Sunday, 13 January 2013

Sengsara Salah Pilih Kerajaan Cuma 5 Tahun, Sengsara Kekalkan BN 50 Tahun...


Ketika ini jumlah kehadiran rakyat berbilang kaum di HKR112 di Stadium Merdeka semalam masih menjadi pertikaian. Polis mengatakan jumlahnya cuma 45 ribu orang manakala ada media arus perdana mengatakan hanya 15 ribu orang yang hadir. Hishammuddin Rais pula menganggarkan kehadiran tidak kurang 500 ribu manakala pakar matematik daripada UKM, Prof Dr Shahrir Md Zain pula menganggarkan kehadiran seramai 700 ribu orang.

Angka 500 ribu orang oleh Hishammuddin adalah berdasarkan kehadiran di dalam dan di luar stadium manakala Dr Shahrir pula berhujah bahawa jika orangramai dikumpulkan sebarisan 20 orang dengan panjangnya 1 kilometer, jumlahnya ialah 100 ribu. Oleh kerana terdapat tujuh kumpulan rakyat yang berkumpul menuju Stadium Merdeka semalam dengan masing-masing sepanjang kira-kira 1 kilometer, maka jumlahnya tidak kurang 700 ribu orang.

Bagaimanapun, di mana pihak polis dan media arus perdana mendapat angka 45 ribu dan 15 ribu itu tidaklah pula diketahui.

Tetapi kehanyakan media bebas dan orangramai sama ada yang hadir atau dapat melihat gambar-gambar perhimpunan itu, mengakui bahawa di dalam stadium saja ada lebih 100 ribu dan jika diambil kira mereka yang berada di luar stadium yang juga melimpah jumlahnya, angka 500 ribu hingga 700 adalah logik untuk diterima oleh akal yang waras.

Apa pun angka kehadiran yang dipertikaikan, yang lebih penting ialah himpunan kali ini menunjukkan semangat dan kesatuan rakyat untuk mengubah kerajaan nampaknya begitu jitu dan padu. Ini adalah perhimpunan rakyat terbesar dalam sejarah negara.

Meskipun pimpinan UMNO dengan dibantu media arus perdananya cuba menutup duka dengan mereka-reka pelbagai hujah mengenai perhimpunan itu, kerisauan di wajah Najib dan Muhyiddin jelas kelihatan. Air muka kedua-dua pemimpin itu sebagaimana yang dilihat di tv dan akhbar seperti sudah hilang serinya dengan garis-garis bimbang akan kehilangan kuasa begitu jelas kelihatan.

Najib kemudiannya lantas menunjukkan sikap budiman dengan mengatakan kerajaan sekarang bersikap terbuka terhadap segala kritikan dengan harapan rakyat dan pengundi atas pagar akan terus memihak kepadanya. Najib teralpa agaknya, yang dimahukan rakyat bukan setakat sikap terbuka tetapi juga ialah kesediaan beliau dan kerajaan menjawab segala kritikan terhadapnya.

Apalah gunanya bersikap terbuka jika segala segala kritikan tidak dijawab. Dalam pelbagai isu terbaru yang dibangkitkan Deepak misalnya, tiada satu pun yang dijawab oleh Najib. Kalau betul terbuka dan budiman, jawab dan beritahulah kebenarannya kepada rakyat.

Muhyiddin pula seperti merayu kepada rakyat agar jangan mengubah kerajaan. Semua dalam keadaan baik, ekonomi baik, kenapa perlu tukar kerajaan? tanya Muhyiddin yang jelas menggambarkan kebimbangannya yang gagal diselindungkan akan kejatuhan UMNO dan BN.

Sepertimana yang diketahui, perhimpunan #KL112 adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya umum. Selepas beberapa perhimpunan sebelum ini seperti Bersih, Lynas, Felda, Royalti, PTPTN dan sebagainya, perhimpunan di Stadium Merdeka adalah kemuncak ke arah usaha menukar kerajaan BN yang telah menguasai Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu.

Meskipun sudah ramai yang bercakap tentang pertukaran kerajaan dan kebaikannya kepada rakyat, hakikatnya masih ramai yang ragu-ragu untuk berbuat demikian terutamanya mereka yang masih berkiblatkan maklumat daripada Utusan, TV1 dan TV3.

UMNO dan BN sudah 50 tahun berkuasa tetapi kedudukan Melayu yang berubah hanya segelintir saja. Yang miskin dan melarat masih ramai meskipun Perdana Menteri dan kebanyakan menteri adalah Melayu. Pegawai kanan kerajaan juga 99 peratus Melayu tetapi apakah pertolongan mereka kepada Melayu?

