal Nasir yang disifatkan budak suruhan FAM oleh KJ juga berasal dari Pahang. Ini kerana begitu banyak isu yang berlaku sebelum ini, tidak pernah pula Siti Nurhaliza mahu memberi komen, tiba-tiba isu bolasepak dan FAM ini begitu menyentuh hatinya. Jika KJ dikatakan tidak berhemah dan biadap, rasanya aksi Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang menunjukkan punggongnya ketika kempen pilihanraya suatu ketika dahulu, jauh lebih biadap dan tidak berhemah.

Jika pula komen balas KJ kepada Jamal Nasir dianggap biadap dan keterlaluan, Siti Nurhaliza juga seharusnya tidak lupa bahawa Perdana Menteri, Najib Razak juga pernah melemparkan perkataan "haramjadah" kepada para peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Tetapi di mana suara Siti Nurhaliza ketika itu?

Sehingga ini KJ belum lagi memberi respon terhadap teguran Siti Nurhaliza itu tetapi ada baiknya beliau tidak mengulas apa-apa kerana pelbagai komen di media sosial sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa usahanya memulihkan sukan bolasepak mendapat sokongan pelbagai pihak. Sebagai menteri, beliau ada hak untuk menegur, mengkritik dan menambahbaik mutu sukan bolasepak negara ke arah yang lebih baik.

Mungkin Siti cuba menarik perhatian umum dengan menegur KJ dalam isu FAM dan bolasepak ini tetapi ada baiknya penyanyi itu fokus kepada bidangnya yang diketahuinya saja. Jika beliau ingin berjuang, perjuangkanlah nasib insan-insan seni dalam dunia hiburan yang masih banyak masalah itu.

Walaupun beliau ramai peminat, tetapi campurtangannya kali ini jelas tidak mendapat sokongan semua peminatnya. Ramai juga peminatnya yang keliru dengan niat tegurannya terhadap KJ itu serta tidak bersetuju dengannya. Komen-komen di media soaial sudah cukup rasanya untuk menunjukkan bahawa kritikan Tok Ti ini tidak mendapat sokongan yang bulat walaupun beliau penyanyi paling popular ketika ini.

Dalam masa yang sama, KJ juga dilihat tidak mundur atau "lemah lutut" dengan teguran Siti Nurhaliza. Hari ini beliau mengkritik lagi FAM dengan menyalahkan persatuan itu yang mengabaikan pembangunan bolasepak akar umbi sebagai punca kemerosotan sukan itu.

FAM, katanya, lebih memberi fokus kepada liga Malaysia dan pasukan senior semata-mata.

Kalau dengan FAM yang lebih gah pun KJ tidak lemah lutut,janganlah hendaklah beliau kalah dan tunduk pula dengan teguran Siti Nurhaliza ini. (SH 13/11/2013)

19 comments:

  1. kj menteri sukan..beliau berhak tegur FAM yg lembab dan x blh ditegur..tok ti x pyh sibuk2 kacau ini hal..lu pun dulu ambik laki org lg biadap!! mcm xde org bujang yg ko nak

    ReplyDelete
  2. Setuju...ambik laki org yg lbih tua dr dia..hormat skit

    ReplyDelete
  3. Tiba masanya FAM di bubarkan , dan di ganti dgn persatuan bolasepak yang lebih BEBAS dan TERBUKA. Zaman dulu2 setakat lawan korea selatan dan jepun, malaysia selamba jerk kalahkan mereka. Zaman sekarang....Team Malaysia kalu lawan under 20 Korea @ Jepun..belum tentu bole menang..silap2 kena belasah 5 - 0. Rasa nya dah Berjuta-juta duit habis dah...tapi hasilnya..makin lame makin TERUK.

    ReplyDelete
  4. Kalau bisik kompom macam angin...itu baru jentik....

    ReplyDelete
  5. Siti...awak cuma biadap kpd bekas isteri suami awak. Saya tahu awak tidak biadap kepada suami awak yg jauh lebih tua drp awak. Tapi dia suami awak...bukan FAM. Jangan kelirulahhh...Lebih baik awak bercindai saja.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  6. Saya menyokong Khairy Jamaluddin sudah masa nya FAM perlu ditegur demi untuk menjaga maruah bola sepak negara...siti nyanyi you punya bidang....sudah lama perkara ini didiamkan...apa dah jadi...nilah jadinya...saya solute khairy..jangan tunduk teruskan tanggungjawab demi untuk menjaga maruah bola sepak negara....tabik khairy..

