Thursday, 3 October 2013
Teori Yang Boleh Difikirkan Dalam Memilih Naib Presiden UMNO
Dua hari lalu, Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan blog ini yang mendedahkan wujud desakan kepada para perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO sedia ada sehingga menimbulkan keresahan kepada para perwakilan UMNO yang akan mengundi pada 19 Oktober ini.
Menurut beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana jawatan Naib Presiden UMNO memang terbuka untuk ditandingi.
Tetapi semalam pula, salah seorang Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein berkata, kalau pun ada tuduhan bahawa beliau berpakat dengan dua penyandang jawatan tersebut iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan kali ini, ia perlu dilihat dari segi keserasian.
"Kita bergerak dakam suatu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran,"jelasnya yang juga Menteri Dalam Negeri yang seakan-akan tidak menafikan adanya pakatan antara mereka untuk saling bekerjasama dan mewujudkan blok undi bagi menghalang pencabar lain turut memenangi jawatan tersebut.
Sementara Zahid menafikan adanya sebarang pakatan, Hishammuddin pula tidak menolaknya. Jelas ada perbezaan pandangan antara kedua mereka. Bagaimana pula agaknya pendirian Shafie Apdal? Mungkin beliau bersetuju dengan Zahid, tetapi tidak mustahil Menteri Kemajuan Luar Bandar itu sependirian dengan Hishammuddin.
Oleh kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan kali ini, maka perebutan jawatan Naib Presiden UMNO paling menarik perhatian, lebih-lebih lagi dengan penyertaan Mukhriz Mahathir turut bersaing merebut jawatan itu telah dianggap mengganggu kekukuhan kepimpinan Najib yang lebih selesa sekiranya ketiga-tiga penyandang sedia ada dikekalkan.
Berbanding penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam yang turut mahu merebut jawatan itu, kemasukan Mukhriz lebih memeningkan kepala Najib sehingga ia disifatkan sebagai ancaman kepada masa depannya. Isa dan Ali dianggap kurang berpotensi untuk memenangi jawatan itu walaupun tidak mustahil mampu melakukan kejutan kerana pernah memenangi jawatan tersebut sebelum ini. Kehadiran Mukhriz sebagai ancaman itu kemudian terpaksa dinafikan oleh Mukhriz sendiri dan juga dengan bantuan bapanya, Mahathir Mohamad yang menegaskan anaknya itu tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.
Bagaimanapun, dengan kesemua calon sudah memulakan gerak kerja kempen masing-masing sekarang ini, penerimaan perwakilan di semua negeri masih lagi bercampur-campur. Penerimaan terhadap ketiga-tiga penyandang dikekalkan agak berbelah-bagi kerana ramai yang mahu sekurang-kurangnya seorang daripada mereka digugurkan kali ini.
Ada juga yang mahu dua orang daripadanya ditukar dan diganti dengan muka baru. Bahkan yang mahu ketiga-tiga penyandang ditukar juga ada kerana mereka dianggap turut menyumbang kepada keputusan buruk BN dalam pilihanraya lalu. Ada pula yang mahukan orang lama seperti Isa dan Ali diberi satu slot dalam kedudukan Naib Presiden atas faktor pengalaman yang mereka miliki.
Tetapi dalam semua kombinasi Naib Presiden yang dikehendaki itu, sehingga ini Mukhriz berada di kedudukan paling atas sekali. Majoriti perwakilan daripada semua negeri hampir sepakat berpendapat bahawa Menteri Besar Kedah itu wajar diberikan kemenangan.
Bagaimanapun untuk kemudahan dan sebagai panduan kepada perwakilan yang akan mengundi pada 19 Oktober nanti, di bawah ini dibawakan beberapa teori yang boleh dipertimbangkan dalam memilih calon-calon bagi mengisi tiga kerusi Naib Presiden itu.
Teori pertama - daripada enam calon yang bertanding, ia boleh dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyandang yang terdiri daripada Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie manakala kumpulan pencabar pula terdiri daripada Mukhriz, Isa Samad dan Ali Rustam.