Ramainya Melayu yang masih miskin bukan saja dibuktikan melalui jumlah penerima BR1M yang masih ramai tetapi juga lihatlah kedudukan orang Melayu di kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri sendiri. Masih ramai yang miskin dan mirip peminta sedekah.

Tetapi kalangan anak isteri dan keluarga pemimpin, semuanya kaya-raya. Mereka membolot pelbagai peluang perniagaan, saham, tanah-tanah dan komisyen sehingga dilaporkan komisyen kapal selam Scorpene saja berjumlah RM500 juta tetapi rakyat hanya diberi BR1M bernilai RM500.

Bukankah itu menunjukkan kegagalan UMNO dan BN? Jika UMNO dan BN sudah begitu berjaya memberi kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyat, BR1M tentunya tidak mendapat sambutan sama-sekali.

Dalam masa yang sama, gejala rasuah dan ketirisan sepanjang lebih 50 tahun lalu didapati begitu dahsyat sekali, terutama yang melibatkan pemimpin kerajaan. Apabila memegang jawatan dalam kerajaan, mereka seperti lanun yang tamak dan mengagih-agihkan hasil samunan sesama sendiri.

Selain beberapa kes pemimpin yang didakwa di mahkamah kerana rasuah, pecah amanah dan mengumpul kekayaan, deretan bukti yang dipamerkan melalui pelbagai media mengenai jumlah harta dan kekayaan anak isteri pemimpin, adalah dalil jelas kecurangan mereka yang bergelar pemimpin UMNO dan BN selama ini.

Laporan Audit Negara pula menyebut setiap tahun negara kehilangan kira-kira RM20 bilion akibat ketirisan dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan. Siapakah pemakan dan penghirup RM20 bilion ini, kalau bukan mereka yang bergelar pemimpin?

Untuk menghentikan semua gejala itu dan menjadikan semua yang bergelar pemimpin benar-benar bersih, jujur dan ikhlas, pertukaran kerajaan adalah penyelesaian yang mudah. Jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan, ia menandakan bermulanya sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti.

Akhirnya sesiapa pun yang menjadi pemimpin akan berjuang seikhlas dan sejujur mungkin kepada rakyat, jika tidak, mereka akan digulingkan dalam pilihanraya seterusnya. Yang terlibat dengan rasuah, pecah amanah dan mengumpul kekayaan pula, tentunya akan diseret ke muka pengadilan, dipenjara dan menanggung aib sepanjang zaman.

Menukar kerajaan bukanlah semata-mata kerana Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang atau Pakatan Rakyat. Juga bukan bukan kerana bencikan Najib atau Muhyiddin atau kerana marahkan UMNO dan BN.

Rakyat sudah terlalu lama menanggung derita akibat kebobrokan pemimpin. Walaupun pemimpin sudah banyak bersilih ganti tetapi oleh kerana ia masih dipayungi UMNO dan BN, segala keburukan itu terus juga berlaku kerana mereka tidak takut untuk melakukan kecurangan melalui kuasa yang dipegang. Di zaman Mahathir, di zaman Pak Lah dan kini di era Najib, pelbagai isu salah laku muncul satu demi satu tanpa hentinya.

Mereka seperti tidak segan silu melakukan keburukan, mengutip komisyen atas nama amanah yang diberi rakyat, mengumpul kekayaan, membeli cincin yang mahal, menimbunkan jenama beg tangan dalam simpanan dan melambakkan perhiasan yang mewah serta gemerlapan kerana yakin semuanya akan tersimpan rapi selagi kuasa kekal di tangan UMNO dan BN.

Ini kerana mereka sama-sama penyamun dan tidak mungkin penyamun akan membongkar kesilapan penyamun yang lain.

Sebab itu menukar kerajaan adalah penting. Menukar kerajaan adalah kerana ingin mewujudkan kerajaan dan pemimpin yang baik dan menjadikan rakyat benar-benar sebagai raja atau penentu di bumi Malaysia yang kaya lagi bertuah ini.

Hanya dengan menukar kerajaan dan menjadikan PRU 13 sebagai permulaan kepada sistem dua parti, matlamat itu dapat dicapai.

Berilah peluang kepada Anwar dan Pakatan Rakyat pula mentadbir negara ini dan menunaikan janji-janji yang pernah dibuatnya. Dan jika pun selepas itu, Pakatan Rakyat gagal menjadi sebuah kerajaan yang baik dan segala janjinya tidak ditunaikan, ia boleh dijatuhkan semula. Dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat tentunya lebih mudah kerana ia belum menjadi kerajaan yang begitu kuat akar umbinya lagi.

Kalaupun dalam tempoh Pakatan Rakyat menjadi kerajaan itu menimbulkan kesengsaraan dan kesusahan kepada rakyat dan janji-janji tidak ditunaikan, sengsaranya cuma 5 tahun sahaja. Ia tentunya lebih buruk jika terus mengekalkan UMNO dan BN, kerana jika mereka terus berkuasa, rakyat mungkin akan menanggung sengsara selama 50 tahun lagi.