    ReplyDelete
  7. Lu jaga lu punya laki lagi bagus....meluat betul dengan betina ni...siti lu sapa...terkenal perampas laki orang ....poraaahhhh la...

    ReplyDelete
  8. Bertenang semua.. kita mengharap KJ dapat memberi impak baru kemajuan bolasepak negara.

    ReplyDelete
  9. Dulu arwah dato basri dah tegur FAM.tapi dia gantung..bergitu juga d.anwar musa..selagi ramai kaki bodek..macam tu lah FAM 50 th lgi..

    ReplyDelete
  10. Masaalahnya di Malaysia . Penyanyi pun komen tentang bola, Pelacur pun berkhutbah tentang agama.Tukang paip pun nak baiki komputer. Penyangap pun jadi pemimpin/menteri.

    ReplyDelete
  11. Saya menyokong apa yang Khairy Jamaluddin lakukan...Jangan biarkan FAM menjadi satu badan yang kebal dari kritikan. Demi bolasepak negara yang kian mundur dan mundur dan mundur.....

    ReplyDelete
  12. aku penyokong PAS tapi dalam bab bolasepak ni, aku sokong KJ. Bubarkan FAM..!!!!

    ReplyDelete
  13. aku memang respect KJ. KJ memang ada keberanian dan ketokohan kepimpinan. Kepada 'tunggul-tunggul kayu" dalam FAM, letaklah jawatan dengan sukarela. Selagi engko semua berada dalam saf kepimpinan FAM, sampai kiamat pun bolasepak Malaysia tidak akan maju. Janganlah engko semua anggap, tanpa engko, sumber kewangan FAM akan tenat. Kami rakyat Malaysia sanggup keluarkan duit untuk sama-sama majukan sukan bolasepak jika kantong FAM kosong...janji...engko semua letak jawatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong siti...sokong siti...

      Delete
  14. KJ permah jadi Timb Presiden FAM dulu tapi ketika tu Pak Lah adalah PM, jadi pengaruhnya di bayangi oleh pengaruh Pak Lah sebagai PM. Tambahan pula beliau didalam kabinet FAM.Sekarang, beliau bertindak atas kapasiti Menteri yg dipilih oleh PM melalui melalui pilihanraya utk menjalankan tugas bagi pembangunan sukan Malaysia secara keseluruhannya. Perlu faham akan konsep tersebut sebelum melalut tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  15. 120% sokong kj..
    Jika ada klausa dibwh KBS bubarkan saja f.a.m. Baru depa betul2 paham bahawa eranan mereka sblmi ini menghancurkan bola sepak negara.
    SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN??

    ReplyDelete
  16. Bagus KJ,
    FAM nie dah tak boleh nak tegur secara Baik, Nanti FAM buat dekk jer, kena sound macam Tu baru nak ambik action, tok ti pi jaga Laki hang Baik2.Jgn dok sibuk Pasal bolasepak. Hang pi lah main benda lain lagi baguih.

    ReplyDelete
  17. FAM ini bukan jawatan Di Raja atau milik peribadi mana mana Raja di Malaysia. Kalau Sultan atau Raja Raja beria ia benar ingin memegang jawatan dalam FAM dan sanggup turun ke bawah mencemar duli, maka Raja atau Sultan perlulah juga bersedis menerima teguran kerana orang ramai membuat teguran demi kebaikan badan sukan itu sendiri.

    Sampai bila mahu bersikap macam burung belatuk walau pun melihat banyak kerosakan yang berlaku?. Siti Norhahaliza tidak membuat penilaian secara menyeluruh malah saya yakin pengetahuannya tentang mutu bolasepak tidaklah setinggi mana pun. Teguran beliau hanya lebih kepada sentimen dan sebab sebab yang terkait dengan dirinya.

    Buat KJ..Teruskan cara anda itu. Cara bertindak lebih keras adalah satu keperluan jika stail yang lama selama ini tidak mampu membawa perubahan apa apa. Tidak kira siapa pun yang menerajui FAM, mereka perlu bersedia menerima kritikan dan teguran kerana rakyat tidak rela melihat FAM sebagar sebuah pertubuhan yang bagaikan "orang lena", cuma sesekali tersentak selepas sergahan.

    ReplyDelete
  18. FAM? Selagi Sultan Pahang dok jadi presiden, FAM tetap takkan berubah. Apatah lagi kalo Sultan ni mati pun, pencacai2 FAM pulak akan ganti...Datanglah berjuta2 nasihat sekalipun, mcm curah air di daun keladi jer..boleh bising2 sajalah.. dlm FAM semuanya dikuasai dubuk2 dari kepala hingga ke ekor.. kahkahkah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...