Adalah tidak adil sekiranya ketiga-tiga penyandng dikekalkan kerana ia tidak menepati semangat transformasi yang mahu dibawa oleh Najib sendiri. Mengekalkan ketiga-tiga penyandang bermakna tiada pembaharuan. Begitu juga, amat tidak adil jika ketiga-tiga penyandang diketepikan sekaligus dan digantikan dengan mereka daripada kumpulan pencabar.
Kombinasi yang munasabah ialah mengekalkan dua orang penyandang dan memasukkan seorang muka baru atau mengekalkan seorang penyandang dan memasukkan dua muka baru. Pilihlah mana-mana kombinasi calon yang sesuai daripada keenam-enam yang beranding itu.
Teori kedua - oleh kerana yang bertanding ada enam calon manakala yang mahu dipilih adalah tiga, maka keenam-enam calon itu boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan berdasarkan latarbelakang masing-masing dan perwakilan bolehlah memilih seorang daripada setiap kumpulan itu untuk menjadi Naib Presiden.
1) Kumpulan A ( anak bekas Perdana Menteri) -Hishammuddin dan Mukhriz.
2) Kumpulan B (anak orang biasa) -Zahid Hamidi dan Shafie Apdal
3) Kumpulan C ( bekas pemimpin negeri) - Isa Samad dan Ali Rustam.
Jika keenam-enam calon itu mahu dipecahkan kepada tiga kumpulan mengikut jawatan sekarang, keadaannya ialah:-
1) Kumpulan A (berjawatan di peringkat negeri) - Mukhriz Mahathir.
2) Kumpulan B ( berjawatan di peringkat Pusat) - Zahid, Hishammuddin dan Shafie.
3) Kumpulan C ( berjawatan dalam GLC) - Ali Rustam dan Isa Samad.
Pecahan calon-calon juga boleh dibuat mengikut zon atau negeri.
1) Kumpulan A ( zon selatan) - Hishammuddin, Ali Rustam dan Isa Samad.
2) Kumpulan B ( zon utara) - Mukhriz Mahathir dan Zahid Hamidi
3) Kumpulan C ( son Sabah) - Shafie Afdal.
Berdasarkan pecahan-pecahan itu, para perwakilan bolehlah memilih seorang calon daripada setiap kumpulan untuk dijadikan Naib Presiden. Ia mungkin menjadi pilihan yang terbaik.
Teori ketiga - sesuai dengan keperluan kepada generasi dan pemimpin muda untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan dalam UMNO, sambil tidak melupakan golongan berusia, keenam-enam calon tersebut juga boleh dipecahkan mengikut kategori usia.
1) Kumpulan A - Calon golongan muda iaitu Mukhriz (48 tahun), Hishammuddin (52 tahun) dan Shafie (54 tahun).
2) Kumpulan B - calon golongan tua iaitu Zahid Hamidi (61 tahun), Isa Samad (63 tahun) dan Ali Rustam (64 tahun).
Berdasarkan pecahan usia ini, para perwakilan bolehlah memilih sama ada mahu memilih dua orang daripada golongan muda dan seorang daripada golongan tua ataupun seorang daripada kategori calon muda dan dua orang daripada kategori calon tua. Pilihan ini juga dianggap terbaik dan mampu memberi kestabilan kepada parti.
Daripada ketiga-tiga penyandang berpakat sesama sendiri dan mewujudkan blok undi yang mungkin tidak membuahkan kejayaan dan akhirnya memalukan diri masing-masing, sebenarnya adalah munasabah dan wajar teori mengenai kombinasi calon ini dijadikan rujukan kepada para perwakilan dalam menentukan pilihan yang terbaik untuk masa depan UMNO itu sendiri.
Teori dan kombinasi ini juga mungkin sudah dalam pertimbangan atau pemikiran sebahagian para perwakilan sekarang ini. Bagaimanapun semuanya itu tidak mungkin dilaksanakan jika ada calon yang mengamalkan politik wang, membeli undi, menabur projek, menjanjikan habuan lawatan ke luar negara, menunaikan umrah dan lain-lain bentuk rasuah politik kepada para perwakilan.