Tetapi jika 5 tahun akan datang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menjanjikan kemanisan buat rakyat, ia akan terus kekal selama-lamanya meskipun selepas itu parti yang memerintah saling silih berganti.

PRU 13 adalah permulaan kepada perubahan dan peluang ini tidak muncul selalu. Ia muncul kali ini dan mungkin hanya muncul lagi 50 tahun akan datang. Selepas PRU 13 juga, jika Anwar dan Pakatan Rakyat gagal, mereka juga mungkin tidak mampu untuk bangkit lagi. Anwar sendiri pernah berkata PRU 13 adalah percubaan terakhirnya.

Janganlah dilepaskan peluang keemasan kali ini, jika tidak, peluang yang sama hanya akan muncul 50 tahun lagi dan derita kita akan terus diwarisi oleh anak cucu sendiri. (SH 13/01/2013)


6 comments:

  1. Tuan Shahbudin,

    Tolong sampaikan mesej ini pada Najib! Tak payah Najib bersusah payah nak laung dan kelentong konon beliau bersikap terbuka kepada rakyat. Tengok saja kes NFC melibatkan Shahrizat tu. Apa dah jadi..senyap jer. Tengok pula kes SD Bala dan dakwaan Deepak. Adakah Najib bersikap terbuka dan menceritakan apa sebenarnya berlaku? Ini belum bicara tentang puluhan malah ratusan kes korupsi dan penyelewengan lain lagi dalam UMNO BN.

    Kalau dah senyap sepi terhadap dakwaan Deepak..terbuka ke jadah apa ?. Kalau dah kes pembunuhan Altantuya cuma sekerap jalan dan tergantung...senyap sampai hari ini..terbuka kepala hotak apa?. Kalau SPRM nampak kes LTAT yang melibatkan Raja Ropiaah dan Deepak ini macam tikus munduk nampak kucing...terbuka amendanya lagi.

    Pergi jahanam dengan slogan haprak Najib tu. Pergi terlungkup la dengan janji janji abuk PM Malaysia tu. Slogan haprak dan janji telor tu cuma boleh ditelan dan dikunyah pencacai dan barua barua UMNO BN saja.

    Wahai Dato Najib...Buktikan pada rakyat awak benar benar terbuka. Ayuh buat PC dan benarkan para wartawan bertanya anda secara terbuka cukup cuma tentang isu Deepak, Raja Ropiaah dan Altantuya ini. Siarkan PC ini secara terbuka juga dan awak bolehlah menjawap semua pertanyaan ini juga secara terbuka untuk diikuti oleh rakyat.

    Buktikan ini dulu wahai PM. Kalau tidak..hentikan slogan haprak awak tu. Jangan anggap rakyat semua sanggup gadaikan kepercayaan mereka dengan sekampit beras dan gula seperti yang awak lakukan di Semenyih tu.

    Sayangnya....semua menteri menteri anda juga ada sindrom sama..langsung tak mampu mengulas isu isu penting membabitkan awak secara terbuka. Sebab apa ? Adakah ini petanda detik akhir anda sudah dipenghujung?.

    Hampeh ..terbuka konon! Yang terbuka selak sana selak sini tanpa tutup aurat dalam UMNO BN memanglah banyak. Itu jer yang PM Najib dan UMNO boleh megahkan.

    ReplyDelete
  2. Salam;

    Bro Amat benar kata saudara tu...Jika Pakatan dah jujur dan sama seperti UMNO, Rakyat juga akan TUKAR mereka...Walau bagaimanapun kita mesti TUKAR UMNO/BN...Mereka semua dah GILA...GILA KUASA DAN GILA KUMPUL HARTA.....Saya mahu lihat Pakatan jika menang, pertama mereka mesti hadapkan semua orang orang UMNO, terutamanya ke muka pengadilan....Prosecute the wrongs and put them in jail.....Sama samalah kita doakan...

    ReplyDelete
  3. sanggup berkecai tulang dan badan utk pertahankan Putrajaya...mungkin byk rahsia yg tersembunyi disana... insyaallah tumbangnya UBN...para hakim dan peguam akan menjadi sgt2 sibuk...kita tguuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Kejayaan perhimpunan rakyat di stadium merdeka pada 12/1/2013 secara langsung mencabar kewibawaan dan dominasi UMNO khususnya dan BN secara jelas. Memang jelas kesannya yang dapat kita lihat di wajah Najib dan Muhyiddin. Begitu juga hulubalang-hulubalang UMNO seperti Puad Zarkasi, ahmad Maslan dll sehingga hari ini masih membisu. Dikalangan pemimpin BN, hanya Peter Chin bersuara.

