Tuesday, 1 October 2013
Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan
Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".
Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.
Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.
Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.
Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.
Sebenarnya orangramai mempertikaikan banyak kenyataan Ahmad Maslan bukanlah perkara baru. Sejak beliau diangkat menjadi Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri empat tahun lalu, dirinya tidak pernah sunyi daripada serangan dan pertikaian umum.
Semalam, jawapannya di Parlimen yang menyatakan rasa kesal kerana rakyat tidak pernah menyatakan terima kasih atas subsidi yang diterima, sebaliknya menyatakan bantahan apabila ianya dikurangkan, menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang mempertikaikan hujah itu dan seolah-olah rakyat yang turut membayar cukai tidak boleh bersuara langsung terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Beliau kemudiannya berkata negara tidak mengalami krisis ekonomi walaupun nisbah hutang mencecah 51 peratus daripada LDNK dan ia adalah lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Italy, Portugal dan Singapura.
Berikutan kenyatan itu, Ahmad Maslan dilabel dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak turut dilemparkan terhadapnya.
Sebelum ini juga banyak kenyataannya disanggah dan disifatkan tidak logik. Dalam isu kenaikan harga minyak bulan lalu, Ahmad Maslan telah mengutip teori atau kajian yang entah dari mana dengan nenyatakan kenaikan 20 sen tidak memberi banyak kesan kepada rakyat kerana katanya, rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah hanya membelanjakan RM132 atau RM4.40 saja sehari untuk petrol manakala yang berpendapatan RM5000 ke atas pula hanya membelanjakan RM375 atau RM12.50 sehari untuk minyak kenderaan mereka.
Hujah dan teori beliau ini seolah-olah semua orang mempunyai pejabat yang berdekatan dengan rumah dan tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti umum.
Hujahnya dalam mempertahankan tindakan Najib menaikkan harga minyak lantas mendapat serangan dan ejekan yang paling banyak di laman-laman sosial Facebook dan Twitter kerana beliau seolah-olah pemimpin yang tiada perasaan terhadap derita rakyat dan melihat semua tindakan pemimpin atasannya betul belaka.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa harga minyak kita yang kelapan terendah di dunia dikritik orangramai termasuk oleh Prof Dr Agus Yusof kerana fakta sebenarnya ialah kita berada di kedudukan 16.
Di Parlimen juga beliau mengulangi hujah Najib bahawa harga minyak tidak naik, cuma subsidi dikurangkan. Ia terlihat bahawa seolah-olah harga minyak yang dibayar oleh rakyat tetap sama antara sebelum dan selepas subsidi dikurangkan sedangkan hakikatnya tidaklah begitu. Mengakui sajalah harga minyak naik, habis cerita!
Banyak lagi tindakan dan kenyataannya turut menjadi bahan pertikaian sebelum ini. Pelbagai teori yang pernah diutarakannya sebelum PRU 13 terutama untuk menang dalam pilihanraya bukan saja menjadi pertikaian, malahan menjadi bahan persendaan di kalangan ahli UMNO sendiri. Ini kerana beliau sebagai ketua penerangan dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak melihat dunia politik mempunyai masalah dan halangan yang lebih kompleks serta berbeza-beza mengikut tempat.
Jika semasa menjadi Timbalan Menteri di JPM dulu, beliau sering bercakap berkaitan politik tetapi kini setelah menjadi Timbalan Menteri Kewangan juga, hujah beliau juga jarang lari daripada elemen politik walaupun dalam isu-isu ekonomi dan kewangan negara.
Program Juara Rakyat yang diperkenalkannya, kononnya untuk melonjak sokongan rakyat terhadap kerajaan, bukan saja tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, bahkan tidak lagi digunapakai sebagai medium utama untuk pilihanraya umum lalu. Program itu dihentikan di tengah jalan dan diambil alih oleh Program Janji Ditepati yang diadakan berterusan sehingga musim kempen pilihanraya.
Sebagai ahli politik yang mungkin turut bercita-cita tinggi dan tidak berpuas hati sekadar menjadi timbalan menteri saja, Ahmad Maslan barangkali tidak dalat memahami kenapa hujah dan kenyataannya sering dipertikai dan dipersendakan sedangkan beliau pelajar terbaik dan pandai. Naik darahnya mungkin sudah tidak tertahan lagi, lalu dibuktikannya bahawa beliau sebenarnya adalah seorang yang pandai sejak dulu.
Dan dengan pointer CGPA 3.85 itu, Ahmad Maslah juga bolehlah mendabik dada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang ada kerana pastinya tidak ramai yang ada pencapaian seperti itu.
Mulai sekarang juga bolehlah berkata di mana-mana, "saya tak bodoh, saya tak bodoh...." (SH 01/10/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang si Ahmad Maslan ini seorang yg lucu & kelakar semenjak dari zaman dulu lagi, tapi Saudara Shah tidak membantu dia , apatah lagi dgn Saudara menambah rempah-ratus & herba /garam, menjadikan suasana lebih gamat, riuh-rendah & lebih kelakar & bertambah lucu lagi.
