Thursday, 7 November 2013

Pesanan Untuk Jamil Khir - "Jadi Pemimpin Agama Janganlah Berbohong"


Ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.

Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.

Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.

Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia tidak sama-sekali berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada  jualan murah gula dan beras itu.

Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah  beras dan gula itu.

Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.

Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada sanggup menebalkan muka membeli barangan murah itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.

Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya  hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas itu dalam mengendalikan pilihanraya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.

Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan,  jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempohari bukanlah kerana adanya pilihanraya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihanraya.

Kata beliau lagi, "jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualah murah, jadi apa yang nak dihairankan, hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihanraya Sungai Limau".

Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?

Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihanraya BN? Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya.

Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasarara juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya  melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.

Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.

Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu adalah kerana kempen pilihanraya. Tidak ada maksud lain daripada itu kerana tidak ada peniada yang sanggup rugi. Kalau betul bukan  kerana pilihanraya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain juga.

Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik dan janganlah berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO. (SH 07/11/2013)

19 comments:

  1. Mereka amat gembira memperbodohkan rakyat, terutamanya melayu. Kebanyakan orang melayu malas untuk berfikir, hanya terima sahaja apa yang diperkatakan oleh kerajaan(BN). Otak tidak serabut hatipun senang. Rakyat disibukkan diri mereka dgn usaha mencari rezeki yg sedikit itu sehingga tiada masa santai yg selesa untuk memikirkan hal yg menyenakkan. Mendapat barang keperluan pd harga murah atau percuma dianggap sebagai satu rahmat, tanpa menyedari jiwa telah tergadai, itulah sebahagian melayu ini. Dlm pd itu, sebahagian melayu lain tidak begitu.

    ReplyDelete
  2. Mursyid nya Najib. Biasalah tu. Lagi pandai berbohong lagi cepat dpt jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin agama jangan berbohong... macam pemimpin pas!!!!

      Delete
  3. Tuan,

    Kualiti menteri di JPM yang ditugaskan menjaga ugama Islam dari Dr Hamid Othman hinggalah kepada Jamil Khir amat letih dan tak berkredibiliti apabila menghadapi persoalan halal haram tindakan parti yang meletak mereka menjawat jawatan menteri, satu kedudukan yang mereka tak pernah mimpikan. Kerana terkejut tetiba sikadok naik junjung......tiba2 je jadi tak tentu hala seperti kita lihat g3lagat2 mereka sejak dari dulu.

    Agaknya penunggul ilmu tak sekuat p3nunggul ulamak-ulamak/pemimpin PAS. Dalam soal ini Najib k3na m3nggunakan konsep blue oceannya dengan melihat diluar kotak. Di dalam PAS sendiri tak kurang ahli2 ugama yang duduk diperingkat pimpinan yang dok terlior nak merasa keempukan kerusi menteri ugama dalam kerajaan pusat dibawah UMNO.

    Setengah tu tak j3mu2 berbudi dengan UMNO dengan p3lbagai sabotaj k3pada parti sendiri. Nah ini dia kualiti yang perlu dicari oleh Najib. Najib mempunyai pilihan yang ramai terutama pemimpin-pemimpin PAS dari Terengganu. Depa ni makan keliling, PKR pun depa buli, parti sendiri pun depa sabotaj.

    Nak cadangan ke? Saya cadangkan......saya cadangkan....saya cadangkan USTAZ HARUN TAIB!

    ReplyDelete
  4. Tuan, kalau Tuan nak tahu, SPR tu memang barua BN, ibu bagi segala barua. jamil Khir tu pula menteri agama jual ayam.

    ReplyDelete
  5. Dia ikut kata P.Ramlee......BOHONG SUNAT.....kahkahkah

    ReplyDelete
  6. itulah...bila dah jadi Menteri UMNO dgn segala kemudahan dan faedah pekerjaan yg melebihi apa yg dimimpikan selama ini, orang ugama pun tak kisah berbohong...

    sri hartamas

    ReplyDelete
  7. Ada ko syiah boleh diamal tp x bleh disebar..... Kenyataan plg bodoh.... Kalu dH sesat, memang xbleh diamalkan...

    ReplyDelete
  8. Jamil Khir,( menteri_) MENGKIANATI manahkan menjaga agama Islam,
    Dia tidak berbohong untuk menjadi menteri tetapi berbohong setelah menjadi menteri. Air mukanya tidak menampakkan air muka seorang ulama atau seorang ustaz.Jamil jual agama dgn harga yang terlalu murah

    ReplyDelete
  9. MENTERI AGAMA TERAKHIR DARI KAGAT. KALAU BOLEH AKAN DATANG JANGAN AMBIL PEG AGAMA KAGAT JADI MENTERI. AKHIRNYA MELALUT KENA CULTURAL SHOCK. HINDU KAT TEMPAT AKU YANG TAK SEKOLAH PUN TAHU BEZAKAN APA ITU RASUAH APA ITU BUKAN RASUAH. MALUNYA AKU. HE HE HE

    ReplyDelete
  10. Bak kata Imam al-Ghazali :

    "Rosak rakyat kerana rosak pemimpin. Rosak pemimpin kerana rosaknya ulama'. Rosak ulama' kerana cintanya."

    Kata-kata ini boleh menjadi pedoman kepada pegawai-pegawai agama di Malaysia pada hari ini.

    ReplyDelete
  11. Komen munafik dr Jamil Khir. Sia-sia je pak hang hantaq hang pi belajaq kt mesir. Buat perabih duit org tua.

    ReplyDelete
  12. apa nak dihairankan dgn menteri yg menggunakan wang zakat macam duitnya sendiri ini.

    ReplyDelete
  13. apa cerita kes wang zakat ari tu. dah setel lom?

    ReplyDelete
  14. Oleh sebab jualan murah tersebut secara kebetulan diharap selepas ini jika ada PRK jualan seumpama itu diadakan lagi dan sebaiknya dimulakan sejurus kematian YB kawasan itu. Biar yang kencing manis innalillah sebelum sempat mengundi.

    ReplyDelete
  15. Asalkan perut kenyang tipu pn tipula... Jamil seorang penipu dan pikulah penipuan ni dihadapan Allah

    ReplyDelete
  16. Itu lokter punya kawan baik pun lokter jugak, atak mikin komplen. Kalo simua olang tatak kina itu kincin manis apa macam lia punya klinik mau cali makan, nes gaji mau bayak, petlol sula naik halga, sikit hali letlek pun silupa. Itu GST tak mole mau lali. diolang sula kowtim, itu pasat ma....
    Sikalang ha, ini hali wa atak maca layein punya bilog, itu letlek sula mau kasi naik itu talif. Sikit hali tepung kasi naik, minyak mau ngoleng mi silupa. Sana Sungai Limo sula kala ciakap cina tatak undi diolang, apa ngomen mole ciakap ini macamka

    ReplyDelete
  17. Knapa smkin bnyk pmimpin bodoh dlm umno?
    Sepatut rkyt mkin cerdik umno patut lbih cerdik.
    Rugi negara d pimpin oleh org bodoh dan pmbohong..

    ReplyDelete
  18. Semasa sebelum jadi menteri cakap ugama penuh mulut,ustaz katakanlah... Tapi setelah menjawat menteri mula bercakap bohong, bak kata orang tua-tua "ikan senohong ikan duri mula-mula cakap bohong lama lama jadi pencuri" teruknya bahana waaaaaang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...