    MSM yang menongkat UMNO juga kelu dan terkial-kial dalam usaha memburuk-buruk perhimpunan tersebut. Kali ini mereka tidak lagi mempunyai misile-misile nuclear untuk ditembak kepada pembangkang. Membaca tajuk-tajuk utama MSM keluaran hari ahad, tembakan mereka tidak lebih dari tembakan meriam buluh je yang tak menjadi. Dengar je dah tahu.

    Kini terpulang kepada pakatan pembangkang bagaimana hendak ride kejayaan ini menerobos jauh ke dalam kawasan kubu-kubu kuat UBN ia itu masyarakat melayu diluar bandar. jangan kata kejayaan perhimpunan ini tidak diketahui oleh mereka. saya percaya ia mendapat mileage yang baik dikedai-kedai kopi dan dimana sahaja.Sekurang-kurangnya pakatan pembangkang mempunyai sedikit peluang ( a fighting chance) untuk mencuri undi tradisi UMNO di luar bandar agar memangkah pembangkang dalam PRU 13 nanti. Fighting chance ini sudah merupakan satu rahmat!...berbanding dengan sebelum ini. yang pasti akan ada pergerakan undi tambahan kepada pembangkang dari undi tradisi UMNO ini.

    Satu kejayaan penting yang saya lihat dari perhimpunan ini ialah kehadiran rakyat yang begitu ramai telah berjaya mencetuskan fenomena " keberanian menyatakan pendirian secara lebih terbuka sekaligus hilangkan perasaan takut untuk membuat perubahan secara terang-terangan di kalangan rakyat".

    Tiba-tiba rakyat mendapati satu fenomena baru telah tercetus dipersekitaran mereka.Setiap orang bercakap dengan optimis untuk membuat perubahan demi masa depan mereka dan generasi akan datang. Tiba-tiba rakyat membuka mata dan kekuatan baru bahawa mereka tidak takut lagi kepada UBN untuk membuat perubahan dengan mengundi pembangkang dalam PRU 13 nanti...(senario di kawasan urban dan semi-urbban).Insya Allah Selangor akan selamat dan akan berada di tangan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti meskipun UMNO/SPR telah menambah begitu ramai pengundi luar/pengundi hantu/pengundi PATI.

    yang jelas UMNO khususnya dan BN dalam keadaan panik sekarang. Apakah mereka akan menerima sahaja? Bukan UMNO Baru namanya kalau duduk berpeluk tubuh sahaja. Mereka pasti sedang mengkaji semula strategi-strategi kotor mereka, tetapi tentunya dalam keadaan panik. satu fenomena yang kita tahu tentang tindakan UMNO bila berhadapan situasi panik mutakhir ini, mereka akan melakukan lebih banyak kesilapan-kesilapan, ibarat menjerut leher mereka dengan lebih kuat. kalau nak menipu pun, penipuan itu menjadi terlalu jelas dan bodoh.

    kesimpulannya, kejayaan perhimpunan rakyat pada 12/1/2013 untuk menuntut perubahan dalam PRU 13 akan bertukar dari menjadi agenda pembangkang kepada agenda rakyat!.....jika pembangkang bijak mengambil peluang. ia akan menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk memastikan jumlah peratus yang maksimum keluar mengundi bagi menghalang sebarang penipuan oleh UMNO/SPR.

    bat8

    Apakah UMNO khususnya

    S

    ReplyDelete
  5. Ikrar dan laungan " Merdeka Rakyat " di HKR baru baru ini benar benar membakar semangat dalam diri serta rakyat Malaysia yang prihatin untuk tumbangkan UMNO BN. Majoriti rakyat mahukan Malaysia di merdekakan oleh parti Melayu tua warisan penjajah.

    Sayangnya saya tidak berkesempatan untuk bersama HKR di Stadium Merdeka kerana faktur jarak dan kesuntukan waktu. Namun semangat dan keinginan saya tetap bersama HKR untuk lenyapkan UMNO BN khususnya sekmpulan pimpinan besar UMNO BN yang menjadi punca parti Melayu tertua negara ini rosak, punah dan lari dari visi penubhannya yang sebenar.

    Sekali pun saya sendiri masih ahli UMNO BN, saya yakin cuma boleh dikembalikan ke landasan asal jika parti ini direhatkan pada GE13 nanti

    ABU !!!

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Pakatan rakyat dah boleh memerintah Kelantan, selangor Kedah dan pulau pinang dengan baik dan adil. maka ia layak memerintah Negara. Beri Pakatan Rakyat memerintah negara kerana pada masa tu UMNO/BN dah tak ada kuasa mengacau kerajaan macam berlaku di Selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...