Jika berlaku semua unsur-unsur negatif itu dalam pemilihan nanti, perkara yang paling mungkin berlaku ialah sama ada ketiga-tiga penyandang kekal atau ketiga-tiganya kecundang. (SH 03/10/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari beberapa sumber Mukhriz kini bukan lagi berada dalam kedudukan tertinggi malah boleh dikatakan sedang merosot dan jika berkekalan dan terus di asak kemungkinan tersingkir terus.
ReplyDeleteAda satu gerakan supaya mukhriz tercorot dan memalukan dari segi jumlah undi dan ianya ada kaitan dengan cubaan menghapuskan legasi mahathir.
Tidak sukar untuk mencari pihak mana yang selama ini terus dendam dengan mahathir dan pihak mana yang kelihatannya akrab dengan mahathior tetapi dalam diam merasakan perlu pengaruh mahathir dihilangkan untuk mereka lebih selamat.
'Legasy"..siapa yg layak, dia menang..
Deletesiakap senohong gelama ikan duri
ReplyDeletebecakap bohong lama2 makan diri.
tengok la nanti, sesiapa yg menafikan ada pakatan antara penyandang naib presiden, maka orh itu BERRBOHONG. memang mereka berkempen secara rakit walaupun ini bertentangan ini etika pemilahan umno. tuan suruh hisham nafikan ada tak dihadir atau pengerusikan satu mesyuarat utk menyelaraskan jentera kempen mereka yg turut dihadiri wakil2 zahid & shafie di pejabatnya di kementerian pertahanan? klu dia kata tidak, dia penipu paling besar dan aku mintak Allah swt tunjukkan kebenaran ke atasnya!
Hahaha mungkin slot yg pertama muhkriz ade..tp kne ingt dengan kekuatan isa samad...mengekalkn calon yg sedia ada mungkin akan dipandang serong kerana impak yg dibawa tiada perubahan.....sprm sedang menyiasat 2 calon naib presiden???siapakah.....siapakh tangan ghaib yg cube untuk menjatuhkan lawan dgn cara begini...bersihkah mereka.....sprm dibawah kementerian???siapakah yg berdendam dgn tun????arghhhhhh
ReplyDeletemukriz akan kalah sebaba kempen bersiah, tak beli perwakilan. di perak budak2 hisham dah mula tampat rm500 satu kepala sebagai permulaan.
ReplyDeletedi selangor kempen hisyam bersih je. tp kempen mukhriz budak2 dia dpt RM800..dengar dkt johor pn sama, sbb nak jatuh hisyam di johor tempat kuat H2O.
DeleteDalam kekalutan kita menceritakan hal Mukhriz bergantung nasib diatas kempen dan jasa ayahnya kini kita dihidangkan pula cerita tentang Zahid jadi kepala gangster membelasah seseorang kerana terpikat dengan anak perempuannya yang telah jadi janda.
ReplyDeleteIsu itu ditimbulkan setelah Zahid berjaya menghidupkan akta PCA yang mirip seperti ISA.
Apa pandangan kita selaku ahli parti yang akan membuat pilihan siapa layak jadi pemimpin....?
Kita cadang belum tentu kita sokong. Kita sokong belum pasti kita akan beri undi pada orang yang dicadangkan.
Kita cadang kita sokong dan kita undi seseorang ahli itu memegang sesuatu jawatan berasas pada kepentingan kita sendiri.
Ada yang menitikberatkan tentang kewibawaan, ketrampilan, pengalaman dan kemesraan namun kebanyakan ahli yang mencalonkan sama ada pertahankan jawatan atau menawarkan diri untuk mengambil alih jawatan, masing-masing mempunyai rekod buruk yang perlu dinilai.
Apakah kelakuan Zahid yang sama tarafnya dengan ketua kongsi gelap itu kita anggap pekara biasa saja dan kita juga tetap menyokong tindakan beliau kerana tanpa kekerasan dan keganasan kita tidak boleh kekal berkuasa dan menguasai ?
Apakah kita yang kita fikirkan sekarang ? Jumlah wang sogokan atau pemimpin bersih berwibawa.....
JERTIH - Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
ReplyDeleteKatanya, kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian.
"Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Bertemu Pelanggan di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata, pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama.
Sinar Harian 2/10/2013
masing2 ada kelayakkan, buat apa nak pening boikot memboikot, tak usah la mengada-adakan cerita lebih sangat pun.
ReplyDelete