ReplyDeleteSaya harap Saudara hentikan "picking-up" Ahmad Maslan, sebab saya dah tak boleh menahan ketawa,tergolek kat atas dapur lantai menahan perut dari terus ketawa mengilai. Harap2 saya tidak dimasukkan ke hospital terus koma!
Armin Supardi
terbaikkk
Deletehihihihihi, pandai terdapat pelbagai jenis, ada pandai penipu, ada pandai belajar, ada pandai buat kek dn byk lg jenis pandai, jdi jgn tunjuk tak semestinya org itu tggi cgpa dia, kita perlu dengar ckp dia, tak, ..fikir2 kan lah, guna akal utk menilainya,,
DeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
DeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
apa mad ingat pointer 3.85 tu pandani ngt doh ke?//..Anak aku dpt 4.00 pn university kat Malaysia x amik pot pong....menteri pelajaran pong x leh tolong nk smbung belajar...
ReplyDeleteHahahaha
ReplyDeleteTak kiralah pandai mana belajar, hujah dikemukakan dengan fakta betul dan benar walaupun seseorang tu tak masuk U.
ReplyDeleteOrang dapat 4 flat la Mat Masalan oiii...buat malu UKM sahaja...mangkuk hayun MBA UKM.... macam mana dia dapat tu dan tahun bila....perghhhhh...
ReplyDeletehahahaha.. dpt 4flat ada yang bunuh diri. tak kebodoh kerja bunuh diri. Pengukuran kebijaksanaan bukan dari segi pointer kat U. berlambak genius student akhirnya jadi bangang.
ReplyDeleteaku genius pun diam jer
ReplyDeleteMasa saya belajar dulu teringat pesan lecturer masa nak exam. Katanya sekarang exam 4 soalan dpt 100. Jawapan dari buku. Esok kerja soalan ribu2. Jawapan x tentu ada. Yang ada bijaksana.
ReplyDeleteKedua katanya orang tengok degree kita bila interview aje. Lepas itu orang tengok KITA aje.
Betullah kata-katanya.
mcm x jawab soalan je...mmg jawapan mcm org bodo..
ReplyDeleteMemang Orang UMNO tak Bodoh!
ReplyDeleteKalau Bodoh tak kan dapat merompak harta negara degan bermacam cara yang innovatif dan bergeliga sampai MACC pun tak bolih tangkap mereka.
Semakin lama semakin nmpk kebodohan mnteri umno ini.
ReplyDeleteApa klau saya cadangkan dia tulis personal biografi cetak dan bukukan.jual....kan buat duit dr melalak cerita bodoh atau buat statemen bodoh...
bukan masalah pointer 3.85 ke 4.00 ke...masalahnya menteri yang bangang dan bodoh ni tak ada simple "common sense"...pasal, punya la nak mengampu big brother sampai tak boleh nak bezakan benda betul dengan tak betul..
ReplyDeletemmg sah la dan benar la kenyataan bekas ketuo parti biol nie...YG BIOL, BODO SOMBONG, BAHLOL, TOLOL DAN SAMDOL AJE YG SOKONG DAN BERADA DALAM PARTI BIOL TU..TU MASELAN TU MMG POINTER TINGGI UNTUK KESEMUA SIFAT DI ATAS!!! HAHAHAHAHAH HEBAT MASELAN...MBA UKM YEK MASELAN..X SEHEBAT PENGKERUSI MEJA TANDAS TANBUNG HAJI - ADA MBANGOK DRP UNIVERSITI TERTUA USA IAITU PRESTON NORTH END UNIVERSITY..KO MASELAN BARU UKM AJE...KEH..KEH..KEH.?
ReplyDeleteMemang umnongok bodoh akhlak. Pandai gasak duit pembayar cukiai. Kelentong sana kelentong sini. Janji perut ketat dan nafsu dunia dapat !!!
ReplyDeleteJika GPA 3.8 dari UKM is nothing special. Kita anggap ni macam 'celebrated toilet paper'. Sebenarnya nak jadi juak dan jilat jubok najib.
ReplyDeleteHaha, setakat belajar teori belum bermakna praktikal kau pandai. Belum cukup pandai rupenye A. Maslan ni.
ReplyDeleteSaya nak tanya apa arti boda yang sebenar dalam istilah bahasa kamus kerana saya tak ada pointer macam ahmad maslan tu. macam tu orang dulu tok nenek yang menglahir kita semua bodo belaka la kerana tiada U dan tiada pointer macam ahmad maslan, itulah menunjukan ahmad maslan ni bodo kerana bergantung pada pointer saja ha ha ha malu pada orang kampong kalau tak ada orang kampong mampos la ahmad maslan tak makan.
ReplyDelete